Anda di halaman 1dari 2

Combat Custom Crawler

BEBERAPA ELEMEN ASAS YANG PERLU DIKETAHUI UNTUK PEMAIN RC CRAWLER

Apa pun yang kita perkatakan drifting, short course racing, touring atau rock crawler apa yang penting
adalah cara korang mengendalikan rig korang dan bakat pemanduan korang, tidak ada apa yang lebih penting
dari itu. Pengendalian/pemanduan setiap orang adalah berbeza, boleh untuk mendapatkan tips dan nasihat dari
orang yang lebih pakar tetapi dengan cara berlatih adalah lebih berkesan. Apa yang perlu korang lakukan
adalah pertingkatan cara pemanduan dari sibuk upgrade rig korang. Latihan yang kerap boleh membuat
korang lebih mengenali rig korang, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh rig korang buat. Bila korang rasa
rig korang dah cukup membantu pengendalian dan pemanduan, berhentilah upgrade sebab korang akan
membazir duit dan mungkin akan menambah masalah pada rig korang.ada juga yang berfikir untuk memenuhi
semua spec all terrain untuk rig mereka, ini mengarut! Contohnya didalam satu satu course pun terdapat
pelbagai halangan apatah lagi kalau kita hendak cerita tentang course yang berlainan.. Apa apa pon jom kita
tengok beberapa elemen penting dalam rock crawler.

1. TAYAR
Korang mesti pernah dengar location! Location! Location!.tapi ni bukan tentang lokasi atau tempat dalam RC
ianya bermakna tayar!tayar! tayar!, jadi perhatikan tayar apa yang korang pakai dari segi bunga tayar
kelembutan, diameter, lebar dll. Ada sesetengah yang modified tayar seperti memotong bunga tayar atau
melebarkan rim untuk dapatkan tayar yang lebar. Dalam perkara ini sebenarnya terpulang juga kepada litar
atau tempat yang korang main , tidak semua sama dan mempunyai halangan yang sama. Aku tidak cakap
supaya korang kena tukar tayar mengikut halangan yang korang lalui tetapi pemilihan tayar yang bersesuaian
adalah sangat penting, tidak 100% tetapi membantu hampir 70% pengendalian. Jadi apa yang perlu korang
(seperti yang aku cakap sebelum ni) latihan adalah perlu supaya korang dapat tahu tayar apa yang bersesuian
dan membantu pengendalian/pemanduan korang. Satu lagi `penyakit’ kebanyakan pemain adalah diameter
tayar, lebih besar, lebih kasar dan lebih lebar nampak lebih menarik dan garang, betul! tapi adakah ia
membantu pemanduan korang? Jangan sampai lost identity dah ar hahahah
Competitions are held on a wide variety of terrain, so I want a tire that will work great no matter where I go.
Knowing how a tire will react on your rig is key.–Jake Wright

2. PUSAT GRAVITY CENTER OF GRAVITY(COG)


COG membantu rig korang mendaki, menurun dan melalui lereng bukit dengan selamat. Korang tidak perlu
buat kira kira untuk dapat COG yang betul cuma apa yang korang perlu tahu adalah lebih rendah adalah lebih.
Letakkan semua komponen penting korang serendah yang mungkin, bateri motor, esc dan receiver korang
lebih rendah lebih bagus. Begitu juga dengan body korang (perlu serendah yang mungkin), ramai yang tidak
perasan bahawa body juga memberi kesan kepada COG jadi pemilihan body juga adalah penting dan bukan
setakat cantik sahaja hihi.
Bagi aku, kebayakan beban seperti bateri,esc dan servo aku letakkan pada axle depan (unsprung weight) dan
lebihkan setup pada geometri linkage aku. Selebihnya aku akan cuba meringankan bahagian yang lain. Tetapi
bagi stock rig esc,battery dan alat elektronik lain memang memberi kesan yang sangat berbeza.

3. KEMUDAHALIHAN (MANEUVERABILITY)
Kalau korang dan pertandingan yang mengira reverse dan melanggar gate sepagai penalty perkara ini amat
penting. ground clearancelah yang kita perkatakan disini, ada pelbagai cara untuk buat ground clearance lebih
luas seperti mengangkat gearbox/transfercase keatas (modified bracket) dll . diameter tayar juga membantu
dalam meluaskan lagi ground clearance korang.
Combat Custom Crawler
Syed Farazudden Al-Attas

Syed Farazudden Al-Attas


Combat Custom Crawler

4. KETAHANAN (DURABILITY)
Rock crawling memang pelahan. Tapi semua orang tahu pentingnya ketahanan pada rig korang, bila jatuh
atau terbalik memang teruk rig kita, jadi pastikan segala peralatan elektronik kita melekat kuat dan selamat.
Knuckles alloy selalu menjadi pilihan hop up tapi igat tidak semua parts alloy tu bagus. Absorber alloy
memberi kesan yang baik berbanding plastik dan kalau ada hardened steel gears untuk semua gears seperti
axle dan gearbox/tranfercase sila beli kerana ia penting untuk memberi ketahan pada rig korang. Ketahanan
steering selalu menjadi tumpuan aku, jadi pemilihan metal gear servo adalah menjadi keutamaan bagi aku
untuk mengekalkan ketahanan steering.

5. PENGAGIHAN BERAT (WEIGHT DISTRIBUTION)


Pada mulanya pemain crawler memikirkan tentang berat adalah seperti membina rc tank hihi. Bila kita
perkatakan tentang berat, pengagihan berat tu sendiri adalah penting, bagaimana kita mengagihkan berat itu.
Ada juga pendapat mengatakan rig yang berat lebih memberi kesan yang bagus tetapi sebenarnya, seperti
perkara yang telah kita bincangkan pada topik COG tadi adalah cara penagihan berat yang betul.
Kebanyakkan crawler mengagihkan 60/40 dimana 60% pada berat di depan dan ada juga mengagihkan 50/50
tetapi jarang mengagihkan berat yang lebih di belakang kerana ianya tidak membantu langsung. Bagi aku
60/40 adalah sesuai untuk kebanyakan halangan dan aku tambah berat di depan seperti mengunakan wheel
weight pada tayar depan .

6. KUASA (POWER)
Sekali lagi perkara berubah , pada mulanya pemain crawler memikirkan hanya torque sahaja yang penting,
semua orang memikirkan pasal torque. Tidak berapa lama kemudian pemain sudah mula sedar bahawa wheel
speed juga memainkan peranan penting untuk melepasi halangan. Momentu juga adalah penting sebenarnya,
tetapi tidak/jangan selalu digunakan teknik ini, hanya sekali sekala jika difikirkan perlu. Tapi jangan pula
korang terus tukar motor dari 370 ke 540 pula hahah,. Umumnya untuk mencapai wheel speed adalah dengan
mengunakan motor dengan turn yang lebih rendah atau menukar kepada gear yang tinggi (high speed untuk 2
speed gearbox). Maknanya high volt/low kv atau turn adalah perkara yang kita perkatakan. Tapi bagaimana?
Kepada yang belum mendapat kan/membeli 3s lipo dipersilakan beli dan cuba, korang akan faham nanti hihi .

7. ARTIKULASI (ARTICULATION)
Kalau korang fikir mendapatkan artikulasi atau yang korang sebut sebut ‘flex’ yang lebih adalah bagus untuk
keseimbangan yang baik korang silap. Sebenarnya suspense yang bagus memainkan peranan yang penting
untuk mendapatkan artikulasi yang baik. Kalau di dunia sebenar ‘flex’ adalah sesuatu yang menyakitkan
daripada membantu haha. Selalunya artikulasi ini disalah ertikan oleh pemain crawler, perkara dibawah
menerangkan bagaimana artikulasi yang baik boleh dicapai. 7.KELEMBUTAN/KERAS SUSPENSI
(SUSPENSION STIFFNESS) Umumnya rock crawler akan setup suspensi belakang lebih keras dari belakang
tujuannya adalah untuk mengelak dari terbalik semasa dilereng bukit kerana suspensi terlalu lembut. Ramai
pemain tidak sedar dengan menambah hopup part yang berat dan aksesori yang berlebihan menyumbang
kepada senangnya rig korang terbalik. Suspense yang keras juga mengelakkan torque twist lebih bagus dari
suspense yang lembut

Syed Farazudden Al-Attas

Anda mungkin juga menyukai