Anda di halaman 1dari 5

Hikayat Laksmana Raja di Laut

Oleh: Adin
Hikayat ini telah mengokah pecah
Berderai Kesegala hampar yang telah digelar
Tentang segala titah yang telah ia madah
Tentang segala tingkah yang telah ia luah
Di nandung rindu budak laut
Cerita ini
Seranum gemala di mulut naga
Kalau kau duduk bersurah
Segala penjuru hala akan kau jumpa
Titis turun semua kurun
Inilah riwayat Laksamana Selat Malaka
Serupa laut tempat ia bertahta nama
Kau tahu,
Laksmana Selat Melaka di masa lanun mencengkam air
Ia hadirkan selangkah titah dua Panglima
Menyeduh teduh di mendung muslihat
Tinggalkan Zubaidah di jengah Hasan
Jangan pula dilupakan
Tentang khianat sang Panglima
Kepada Baginda Mulia
Hasut derita kepada Umar
Dan sumpah di Tanjung Jati
Merangkai hati dengan Zubaidah
Aduhai Zubaidah
Sekiranya kau menikung simpang
Dipastikan segala gemala kau punya

Perlu juga kau tahu


Lancang bersauh
Biduk berteras
Kuning geliga dipancar rupa
Diterpa ombak berdiri jua
Hikayat Lancang kuning menyala
Biodata Penulis
Penulis merupakan seorang tenaga pengajar di Kabupaten Bengkalis. Sering dipanggil Adin
sebagai nama harian. Penulis merupakan Kelahiran Kelapapati 13 Agustus 1991.

Anda mungkin juga menyukai