Anda di halaman 1dari 6

LAW634 – UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

UJIAN LAW634 DISEMBER 2023

SOALAN 1

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO PELAJAR KUMPULAN

NORASHIKIN KAMARUDIN 2023428094 LWD01A

NAMA PENSYARAH:

TUAN MOHAMAD SHAHIDAN BIN ABDUL GHAPAR

TARIKH:

2 DISEMBER 2023
Soalan 1

(a) Jenayah mencuri adalah di antara dosa-dosa besar. Justeru ditegah ianya dilakukan di dalam Al-
Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Maksud hadis Rasulullah SAW di atas, adalah penghinaan ke atas
pencuri dan ruginya apa yang dikira sebagai keutungan kerana mencuri sebagai adat kebiasaannya akan
membawanya mencuri sesuatu yang lebih besar dari sekadar sebiji telur dan tali. Menurut, Syafie,
Maliki dan Hanbali, nilai harta yang dicuri haruslah mempunyai nilai mutlak yang dimaksud dengan
benda berharga adalah benda yang dimuliakan syarak, iaitu bukan benda yang diharamkan oleh syarak
seperti arak, babi, anjing, bangkai, dan lain-lain kerana benda-benda tersebut menurut Islam tidak ada
harganya. Dari pendapat Abu Hanifah, nisab harta yang dicuri yang membolehkan dipotong tangan
pencuri adalah 10 dirham yang bersamaan dengan 1 dinar. Namun, dari pandangan Fuqaha Syafie,
Hanbali dan Imam Malik, nisabnya ialah ¼ dinar atau 3 dirham. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW
yang bermaksud:-

“Tidak dipotong tangan pencuri melainkan pada kadar yang mencukupi 1⁄4 dinar atau lebih.” (Riwayat Abu
Daud. Al-Nasai dan Malik).

Cara kiraan nisab jika dikira dengan nilai yang dibincangkan menggunakan matawang di Malaysia
adalah satu per empat dinar lebih kurang bersamaan harga harga emas 1.062 gram emas. Jika 1 gram
emas bersamaan RM210, 1/4 dinar = 1.0625g x RM210 = RM223.125 Semasa kes curi RM223.125 ke
atas jika cukup syarat akan dikenakan hukuman hudud potong tangan. Nisab yang diambil kira dalam
menilai harta yang dicuri ialah nilai harta semasa perbuatan mencuri itu berlaku iaitu ketika harta
dikeluarkan dari tempat simpanan tuannya, bukan semasa pencuri ditangkap atau diadili.

Perbezaan antara jenis-jenis Sariqah yang dikenakan hukuman hudud adalah Sariqah Sugra dan Sariqah
Kubra. Sariqah Sughra (Curi Kecil) iaitu mengambil harta pihak yang terkena jenayah secara sembunyi
dan berselindung, sama ada secara langsung atau kerana bersebab (secara tidak langsung).
Dalil pensyariatan bagi Sariqah Sughra adalah:-

َ ‫ﻄﻌُٓﻮ۟ا أ َْﯾِﺪﯾَُﮭَﻤﺎ َﺟَﺰآًۢء ِﺑَﻤﺎ َﻛ‬


‫ﺴﺒَﺎ ﻧََﻜٰـًۭﻼ ِّﻣَﻦ ٱﱠ†ِ ۗ َوٱﱠ†ُ َﻋِﺰﯾٌﺰ َﺣِﻜﯿٌۭﻢ‬ َ ‫ﺴﺎِرﻗَﺔُ ﻓَﭑْﻗ‬
‫ﺴﺎِرُق َوٱﻟ ﱠ‬
‫َوٱﻟ ﱠ‬
“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka
sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah
dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Maidah :38)

Manakala, Sariqah Kubra (Curi Besar) iaitu apa yang diistilahkan sebagai Al-Hirabah, yakni mengambil
harta dengan pengetahuan pihak yang terkena jenayah, tanpa keredhaannya dan dengan cara kekerasan.
Dalil pensyariatan bagi Sariqah Kubra adalah:-

2
‫ﻒ أ َْو ﯾُﻨﻔَْﻮ۟ا‬ ‫ﺼﻠﱠﺒُٓﻮ۟ا أ َْو ﺗ ُﻘَ ﱠ‬
ٍ ‫ﻄَﻊ أ َْﯾِﺪﯾِﮭْﻢ َوأ َْرُﺟﻠُُﮭﻢ ِّﻣْﻦ ِﺧﻠَٰـ‬ َ ُ‫ﺴﺎدًا أ َن ﯾُﻘَﺘ ﱠﻠُٓﻮ۟ا أ َْو ﯾ‬ ُ ‫ِإﻧﱠَﻤﺎ َﺟ ٰ َٓﺰُؤ۟ا ٱﻟﱠِﺬﯾَﻦ ﯾَُﺤﺎِرﺑُﻮَن ٱﱠ†َ َوَر‬
ِ ‫ﺳﻮﻟَ ۥﮫُ َوﯾَْﺴﻌَْﻮَن ِﻓﻰ ٱْﻷ َْر‬
َ َ‫ض ﻓ‬
ٌ ‫ى ِﻓﻰ ٱﻟﺪﱡْﻧﯿَﺎ ۖ َوﻟَُﮭْﻢ ِﻓﻰ ٱْﻟـ«ﺎِﺧَﺮِة َﻋﺬَا‬ ٰ ِ ‫ِﻣَﻦ ٱْﻷ َْر‬
‫ب َﻋِﻈﯿٌﻢ‬ ٌ ۭ ‫ض ۚ ذَِﻟَﻚ ﻟَُﮭْﻢ ِﺧْﺰ‬

“Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana
kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak
merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka
bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu
ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di
akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.” (Surah Al-Maidah :33)

3
(b) Definisi arak dari pandangan Mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali ialah setiap minuman yang
memabukkan sama ada dinamakannya dengan khamr atau tidak dinamakannya dengan khamr, sama
ada ianya cecair (jus) bagi anggur atau benda lain seperti kurma, kismis, gandum, barli, beras dan sama
ada sedikitnya memabukkan atau banyaknya memabukkan. Dari pandangan Mazhab Hanafi, Perahan
anggur mentah yang dimasak atau diperam sehingga buihnya hilang dan hasilnya memabukkan.
Namun, tidak disyaratkan perahan anggur itu hingga berbuih. Pendapat ini adalah paling rajih iaitu yang
paling kuat dan tepat. Manakala definisi dari Dr. Yusuf Al-Qardhawi adalah minuman yang
memabukkan yang dibuat daripada biji-bijian atau buah-buahan dengan diproses sehingga mencapai
kadar alkohol yang memabukkan. Beliau juga berpendapat, kandungan alkohol yang sedikit adalah
dibenarkan, iaitu hingga ke tahap 0.5% kerana jumlah ini tidak menyebabkan mabuk dan tiada
signifikan untuk menjadikan minuman itu haram, walau bagaimanapun hendaklah dari hasil fermentasi
secara semulajadi. Pengharaman arak berlaku secara berperingkat yang di terangkan dalam nas-nas
yang di senaraikan di bawah.

i) َ◌ ‫ﺴﻨًﺎ‬ ِ ‫ت ٱﻟﻨﱠِﺨﯿِﻞ َوٱْﻷ َْﻋﻨَٰـ‬


َ ُ‫ﺐ ﺗ َﺘ ﱠِﺨﺬُوَن ِﻣْﻨﮫ‬
َ ‫ﺳَﻜًۭﺮا َوِرْزﻗًﺎ َﺣ‬ ِ ‫َۗوِﻣﻦ ﺛ ََﻤَٰﺮ‬
“Dan dari buah kurma dan anggur, kamu membuat minuman yang memabukkan dan
rezeki yang baik.” (Surah An-Nahl: 67).

ii) ۞ ‫ۗﯾَْﺴـ«ﻠُﻮﻧََﻚ َﻋِﻦ ٱْﻟَﺨْﻤِﺮ َوٱْﻟَﻤْﯿِﺴِﺮ ۖ ﻗُْﻞ ِﻓﯿِﮭَﻤﺎ ٓ ِإﺛٌْۭﻢ َﻛِﺒﯿٌۭﺮ َوَﻣﻨَٰـِﻔُﻊ ِﻟﻠﻨﱠﺎِس َوِإﺛُْﻤُﮭَﻤﺎ ٓ أ َْﻛﺒَُﺮ ِﻣﻦ ﻧﱠْﻔِﻌِﮭَﻤﺎ‬
“Mereka bertanyakan kepadamu (Muhammad) tentang khamr (arak) dan judi. Katakanlah
pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat buat manusia. Tetapi dosanya
lebih besar dari manfaatnya.” (Surah Al-Baqarah: 219).

iii) ◌ٓ ‫ﺳَﻜٰـَﺮٰى َﺣﺘ ﱠٰﻰ ﺗ َْﻌﻠَُﻤﻮ۟ا َﻣﺎ ﺗ َﻘُﻮﻟُﻮَن‬ ‫ﯾَٰـٓﺄ َﯾﱡَﮭﺎ ٱﻟﱠِﺬﯾَﻦ َءاَﻣﻨُﻮ۟ا َﻻ ﺗ َْﻘَﺮﺑُﻮ۟ا ٱﻟ ﱠ‬
ُ ‫ﺼﻠَٰﻮة َ َوأ َﻧﺘ ُْﻢ‬
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendekati solat ketika kamu dalam
keadaan mabuk sehingga kamu sedar apa yang kamu ucapkan.” (Surah An-Nisa’: 43).

iv) ‫ﻄٰـِﻦ ﻓَﭑْﺟﺘ َِﻨﺒُﻮهُ ﻟَﻌَﻠﱠُﻜْﻢ ﺗ ُْﻔِﻠُﺤﻮَن‬


َ ‫ﺸْﯿ‬ ٌ ۭ ‫ب َوٱْﻷ َْزﻟَٰـُﻢ ِرْﺟ‬
‫ﺲ ِّﻣْﻦ َﻋَﻤِﻞ ٱﻟ ﱠ‬ َ ‫ﯾَٰـٓﺄ َﯾﱡَﮭﺎ ٱﻟﱠِﺬﯾَﻦ َءاَﻣﻨُٓﻮ۟ا ِإﻧﱠَﻤﺎ ٱْﻟَﺨْﻤُﺮ َوٱْﻟَﻤْﯿِﺴُﺮ َوٱْﻷ َﻧ‬
ُ ‫ﺼﺎ‬
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, berjudi, berhala dan menilik
nasib adalah perbuatan keji dan termasuk amalan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-
perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (Surah Al-Maidah: 90)

4
(c) Perbezaan antara Qazaf dan Lian adalah seperti berikut:

Definisi Qazaf dari hukum syarak ialah melemparkan tuduhan berzina dengan tujuan mencaci dan
memalukan. Tiga unsur penting dalam pensabitan Qazaf ialah perbuatan menuduh melakukan
persetubuhan haram pada qubul atau dubur, atau menafikan nasab sebelah bapa. Orang yang dituduh
orang yang baik-baik dan tuduhan zina dilakukan dengan niat jahat sekiranya tidak menyediakan bukti
lengkap bagi tuduhan. Dari firman Allah SWT:

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan(zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya,
kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan
janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka itu orang-orang yang fasik.
(Surah An-Nur 24: 4)”

L’ian menurut istilah fikah (hukum syarak) ialah sumpah seorang suami apabila ia menuduh isterinya
melakukan zina. Sumpah itu diucapkan sebanyak empat kali, bahawa tuduhan itu benar dan pada
sumpah yang kelima ia meminta kutukan daripada Allah s.w.t. sekiranya ia berdusta. Apabila seorang
menuduh isterinya berzina serta mendakwa bahawa dia dapat melihat aksi tersebut secara jelas tetapi
tidak mampu mengajukan empat orang saksi kecuali hanya dirinya sendiri maka diwajibkan li‘an di
depan hakim syarie untuk membuktikan kebenaran dakwaannya dan menyelamatkan dirinya daripada
had qazaf. Dan turut li‘an juga oleh tertuduh iaitu isteri bertujuan membersihkan dirinya daripada
tuduhan serta menyelamatkan juga daripada had zina. Setelah selesai, maka terputuslah hubungan
perkahwinan secara fasakh bukan secara talak dan haram merujuk kembali atau berkahwin semula
sepanjang hayat mereka. Selain tuduhan perzinaan, li‘an juga ikut terlibat dalam kes seorang isteri yang
melahirkan bayi dan suaminya tidak mengakui bahawa bayi tersebut adalah bayi mereka. Dalil
Pensyariatan Li’an ada disebutkan dalam al-Qur’an berdasarkan firman Allah s.w.t.yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain
diri mereka sendiri, maka kesaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia
adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahawa laknat Allah atasnya, jika dia
termasuk orang-orang yang berdusta. Isterinya itu dihindarkan dari hukuman oleh sumpahnya empat kali atas
nama Allah sesungguhnya suaminya itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta. Dan (sumpah) yang
kelima: bahawa laknat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar (Surah An- Nur 24: 6-
9).”
Di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997
memperuntukkan bahawa kecuali dalam kes li‘an, mana-mana orang yang menuduh orang lain
melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar
orang yang dituduh itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
RM5000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

5
Manakala, kesan-kesan yang akan timbul apabila berlakunya li’an ialah gugur nya had Qazaf daripada
suami. Had Qazaf itu akan dijatuhkan kepada isteri yang dili’an. Wajib had zina ke atas isteri yang tidak
meli’an suaminya. Jika isteri itu meli’an suaminya maka gugurlah had zina tersebut daripada isteri.
Bercerai di antara suami isteri selama-lamanya sebagai talak ba’in. Tidak boleh dinasabkan anak yang
tidak diakui oleh suami yang meli’an isterinya kepada suami tersebut, jika suami menolak anak itu pada
li’annya. Walaubagaimanapun anak itu tetap menjadi nasab kepada isteri yang dili’an.

Anda mungkin juga menyukai