Anda di halaman 1dari 3

PERKARA YANG SERING DILAKUKAN KETIKA RAMADAN MENJADI SEBAB

UMAT ISLAM TERGOLONG DALAM KALANGAN MANUSIA YANG RUGI

___________________________________________________________________________

Bulan Ramadan merupakan bulan untuk kita mempertingkatkan amal ibadah. Bulan
yang dijanjikan dengan pelbagai ganjaran bagi mereka yang sentiasa mencarinya.

Antara ganjaran yang Allah janjikan di dalam bulan Ramadan ialah keampunan,
kerahmatan, dibuka pintu-pintu syurga, dimakbulkan doa dan terdapat satu malam yang mana
amalan pada malam itu akan dilipat gandakan seperti ibadah selama 1,000 bulan.

Amat rugilah mereka yang berpeluang bertemu dengan Ramadan, tetapi tidak
memperolehi keampunan Allah.

Dalam sebuah hadis nabi: Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda:
“Amin, Amin, Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila
engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin, amin.”

Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia
(Jibril) berkata: Barang siapa yang bertemu dengan bulan Ramadan tetapi tidak diampunkan
baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh
Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin” - [HR Ibn
Hibban 907].

___________________________________________________________________________

Antara kerugian seorang muslim di bulan Ramadan ialah:

1. Bangun sahur tanpa meminta keampunan Allah

Waktu sahur merupakan satu waktu yang sangat penting bagi orang yang mahu
berpuasa. Ini kerana pada waktu itu jika seseorang bersahur maka akan mendapat keberkatan.

Selain daripada itu, orang yang bangkit sahur dan meminta keampunan Allah maka
akan diampuni dosa mereka. Firman Allah di dalam Surah Al-Imran, ayat 17 :

١٧ ‫ٱلَّٰص ِبِر يَن َو ٱلَّٰص ِدِقيَن َو ٱۡل َٰق ِنِتيَن َو ٱۡل ُم نِفِقيَن َو ٱۡل ُم ۡس َتۡغ ِفِر يَن ِبٱَأۡلۡس َح اِر‬

Maksudnya : Dan juga orang-orang yang sabar ( dalam menjunjung perintah Allah ), dan
orang-orang yang benar ( perkataan dan hatinya ), dan orang-orang yang sentiasa taat ( akan
perintah Allah ), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya ( pada jalan Allah ), dan
orang-orang yang beristighfar ( memohon ampun ) pada waktu sahur.

___________________________________________________________________________

2. Menunggu waktu berbuka tanpa meminta doa kepada Allah

Waktu yang paling sesuai untuk kita memperbanyakkan doa adalah pada ketika
hendak berbuka puasa tetapi ramai dalam kalangan kita yang terkadang menghabiskan masa
di hadapan televisyen ataupun melayari laman sosial.

Sabda Rasulullah : Sungguh orang yang berpuasa mempunyai doa yang dikabulkan
dan tidak akan ditolak tatkala berbuka puasa. - [HR Ibn Majah 1743]

___________________________________________________________________________

3. Menghabiskan waktu siang dengan tidur

Tidur tidaklah membatalkan puasa tetapi kata para alim ulama bahawa orang yang
menghabiskan waktu siang dengan tidur merupakan orang yang rugi.

Bulan Ramadan bulan menambah amal ibadah. Ini kerana pada bulan-bulan yang lain
kita akan sentiasa memberi alasan dengan kesibukan urusan dunia seperti kerja, makan,
bersama dengan isteri, kawan dan bermacam lagi alasan yang kita cipta untuk tidak
melakukan ibadah.

Rugilah mereka yang tidur sehingga tidak melakukan ibadah solat, puasa mereka
hanyalah lapar dan dahaga ibarat mengisi air ke dalam baldi yang mana baldinya bocor.

Sabda Rasulullah: Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan pahala
puasanya selain lapar dahaga dan berapa banyak orang yang solat malam tidak mendapatkan
pahala solat malamnya selain hanya sekadar bangun malam.

___________________________________________________________________________

4. Tidak membaca Al-Quran

Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan Al-Quran yang menjadi panduan


kehidupan. Para alim ulama sentiasa membaca Al-Quran dan apabila sampai di bulan
Ramadan mereka akan melipat gandakan bacaan tersebut. Diceritakan bahawa Imam Syafie
mengkhatamkan Al-Quran sebanyak dua kali pada setiap hari di bulan Ramadan.
Firman Allah di dalam Surah Faatir ayat 29 :

٢٩ ‫ِإَّن ٱَّلِذ يَن َيۡت ُلوَن ِكَٰت َب ٱِهَّلل َو َأَقاُم وْا ٱلَّص َلٰو َة َو َأنَفُقوْا ِمَّم ا َر َز ۡق َٰن ُهۡم ِس ّٗر ا َو َع اَل ِنَيٗة َيۡر ُجوَن ِتَٰج َر ٗة َّلن َتُبوَر‬

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah (Al-Quran) dan
tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada
mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian)
mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.

___________________________________________________________________________

5. Tidak bersedekah

Mereka yang bakhil dengan harta yang dianugerahkan oleh Allah dan tidak
menafkahkannya ke jalan Allah dengan memberi makan kepada orang yang lapar.
Seharusnya Bulan Ramadan mendidik jiwa kita ke arah belas kasihan kepada golongan fakir
miskin yang mana kebanyakan mereka menahan lapar kerana tidak mempunyai makanan.

Sabda Rasulullah: Rasulullah adalah orang yang paling pemurah berbuat kebajikan,
terutama di bulan Ramadhan. - [HR Muslim 4268].

Oleh hal yang demikian, terbuktilah bahawa betapa penting dan mulianya bulan
Ramadhan di sisi manusia. Sebagai umat Islam, kita haruslah mengambil ikhtibar daripada
perkara ini kerana bimbang akan menjadi kebiasaan pada umat Islam. Dan ingatlah firman
Allah SWT di dalam surah as-Syura, ayat 20 :

‫ِثِه َو َم ن َك اَن ُيِر يُد َح ۡر َث ٱلُّد ۡن َيا ُنۡؤ ِتِهۦ ِم ۡن َها َو َم ا َل ۥُه ِفي ٱٓأۡلِخَر ِة ِم ن‬
‫َم ن َك اَن ُيِر يُد َح ۡر َث ٱٓأۡلِخَر ِة َنِز ۡد َل ۥُه ِفي َح ۡر ۖۦ‬
٢٠ ‫َّنِص يٍب‬

Maksudnya : “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di


akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan
sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami
beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan
beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”

Anda mungkin juga menyukai