Anda di halaman 1dari 2

KAJIAN KES

Tajuk Kajian Kes : Masalah Pertuturan dan bahasa

Nama Kanak – kanak : Muhammad Zayn Ali Bin Muhammad Aiman

Umur Kanak – kanak : 3 tahun

Jantina : lelaki

1. Masalah / Peristiwa :
Zayn menghadapi kesukaran untuk memahami apa yang dikatakan oleh guru dan menyebut perkataan dengan
tidak jelas.

2. Analisis :
Pada hari ke-3 minggu pertama , pendidik meminta zayn untuk membantu meletakkan botol ke tempat
yang disediakan tetapi zayn tidak memberi respon dan hanya melihat sahaja. Apabila cuba mendekati pelajar
tersebut , zayn cuba memberitahu sesuatu tetapi tidak memahami dan kurang jelas.
Selain itu , ketika mereka sedang bermain di ruang Gym , pendidik terdengar perbualan zayn bersama
beberapa anak – anak taska iaitu ali dan aina. Penggunaan bahasa yang digunakan oleh zayn ini banyak
kepada bahasa inggeris dan bahasa melayu , akan tetapi kawan zayn membalas semula menggunakan bahasa
melayu secara penuh dan ada beberapa ayat yang disampaikan oleh zayn membuat mereka keliru kerana
tidak memahami atau kurang jelas .
Berdasarkan pemerhatian saya, kanak – kanak Kiddy land hampir keseluruhan menggunakan bahasa
melayu sebagai bahasa utama dalam komunikasi walaupun ketika melakukan aktiviti perlu menggunakan
bahasa inggeris bersama pendidik.

3. Cadangan / Tindakan susulan :


Pendidik cuba interaksi dan menanyakan beberapa soalan dengan zayn Contohnya , menanyakan tentang
hari minggu zayn , siapa hantar ke sekolah , mempertanyakan jika sudah makan atau belum dan banyak lagi.
Walaupun respon yang diberikan oleh zayn agak kurang, akan tetapi zayn cuba yang terbaik untuk
berkomunikasi walaupun menggunakan pergerakan badan apabila ingin menjawab soalan.

4. Tempoh Masa Tindakan susulan / ( Rawatan ) :


Minggu 1 ( rabu, 8.12 pagi )
- Tempoh rawatan akan dilanjutkan pada minggu seterusnya kerana zayn kurang memberi respon.
Disemak ole Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

………………………
Nama :

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai