Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Long Laput, Baram. Kod Sekolah: YBB 4310

1. Nama Guru Patricia Lut


Pengurusan Keselamatan
3. Bidang: Pengetahuan
2. Judul Kebakaran di Pejabat-Pejabat
Profesional
Kerajaan dan Swasta
4. Tarikh Pembentangan 19 April 2022 5. Masa: 02:00 PM

6. Tempat Pembentangan -

7. Sinopsis

Pengarang: Bahagian Pencegah dan Keselamatan Kebakaran


Penerbit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya
Jumlah Muka Surat: 36 Halaman
Tahun Terbit: 2006 (Edisi Pindaan)

Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada pentadbir, pegawai, kakitangan dan
anggota mana-mana organisasi, termasuk di sekolah. Isi kandungannya lebih mudah difahami
justeru persembahan yang lebih berbentuk senaraian, carta dan ilustrasi.

Pengetahuan asas dan berciri saintifik tentang api ditunjukkan menerusi segi tiga sains
kebakaran, iaitu bahan api, haba dan oksigen. Pepatah “mencegah lebih baik daripada
mengubati” akan hanya berkesan jika disokong oleh pengetahuan tentang penyalaan, tindak
balas kimia dan reaksi berantai yang berlaku. Alat pemadam api yang disediakan pula hendaklah
bersesuaian dengan risiko kebakaran seperti persekitaran, kemalangan atau perbuatan khianat.
Pengetahuan tentang cara api marak dan merebak boleh membantu pengawalan kebakaran dan
langkah bagi mengelakkan kecederaan atau kehilangan nyawa penghuni bangunan. Segala
tatacara kefungsian bangunan (sehelai sepinggang) hendaklah dipatuhi supaya tiada sesiapa
yang terperangkap. Asap tebal boleh membunuh dalam beberapa saat, manakala api boleh
marak dalam beberapa minit sahaja.

Buku ini juga menunjukkan kaedah pemadaman dengan memutuskan segi tiga kebakaran iaitu
dengan melaparkan, melemaskan dan menyejukkan bahan api. Bahagian akhir buku
menampilkan audit kebakaran, pengurusan keselamatan banguna dan peruntukkan undang-
undang berkenaan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Asertif / tegas diri (menjaga hak diri sendiri dan menjaga hak orang lain)
2. Autentik (ilmu pengetahuan menjadi asas kepada proses membuat keputusan)
3. Akauntabiliti (bertanggungjawab terhadap elemen keselamatan)
4. Kepatuhan (mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan peribadi)
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Membangkitkan kesedaran tentang keselamatan sepanjang masa.


2. Membimbing murid menangani risiko kebakaran ketika berada dalam bangunan.
3. Memberi jalan kepada murid untuk memperoleh pengetahuan yang sah dalam sains
kebakaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................... ......................................................
( PATRICIA LUT ) ( )

Anda mungkin juga menyukai