Anda di halaman 1dari 3

3/22/23, 11:54 AM HAL Fintech Advisor, UiTM jalin kerjasama untuk perdagangan halal antarabangsa | DagangNews

 (https://www.facebook.com/DagangNewscom-108145407622882/) 
(https://twitter.com/DagangNews)  (https://instagram.com/dagangnews_portal?igshid=84dr6n9jcwgr)
 (https://www.youtube.com/@DagangnewsVideo)

(/)

SEARCH

Home (/) / Terkini (/Terkini) / HAL Fintech Advisor, UiTM jalin kerjasama untuk perdagangan halal antarabangsa

1 1

TERKINI (/TERKINI) 14 Mar 2023 05:54 PM

DagangNews.com

HAL Fintech Advisor, UiTM jalin kerjasama


untuk perdagangan halal antarabangsa
Oleh DIYANA ISAMUDIN
diyana@dagangnews.com (mailto:diyana@dagangnews.com)

https://www.dagangnews.com/content/hal-fintech-advisor-uitm-jalin-kerjasama-untuk-perdagangan-halal-antarabangsa-24815 1/6
3/22/23, 11:54 AM HAL Fintech Advisor, UiTM jalin kerjasama untuk perdagangan halal antarabangsa | DagangNews

KUALA LUMPUR 14 Mac - HAL Fintech Advisor (HFA) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah
menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menggalakkan kerjasama
antarabangsa di bawah slogan ‘Halal; Rahmah to The World’.

“Teras utama MoU tersebut adalah untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa antara UiTM
dan HFA dalam pelbagai bidang seperti ekosistem rantaian bekalan halal dan program
pembangunan kapasiti,” kata HFA dalam satu kenyataan selepas majlis menandatangani MoU itu.

Mengulas lanjut, HFA berkata kerjasama antarabangsa itu akan mempromosi bakat halal
tempatan, pertukaran manusia-ke-manusia dan program pembangunan kapasiti di Eropah dan
Afrika.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts Dr. Roziah Mohd
Janor dan Pengasas HFA, Aizuddinur Zakaria.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),
Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Presiden Institut Bertauliah Logistik dan Pengangkutan
Malaysia (CILT), Datuk Muhammad Muhyiddin Abdullah di Shah Alam, Selangor hari ini.

Menurut HFA, MoU itu telah dirangka akan kedua-dua pihak menganjurkan simposium halal,
persidangan, kursus pendek dan mesyuarat mengenai penyelidikan serta acara perdagangan
halal.

https://www.dagangnews.com/content/hal-fintech-advisor-uitm-jalin-kerjasama-untuk-perdagangan-halal-antarabangsa-24815 2/6
3/22/23, 11:54 AM HAL Fintech Advisor, UiTM jalin kerjasama untuk perdagangan halal antarabangsa | DagangNews

Selain itu, ia akan menggalakkan pertukaran maklumat penyelidikan berkaitan pembangunan


ekosistem rantaian bekalan halal.

Di samping itu, mereka akan membangunkan program keusahawanan, termasuk melibatkan


pemain industri dan menganjurkan aktiviti inovasi korporat secara tempatan sebagai hab nasional
untuk membimbing usahawan berpotensi untuk agar bersedia mengembangkan pasaran ke luar
negara seperti Eropah dan Afrika.

Dalam majlis yang sama turut diadakan penganugerahan sijil Eksekutif Halal Profesional, kursus
akreditasi Jakim dan Sijil Rantaian Bekalan Halal kepada 47 pelajar tahun akhir UiTM yang telah
berjaya menamatkan kursus di bawah inisiatif KPT-PACE. -DagangNews.com
(https://www.dagangnews.com/)

Layari kami terus di DagangNews.com


(https://www.dagangnews.com/) dan juga Twitter
(https://twitter.com/DagangNews), Facebook
(https://www.facebook.com/DagangNewscom-108145407622882)dan
Instagram (https://www.instagram.com/dagangnews_portal/).

Orang ramai yang ingin memberi pandangan atau suara hati, boleh menghantar tulisan ke suratpembaca@dagangnews.com

(mailto:suratpembaca@dagangnews.com) dengan menyatakan:

1. Nama Pena (Jika tidak mahu guna nama sebenar).

2. Nama Sebenar seperti dalam Kad Pengenalan (Untuk rekod kami).

3. No. Telefon (untuk kami hubungi semula).

4. Menulis mengikut 5 Prinsip Rukun Negara.

5. Tidak melebihi 1,000 patah perkataan.

6. Editor berhak untuk menyunting atau menolak artikel secara profesional.

ARTIKEL BERKAITAN

https://www.dagangnews.com/content/hal-fintech-advisor-uitm-jalin-kerjasama-untuk-perdagangan-halal-antarabangsa-24815 3/6

Anda mungkin juga menyukai