Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Sesebuah organisasi tidak kira sama ada ianya sebuah agensi kerajaan atau organisasi bukan
kerajaan memerlukan satu bidang komunikasi yang baik untuk memastikan organisasi
tersebut berjalan dengan lancar sebaik mungkin. Komunikasi boleh didefinasikan sebagai
satu proses pengiriman maklumat antara satu sama yang lain di dalam sesebuah oraganisasi,
malahan ianya satu proses terpenting dan kompleks dalam fungsi pengurusan sesebuah
organisasi khususnya institusi pendidikan,

Masa yang digunakan oleh eksekutif sesebuah organisasi untuk berinteraksi dengan
orang lain adalah lebih 80%, ini dapat dilihat dalam kajian Mintzberg (1973). Sementara di
Hill, et.al. (1981), mendapati sebahagian besar masa pengetua telah digunakan untuk urusan
surat-menyurat serta berinteraksi dengan orang lain dan sedikit masa sahaja untuk
menyempurnakan peranannya sebagai pemimpin pengajaran. Berdasarkan kajian oleh Hill,
et.al. (1981), kita boleh membuat kesimpulan bahawa tugas dan kedudukan pengetua adalah
bagai pusat kawalan dan pusat memproses maklumat yang mengalir daripada Kementerian
Pendidikan, JPN, PPD serta agensi-agensi lain ke sekolah dan sebaliknya. Prestasi sebuah
organisasi sebagai contoh sekolah boleh ditentukan oleh Kelicinan aliran maklumat tersebut
dan kualitinya (Ramaiah, 1999).

Lanjutan daripada itu, komunikasi dalam organisasi dapat dirumuskan sebagai satu
proses pemyampaian, pertukaran dan perpindahan maklumat serta mesej dan data dari satu
sistem kerja dibentuk, dipertahan, diubahsuai dan dilaksanakan menurut kehendak dan
penyesuaian semasa kepada satu arah semasa kepada satu arah pencapaian matlamat yang
telah ditetapkan bersama oeh organisasi berkenaan (Jaafar Muhamad, 1993).
Dalam proses ini hubungan formal dan tidak formal terjalin antara pengurus dan
pekerja yang terjadi melalui aktiviti timbal balik sama ada menegak atau pun mendatar.
Namun begitu, secara kesimpulannya dalam struktur organisasi, menurut Zaidatol Akmaliah
(2001), proses komunikasi mengandungi elemen-elemen asas yang berikut:

(I) arahan untuk melakukan sesuatu atau jangan melakukan sesuatu yang
dikomunikasikan dari atas ke bawah atau daripada seseorang kepada orang lain
di bawahnya,
(II) (ii) laporan, pertanyaan dan permintaan yang dikomnikasikan kepada pihak
atas terutama kepada ketua yang bertanggungjawab daripada individu tertentu,
dan

(III) (iii) komunikasi antara satu kumpulan dengan kumpulan lain melalui satu
ketua yang dikongsi bersama.

FUNGSI DAN KEPENTINGAN KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI


PENDIDIKAN

Dalam konteks apa sekali pun dan dalam keadaan yang bagaimana pun komunikasi
mempunyai dan memainkan peranan yang cukup penting. Bahkan dalam konteks organisasi,
pastinya mempunyai peranan yang tersendiri. Nilai, faedah dan kepentingan komunikasi
dalam organisasi telah dibincang dan dihurai oleh ramai sarjana dalam bidang berkenaan.
Sebagai contoh. Dare Francis (1987), telah menyimpulkan kepentingan komunikasi dalam
organisasi kepada empat fungsi utama. Ia dapat dilihat dalam bentuk model berikut:
mewujud dan Mepertahankan Suasana yang sihat dan mendapat dan Menyatukan usaha.

Untuk memastikan seluruh warga organisasi berkongsi visi dan misi organisasi adalah
fungsi komunikasi yang pertama.Jika kita mengambil sebuah sekolah sebagai contoh bagi

1
organisasi kerajaan, dengan adanya fungsi yang pertama ini, visi dan misi organisasi sentiasa
dihayati dan dingati. Dengan in ahli-ahli organisai akan selau mempunyai kepekaan yang
tinggi terhadap cabaran dan perkembangan dalaman dan luaran organisasi. Semua warga
organisasi akan berusaha ke arah mencapainya visi dan misi organisasi dan mempunyai focus
yang difahami bersama. Melalui komunikasi yang berkesan, seorang pengurus dapat
memupuk warga organisasi agar sama-sama menuju matlamat yang ditetapkan oleh
organisasi tersebut.

Menyatukan usaha untuk mencapai matlamat organisasi iaitu matlamat sesebuah


sekolah untuk mencapai kadar lulus yang tinggi adalah fungsi kedua komunikasi dalam
organisasi. Penyatuan usaha ini melibatkan usaha-usaha koordinasi di kalangan anggota
sekolah terutamanya pihak guru yang berkenaan dan jabatan dalam sesebuah organisasi,
merapatkan hubungan di kalangan unit dan jabatan yang berjauhan, serta melakukan
pengarahan dan pembahagian kerja yang berkesan.

Fungsi komunikasi seterusnya dalam organisasi iaitu fungsi ketiga komunikasi dalam
organisasi, ialah untuk memelihara dan memupuk susana yang sihat dan harmoni dalam
organisasi. Ini dapat dilakukan dengan melaksanakan kegiatan yang bermanfaat dengan
membina budaya yang sihat, berdasar nilai, etika dan dasar yang mulia. Dengan itu semangat
“berpasukan” dapat direalisasikan. Perkembangan yang positif dalam organisasi dapt dipupuk
dengan adanya suasana yang sihat. Suasana yang sihat tersebut dapat dipertahankan dengan
suburnya sikap percaya mempercayai di kalangan warga organisasi emebolehkan suasana
yang sihat dapat dipertahankan. Justeru itu, keadilan dan kesaksamaan, serta meningkatnya
semangat kerjasama untuk menjayakan matlamat organisasi.

Melalui komunikasi yang berkesan dapat memupuk kemampuan untuk membuat


keputusan yang tepat dan bijaksana adalah fungsi keempat komunikasi dalam organisasi
Deangan matlumat yang cukup dan tepat, keputusan yang dibuat, terutama untuk memaju dan
mencemerlang kan organisasi dapat dibuat dengan penuh bertanggungjawab,cekap dan
berkesan. Jennifer M. George dan Gareth R. Jones (2002) mengemukan pandangan yang
hamper sama, yang menyimpulkan fungsi utama komunikasi dalam organisasi kepada lima

2
fungsi utama iaitu, yang pertama menyediakan maklumat dan ilmu tentang organisasi, ini
melibatkan persoalan matlamat organisasi,cara untuk mencapainya,nilai-nilai yang sewajarnya
dihayati,perubahan yang perlu dan sebagainya.

Fungsi kedua berdasarkan Jennifer M. George dan Gareth R. Jones (2002) ialah,
memotivasikan warga organisasi. Ini dengan menjelaskan apa yang akan didapati dengan
kejayaan yang dicapai dan mengambarkan kepada warga organisasi pengharapan organisasi
terhadap warganya,menyediakan matlamat organisasi yang spesifik yang perlu
dicapai,mencipta matlamat yang lebih mencabar dan lantaran memberi maklumbalas terhadap
pencapaian yang berjaya dilaksanakan,mengawal dan mengkoordinasikan usaha.

Iaitu dengan menyediakan kaedah komunikasi yang berkesan, memupuk nilai yang positif,
yang akhirnya dapat memupuk budaya yang sihat di dalam organisasi Wadah untuk
meluahkan perasaan dan emosi. Iaitu, organisasi menyediakan ruang untuk warga organisasi
menyatakan pandangan, kritikan yang membina, serta cadangan untuk kebaikan organisasi
secara keseluruhannya. Dengan itu, ketegangan dapat di kurangkan. Suasana sihat dan
harmoni dapat dipupuk dan dipertahankan Manakala Harold Koontz & Heinz Weihrich
(1997), menyimpulkan peranan komunikasi dalm konteks organisasi melibatkan perkara-
perkara berikut:

1. Menetapkan dan menyebarluaskan matlamat organisasi.

2. Menyusun rancangan untuk mencapai matlamat organisasi.

3. Mengatur sumbar manusia dan sumber - sumbar yang lain dengan


cara yang paling cekap dan berkesan.

4. Memilih, membentuk dan manilai para anggota dalam organisasi utuk sesuatu
tugas dan jawatan.

5. Memimpin,mengarah,mendorong dan mancipta iklim yang membuahkan sifat ingin


menyumbang kea rah pencapaian dan kemajuan organisasi.

6. Mengawal kegiatan dan prestasi warga di dalam organisasi.

3
komunikasi mempunyai peranan yang cukup besar dalam sesebuah organisasi adalah
Ideologi atau pandangan, yang diserlahkan oleh sarjana yang lain. Dalam konteks sekolah,
pastinya peranan yang sedemikian juga di mainkan oleh komunikasi., dan keberkesanannya
juga amat menentukan keberkesanan dan kemajuan sesebuah sekolah

KESIMPULAN

Dengan ini, dapatlah dirumuskan bahawa proses komunikasi dikalangan warga-warga


sekolah merupakan sebahagian daripada aspek asas psikologi yang penting untuk mencapai
visi dan misi sekolah tersebut. warga atau ahli-ahli dalam organisasi atau sekolah
memerlukan system komunikasi yang lancar kerana ia mempunyai hubungan rapat dengan
perlakuan individu dalam organisasi dan sekolah tersebut.. bagi meningkatkan lagi kepuasan
kerja, prestasi kerja dan tahap komimen kepada orgfanisasi di kalangan pekerja, Amat
penting untuk organisasi untuk melihat tentang proses-proses komunikasi yang bersesuaian
untuk di beri perhatian

Sehubungan dengan itu, dalam satu kajian oleh Mathieu (1991) dan Zajac (1990) juga
mendapati terdapatnya hipotesis di antara komitmen organisasi dengan kepusaan kerja.
Dalam kajian tersebut, apabila berlaku peningkatan kepuasan dalam bekerja, maka kan
meningkatnya komitmen pekerja terhap organisasi. Kesimpulannya daripada kajian ini
adalah bahawa komunikasi yang baik dan lancar diantara ahli-ahli organisasi telah
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kepuasan kerja dengan
prestasi kerja dan juga terdapat hubungan yang signifikan di antara kepuasan kerja dengan
komitmen kepada organisasi di kalangan pekerja. Apabila tahap komunikasi yang baik dan

4
tinggi diantara guru-guru dan pengetua sesebuah sekolah maka guru-guru tersebut akan
berkerja keras untuk mendidik pelajar dan sekali gus mencapai matlamat sekolah tersebut.

5
RUJUKAN

AL. Ramaiah, (1999). Kepemimpinan Pendidikan: cabaran masa kini IBS Buku sdn.bhd
Selangor.

Barret, D. J. (2006). Leadership communication: A communication approach for senior-level


managers. Handbook of Business Strategy. United Kingdom: Emerald Group Publishing.

Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory.

Cronbach, L. J., & Meehl, P. E. (1955). Construct validity in psychological tests.


Psychological

Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Jafar Muhammad (1993) Asas pengurusan perniagaan ; Fajar Bakti

Mintzberg, H. (1973). The Nature of Managerial Work. New York: Harper & Row.
Association (6th ed.). Washington, DC: Author.

Nuredayu Omar. (2018). The relationship components of communication competence in the


direct selling process in Malaysia

Raji Ridwan Adetuji, Sabrina Mohd Rashid, & Mohd Sobhi Ishak. (2018). Social media
marketing communication and consumer-based brand equity: An account of automative
brands in Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(1), 1-19.

Suhailawatie Ramli, Kamaliah Siarap, & Nor Hazlina Hashim. (2015). Analisis corak aliran
komunikasi dalaman organisasi. Kajian kes operator pelabuhan. Kertas Kerja Persidangan
Kedua Antarabangsa Media, Komunikasi dan Budaya (ICMCC 2015), 30 Nov. - 2 Dis,
Vistana Hotel, Penang.

Walker, R. (2011). Strategic management communication for leaders (2nd ed.). United
Statesof America: Cengage Learning.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2001). Pentadbiran Pendidikan, Penerbit Fajar Bakti Sdn
Bhd.

6
7

Anda mungkin juga menyukai