Anda di halaman 1dari 8

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk:

ULAMA PEWARIS PARA NABI

Tarikh Dibaca:

14 REJAB 1445H /
26 JANUARI 2024

Disediakan oleh:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

*Tajuk cadangan
Khutbah Jumaat Ulama Pewaris Para Nabi

ULAMA PEWARIS PARA NABI


26 JANUARI 2024 / 14 REJAB 1445H

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬

‫ن الرجِيم‬ِ ‫ن الشيْطَا‬ َ ِ ‫أع ُوذ ُ ب ِالله ِ م‬


َ َۡ ۡ ْ ُُْ ُ ‫ذ َ َ ۡ َ ُ َ َ ذ َ َ َ ۡ َ ُ َ ذ َ ََ َ ذ‬ َ ‫قُ ۡل َه ۡل ي َ ۡس‬
)‫ (سورة الزمر‬٩ ‫ب‬
ِ َٰ ‫ب‬ ‫ل‬ ‫ۡل‬‫ٱ‬ ‫وا‬‫ل‬‫و‬ ‫أ‬ ‫ر‬ ‫ك‬‫ذ‬ ‫ت‬‫ي‬ ‫ا‬‫م‬ ‫ن‬ِ ‫إ‬ َۗ ‫ون‬‫م‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫ي‬ ‫َل‬ ‫ِين‬ ‫َّل‬ ‫ٱ‬‫و‬ ‫ون‬‫م‬ ‫ل‬ ‫ع‬‫ي‬ ‫ِين‬
‫َّل‬ ‫ٱ‬ ‫ي‬ِ ‫و‬‫ت‬

‫َل‬
ِ ‫ الله ُم ص‬.ُ ‫ و َأشْهَد ُ أن مُحَمدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ‫أشْهَد ُ أ ْن لا ِإله َ ِإلا َ الله ُ وَحْدَه ُ ل َا شَر ِي‬

َ ‫ فَيَا عِبَاد‬،ُ ‫ أما بَعْد‬.ِ‫وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُحَمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الد ِين‬

.َ‫ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ لَعَل ك ُ ْم تُفْلِحُون‬،َ‫ اتق ُوا الله‬،ِ‫الله‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Perbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad
SAW. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Khatib
mengingatkan para jemaah agar memberi sepenuh perhatian kepada khutbah yang akan
disampaikan dan tidak melakukan perkara-perkara yang lagha seperti menggunakan
telefon dan berbual-bual. Tumpukan perhatian pada khutbah yang akan disampaikan,
mudah-mudahan kita semua mendapat hidayah dan taufiq dari Allah SWT.

Pada hari ini khatib ingin membicarakan khutbah bertajuk: “Ulama Pewaris Para Nabi”.

Sebelum itu, khatib ingin mengingatkan seluruh umat Islam untuk terus mendoakan
penduduk Palestin yang kini teruk ditindas oleh rejim zionis Israel. Sudah lebih 100 hari
perang berlangsung sejak Operasi Taufan al-Aqsa dan kini, kemusnahan harta benda,
1
Khutbah Jumaat Ulama Pewaris Para Nabi

kehilangan nyawa sudah tidak terjumlah lagi kerugiannya. Berdoalah kepada Allah SWT
memohon pertolongan buat mereka dan janganlah lupakan mereka. Semoga mereka
semua diberi kekuatan, kesabaran, dan kemenangan dalam mematahkan segala muslihat
dan tipu daya musuh. Insya-Allah.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Para ulama memiliki kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Allah SWT. Mulianya mereka
kerana meneruskan kerja para nabi iaitu mengajak manusia ke jalan Allah SWT. Oleh
sebab itu, Allah SWT membezakan antara orang yang berilmu (ulama) dan orang yang
tidak berilmu sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Mujadalah ayat 11:
َ َ َۡ ۡ ْ ُ ُ َ ‫ُ ۡ َ ذ‬ ْ َ ‫ّلل ٱ ذَّل‬
ُ ‫يَ ۡر َفعِ ٱ ذ‬
‫ِين َء َام ُنوا مِنكم وٱَّلِين أوتوا ٱلعِلم درجت‬
َٰ َ

Maksudnya: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman antara kamu, dan
orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) dengan
beberapa darjat”.

Selain itu, Rasulullah SAW mengiktiraf para ulama sebagai pewaris para nabi
sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi al-Darda’ RA yang
berkata, “aku mendengar Nabi SAW bersabda:

ْ‫ فَم َن‬،َ ‫ وَل َا دِرْهَمًا و َرثُوا ال ْعِلْم‬،‫ و َِإن الْأن ْب ِيَاء َ ل َ ْم يُو َرِثُوا دِينَار ًا‬،ِ‫و َِإن ال ْع ُلَمَاء َ وَر َثَة ُ الْأن ْب ِيَاء‬

ٍ‫أخَذَه ُ أخَذ َ بِ ح ٍَظ و َافِر‬

Maksudnya: “Sesungguhnya ulama ialah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi
tidak mewariskan dinar atau dirham. Akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka
barangsiapa yang mengambil warisan tersebut, maka dia telah mengambil bahagian yang
banyak”. (Hadis riwayat Abu Daud)

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Adab dan nilai sopan santun manusia semakin terhakis dari zaman ke zaman. Mereka
bukan sahaja berani menyanggah pandangan ulama hari ini, malah lebih menyedihkan
apabila mereka turut berani menyanggah imam-imam mujtahid seperti Imam al-Syafi’e
dan seumpamanya. Dan kita pada hari ini sudah pun menyaksikan kebenaran sabda

2
Khutbah Jumaat Ulama Pewaris Para Nabi

Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Saidatina A’isyah radhiallahu ‘anha bahawa
Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan binasa umat ini sehinggalah generasi akhirnya melaknat generasi awalnya
(daripada kalangan orang-orang soleh/ para sahabat radhiallahu ‘anhum/ ulama’ dan
awliya)”. (Hadis riwayat Imam al-Tabarani)

Masyarakat hari ini semakin berani menyanggah dan mencela para ulama yang memberi
nasihat dan teguran dalam menyatakan kebenaran dan menolak maksiat serta kebatilan.
Ulama-ulama tidak lagi dihormati. Nasihat-nasihat mereka tidak diendahkan malah
disanggah tanpa adab. Para ulama dilempar dengan tuduhan-tuduhan yang keji. Para
ulama ditertawakan kerana menyatakan pandangan. Bahkan lebih menyedihkan,
masyarakat awam juga berani menuduh sesat dan mengkafirkan ulama. Keadaan ini telah
pun diperingatkan oleh Baginda Rasulullah SAW tentang cabaran bagi orang-orang yang
istiqamah mempertahankan kebenaran laksana menggenggam bara api. Sabda
Rasulullah SAW:

ِ‫ض عَلَى ا ْلجم َْر‬


ِ ِ ‫ن الصاب ِر ُ ف ِيه ِ ْم عَلَى دِينِه ِك َالْق َاب‬
ٌ ‫س زَم َا‬
ِ ‫ي َأْ تِي عَلَى النا‬

Maksudnya: “Akan datang satu zaman, mereka yang bersabar (dalam berpegang kepada
agama) adalah seumpama mereka yang menggenggam bara api”. (Hadis riwayat al-
Tirmidzi)

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Sedarlah bahawa para ulama merupakan pewaris para nabi. Mereka pembimbing menuju
jalan yang diredhai Allah SWT. Mereka umpama cahaya yang menyuluh ketika gelapnya
malam. Mereka ibarat pelita yang menerangi hidup kita. Tanpa adanya cahaya, kita tidak
akan sampai kepada jalan yang hendak dituju. Hari ini, telah banyak ulama pergi
meninggalkan kita. Hanya tinggal sebilangan ulama yang kita masih berharap kepada
bimbingan dan nasihat mereka untuk meneruskan kehidupan yang semakin samar
dengan fitnah-fitnah yang mengelirukan.

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-‘As RA bahawa
Rasulullah SAW bersabda:

3
Khutbah Jumaat Ulama Pewaris Para Nabi

ِ ‫ض الْع ُلَمَاء‬
ِ ْ ‫ِض ال ْعِلْم َ بِقَب‬
ُ ‫ِض ال ْعِلْم َ ان ْتِز َاعًا يَن ْتَزِع ُه ُ م ِنْ ال ْع ِبَادِ و َل َكِنْ يَقْب‬
ُ ‫ِإن الله َ ل َا يَقْب‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan


cara mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah SWT menghapus
ilmu pengetahuan itu dengan kematian ulama”. (Hadis riwayat Imam Muslim)

Hargailah para ulama dan dengarlah nasihat-nasihat mereka. Akhirnya nanti, percayalah
bahawa suatu masa nanti kita akan merasai berapa pentingnya cahaya ketika gelapnya
dunia.

Justeru, bagi mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib meninggalkan beberapa pesanan
buat renungan kita bersama:
Pertama: Para ulama memiliki kedudukan yang tinggi dan istimewa di sisi Allah SWT
bahkan diiktiraf sebagai pewaris tugas para Nabi dan Rasul.
Kedua: Masyarakat hari ini semakin ketandusan adab dan hormat terhadap para ulama
sehingga berani mencela, mentertawakan dan menyanggah para ulama.
Ketiga: Hargailah keberadaan ulama yang ada ketika ini kerana malapnya dunia kerana
semakin berkurangnya cahaya. Nanti kita akan merasa betapa pentingnya cahaya saat
kegelapan melanda.

Renungkanlah firman Allah SWT dalam Surah al-Sajdah ayat 24:


َ ُ ُ َ َٰ َ ْ ُ َ َ ْ ْۖ ُ َ َ ‫َ َ َ ۡ َ ۡ ُ ۡ َ ذ ٗ َ ۡ ُ َ َ ۡ َ َ ذ‬
٢٤ ‫وجعلنا مِنهم أئِمة يهدون بِأم ِرنا لما صَبوا وَكنوا أَ‍ِبيتِنا يوق ِنون‬

Maksudnya: “Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang
membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap
sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan
Kami”.

،‫كي ِْم‬ ِ َ ‫ات و َالذِكْر ِ الْح‬ ِ َ ‫ن الْآي‬ َ ِ ‫ و َنَف َعَنِيْ و َِإياك ُ ْم بِمَا فِيْه ِ م‬،‫ن ال ْعَظِي ِْم‬ ِ ‫ب َارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬
‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأسْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬ُ ْ ‫ أقُو‬.ُ ‫ل م ِنِيْ وَمِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإنه ُ ه ُو َ السمِي ْ ُع ال ْع َلِي ْم‬ َ ‫و َتَق َب‬
،‫ات‬ ِ َ ‫ات الْأحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأمْو‬ ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن‬ ِ َ ‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم‬
.ُ ‫حي ْم‬
ِ ‫فَاسْ ت َغْف ِر ُ ْوه ُ ِإنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر ُ الر‬
4
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Ulama Pewaris Para Nabi‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫َب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َالصلَاة ُ و َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُحَمدِ ِن النب ِ ِي الْأم ِينِ‪ ،‬و َعَلَى آلِه ِ‬ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِله ِ ر ِ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الدِينِ‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬
‫صحَابِه ِ الطاهِرِي َ‬
‫و َأ ْ‬
‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأشْهَد ُ أن سَيِد َن َا مُحَمدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬
‫أشْهَد ُ أ ْن لا ِإله َ ِإلا الله ُ وَحْدَه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬
‫أما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللهِ‪ ،‬اِتق ُوا الله َ حَق تُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أن الله َ أم ََرك ُ ْم ب ِأمْر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أم ََرك ُ ْم‬
‫ذ ذ َ َ َ َ َٰٓ َ َ ُ ُ َ ُّ َ َ َ‬
‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬إِن ٱّلل وملئِكتهۥ يصلون لَع‬ ‫ب ِالصلَاة ِ و َالتسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ ال ْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ً‬ ‫ۡ‬ ‫ذ ِ َ َٰٓ َ ُّ َ ذ َ َ َ ُ ْ َ ُّ ْ َ َ ۡ َ َ ِ ُ ْ َ‬
‫بِّۚ يأيها ٱَّلِين ءامنوا صلوا عليهِ وسل ِموا تسلِيما ‪٥٦‬‬ ‫ٱنل ِ ِ‬
‫ل‬
‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا صَلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ بْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫ص ِ‬
‫اَلله ُم َ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِن َا‬
‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫سَي ِدِن َا ِإ بْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫مجِيْدٌ‪.‬‬
‫ك حَمِيْدٌ َ‬
‫ل سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإن َ‬ ‫ِإ بْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ن التاب ِع ِينَ و َت َابِع ِي‬
‫ن و َع َنْ بَق ِية ِ الصح َابَة ِ أجْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ الرا ِ‬
‫شدِي َ‬ ‫ْض الله ُم ع َ ِ‬ ‫و َار َ‬
‫ْض ع َنا مَعَه ُ ْم ي َا أك ْرَم َ الْأك ْرَم ِينَ‪.‬‬ ‫ن و َار َ‬ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِ‬
‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬
‫ات‪.‬‬ ‫ات الْأحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأمْو َ ِ‬
‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬‫الله ُم ا ْغفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫َالصحة ِ و َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬
‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬
‫الله ُم أي ِ ْد بِدَو َا ِم التو ْفِي ْ ِ‬
‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‪ُ ،‬‬
‫السلطَان عبد الله رِعَايَة ُ الد ِي ْن ال م ُصْ طَفَى‬
‫ب ِالله شاه ابن المرحوم سُلْطَان حاج أحمد شاه ال مُسْت َع ِي ْن بالله‪.‬‬
‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪ ،‬تونكو‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫عزيزه أمينه ميمونه إسكندر يه بنت ال مرحوم ال م ُت َوَك ِلْ عَلَى الله سُلْطَان إسكندر‬
‫الحَاج‪.‬‬
‫ك‬
‫ات بِر َ ْحمَت ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫الله ُم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع ُمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م ِ َ‬
‫حم َ الرا ِحم ِينَ‪.‬‬
‫ي َا أ ْر َ‬

‫‪5‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Ulama Pewaris Para Nabi‬‬

‫ن و َأم َانٍ‪،‬‬ ‫الله ُم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‪ ،‬سَ خَاء ً رَخ َاءً‪ ،‬د َار َ ع َ ْد ٍ‬
‫ل و َِإيمَانٍ‪ ،‬و َأ ْم ٍ‬
‫وَسَائِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِينَ‪.‬‬
‫ن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الدِينَ‪،‬‬
‫الله ُم أعِز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْنَ ‪ ،‬وَد َم ِْر أعْد َاءَك َ أعْد َاء َ الد ِي ِ‬
‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْنِ‪.‬‬
‫ل كَل ِمَت َ َ‬
‫ل ال ْمُسْل ِمِيْنَ‪ ،‬و َأع ْ ِ‬
‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ َ َ‬
‫ك‬
‫سط ِينَ‪ ،‬اَلله ُم عَلَي ْ َ‬
‫ن قَتَلُوا ِإخْ و َانَنَا ال ْمُسْل ِمِينَ فِي فل َ ْ‬
‫ك ب ِالْيَه ُودِ ال ْمُعْتَدِينَ‪ ،‬الَذ ِي َ‬
‫اَلله ُم عَلَي ْ َ‬
‫ل الدائِرَة َ عَلَيْه ِمْ‪،‬‬
‫بِهِمْ‪ ،‬ف َِإنه ُ ْم ل َا يُعْجِز ُونَكَ‪ ،‬ألله ُم شَت ِْت شَم ْلَه ُ ْم و َف َر ِْق جَم ْعَه ُ ْم و َاجْ ع َ ِ‬
‫اَلله ُم اَحْ صِه ِ ْم عَدَد ًا‪ ،‬و َاق ْتُلْه ُ ْم بَدَد ًا‪ ،‬وَل َا تُغ َادِ ْر مِنْه ُ ْم أحَدًا‪ ،‬اَلله ُم أنْز ِلْ عَل َيه ِ ْم و َعَلَى م َنْ‬
‫طيْر ًا أب َابيِلَ‪،‬‬
‫ل عَلَيْه ِ ْم َ‬
‫س ْ‬ ‫ك الذ ِي ل َا يُر َُد ع َ ِ‬
‫ن الْقَو ْ ِم الظالِمِينَ‪ .‬اَلله ُم أ ْر ِ‬ ‫س َ‬
‫عَاوَنَهُمْ‪ ،‬ب َأْ َ‬
‫ف مأْ كُول‪.‬‬ ‫تَرْم ِيه ِ ْم بِ ح ِج َارَة ٍ م ِنْ سِ ج ِي ٍ‬
‫ل‪ ،‬فَجَعَلَه ُ ْم كَع َصْ ٍ‬
‫سط ِينَ‪.‬‬ ‫ن و َال ْمُسْت َضْ ع َف ِينَ فِي فَل َ ْ‬
‫اَلله ُم ان ْص ُرْ ِإخْ وَانَنَا ال ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُج َاهِدِي َ‬
‫ك م ِنْ شُر ُورِهِمْ‪ .‬اَلله ُم ب َدِ ْد شَم ْلَهُمْ‪ ،‬و َف َر ِْق‬ ‫ك فِي نُح ُورِ أعْد َاءِن َا‪ ،‬و َنَع ُوذ ُب ِ َ‬ ‫نج ْع َل ُ َ‬
‫اَلله ُم ِإنا َ‬
‫جَمْعَه ُ ْم وَشَت ِْت كَل ِمَتَهُمْ‪ ،‬وَز َلْز ِلْ أقْد َامَهُمْ‪ ،‬وَسَل ِْط عَلَيْه ِ ْم ك َل ْبًا م ِنْ ك ِلَابِكَ‪ ،‬ي َا ق َهار ٌ‪ ،‬ي َا‬
‫َاب‪،‬‬
‫حز ِ‬‫َاب‪ ،‬ي َا ه َازِم َ الْأ ْ‬
‫اب‪ ،‬ي َا مُجْرِىَ السح ِ‬
‫ل الْك ِت َ ِ‬
‫جَبار ٌ‪ ،‬ي َا مُن ْت َقِم ُ ي َا اللهُ‪ .‬اَلله ُم ي َا مُنْزِ َ‬
‫اِهْزِ ْم أعْد َاء َ ال ْمُسْل ِمِينَ‪ ،‬اِهْزِمْهُمْ! اِهْزِمْهُمْ! و َان ْصُرِ ال ْمُسْل ِمِينَ عَل َيهِمْ‪.‬‬
‫ظه َر َ مِنْهَا‬
‫ن و َالْف ِتَنَ‪ ،‬م َا َ‬
‫الله ُم ادْف َعْ ع َنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح َ َ‬
‫ك عَلَى ك ُِل شَيْء ٍ قَدِيْر ٌ‪.‬‬ ‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ عَامة ً‪ِ ،‬إن َ‬ ‫وَم َا بَطَنَ‪ ،‬م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ َاصة ً‪ ،‬وَم ِنْ بلُ ْد َا ِ‬
‫حم َ‬
‫ن البَرَصِ‪ ،‬و َالْجن ُ ُونِ‪ ،‬و َالْجُذ َا ِم‪ ،‬وَم ِنْ س َِي ِئ الْأسْ ق َا ِم‪ ،‬ي َا أ ْر َ‬
‫ك مِ َ‬
‫الله ُم ِإنا نَع ُوذ ُ ب ِ َ‬
‫الرا ِحم ِيْنَ‪.‬‬
‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َابَ النارِ‪.‬‬
‫خرَة ِ َ‬
‫حسَن َة ً و َفِي الْآ ِ‬ ‫ر َبنَا آتنَِا فِي ُ‬
‫الدن ْيَا َ‬
‫عِبَاد َ اللهِ‪،‬‬
‫ۡ ُ ۡ َ َٰ َ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ ۡ َ ٓ َ ۡ ُ َ َ ۡ َ ۡ‬ ‫َٓ‬ ‫َ‬ ‫ۡ‬ ‫ذ ذَ َُۡ ُ ۡ َ ۡ َ ۡ‬
‫َٰ‬
‫ٱۡلحس ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرَب وينَه ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنك ِر وٱۡل ِ‬
‫غ‬ ‫۞إِن ٱّلل يأمر بِٱلعد ِل و ِ‬
‫َ ُ ُ ۡ ََذ ُ ۡ ََ ذُ َ‬
‫يعِظكم لعلكم تذكرون ‪٩٠‬‬
‫‪6‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Ulama Pewaris Para Nabi‬‬

‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ‪ ،‬و َاسْ ألُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬
‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أكْ ب َر ُ‪ ،‬و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬

‫‪7‬‬

Anda mungkin juga menyukai