Anda di halaman 1dari 21

1.

0 LATARBELAKANG

1.1 Revolusi Industri 4.0

Sepanjang 2 abad, masyarakat dunia telah menyaksikan beberapa perubahan besar


yang membawa begitu banyak kesan dan perubahan terhadap kehidupan manusia. Menurut
Keliang, Taigang dan Lifeng (2015), tiga fasa revolusi yang telah berjaya dilepasi iaitu
revolusi industri pertama telah memberi tumpuan terhadap pembangunan penggunaan
kuasa hidro, kuasa wap dan penghasilan peralatan mesin, revolusi industri kedua pula
memberi tumpuan kepada penjanaan kuasa elektrik dan sektor pembuatan dalam skala
besar dan revolusi industri ketiga telah menambahbaik kecekapan industri sektor
pembuatan dan pengeluran dengan memperkenalkan penggunaan komputer dan internet.
Revolusi Industri 4.0 (IR4) adalah sebuah revolusi digital yang memberi fokus
kepada proses pembangunan teknologi dalam sesebuah industri terutamanya yang
melibatkan sektor pengeluaran dan automasi ke tahap yang lebih pintar dan sistematik.
Morrar, Arman dan Mousa (2017), dalam tulisannya menyatakan “Proses peralihan industri
ini juga adalah dikenali sebagai ‘Smart Factory’ di mana setiap sistem yang
diimplementasikan adalah lebih fleksibel dan sistematik serta dapat menyesuaikan diri
dengan situasi baru yang lebih mencabar.”
IR4 mewakili perubahan asas dalam cara hidup kita termasuk bekerja dan
berhubung antara satu sama lain. Ia merupakan lembaran baharu dalam pembangunan
manusia, yang didayakan oleh kemajuan teknologi luar biasa yang setara dengan revolusi
perindustrian pertama, kedua dan ketiga. Kemajuan ini menggabungkan dunia fizikal,
digital dan biologi dengan potensi kemajuan yang optimum. IR4 bukan sekadar perubahan
yang didorong oleh teknologi malah ia adalah satu peluang untuk membantu semua orang,
termasuk pemimpin, penggubal dasar dan orang daripada semua kumpulan pendapatan dan
negara, untuk memanfaatkan teknologi penumpuan untuk mencipta masa depan yang
inklusif bukan sahaja dalam konteks individu malahan keluarga, organisasi dan juga
komuniti.
Setiap revolusi baru yang diperkenalkan hadir bersama cabarannya yang tersendiri.
IR4 juga tidak terkecuali mendepani cabaran dalam pelaksanaannya yang perlu ditangani
dengan bijak oleh pelbagai pihak agar peralihan teknologi industri yang baru ini dapat

1
dioptimumkan di semua peringkat. IR4 memberi fokus kepada “Internet of Things” (IOT)
sejak 2016 sehingga sekarang. Ianya menjadi titik mula kemunculan superkomputer,
kenderaan tanpa pengemudi, robot pintar, suntingan genetik dan perkembangan
neuroteknologi. Kesemua kemunculan baru ini bakal mempermudahkan aktiviti harian
dalam kehidupan manusia secara dasarnya. Memandangkan IR4 lebih terfokus kepada
pendigitalan dan pembangunan teknologi, maka banyak peluang pelaburan dalam bidang
teknologi tercipta sebagai satu inisiatif mendapatkan suntikan modal untuk
membangunkan teknologi yang berdaya saing dan berimpak tinggi seterusnya mencapai
objektif IR4.

1.2 Pelaburan Saham

Pelaburan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud jumlah wang
yang dilaburkan dalam sesuatu usaha niaga atau sesuatu yang dibeli dengan harapan akan
mendapat keuntungan yang berlipat ganda pada masa akan datang. Saham pula membawa
maksud sekuriti yang mewakili sebahagian modal pemilik dalam perniagaan (Bursa
Malaysia). Menurut Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron, saham berasal daripada
perkataan arab iaitu sahm yang membawa maksud nasib atau bahagian. Menurut
pandangan ahli ekonomi pula, saham ialah bahagian tertentu pemodal sesebuah syarikat
dan bahagian ini mewakili sebahagian tertentu modal syarikat menerusi pemilikan skrip
saham bagi setiap pemodal. Ini merupakan satu cara untuk mengesahkan bahawa pemodal
tersebut mempunyai pemilikan dalam sesebuah syarikat.

Pelaburan saham pula merupakan satu komponen perniagaan yang menawarkan


pulangan lumayan kepada pelabur. Pelaburan saham menggunapakai konsep sama seperti
dalam perniagaan di mana ada ketikanya menuai keuntungan dan ada ketikanya mengalami
kerugian. Dalam konteks Islam, pasaran saham merupakan satu wadah yang membolehkan
umat Islam menyalurkan dana dan menyumbang untuk pelaksanaan kegiatan ekonomi.
Pelaburan saham didagangkan menerusi platform bursa atau dalam bahasa mudah pasar
saham. Pasaran saham menjadi paltform untuk umat Islam menyalurkan harta bagi
menjalankan kegiatan ekonomi. “Ia adalah suatu organisasi yang menyediakan kemudahan
untuk membeli dan menjual saham yang disenaraikan di bursa (Othman, 1991).”
2
Pihak penjual dan pembeli yang melakukan urusniaga saham di platform Bursa
Saham tidak perlu untuk bersua muka secara langsung. Dalam ajaran Islam, ulama
berpendapat jual beli saham sama seperti jual beli barangan lain dan perlu memenuhi syarat
sah jual beli dan ianya diharuskan.. Ulama menggunakan kaedah masalih mursalah kerana
urus niaga saham boleh membantu perkembangan perniagaan dan ekonomi. Sesebuah
syarikat biasanya akan menerbitkan saham untuk mendapatkan dana atau modal bagi
meneruskan operasi dan mengembangkan perniagaan tanpa perlu membuat pinjaman
daripada lain-lain sumber seperti pinjaman daripada bank. Ini bermakna, pembelian saham
mempunyai risiko tertentu seperti prestasi syarikat merosot, harga saham syarikat mungkin
akan jatuh dan pembeli saham mungkin tidak akan menerima sebarang dividen (Azlin &
Nurul, 2017).

Platform pelaburan saham yang berteknologi memudahkan pelabur untuk membeli


saham-saham yang dirasakan berpotensi untuk menjana keuntungan. Selain itu, aktiviti
pelaburan dan proses jual beli saham di platform Bursa Malaysia adalah patuh syariah dan
selamat kerana ianya dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Proses dan
transaksi pembelian yang ditawarkan sangat mudah kerana saham boleh dibeli dan dijual
pada bila-bila masa sahaja mengikut kesediaan pemodal atau pelabur. Menurut
Suruhanjaya Sekuriti (2020), “…sebagai pemegang saham, pelabur adalah sebahagian
daripada pemilik syarikat dan berhak ke atas keuntungan (dividen) yang dijana oleh
syarikat.” Perkembangan teknologi masa kini juga turut menjadi penyumbang kepada
pelaburan saham yang lebih mudah, efisyen dan sistematik selaras dengan dasar revolusi
industri 4.0 yang memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi tanpa sempadan dan
pendigitalan sebagai fokus utama.

2.0 DUNIA PELABURAN SAHAM DAN IR4 SKOP ANTARABANGSA

Revolusi Perindustrian yang berkembang sejak abad ke-18 kini telah mula beralih
kepada perkembangan teknologi tanpa sempadan sesuai dengan visi IR4 iaitu
membolehkan peralatan atau mesin beroperasi secara automatik atau dapat bekerjasama
dengan manusia bagi memenuhi sesuatu kehendak pengguna. Perubahan dan

3
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) membolehkan IR4
menyediakan satu jaringan rangkaian di mana peralatan dapat berkomunikasi antara satu
sama lain atau lebih dikenali dengan Internet of Things (IoT) dan peralatan juga boleh
berkomunikasi dengan manusia atau dikenali sebagai Internet of People (IoP) (Martin,
2017). Komunikasi ini dikenali sebagai Cyber-Physical Production System (CPPS) yang
mana ia membolehkan peralatan atau mesin mengumpul data secara nyata (live),
menganalisa dan memberi pilihan bersesuaian kepada pengguna.

Dalam dunia ekonomi digital, perkembangan IR4 banyak memberi kesan kepada
negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun. Mereka telah menggunakan
kelebihan robotik, kepintaran buatan (Artificial Intelligence - AI) dan Big Data dalam
aktiviti sosial, ekonomi dan politik. Negara-negara membangun seperti Malaysia
contohnya masih bergantung pada penggunaan buruh luar yang murah untuk
membangunkan ekonomi (Tangau, 2017). Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia telah
melaksanakan beberapa inisiatif dalam memacu negara ke arah IR4, teknologi IR4 bukan
sekadar pembangunan dan penggunaan robot tetapi apa sahaja penggunaan teknologi
dalam membantu memudahkan urusan kerja manusia. Antaranya adalah penggunaan
telefon pintar yang disambungkan dengan internet serta mempunyai aplikasi yang dapat
menganalisa carian maklumat pengguna serta boleh mencadangkan pilihan bersesuaian
dengan maklumat yang telah dimasukkan oleh pengguna.

Pelaburan saham juga menjadi mudah dengan adanya syarikat perantara yang
menawarkan perkhidmatan untuk mengurusakan pelaburan prospek yang berminat. Sejak
dari dulu, pelabur yang tidak tahu melabur di dalam pasaran saham boleh menggunakan
perkhidmatan yang disediakan oleh pakar pelabur seperti syarikat hedge fund. Ketika era
hedge fiund baru bermula pada akhir dekad 1940-an, ramai pelabur yang tidak pandai
melabur menyerahkan wang mereka untuk dilaburkan oleh institusi tersebut dan mendapat
pulangan seperti yang dipersetujui. Kini, pasaran saham mula berubah dengan kehadiran
komputer yang mana telah membantu ramai pelabur di dalam urusan jual beli saham dan
menjadikannya lebih mudah. Kehadiran pasaran Nasdaq pada awal 1970-an telah
menjadikan urusan saham kini dalam bentuk digital. Ia telah membuat live trading semakin
pantas dengan adanya teknologi. Selepas krisis ekonomi yang melanda Amerika Syarikat

4
pada tahun 2008, pasaran saham mula berubah dengan kehadiran robo-advisor yang boleh
membantu pelabur melabur dengan lebih tepat. Robo-advisor adalah sebuah program
komputer yang melibatkan sekumpulan manusia yang terdiri daripada financial advisors,
investment managers, data scientists dan programmer yang membuat program terhadap
sistem kewangan berdasarkan algorithm. Saham yang dipilih oleh robo-advisor ini adalah
berdasarkan apa yang telah diprogram ke dalamnya.

Kini, seiring perkembangan IR4, pasaran saham telah menggunakan teknologi


Artificial Intelligence (AI) dan semakin mendapat perhatian. Teknologi AI ini berbeza
dengan robo-advisor daripada segi pemilihan saham di pasaran. Robo-advisor
menggunakan traditional programming manakala teknologi AI sudah lebih jauh ke
hadapan dan menggunakan konsep deep learning machine untuk mentafsir data dan
membuat keputusan. Teknologi AI di dalam industri pelaburan saham ini adalah sebuah
teknologi yang mana mereka mampu belajar sendiri berdasarkan maklumat yang diberi. Di
antara maklumat penting yang perlu diberi kepada AI ini adalah seperti data saham yang
lepas, berita dan isu semasa serta perkongsian maklumat yang terdapat di laman sesawang
dan juga media sosial. Teknologi AI ini mampu mentafsir maklumat tersebut untuk
mendapat maklumat yang tepat didalam pemilihan saham. Pada masa kini, sebahagian
robo-advisor turut menggunakan teknologi AI di dalam pemilihan saham mereka dan tidak
bergantung sepenuhnya kepada traditional programming. Setakat hari ini, tiada data yang
khusus yang boleh mendakwa kehebatan AI ini mampu menewaskan pasaran saham dan
juga mana-mana institusi hedge fund yang besar dan menjadi kuasa dunia seperti
Renaissance Technologies yang mana purata pulangan tahunan mereka adalah sebanyak
40%. Bursa-bursa antarabangsa seperti New York Stock Exchange (NYSE), London Stock
Exchange, Shanghai Stock Exchange (SSE) dan Nasdaq Stock Exchange adalah antara
bursa saham elektronik terawal dunia yang banyak memberi tumpuan kepada kerjasama
dengan syarikat-syarikat sektor ICT.

Teknologi AI majoritinya digunakan oleh pelabur yang berskala kecil. Walaupun


begitu, teknologi AI ini sedang berkembang pesat di dalam dunia pelaburan peringkat
antarabangsa kerana kebolehan mereka untuk memproses maklumat dan mentafsir
maklumat dengan begitu cepat sekali. Ianya merupakan teknologi yang mampu membuat

5
keputusan dengan pantas tanpa melibatkan emosi semasa melakukan transaksi atau
trading. Tidak mustahil sekiranya dalam masa beberapa tahun lagi, teknologi AI menjadi
semakin maju dan mampu menjana keuntungan yang besar di dalam pasaran saham satu
hari nanti.

3.0 DUNIA PELABURAN SAHAM DAN IR4 SKOP MALAYSIA

Pelaburan saham di Malaysia diterajui oleh Bursa Malaysia. Bursa Malaysia


merupakan sebuah syarikat pemegangan bursa yang diperbadankan pada tahun 1976 dan
disenaraikan pada tahun 2005. Sebagai salah sebuah bursa terbesar di ASEAN, Bursa
Malaysia membantu lebih daripada 900 syarikat dalam menjana modal sama ada melalui
Pasaran Utama bagi syarikat bermodal besar, Pasaran ACE bagi syarikat yang terdiri
daripada pelbagai saiz, atau Pasaran LEAP bagi syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana
(PKS) yang sedang membangun. Sebagai pasaran inklusif, Bursa Malaysia menyediakan
akses mudah kepada pelbagai produk dan perkhidmatan pelaburan, menghubungkan
peserta pasaran domestik dan luar negara kepada kepelbagaian peluang yang membolehkan
semua peserta pasaran berkembang dan meraih keuntungan. Rangkaian produk Bursa
Malaysia yang pelbagai merangkumi ekuiti, derivatif, aset luar pesisir dan patuh syariah
seperti Dana Dagangan Bursa (ETFs), Amanah Pelaburan Hartanah (REITs), dan Bon dan
Sukuk Dagangan Bursa (ETBS).

Bursa Malaysia dikenali di peringkat global sebagai bursa yang terbaik dan inovatif
dalam pelaburan patuh Syariah. Kecemerlangan ini dicapai memandangkan Bursa
Malaysia telah menjadi perintis dalam mengetengahkan pelbagai inovasi dalam kewangan
Islam, seperti Bursa Malaysia-i iaitu platform pelaburan patuh Syariah yang pertama di
dunia yang menyediakan suatu landskap baru yang membolehkan pelabur melabur dalam
instrumen pelaburan dan cara yang patuh Syariah dan Bursa Suq-Al-Sila’ iaitu platform
dagangan Murabahah komoditi global pertama di dunia. Bursa Malaysia juga merupakan
pusat dagangan terbesar dunia bagi niaga hadapan minyak sawit. Kontrak Niaga Hadapan
Minyak Sawit Mentah (FCPO) Bursa Malaysia telah lama diiktiraf dan dirujuk sebagai
penanda aras harga global bagi industri minyak sawit. Bursa Malaysia merupakan pasaran

6
baru muncul yang terawal dalam memperkenalkan Indeks Bursa Malaysia FTSE4Good
pada tahun 2014, iaitu penanda aras global yang mengukur prestasi syarikat yang
menunjukkan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang kukuh. Pada tahun
2015, Bursa Malaysia menyertai inisiatif United Nations Sustainable Stock Exchanges. Ini
mengukuhkan lagi komitmen Bursa Malaysia bagi menggalakkan strategi lestari dalam
kalangan penerbit dan peserta pasaran Bursa Malaysia.

Malaysia secara dasarnya mempunyai sebuah pasaran saham yang unggul dan
antara yang terbaik di peringkat global. Kemajuan teknologi yang seiring dan usaha untuk
berdaya saing membangun teknologi bertaraf dunia menjadi satu pendorong pasaran saham
di Malaysia berkembang baik. Kemajuan dan perkembangan pesat bidang teknologi bukan
sahaja memudahkan urusan pelaburan saham dijalankan oleh para pelabur malahan
emnawarkan pelaburan berpotensi tinggi menjana keuntungan bagi syarikat-syarikat yang
berada dalam bidang teknologi selaras dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4).

Fintech merupakan sebuah aplikasi yang bercirikan inovasi berkaitan wang dan
kaedah pengurusan kewangan yang menguruskan akaun. Dalam arus IR4, Fintech telah
memberikan perkembangan inventif untuk menukar rutin biasa menyimpan wang kepada
pengurusan moden yang lebih berinovasi (Amer et al. ,2021). Fintech turut menyumbang
kepada perkembangan pelaburan saham di Malaysia dengan memberikan info and
maklumat berinformatif untuk para pelabur. Menurut perkembangan terbaru daripada
Fintech Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memperkenalkan proses
pemindahan dipercepatkan untuk memudahkan promosi syarikat senaraian awam (PLC)
Pasaran ACE yang layak ke Pasaran Utama Bursa Malaysia. Rangka kerja ini akan berkuat
kuasa pada 1 Januari 2024 melalui pindaan kepada garis panduan ekuiti. Pemindahan
penyenaraian yang dipercepatkan adalah sebahagian daripada pelbagai langkah pasaran
modal yang diperkenalkan oleh SC untuk meningkatkan kerancakan pasaran saham dan
mengurangkan geseran pasaran.

Revolusi Perindustrian Keempat (IR4) telah membawa perubahan kepada cara kita
hidup, bekerja dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan
(AI), kenderaan berautonomi (AV) dan internet benda (IoT). IR4 membawa perubahan
7
yang tidak pernah dijangka dan ia juga memberi implikasi kepada sektor tradisional yang
bercirikan kilang yang beroperasi secara berpusat, bilangan tenaga kerja yang ramai dan
syarikat yang besar. Selain itu, IR4 mempunyai impak yang meluas memerlukan
transformasi dalam keseluruhan sistem pengeluaran, pengurusan dan tadbir urus. Melalui
perubahan ini, IR4 membawa peluang yang besar untuk mengkaji dan menstruktur semula
asas Pembangunan masyarakat. Jika dimanfaatkan sebaiknya, IR4 berpotensi untuk
meningkatkan kesejahteraan masyarakat. 4IR juga dapat meningkatkan tahap pendapatan,
memperkukuh perpaduan masyarakat, menambah baik kecekapan, memberi keselesaan
dan melindungi sumber semula jadi yang terhad dengan lebih baik.
IR4 dalam konteks Malaysia bermula penerimagunaannya pada tahun 2013 melalui
Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara. Pelancaran Industry4WRD pada tahun 2018
adalah untuk mentrnsformasikan sektor ini kepada sektor yang pintar, sistematik dan
berdaya tahan dengan memanfaatkan teknologi IR4. Dasar IR4 Malaysia juga hadir
bersama dasar-dasar lain yang menyokong dan menyumbang ke arah sasaran yang sama
iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), Dasar Keusahawanan Nasional
2030, Dasar Pengangkutan Negara (2019-2030) dan pelbagai dasar lain-lain bersama pelan
tindakan yang progresif untuk memastikan pencapaian optimum dapat dikecapi.
Pembangunan strategik IR4 di Malaysia telah membuka peluang pelaburan besar
dalam pelbagai bidang terutamanya teknologi. Perkembangan teknologi dalam IR4 telah
memudahkan pelaburan saham dan dalam masa yang sama menawarkan saham-saham
yang lebih berpotensi tinggi untuk menjana keuntungan. Kepesatan perkembangan IoT dan
AI dalam pelaburan saham menyaksikan pasaran saham Malaysia berkembang dengan
sangat baik. Menurut analisis pengkaji saham, sub-sektor semikonduktor khususnya
merupakan antara yang menerima kesan positif yang besar daripada perkembangan IoT ini.
Di antara kaunter-kaunter yang tersenarai dan ada di Bursa Malaysia ialah seperti JHM
Consolidation dan D&O Green Technologies Berhad.
Selain IoT, revolusi 5G juga merupakan antara saham yang berpotensi menjana
keuntungan. 5G merupakan rangkaian internet generasi kelima yang membolehkan
hubungan yang lebih baik bagi setiap individu, di mana teknologi ini akan merangkumi
mesin, objek dan juga peranti dalam kehidupan seharian kita. Kita akan menikmati
kelancarkan penggunaan internet yang lebih baik berbanding sebelum ini. Syarikat-
8
syarikat yang berpotensi tinggi mendapat keuntungan daripada revolusi 5G ini adalah
syarikat telekomunikasi seperti Time Dotcom Berhad, Celcom, Maxis dan lain-lain.
Syarikat di dalam sektor teknologi juga memainkan peranan penting untuk menjayakan
pembangunan 5G ini di negara kita. Syarikat yang terlibat dalam penghasilan soket ujian
yang berprestasi tinggi dan penggunaan peralatan yang berkaitan dengan 5G adalah seperti
JF Techonology dan Foundpac Group Berhad. Perkembangan teknologi dalam penggunaan
cloud juga menjadi satu keperluan masa kini sebagai satu medium kemudahan untuk
menyimpan dan menghantar maklumat dengan lebih cepat dan teratur tanpa penggunaan
memori yang banyak. Antara syarikat yang etrlibat dalam perkhidmatan cloud ini adalah
ARBB Berhad dan juga Green Pachet Berhad.

4.0 KEPENTINGAN PASARAN SAHAM KEPADA PELABURAN DAN EKONOMI


MALAYSIA

Malaysia mempunyai salah satu kadar penembusan internet tertinggi di rantau ini,
dengan lebih 620 juta orang dalam talian. Oleh kerana itu, Malaysia berada di tempat yang
baik untuk memanfaatkan era transformasi digital. Pada tahun 2017, sektor ICT
menyumbang sebanyak 18.3 peratus daripada ekonomi, sedangkan hanya empat tahun
yang lalu ia mencatatkan 16.4 peratus. Syarikat yang dapat menyesuaikan perniagaan
mereka dan berkembang mampu bertahan setapak di hadapan, menjangkakan keperluan
pasaran dan melayani pelanggan dengan lebih baik dan pada masa yang sama
meningkatkan tahap perkhidmatan mereka. Malahan terdapat beberapa pilihan penggunaan
digital yang mudah, boleh skala dan kos efektif dari penyelesaian awan sehingga ke sistem
operasi sumber terbuka IoT dan sistem siber-fizikal (CPS) di mana kos kemasukan yang
rendah memberikan PKS pilihan untuk melabur berdasarkan keperluan sahaja tanpa
membazirkan kapasiti berlebihan.

Para pengilang yang mendigitalkan proses mereka akan dapat menghasilkan


penjimatan kos yang besar ke atas inventori, logistik dan penyelenggaraan. PKS boleh juga
mengambil kesempatan daripada Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ), iaitu yang
pertama seumpamanya di dunia, untuk memanfaatkan penumpuan pertumbuhan ekonomi

9
internet dengan aktiviti e-Dagang yang merentas sempadan. DFTZ bersedia untuk
merancakkan pelan tindakan e-Dagang Malaysia yang bertujuan untuk menggandakan
pertumbuhan e-Dagang negara dan meningkatkan sumbangan KDNK. Di bawah Pelan
Tindakan Strategik e-dagang Kebangsaan, MIDA merupakan agensi utama yang
ditugaskan untuk merubah negara menjadi hab e-Fulfilment. Bagi memastikan
transformasi ini membuahkan hasil, MIDA menggesa pemain tempatan untuk melabur
dalam sistem ICT dan logistik pintar supaya dapat mengendalikan aktiviti-aktiviti e-
Fulfilment yang lengkap.

Landskap perkilangan global yang pesat berkembang memerlukan firma


pengilangan untuk menilai semula pendekatan dan strategi semasa mereka untuk kekal
relevan dan berdaya saing. Sektor perkilangan yang kukuh akan membuka jalan untuk
mempertingkatkan produktiviti, mencipta pekerjaan, keupayaan inovasi, bakat
berkemahiran tinggi dan akhirnya kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
Ini akan meletakkan Malaysia sebagai destinasi utama bagi pengilangan pintar di seluruh
dunia dan menarik lebih banyak pelaburan berteknologi tinggi. Dasar IR4 Kebangsaan,
yang bertajuk "Industry4WRD" memberikan asas dan sokongan kepada firma-firma untuk
menerima pakai IR4. Dasar ini menggariskan 13 strategi umum bagi Malaysia untuk
memulakan perjalanan yang akan mengubah landskap industri perkilangan dalam dekad
yang akan datang.

Kerajaan percaya bahawa perjalanan ke arah IR4 tertumpu kepada tiga faktor
peralihan iaitu ‘Manusia, Proses dan Teknologi’ dan akan dimungkinkan oleh 11 tunggak
atau pemacu utama teknologi iaitu Pengilangan Bahan Tambahan, Kecerdasan Buatan
(AI), Analisis Data Besar, Bahan Termaju, Keselamatan Siber, Simulasi, Pengkomputeran
Awan, Realiti Diperkuat, Internet of Things (IoT), Robot Berautonomi dan Integrasi
Sistem. Produktiviti pekerja di Malaysia telah berkembang antara tiga hingga empat
peratus setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun, strategi dan pelan tindakan yang digariskan di dalam dasar
ini memerlukan usaha bersepadu dari pelbagai pihak berkepentingan dan organisasi.
Pelbagai inisiatif yang menyokong pelaksanaan dasar ini telah diumumkan dalam Bajet
Negara, termasuk insentif cukai, geran dan program penilaian kesediaan.
10
5.0 RINGKASAN KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Tajuk Kajian / Tajuk Pengarang dan Tahun


Kaedah Kajian Dapatan Kajian
Artikel Penerbitan
1. A Review on Nurul Izzati Salleh, Mohamad Analisa kajian lepas melalui Kesediaan IR4.0 memerlukan
Industrial Tahan Ijab dan Noramiza kaedah mentakrif, mencari, advokasi dan komitmen dari seluruh
Revolution 4.0 Hashim (2022) mengekstrak, menilai, organisasi untuk menghadapi faktor
(IR4.0) Readiness menganalisis dan menggabung. penghalang IR4.0 dan lebih bersedia
Among Industry ke arah IR4.0.
Players

2. Analisis Teknikal Ruzita Abdul Rahim, Azhan RHB Trade Smart; Bollinger Keputusan kajian membuktikan
dan Implikasinya Taqiyaddin Arizan dan Shifa Band dan Exponential Moving bahawa strategi dagangan teknikal
Terhadap Mohd Nor (2016) Average 200 dalam tempoh masih boleh menjana pulangan
Kecekapan 01.01.2015 hingga 31.08.2015 abnormal dan menjadi bukti kukuh
Pasaran Saham di untuk menyimpulkan bahawa Bursa
Malaysia Malaysia masih tidak cekap dan pada
tahap lemah.

3. Industrial Norfaizah Othman, Fadilah Mat Analisa kajian lepas melalui Pelaksanaan IR4.0 bukan sahaja
Revolution 4.0 and Nor dan Ummi Munirah penggubalan soalan, pemilihan membawa perubahan kepada prestasi
Economic Well- Syuhada Mohamad Zain (2021) dan penilaian kajian, analisis syarikat malahan juga kepada
Being : A dan sintesis dan melaporkan kesejahteraan ekonomi masyarakat.
Systematic dan menggunakan keputusan.
Literature Review

11
Tajuk Kajian / Tajuk Pengarang dan Tahun
Kaedah Kajian Dapatan Kajian
Artikel Penerbitan

4. Perkembangan Nurfahiratul Azlina binti Sorotan dan analisis data Pertumbuhan pasaran saham Islam di
Industri Pelaburan Ahmad, Dr. Azreen Hamiza sekunder Malaysia amat menggalakkan dan
Saham di Malaysia binti Abdul Aziz dan Profesor menyediakan peluang menguntungkan
Madya Dr. Zakaria bin Bahari selaras dengan keperluan syariah.
(2020)

5. Industri 4.0 : Satu Nurul Syafiqah bt Ramli, Sorotan Literatur berdasarkan Kebanyakan penyampaian nilai awam
Cabaran Inovasi Nurain bt Abdul Rahman dan carian enjin internet serta yang telah dilaksanakan di Malaysia
dan Harapan Masrina bt Abdul (2020) teknik kepustakaan. dan perkongsian dengan sector swasta
Rakyat atau dengan bekerjasama organisasi-
organisasi berasakan komuniti.

6. Pelaburan Saham : Radieah Mohd Nor (2020) Kaedah Fenomenalogi dan Kesedaran untuk melabur dalam
Prospek dan Teknik Persampelan Bertujuan pelaburan sham di kalangan
Cabaran Sebagai melalui Pemerhatian Turut bumiputera semakin meningkat
Pendapatan Pasif Serta. berbanding 10 tahun lalu sebagai satu
dalam Kalangan inisiatif meningkatkan pendapatan.
Bumiputera di
Malaysia

7. Impacts of Marco Bettion, Mauro Capestro Tinjauan dan pengumpulan Penyelidikan menunjukkan hubungan
Industry 4.0 Eleonora Di Maria dan Andrea data siri masa daripada positif antara teknologi industri 4.0
Investments on Furlan (2019) pengkalan data AIDA dan prestasi kewangan.
Firm Performance:
Evidence From
Italy

12
Tajuk Kajian / Tajuk Pengarang dan Tahun
Kaedah Kajian Dapatan Kajian
Artikel Penerbitan

8. Market Reactions Cheryl Amadea (2021) Kajian acara menggunakan Pengumuman pelaburan industri 4.0
Toward Industry data daripada 90 pengumuman dalam sektor pembuatan bagi kedua-
4.0 Technology pelaburan industri 4.0 di setiap dua negara mencetuskan reaksi
Investment negara antara 2014-2019 pasaran yang positif.
Announcement :
Evidence from
Indonesia and the
United States

9. Finances of Jaroslaw Gracel (2019) Sorotan kajian lepas dan kajian Pengaplikasian IR4.0 dalam pelaburan
Industry 4.0 : How acara yang melibatkan dan Pembangunan perniagaan
to Invest and win pemerhatian dan analisis membawa kesan positif kepada
in the keputusan kajian terdahulu industri dan ekonomi.
Technological
Revolution?

10. The Influence of Duy Hung Tran dan Trang Do Kajian Kes SSI Securities IR4.0 telah menjadikan teknologi
4.0 Technology on (2022) Corporation lebih berkembang dan pengurusn
the Stock urusan lebih mudah dan cepat serta
Brokerage berpotensi untuk menjana keuntungan.
Industry in
Vietnam

13
Secara umumnya, kajian-kajian lepas yang dipilih untuk dianalisa melibatkan topik
revolusi industri dan pelaburan saham. Antara kesemua artikel yang dianalisa, didapati
tiada satu artikel atau kajian pun yang mengkaji secara khusus hubungan antara IR4 dan
pelaburan saham dalam konteks Malaysia. Terdapat beberapa kajian yang dianalisa
mengkaji kesan-kesan teknologi hasil daripada IR4 terhadap pelaburan dengan
mengemukakan beberapa bukti kajian. Selain itu, kajian-kajian lepas yang dianalisa
kebanyakan menggunakan data kualitatif daripada sumber sekunder dan data-data yang
dibahaskan dalam kebanyakan penulisan merupakan dapatan kajian-kajian lepas. Majoriti
kajian yang dianalisa yang mengupas tentang kesan teknologi dalam pelaburan saham
kebanyakannya menekankan tentang penggunaan “artificial intelligence – AI” sebagai
aspek penting perbincangan.

Bagi tulisan dan laporan berkumpulan yang diselesaikan oleh kumpulan kami,
fokus kajian adalah bertumpu kepada pembangunan teknologi hasil daripada IR4 terutama
dalam bidang pengkomputeran dan internet yang menjadi permulaan kepada pendigitalan.
Kami melihat bagaimana pendigitalan dan penggunaan mesin berteknologi membantu para
pelabur membuat pelaburan dengan lebih baik dan mencari juga bukti-bukti yang
menyokong pernyataan bahawa teknologi memberi kesan positif dalam aspek pelaburan.
Selain itu, kami juga melihat kepada statistik-statistik yang berkaitan melalui laman wab
dan laporan tahunan bagi mengenalpasti anjakan yang dicapai oleh pasaran saham akibat
daripada kemajuan teknologi. Tidak melihat hanya kepada AI, kajian penulisan kami juga
bertumpu kepada jaringan internet, teknologi 5G dan sebagainya sebagai satu konsep yang
menyokong pembangunan pasaran saham terutamnya di Malaysia.

6.0 CABARAN BAGI PELABURAN SAHAM KEPADA PELABUR TEMPATAN

Dalam apa jua perkara yang dilakukan, pastinya ada cabaran dan halangan.
Begitu juga dengan dunia pelaburan saham sama ada pasaran saham di Bursa Malaysia
atau pun pasaran saham luar negara. Antara cabaran-cabaran dalam pelaburan saham
adalah :

16
o Pelaburan saham terdedah kepada spekulasi
Spekulasi bermaksud penjualan atau pembelian asset kewangan yang
berkemungkinan akan mengalami pengurangan atau kenaikan harga dalam masa
terdekat. Spekulasi lebih berisiko kerana iaibertujuan untuk mendapat manfaat
daripada kenaikan atau penurunan dalam jangka masa pendek. Spekulasi adalah
perkara biasa dalam pelaburan ianya ibarat bergantung kepada Nasib semata-mata
dan spekulasi diharamkan dalam Islam kerana ianya tidak mematuhi syariat Islam.

o Transaksi kontra
Transaksi kontra ialah teknik pembelian saham di mana pelabur dapat mengambil
peluang daripada tempoh masa bayaran saham yang dibeli. Pelabur dibenarkan
membeli saham walau pun tidak memounyai modal atau wang yang cukup dan
kemudiannya menjual saham tersebut apabila tempoh bayaran wajib dijelaskan
telah tiba. Teknik ini lebih cenderung kepada andaian harga saham sama ada turun
atau naik. Menurut Azlin dan Nurul (2017), perbuatan membuat andaian harga
adalah bertentangan dengan konsep pelaburan saham sebenar yang dibenarkan
dalam Islam dan sekiranya harga jualan seseorang pelabur yang membuat
pembelian mana-mana saham akan dianggap telah membeli pemilikan atau ekuiti
dalam sesebuah syarikat.

o Birokrasi
Faktor birokrasi juga penting dalam menentukan pelaburan asing ke dalam BSKL
dan sekiranya birokrasi terlalu ketat, ianya pasti tidak menarik perhatian pelabur
asing untuk melabur di sesebuah negara. Sistem birokrasi yang rumit akan
menyebabkan pelabur hilang minat untuk melabur kerana pastinya akan mengambil
masa yang lebih lama untuk mendapat kelulusan pelaburan dan kemungkinan boleh
menyebabkan kerugian. Secara tidak langsung perkara ini akan memberi impak
yang sangat besar kepada BSKL kerana mereka akan kekurangan pelabur dan
ekonomi mereka akan merundum (Azlin Alisa & Nurul Ilyana, 2017).

17
o Ketidaktentuan pasaran saham
Pasaran saham dipengaruhi oleh banyak faktor termasuklah politik. Kemelut politik
yang berlaku di Malaysia juga memberi kesan kepada pasaran saham. Menurut
Azlina dan rakan-rakan (2020), tindakan pihak kerajaan tidak meneruskan dan
tidak melaksanakan projek berimpak tinggi seperti projek Rel Berkelajuan Tinggi
(HSR) dan Transit Aliran Massa (MRT) Fasa 3 mengganggu sentimen pelabur di
pasaran tempatan dengan pengurangan harian terbesar sejak krisis kewangan Asia
pada 2008 dan ini telah menyebabkan penunjuk aras utama Bursa Malaysia, indeks
FBM KLCI susut 3.18 peratus atau 56.56 mata untuk ditutup pada 1,719.28.
Nazzarry Rosli, seorang penganalisis tempatan juga menyatakan bahawa faktor
dalaman, mempengaruhi sentimen pasaran saham tempatan kerana keuntungan
beberapa saham utama sebelum ini sudah mengambil kira keuntungan daripada
pembinaan projek mega.

7.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Securities Commission, SC) adalah agensi yang


ditubuhkan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun
yang berkuasa melakukan penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri
Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak
fungsi pengawalseliaan termasuk:

• Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;


• Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
• Meluluskan terbitan bon;
• Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan kontrak niaga
hadapan;
• Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
• Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
• Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
• Menggalakkan kawal selia sendiri; dan

18
• Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah


undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan
niaga hadapan di Malaysia. Antara akta-akta yang diperuntukkan di bawah penyeliaan SC
dan berkaitan dengan pelaburan saham ialah seperti berikut :

i. Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007


ii. Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993
iii. Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991
iv. Akta Demutualisasi (Bursa Saham Kuala Lumpur) 2003
v. Akta Perindustrian Sekuriti 1983
vi. Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993

Selain akta-akta yang disenaraikan, terdapat juga peraturan pelaburan yang digariskan
oleh Bursa Malaysia seperti berikut :
i. Peraturan Bursa Malaysia Securities
ii. Peraturan Bursa Malaysia Securities Clearing
iii. Peraturan Bursa Malaysia Depository
iv. Peraturan Bursa Malaysia Derivatif
v. Peraturan Bursa Malaysia Derivatif Clearing
vi. Peraturan Bursa Malaysia Bon
vii. Peraturan Bursa Suq Al-Sila’(BSAS)
Aktiviti pelaburan saham yang dijalankan di Malaysia adalah tertakluk kepada akta-akta
dan peraturan-peraturan yang dinyatakan di atas dan pelaksanaannya dipantau sepenuhnya
oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

8.0 KAJIAN KES

Terdapat satu kes berkaitan pelaburan saham di Malaysia yang masih hangat
diperkatakan dan menarik perhatian untuk dikupas. Bernama melalui saluran AstroAwani
pada 20 Oktober 2023 melaporkan satu kes bertajuk ‘ Kes MYAirline : 15 pelabur saman
19
ahli perniagaan dan empat syarikat.’ Artikel berkenaan adalah berkaitan dengan pemfailan
saman oleh 15 orang pelabur terhadap ahli perniagaan Goh Hwan Hua dan empat syarikat
yang didakwa iaitu I-Serve Online Mall Sdn Bhd (ISOM), Bright Moon Venture PLT
(BMV), QA Smart Partnership PLT (QAS) dan Trillion Cove Holdings Bhd (TCH) yang
telah gagal untuk membayar sejumlah nilai wang penebusan bulanan daripada sejumlah
pelaburan bernilai RM8 juta. Melalui pernyataan tuntutan bertarikh 21 Julai 2022, kesemua
plantif mendakwa defendan gagal membuat pembayaran itu dari November 2021 hingga
Jun 2022 meskipun sudah menghantar surat tuntutan melalui peguam mereka.

Terbaru, bertarikh 13 Disember 2023, artikel bertajuk ‘Pengasas MYAirline dan 4


syarikat gagal batal saman 15 pelabur.’ Artikel ini merujuk kepada saman yang difailkan
ke atas Allan Goh Hwan Hua dan empat lagi syarikatnya berhubung nilai penebusan
bulanan dan pulangan pembiayaan bulanan yang tertunggak melebihi RM8 juta yang akan
dibicarakan lanjut pada tahun 2024 dan gagal dibatalkan oleh pihak kena saman.

Situasi kes ini secara kasar memberi gambaran risiko dalam pelaburan saham yang
tidak dapat dijangka dan kemungkinan untuk menghadapai kerugian daripada kegagalan
penyeleseaian yang baik. Dalam sebuah organisasi, pengurusan dan tadbir urus adalah
sangat penting bagi memastikan kelancaran segala urusan dapat disempurnakan dan
diuruskan dengan baik dan berhemah. Kes sebegini juga boleh menyebabkan kepada
kejatuhan nilai saham dan mencemarkan kredibiliti syarikat dalam industri yang diceburi.

9.0 CADANGAN

Pelaburan saham adalah sesuatu yang berisiko. Walau pun perkembangan teknologi
kini menawarkan kaedah pelaburfan bijak yang lebih selamat, Langkah berjaga-jaga tetap
perlu diambil oleh pelabur sendiri. Dalam konteks individu sebagai pelabur, beberapa
cadangan untuk melabur dengan bijak dan mengurangkan risiko kerugian adalah seperti
berikut :

• Melabur awal dan dalam tempoh yang lama.


Melabur awal dalam satu tempoh masa yang lebih lama membantu mengurangkan
risiko kerugian walaupun bermula dengan jumlah modal yang kecil. Tempoh yang
20
lama memberikan pulangan dari kompaun yang baik dan pulangan dari hasil
kompaun amat berkesan untuk menjana pendapatan yang baik.

• Mempelbagaikan pelaburan.
Kepelbagaian ialah meletakkan wang atau modal dalam pelbagai jenis pelaburan
yang boleh membantu mengurangkan risiko kerugian wang. Satu pelaburan
mungkin mengalami kerugian nilai tetapi kerugian tersebut boleh diselamatkan
melalui pelaburan lain. Selain itu strategi pelaburan melalui peruntukan
kepelbagaian asset juga adalah digalakkan seperti pembahagian portfolio pelaburan
kepada nkategori stok, bon dan wang tunai. Biarpun dalam portfolio yang berbeza
pengurusan pelaburan kini semakin mudah diurus selari dengan pembangunan
teknologi digital dan pintar dan semuanya hanya di hujung jari.

10.0 KESIMPULAN

Kehadiran IR4 yang menekankan kepada pembinaan teknologi realiti maya tanpa
sempadan telah memberi banyak kesan dalam kehidupan bermula daripada penghasilan
wap sehinggalah kewujudan internet dan komputer telah secara tidak langsung
menyumbang kepada peningkatan taraf hidup masyarakat bukan sahaja di Malaysia
malahan seantero dunia. Peluang pelaburan menggunakan teknologi digital AI semakin
berkembang pesat dan peluang pelaburan dalam syarikat berasaskan teknologi juga
semakin meningkat dan berpotensi untuk menjana lebih keuntungan. Tanpa ragu-ragu,
perkembangan teknologi yang lebih maju dan fleksibel dalam IR4 berupaya
menambahbaik segenap aspek kehidupan berbanding tiga revolusi terdahulu.

21
RUJUKAN

Al-Barawiy, Sya’ban Muhammad Islam. 2005. Bursoh al-Awraq al-Maliyyah min


Mansur al-Islamiy. Dar al-Fikr: Beirut.
Bursa Malaysia. 2017. https://www.bursamalaysia.com/ Annual Report 2018
(http://www.bursamalaysia.com/bm/market/islamic-markets/products/bursa-malaysia-i)
Berita Harian. “HSR, MRT3 Jejas Pasaran Saham”, laman sesawang Berita Harian diakses pada
3 Februari 2020
https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2018/05/432123/pembatalan-hsr-mrt3-jejas-
pasaran-saham
Cheryl Amadea. 2021. Market Reactions Toward Industry 4.0 Technology Investment
Announcement : Evidence from Indonesia and the United States. Indonesian Management
and Accounting Research
Duy Hung Tran dan Trang Do. 2022. The Influence of 4.0 Technology on the Stock Brokerage
Industry in Vietnam. LAB University of Applied Sciences
Jaroslaw Gracel. 2019. Finances of Industry 4.0 : How to Invest and win in the Technological
Revolution?. ASTOR Publishing.
Marco Bettion, Mauro Capestro , Eleonora Di Maria dan Andrea Furlan. 2019. Impacts of Industry
4.0 Investments on Firm Performance: Evidence From Italy. Department of Economics and
Management University of Padova
Mohamad Sabri Haron. 1999. Ahkam al-aswat al-maliyyah. Dar al-Nafais: ‘Amman.
Norfaizah Othman, Fadilah Mat Nor dan Ummi Munirah Syuhada Mohamad Zain. 2021.
Industrial Revolution 4.0 and Economic Well-Being : A Systematic Literature Review.
Proceeding of the 8th International Conference on Management and Muamalah 2021 (ICoMM
2021) e-ISSN: 2756-8938

Nurfahiratul Azlina binti Ahmad, Dr. Azreen Hamiza binti Abdul Aziz dan Profesor Madya Dr.
Zakaria bin Bahari. 2020. Perkembangan Industri Pelaburan Saham di Malaysia. Journal
of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), Volume :5 Issues : 29
Nurul Izzati Salleh, Mohamad Tahan Ijab dan Noramiza Hashim. 2022. A Review on Industrial
Revolution 4.0 (IR4.0) Readiness Among Industry Players. Institute of IR4.0, Universiti
Kebangsan Malaysia
Nurul Syafiqah bt Ramli, Nurain bt Abdul Rahman dan Masrina bt Abdul. 2020. Industri 4.0 :
Satu Cabaran Inovasi dan Harapan Rakyat. Program Hubungan Industri, Fakulti
Kemanusiaan, Seni & Warisan, Universiti Malaysia Sabah.
Radieah Mohd Nor. 2020. Pelaburan Saham : Prospek dan Cabaran Sebagai Pendapatan Pasif
dalam Kalangan Bumiputera di Malaysia. Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS),
Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysia). Journal of Islamic, Social, Economics and
Development (JISED), Volume :5 Issues : 30
22
Ruzita Abdul Rahim, Azhan Taqiyaddin Arizan dan Shifa Mohd Nor. 2016. Analisis Teknikal dan
Implikasinya Terhadap Kecekapan Pasaran Saham di Malaysia. Faculty of Economics
and Management, Universiti Kebangsaan Malaysia
Suruhanjaya Sekuriti. (2000). Perancangan pelaburan peribadi untuk pelabur Malaysia. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Industri Sekuriti. Diakses pada Jan 25, 2020 dari
https://www.sc.com.my/wp content/uploads/eng/html/resources/inhouse/pipbm.pdf
Suruhanjaya Sekuriti. (2006). Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Ed. ke-
2. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti. Diakses pada pada Jun 25, 2018, dari
https://www.sc.com.my/wp-content/uploads/eng/html/resources/inhouse/pipbm.pdf
Suruhanjaya Sekuriti. (2020). Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.. Kuala
Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti. Diakses pada pada Februari 25, 2020, dari
https://www.sc.com.my/my/data-statistics/islamic-capital-market/list-of-shariah
compliant-securities-by-scs-shariah-advisory-council/
https://fintechnews.my.my/
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-myairline-15-pelabur-saman-ahli-perniagaan-
dan-empat-syarikat-442674
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengasas-myairline-dan-4-syarikat-gagal-batal-
saman-15-pelabur-449995?utm_source=news_keyword_widget&utm_medium=data-
embed&utm_campaign=20231220%20News-Keyword-
myairline&_gl=1*c2na63*_ga*Mjc2MzAxMzAuMTY5MDM5MzU1Nw..*_ga_2WBW
P426R6*MTcwMzAxNjM0NC40LjEuMTcwMzAxNjg3Mi4wLjAuMA..

23

Anda mungkin juga menyukai