Anda di halaman 1dari 2

KAJIAN KES

Tajuk Kajian Kes : Masalah Pertuturan dan bahasa

Nama Kanak – kanak : Muhammad Zayn Ali Bin Muhammad Aiman

Umur Kanak – kanak : 3 tahun

Jantina : lelaki

1. Masalah / Peristiwa :
Zayn sukar memberi tumpuan di dalam kelas
2. Analisis :
Sepanjang pemerhatian saya di dalam setiap kelas yang dibuat oleh pendidik- pendidik kiddy lands, zayn
mempunyai masalah dalam memberi focus di dalam kelas terutamanya apabila melibatkan aktiviti yang
perlu duduk di kerusi. Pada mulanya zayn masih boleh mendengar apa pendidik mengajar di hadapan , akan
tetapi zayn mula menunjukkan rasa bosan dan mula hilang focus. Contohnya seperti , bermain dengan jari ,
pandang ke tempat lain, berdiri , berjalan dan menganggu kawan yang lain. Ini menyebabkan pelajar lain
kurang memberi tumpuan kepada aktiviti yang dilakukan. Selalunya , guru yang mengajar akan meminta
zayn untuk duduk semula di kerusinya, akan tetapi zayn selalu akan duduk di dalam tempoh yang singkat
atau mula memberontak.

3. Cadangan / Tindakan susulan :


Pendidik cuba mengajak zayn untuk sama – sama membantu pendidik di hadapan. Contohnya, meminta
zayn untuk bersama pendidik memegang gambar rujukan ketika aktiviti dijalankan. Pada waktu yang sama,
pendidik menanyakan beberapa soalan kepada zayn berkenaan gambar yang dipegang olehnya. Ini
membuatkan zayn lebih memberi tumpuan dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan oleh pendidik.

4. Tempoh Masa Tindakan susulan / ( Rawatan ) :


Minggu 6 ( 10.20 pagi , selasa )
- berjaya dan akan dilanjutkan hingga ke minggu ke seterusnya.
Disemak ole Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

………………………
Nama :

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai