Anda di halaman 1dari 6

Bagaimana Untuk Memilih Raket Badminton Bagaimana Untuk Memilih Raket Badminton

Ini hanyalah panduan asas bagaimana untuk memilih raket badminton yang sesuai dengan anda. Walaubagaimanapun ini tidak bermakna panduan ini adalah 100% tepat untuk semua tetapi bersesuaian dengan kebanyakan pemain secara keseluruhannya. Panduan ini juga bukan bertujuan untuk menidakkan pengetahuan dan pengalaman anda sebelum ini dalam pemilihan raket yang paling sesuai. Andainya panduan ini bercanggah dengan pengetahuan dan pengalaman yang telah anda miliki, adalah lebih baik untuk mengikut ilmu yang anda ada kerana anda lebih memahami kesesuaian raket dengan diri anda sendiri.

Pemilihan Raket Untuk Kali Pertama

Jika anda masih baru dalam sukan badminton dan berhajat untuk mendapatkan raket untuk kali pertama, cara yang paling selamat adalah untuk memilih raket yang balanced. Berikut adalah ciri-ciri raket yang perlu diberi keutamaan:

Material: Hanya raket carbon/graphite Bentuk frame: Isometric Berat: Medium (84g-86g) Balance point: Balanced (285-290mm) Saiz grip: G4/G5 (Yonex terminology) Stiffness: Medium stiff Ketegangan tali: 25 lbs dan ke atas

Apabila anda sudah menyenarai pendek raket-raket yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas, anda seterusnya boleh mula untuk mempertimbangkan jenama-jenama yang ada di pasaran, rekabentuk, kombinasi warna dan juga yang paling penting adalah harga. Biasanya setiap jenama mempunyai teknologi tersendiri untuk membolehkan raket keluaran mereka mudah dipasarkan. Anda boleh mengambilkira faktor ini juga tetapi kebiasaannya semakin banyak teknologi pada raket semakin tinggi harganya.

Satu lagi nasihat untuk anda adalah cuba pasang tali pada ketegangan sekitar 23-24 lbs untuk pertama kali. Ini adalah ketegangan medium yang biasanya digunakan oleh pemain-pemain badminton sosial. Setelah mula biasa bermain, anda boleh meningkat/menurunkan ketegangan tali ini mengikut skil, kekuatan dan corak permainan anda. Semakin lama anda bermain, anda akan menyedari adakah raket tersebut sesuai dengan keperluan anda atau tidak. Walaubagaimanapun, tiada cara yang tepat untuk menentukan raket pertama anda ini adalah paling sesuai untuk anda.

Menukar Raket Sedia Ada Dengan Raket Yang Baru

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan raket yang ada dan mahu mencari raket yang baru, anda boleh mengikut panduan berikut:

Material: Seperti biasa, hanya pilih raket carbon/graphite.

Bentuk frame: Isometric, jika anda telah mempunyai skil untuk memukul bulu tangkis tepat ke sweet spot secara konsisten, maka anda boleh juga mempertimbangkan raket berbentuk oval-head.

Berat: Soalan: Adakah anda merasakan raket anda sekarang terlalu berat atau terlalu ringan? Raket yang berat bermakna adalah sukar untuk anda menggerakkan raket tersebut dari satu posisi ke posisi yang lain. Raket yang ringan pula bermakna anda dapat memnggerakkan raket terlalu mudah dan anda memerlukan raket yang lebih berat untuk menambahkan tenaga dalam pukulan-pukulan anda. Keputusan: Jika raket anda terlalu berat, dapatkan raket yang lebih ringan. Mulakan dengan raket yang lebih ringan sebanyak 2 atau 3 gram berbanding raket anda sekarang. Jika raket anda terlalu ringan, dapatkan raket yang lebih berat. Mulakan dengan raket yang lebih ringan sebanyak 2 atau 3 gram berbanding raket anda sekarang.

Berat 84-85g merupakan berat yang sesuai untuk kebanyakan pemain.

Balance point: Soalan: S1: Anda gemar membuat pukulan smash tetapi pukulan anda kurang bertenaga? S2: Anda suka bermain secara bertahan dan tidak selalu membuat pukulan smash atau anda gemar bermain secara pantas (bahagian hadapan gelanggang) dan raket sedia ada tidak membolehkan anda bermain seperti itu?

Keputusan: Jika anda menjawap YA untuk S1, anda patut mendapatkan raket yang head-heavy. Raket seperti ini akan membantu anda menyalurkan lebih tenaga kepada setiap pukulan. Kebiasaannya raket headheavy mempunyai balance point sekitar 291cm atau lebih. Anda boleh tentukan raket apa yang perlu dipilih dengan menjadikan raket sedia ada sebagai penanda aras balance point yang sesuai.

Jika anda menjawap YA untuk S2, anda patut mendapatkan raket yang head-light atau balanced. Raket sebegini akan menambahkan kelajuan hayunan pukulan anda. Walaubagaimanapun, anda akan kehilangan sedikit tenaga dalam pukulan yang dibuat. Kebiasaannya raket balanced mempunyai balance point sekitar 285-290cm dan 284cm ke bawah untuk raket head-light. Anda boleh tentukan raket apa yang perlu dipilih dengan menjadikan raket sedia ada sebagai penanda aras balance point yang sesuai.

Saiz grip: G4 atau G5 (Yonex terminology) anda boleh menambahkan ketebalan grip dengan menggunakan replacement grip yang lebih tebal.

Stiffness: Jika anda merasakan raket anda sekarang bergetar setiap kali anda membuat pukulan dan anda rasakan pukulan-pukulan anda kurang bertenaga walaupun tepat mengenai sweet spot, mungkin raket tersebut terlalu stiff untuk anda. Ini bermakna anda tidak mempunyai cukup tenaga atau kepantasan hayunan untuk melenturkan shaft raket anda. Jadi anda perlu mencari raket yang kurang stiff. Kebiasaannya raket medium stiff atau flexible adalah percaturan terbaik. Satu nasihat sebelum anda menukar raket, cuba kurangkan ketegangan tali raket anda dan lihat sama ada ia membantu. Ketegangan tali yang kurang akan meningkatkan daya lantunan bulu tangkis dan dapat menyerap stiffness raket.

Sekiranya anda mempunyai tangan yang kuat tetapi pukulan anda tidak bertenaga walaupun telah memukul tepat mengenai sweet spot, kemungkinan raket anda sekarang tidak cukup stiff untuk anda. Dapatkan raket yang lebih stiff daripada raket yang anda gunakan sekarang.

Ketegangan tali Jika anda rasakan raket anda tidak memberikan cukup tenaga kepada pukulan-pukulan anda, cuba rendahkan ketegangan tali untuk menambahkan daya lantunan pada raket anda. Cara ini kebiasaannya berkesan. Walubagaimanapun, tali yang kurang tegang akan menyukarkan kawalan dan ketepatan pukulan kerana lantunan yang lebih. Ketegangan tali sekitar 21-22lbs adalah ketegangan yang paling rendah untuk kebanyakan raket masa kini. Jika ada rasakan pukulan anda cukup bertenaga dan mahukan lebih kawalan dan ketepatan dalam setiap pukulan, anda perlu meningkatkan ketegangan tali raket anda. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk tidak melepasi ketegangan maksimum yang dinyatakan dalam spesifikasi raket anda kerana raket anda mungkin akan patah atau retak. Dapatkan nasihat daripada stringer anda.

Raket Atau Teknik? Kenapa Bukan Raket Yang Paling Mahal?

1. Teknik adalah faktor yang paling penting dalam permainan badminton dan bukannya raket. Kadang-kala anda akan merasakan tidak sesuai dengan raket anda walaupun anda telah mencuba pelbagai cara. Masalah ini kadang-kala bukan pada raket tetapi pada teknik anda. Apabila anda bermain dengan teknik yang salah, walau ape jenis raket sekali pun, anda tidak akan dapat keputusan seperti yang dikehendaki. Tiada cara pantas untuk mengubah keadaan ini kecuali dengan mempelajari dan berlatih lebih giat lagi. Mendapatkan nasihat daripada pemain yang lebih bagus merupakan satu cara terbaik untuk memperbaiki teknik anda.

2. Anda mungkin bertanya, kenapa tidak memilih raket termahal sekali di pasaran memandangkan anda mempunyai bajet yang cukup untuk mendapatkannya. Ini adalah satu kesilapan yang sering disalahtafsirkan oleh ramai pemain. RAKET PALING MAHAL BELUM TENTU SESUAI DENGAN ANDA. Sesetengah pemain hanya mengikut trend jenis raket yang digunakan oleh pemain profesional dengan beranggapan raket tersebut pastinya adalah raket yang terbaik di pasaran. Walaupun bagi sesetengah orang ia mungkin betul, bagi sesetengah yang lain ia tidaklah begitu tepat. Sebagai contoh, kebanyakan raket hi end yang mahal di pasaran mempunyai shaft yang stiff dan jika anda tidak mempunyai cukup kekuatan tangan atau kelajuan hayunan pukulan, anda akan menghadapi masalah di mana pukulan anda kurang bertenaga. Jadi panduan ini sedikit sebanyak bolehlah digunakan untuk anda memilih raket yang sesuai dengan anda atau anda boleh mengikut

pengetahuan dan pengalaman anda dalam memilih raket sekiranya anda sudah mempunyai sedikit kepakaran untuk berbuat demikian.

1. Pegangan Raket (Grip) aku cedok orang lain punya artikel....tapi aku faham bahasa ini..

Bulutangkis dikenal sebagai olahraga yang banyak menggunakan pergelangan tangan. Karena itu, benar tidaknya cara memegang raket akan sangat menentukan kualitas pukulan seseorang. Salah satu teknik dasar bulutangkis yang sangat penting dikuasai secara benar oleh setiap calon pebulutangkis adalah pegangan raket. Menguasai cara dan teknik pegangan raket yang betul, merupakan modal penting untuk dapat bermain bulutangkis dengan baik pula. Oleh karena itu, apabila teknik pegangan raket salah dari sejak awal, sulit sekali meningkatkan kualitas permainan. Pegangan raket yang benar adalah dasar untuk mengembangkan dan meningkatkan semua jenis pukulan dalam permainan bulutangkis. Cara pegangan raket yang benar adalah raket harus dipegang dengan menggunakan jari-jari tangan (ruas jari tangan) dengan luwes, rileks, namun harus tetap bertenaga pada saat memukul kok. Hindari memegang raket dengan cara menggunakan telapak tangan (seperti memegang golok). Jenis Pegangan Raket Pada dasarnya, dikenal beberapa cara pegangan raket. Namun, hanya dua bentuk pegangan yang sering digunakan dalam praktek, yaitu cara memegang raket forehand dan backhand. Semua jenis pukulan dalam bulutangkis dilakukan dengan kedua jenis pegangan ini. Dua macam cara memegang raket di atas, pada kenyataannya digunakan secara bergantian sesuai situasi dan kondisi permainan. Untuk tahap awal para pemula biasanya diajarkan cara memegang forehand terlebih dahulu, kemudian baru backhand. Pada akhirnya untuk pemain yang sudah terampil akan terlihat pegangan raketnya hanya satu grip. Ini terjadi karena pergeseran pegangan tangan dari forehand ke backhand dan sebaliknya hanya sedikit dan terjadi secara otomatis. Pegangan raket yang benar, dan memanfaatkan tenaga pergelangan tangan pada saat memukul kok, dapat meningkatkan mutu pukulan dan mempercepat laju jalannya kok. ini berarti, telah menggunakan tenaga secara lebih efisien namun efektif. ltulah sebabnya, sejak dini peserta latih harus membiasakan memukul kok dengan menggunakan tenaga pergelangan tangan (tenaga pecut). Cara Memegang Raket Forehand 1. Pegang raket dengan tangan kiri, kepala raket menyamping. Pegang raket dengan cara seperti "jabat tangan". Bentuk "V" tangan diletakkan pada bagian gagang raket. 2. Tiga jari, yaitu jari tengan, manis dan kelingking menggenggam raket, sedangkan jari telunjuk agak

terpisah. 3. Letakkan ibu jari diantara tiga jari dan telunjuk. Cara Memegang Raket Backhand Untuk backhand griop, geser "V" tangan ke arah dalam. Letaknya di samping dalam. bantalan jempol berada pada pegangan raket yang lebar. Cara Latihan Sebelum praktek melakukan latihan pukulan, perlu dilakukan latihan untuk adaptasi menggerakgerakkan pergelangan tangan dengan tetap memegang raket dengan benar. 1. Peserta latih dibiasakan selalu memegang raket dengan jari-jari tangan, luwes, dan tetap rileks, tetapi tetap mempunyai tenaga. 2. Lakukan gerakan raket ke axah kanan dan kiri, dengan menggunakan tenaga pergelangan tangan. Begitu juga gerakan ke depan dan ke belakang, sehingga terasa betul terjadinya tekukan pada pergelangan tangan. 3. Gerakkan pergelangan tangan ke atas dan ke bawah. 4. Memukul bola (kok) ke tembok. 5. Bouncing ball. Kesalahan Yang Terjadi a. Memegang raket dengan menggenggam, jari-jari rapat dan sejajar. b. Posisi "V" tangan berada pada bagian grip raket yang lebar.

Anda mungkin juga menyukai