Anda di halaman 1dari 3

7.

0 Laporan Akhir

7.1 Pengenalan

Pertumbuhan dan perkembangan membawa maksud yang sama. Berdasarkan Woolfolk


dan Margetts (2007) mentafsirkan pertumbuhan sebagai perubahan saiz dan
kematangan. Menurut Santrock (2008), beliau menerangkan bahawa perkembangan
sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula
daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.

7.2 Perbezaan Pertumbuhan dan Perkembangan dan Kaitannya Dengan


Pengajaran dan Pembelajaran Guru

Melalui borang pemerhatian tahap pertumbuhan dan perkembangan murid di SJK


(C) Lick Hung, saya telah memilih sebuah kelas tahun 3 di sekolah itu untuk menjalankan
penyelidikan dan pemerhatian.

Terdapat 37 orang murid di dalam kelas tersebut. Semasa saya membuat


pemerhatian di dalam kelas tersebut, saya mendapati kebanyakan murid suka bertutur
dalam Bahasa Inggeris. Walaupun waktu itu bukan waktu pengajaran yang bukan
menggunakan Bahasa Inggeris, mereka tetap berkomunikasi dengan kawan-kawan
mereka dengan bahasa tersebut. Ia kemungkinan besar mereka merupakan kanak-
kanak yang tinggal di bandar dan sering bertutur dalam Bahasa Inggeris sahaja.

Walaubagaimanapun, sekiranya cikgu bertanya dengan mereka, mereka akan


bertutur dengan cikgu dengan bahasa yang cikgu guna. Ini menunjukkan bahawa mereka
hanya menggunakan bahasa lain sahaja sekiranya ada keperluannya. Ini merupakan
salah satu sebab murid-murid masa kini tidak dapat menguasai kemahiran bahasa
berlainan dengan kukuh.

Sewaktu pengajaran dijalankan, saya mendapati kebanyakan murid kurang


proaktif di dalam bilik darjah. Hanya segelintir murid yang berani menjawab soalan yang
diberi. Murid-murid lain takut dipilih untuk menjawab soalan. Disebabkan situasi ini
berlaku, saya cuba menawarkan ganjaran untuk semua murid yang menjawab soalan.
Demi mendapatkan ganjaran yang diberi, mereka barulah berani menjawab soalan yang
ditanyakan. Mereka berasa seronok kerana mendapat ganjaran apabila menjawab
dengan betul. Pujian juga diberi kepada murid-murid yang memberanikan diri untuk
menjawab soalan.

Kemudian, aktiviti kumpulan dalam kelas dijalankan. Saya mendapati murid-murid


memang suka menjalankan aktiviti kumpulan. Aktiviti kumpulan dapat menimbulkan
semangat kerjasama antara seseorang individu dengan murid yang lain. Mereka saling
bekerjasama untuk menghasilkan suatu hasilan yang diberi. Mereka berbincang di dalam
kumpulan mengenai jalan penyelesaian terhadap suatu persoalan. Tetapi juga terdapat
segelintir kecil murid yang tidak bersikap aktif dalam perbincangan berkumpulan. Mereka
bersikap pendiam dan enggan memberi sebarang cadangan. Setelah berkomunikasi
dengan murid-murid berkenaan, saya mendapati mereka amat memerlukan dorongan
kerana mereka agak lembap dalam pelajaran. Mereka tidak tahu apa cadangan ataupun
bantuan yang boleh mereka sumbangkan di dalam kumpulan.

7.3 Refleksi

Semasa saya membuat pemerhatian di dalam kelas 3J , saya menentukan


kekuatan bagi pengajaran dan pembelajaran ialah kemampuan seseorang guru
mengawal keadaan kelas dengan cara yang betul dan tepat. Guru juga mesti
merancangkan aktiviti yang memang dapat menarik perhatian murid-murid. Dari segi
kelemahannya, guru mengajar terpaksa mengajar dalam bilangan murid yang ramai.
Murid yang ramai menyebabkan pengagihan masa untuk guru dalam memerhatikan
keadaan murid lebih kurang. Kekangan dalam masa juga salah satu kelemahan dalam
kelas. Masa yang diperuntukan untuk menjalankan satu pembelajaran telah
dirancangkan. Tetapi, jika berlaku apa-apa situasi yang luar jangkaan, ia akan memakan
masa murid-murid untuk belajar.

Kesimpulannya, saya mendapati bahawa program PBS ini membawa makna yang
luar biasa kepada saya dalam penyediaan diri dalam menjadi seorang guru yang lebih
cemerlang pada masa hadapan. Program ini telah membantu saya lebih mengenali
situasi sekolah yang sebenar dan memberi saya peluang memahami aspek yang
diperlukan untuk menjadi seorang guru yang berjaya.

Anda mungkin juga menyukai