Anda di halaman 1dari 33

Pendekatan Sederhana

Dalam Dakwah
Ustaz Ali Muda
Felo Penyelidik Akademi NUNJI
Guru Cemerlang B. Arab KPM

Sime Darby Convention Centre,


Bukit Kiara Kuala Lumpur
4 NOVEMBER 2018
SEDERHANA
Pertengahan, tidak ke kiri, tidak ke kanan, tidak
terlampau lebih, tidak teramat kurang, tengah-tengah.

َ ‫ون الرَّ سُو ُل َعلَ ْي ُك ْم َش ِه ًيدا َو َما َج َع ْل َنا ْال ِق ْبلَ َة الَّتِي ُك‬
‫نت‬ َ ‫اس َو َي ُك‬ ِ ‫ش َهدَاء َعلَى ال َّن‬ ُ ‫َو َك َذل َِك َج َع ْل َنا ُك ْم أُم ًَّة َو َس ًطا لِّ َت ُكو ُنو ْا‬
‫ان ه‬
ُ‫ّللا‬ َ ‫ّللاُ َو َما َك‬ ‫ِين َه َدى ه‬ َ ‫ير ًة إِالَّ َعلَى الَّذ‬ ْ ‫َعلَ ْي َها إِالَّ لِ َنعْ لَ َم َمن َي َّت ِبعُ الرَّ سُو َل ِممَّن َين َقلِبُ َعلَى َع ِق َب ْي ِه َوإِن َكا َن‬
َ ‫ت لَ َك ِب‬
‫اس لَ َرؤُ وفٌ رَّ حِي ٌم‬ َ ‫يع إِي َما َن ُك ْم إِنَّ ه‬
ِ ‫ّللا ِبال َّن‬ َ ِ‫لِيُض‬

"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan
pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul
(Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan
kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya
nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh
(pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi
petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia." - 2:143
Lawan Sedehana: Melampau /Ekstrim…
Ekstremisme (Extremism) berasal daripada perkataan
Extreme yang bermaksud hal yang berkenaan faham atau
kepercayaan yang keterlaluan atau berlebihan (Kamus
Dwibahasa Dewan 1990)

Dlm b. Arab: Tatorruf ( ‫= ) تطرف‬


duduk di sebelah pihak, jauh
dari posisi tengah. Asalnya ia
digunakan untuk perkara nyata
/ fizikal, tetapi digunakan juga
untuk perkara abstrak spt
kepercayaan agama, pemikiran
dan tingkah laku (Al-Qaradawi,
1992: 27)
ISLAM MEMBAWA DAKWAH SEDERHANA
Islam adalah agama al-Wasat /pertengahan/
sederhana/ lurus (as-Sirot al-Mustaqeem)
"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam),
umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas
(perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi
atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang
menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui
(supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang
membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat,
kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan
Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia." - 2:143

Surah yang diwajibkan kepada umat Islam membacanya di setiap rakaat solat
mengajar umat Islam kepada jalan pertengahan dan menjauhi jalan golongan
yang dimurkai (al-Maghdhubi ‘alayhim) dan jalan golongan yang sesat (al-
Dhollin)
Al-Quran membawa trend sederhana dan melarang ekstrim
Istilah yang digunakan dalam nas-nas al-Quran dan hadis
untuk Ekstrim atau Tatorruf ialah al-Ghuluw

‫ب الَ َت ْغلُو ْا فِي ِدي ِن ُك ْم َغي َْر ْال َح ِّق َوالَ َت َّت ِبعُو ْا‬ِ ‫قُ ْل َيا أَهْ َل ْال ِك َتا‬
‫ضلُّو ْا َعن َس َواء‬ َ ‫يرا َو‬ ً ‫ضلُّو ْا َك ِث‬ َ َ‫ضلُّو ْا ِمن َق ْب ُل َوأ‬
َ ‫أَهْ َواء َق ْو ٍم َق ْد‬
‫يل‬
ِ ‫الس َِّب‬
"Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas)
dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa
nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad)
dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari
jalan yang lurus." - 5:77
Al-Sunnah mengajar kesederhanaan dan mencegah Sikap Ekstrim

:‫عن ابن عباس ر أن النيب ص قال‬


‫ك َمنْ قَ بْلَ ُُمْ بِالغُلُِّْو فِي الدِّي ِْن‬
َْ َ‫إِيَّا ُكمْ َوالغُلُوْ فِي الدِّي ِْن فَِإنَّ َما َهل‬

“Berwaspadalah kamu daripada al-ghuluw dalam agama. Sesungguhnya


umat sebelum kamu musnah hanyalah kerana ghuluw dalam agama”
(Riwayat Ahmad, al-Nasaa-ie dan Ibnu Majah. Syeikh Syakir berkata:
Sanadnya Sahih)

:‫ قال رسول اهلل ص‬:‫عن ابن مسعود ر قال‬


‫كْال ُمتَ نَطِّ ُعو َْن قاهلا ثالثا‬
َ َ‫َهل‬
“Telah binasa orang-orang yang melampau (baginda menyebutnya tiga kali).
(Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Dawud)
Kesederhanaan menolak ekstrimisme
walaupun kecil
Pencegahan awal adalah perlu kerana hampir semua perkara bermula dari kecil,
kemudian ia membesar dan melata.

Sabab Wurud hadis di atas adalah: Rasulullah SAW sampai di Muzdalifah,


baginda berkata kepada Ibnu ‘Abbas: Mari tolong kutip untuk aku..” (baginda
bermaksud mengutip batu-batu kecil untuk melontar jamrah). Ibnu ‘Abbas
berkata: Lalu aku pun kutiplah batu-batu kecil. Apabila aku meletakkan di tangan
Rasulullah SAW, baginda bersabda:

ْ‫ك َمنْ قَ ب لَ ُُمْ ْبِالغُلُِّْو فِي الدِّي ِن‬ ِّْ ‫ وإِيَّا ُكمْ َوالغُلُوْ فِي‬،‫ال َه ُؤالَ ِء‬
َْ َ‫الدي ِْن فَِإنَّ َما َهل‬ ِْ َ‫نَ َعمْ بِأَمث‬

“Ya, seperti macam ni.. Berwaspadalah kamu daripada al-ghuluw dalam


agama. Sesungguhnya umat sebelum kamu musnah hanyalah kerana
ghuluw dalam agama”
Rasulullah SAW mendidik Sahabah menjauhi Ekstrim
• Rasulullah SAW membanteras setiap pendekatan yang menjurus
kepada ekstrim dalam beragama. Baginda membetulkan sahabah
yang melampau dalam beribadat sehingga melangkaui had
sederhana spt kisah Zaynab, lelaki yang mengharamkan dirinya
memakan daging, dan tiga orang lelaki yang tidak mahu memakan
daging, tidak mahu berkahwin dan tidak mahu tidur di atas
hamparan.
• Baginda menegur mereka (riwayat al-Bukhari dan Muslim):
‫ما بال أقوام يقول أحدهم كذا وكذا ولكين أصوم وأفطر وأنام وأقوم وآكل اللحم وأتزوج‬
‫ فمن رغب عن سنيت فليس مين‬،‫النساء‬

“Alangkah buruknya satu kaum yang salah seorang daripada mereka


berkata begitu.. begini.. Sedangkan aku sendiri berpuasa dan berbuka,
aku tidur dan aku berjaga, aku memakan daging dan mengahwini
wanita. Sesiapa yang berpaling daripada sunnahku maka dia bukanlah
daripadaku..”
Kesan Buruk Sifat Ekstrim
❖Ia bercanggah dengan tabiat semulajadi
manusia. Hanya segelintir manusia yang
sanggup hidup secara ekstrim, sedangkan
syariat Islam bukan untuk segelintir manusia
sebaliknya untuk sekalian manusia.
➢Baginda murka terhadap perbuatan Mu’adz
memanjangkan solat ketika menjadi imam:
)‫أفتان أنت يا معاذ؟ وكررها ثالثا (رواه البخاري‬
“Adakah kamu hendak menimbulkan fitnah
Mu’adz?” (Baginda mengulanginya 3 kali)
Kesan Buruk Sifat Ekstrim
➢Apabila Rasulullah SAW mengutuskan Mu’adz
dan Abu Musa ke Yaman baginda berpesan:
)‫ (متفق عليه‬..‫يسرا وال تعسرا وبشرا وال تنفرا وتطاوعا وال ختتلفا‬
“Kamu berdua permudahkanlah dan jangan
menyusahkan, berilah khabar gembira yang
mendekatkan dan jangan menyebabkan orang
lari, dan kamu berdua patuh mematuhi dan
jangan berpecah..”
# Ekstrim menyebabkan dakwah tidak menarik
Kesan Buruk Sifat Ekstrim
❖ Orang yang bersikap ekstrim tidak bertahan lama,
bahkan cepat putus asa. Sikap ini memenatkan dan
tabiat manusia cepat jemu. Apabila dia bosan, dia akan
meninggalkan semua amalan termasuk yang kecil-kecil.
➢ Oleh sebab fitrah manusia, maka Rasulullah SAW
berpesan:
‫اكلفوا من األعمال ما تطيقون فإن اهلل ال ميل حىت متلوا وإن أحب العمل إىل اهلل أدومه وإن‬
)‫قل (رواه الشيخان وأبو داود والنسائي عن عائشة ر‬
“Buatlah amalan yang kamu mampu. Sesungguhnya
Allah tidak akan jemu melainkan kamu yang akan jemu.
Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah
yang berterusan walaupun sedikit.”
Kesan Buruk Sifat Ekstrim
➢Baginda berpesan agar kita bersederhana dan
jangan cuba ‘mengalahkan agama’:
‫ (رواه‬..‫إن الدين يسر ولن يشاد الدين أحد إال غلبه فسددوا وقاربوا وأبشروا‬
)‫البخاري والنسائي عن أيب هريرة‬
“Sesungguhnya agama itu mudah, dan agama
itu tidak akan dikalahkan seseorang melainkan
orang itu sendiri akan dikalahkan. Maka
hendaklah kamu perbetulkan, dekat
mendekatkan dan berilah khabar gembira”
# Seseorang boleh meninggalkan terus agama
bila ‘kalah’
Kesan Buruk Sifat Ekstrim
❖ Sikap ekstrim mesti menyebabkan kecuaian terhadap
tanggungjawab lain.
➢ Rasulullah SAW menegur Abdullah bin ‘Amr yang sangat
kuat beribadat sehingga mencuaikan hak isterinya:
،‫ صم وأفطر‬،‫ ال تفعل‬:‫ فقال‬،‫ بلى يا رسول اهلل‬:‫أمل أخرب أنك تصوم النهار وتقوم الليل؟ قال عبد اهلل‬
)‫ فإن جلسدك عليك حقا وإن لعينيك حقا وإن لزوجك عليك حقا (رواه البخاري‬..‫وقم ومن‬
“Bukankah aku diberitahu kamu berpuasa siang dan berjaga
malam? Jawab Abdullah: Benar ya Rasulullah. Baginda
bersabda: Jangan kamu lakukan. Berpuasa dan berbukalah,
berjaga malam dan tidurlah. Sesungguhnya jasadmu ada hak
ke atasmu, kedua-dua matamu ada hak ke atasmu dan isteri
kamu ada hak ke atasmu”

➢ Kisah Abu al-Dardaa’ dan Salman al-Farisiy…


Tanda-tanda ➢ Fanatik:
• Apabila seseorang itu terlalu
Ekstrim jumud pd fahamannya sehingga
Fanatik tidak membuka langsung ruang
kpd fahaman lain berdasarkan
terhadap satu kemaslahatan, tujuan syarak,
pendapat dan suasana zaman..
• Menutup pintu dialog dan
tidak pertimbangan.
mengiktiraf • Menolak pendapat lain dgn
pendapat lain. anggapan dirinya berada dlm
hidayat dan lawannya dlm
kesesatan, seolah2 pendapatnya
atau tok gurunya adalah wahyu
Tanda-tanda ➢ Memaksa / menutup pilihan:
• Sentiasa mewajibkan satu
Ekstrim pendapat drpd banyak pendapat,
Memaksa mengetatkan apa yg longgar.
• Bercanggah dgn ajaran Islam
orang ramai ✓ ( :‫يريد اهلل بكم اليسر وال يريد بكم العسر – البقرة‬
dalam 185 )
perkara yang ✓ ( ‫إن اهلل حيب أن تؤتى رخصه كما يكره أن تؤتى‬
‫) معصيته‬,
Allah SWT ✓ ( ‫ما خري رسول اهلل ص بني أمرين إال اختار أيسرمها‬
tidak ‫) ما مل يكن إمثا‬
wajibkan • Boleh memilih pendapat yg ketat
utk diri sendiri tetapi tidak boleh
memaksa semua org mengikuti
➢ Keras / Tasyaddud:
Tanda-tanda • Berpegang pd pendapat yg keras/ ketat dlm
Ekstrim masyarakat bukan Islam / kaum yg baru
mengenal Islam / baru hendak mengubah
Keras / diri.
• Sepatutnya bermudah2 sahaja dlm perkara
tasyaddudd cabang / khilaf dan tumpukan kpd perkara
pokok / usul / aqidah
pada • Bercanggah dgn konsep tadarruj / beransur-
ansur spt ajaran Rasulullah SAW ketika
tempat mengutuskan Mu’adz ke Yaman:
yang salah “Sesungguhnya kamu mendatangi satu kaum Ahlul
Kitab, maka serulah mereka kpd syahadah tiada
tuhan selain Allah dan aku ini utusan Allah. Jika
mereka akur, beritahulah mereka bahawa Allah
menfardhukan ke atas mereka solat 5 waktu sehari
semalam. Jika mereka akur, beritahulah mereka
bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka zakat yg
diambil drpd org kaya dan diagihkan kpd org
miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tanda-tanda ➢ Kasar:
Ekstrim • Menggunakan bahasa yg kasar
terhadap sasaran
Kasar dalam • Suka membuat label terhadap
interaksi sasaran
• Sasaran seolah-olah tiada harapan
bertaubat atau diampunkan dosanya
• Bercanggah dgn etika dakwah Islam:
✓ Berdakwah dgn hikmah dan nasihat
yg baik (al-Nahlu: 125)
✓ Pemimpin sekalipun disuruh
berlemah lembut krn kekasaran
menyebabkan pengikut lari (Ali
‘Imran: 159)
➢ Buruk sangka:
Tanda-tanda • Melihat orang ramai sebagai masyarakat
Ekstrim jahiliyah, tiada kebaikan dan penuh
kejahatan
Buruk • Terlalu mudah membuat tohmahan /
tuduhan tak berasas
sangka • Tidak memberi keuzuran, mendahulukan
takwilan jahat
terhadap • Allah SWT melarang sikap mensucikan diri
orang ramai dan memburukkan orang lain
✓ ( 32 :‫) فال تزكوا أنفسكم هو أعلم مبن اتقى – النجم‬
• Berkata Ibn ‘AtaiLLah: Boleh jadi Allah
membuka utkmu pintu ketaatan tetapi tidak
membuka pintu penerimaan. Boleh jadi
Allah mentakdirkan utkmu maksiat, lantas ia
menjadi sebab kamu kembali. Maksiat yg
menyebabkan perasaan hina dan sesal
adalah lebih baik drpd ketaatan yg
menyebabkan ujub dan takabbur”
➢ Gejala takfir /tafsiq / tabdi’:
Tanda-tanda • Kemuncak sikap ekstrim ialah takfir
Ekstrim • Menggugurkan kehormatan orang Islam lain
dan halal darah.
Mudah • Faham al-Khawarij, dlm keadaan mereka sgt
kuat beribadat.
meng- • Jemaah Takfir Wa Hijrah
kafirkan / • )‫من قال ألخيه يا كافر فقد باء هبا أحدمها (حديث صحيح‬
• Rasulullah SAW sgt murka terhadap
takfir tindakan Usamah membunuh seorg lelaki yg
telah mengucap syahadah ketika dalam
perang. Baginda menolak alasan Usamah
kononnya lelaki itu bersyahadah kerana
takut dibunuh dan menyoal: “Adakah kamu
telah membelah dadanya (dan pasti dia
tidak beriman?)? Apa kamu hendak buat
dgn syahadahnya? “ Usamah berkata:
Baginda mengulang2 soalan itu sehingga
aku berharap hari itu baru aku masuk Islam.
SEBAB-SEBAB EKSTRIMISME
1) • Agama tidak difahami drpd sumbernya yg
Ceteknya sebenar
faham • Kejahilan tidak melahirkan ekstrimisme
agama sebaliknya ilmu agama yg ‘setengah
sebenar masak’
• Seseorg itu menyangka dirinya bertaraf
ulama, atau guru2nya adalah ulama
bertaraf dunia, sdgkan tidak mampu
membezakan di antara perkara pokok
dan cabang, qat’iyyat dan dzonniyyat,
muhkamat dan mutasyabihat
SEBAB-SEBAB EKSTRIMISME
2) • Menolak illah /hikmah pensyariatan
Memahami • Mencampur-adukkan perkara ibadat
nas agama dan adat /budaya
secara zahir • Contoh2 perkara adat/budaya:
/ tekstual /
literal / fiqh ➢ Larangan membawa mushaf al-Quran
al-awraq ke negara kafir
➢ Larangan wanita bermusafir tanpa
mahram
➢ Persaksian orang bukan Islam
SEBAB-SEBAB EKSTRIMISME
3) Sibuk • Contoh2 perkara cabang:
dgn ➢ Isu cukur janggut, melabuhkan pakaian /
perkara2 isbal, gambar fotografi, menggerakkan jari
cabang telunjuk ketika tasyahhud, zikir menari…
berbanding • Golongan ini memindahkan isu2 cabang ini
isu utama ke mana sahaja mereka pergi termasuk ke
umat US.
• Sepatutnya mereka mengutamakan 3 isu:
➢ Memelihara aqidah, menunaikan fardhu &
menjauhi dosa besar
SEBAB-SEBAB EKSTRIMISME
4) • Mengabaikan tuntutan al-Quran (al-
Cenderung Nahlu: 116)
mengharam • Contoh sikap mudah mengharam:
-kan ➢ Mengharamkan minum berdiri tanpa
sesuatu melihat makna larangan
➢ Mengharamkan isbal / mencukur
janggut / pakaian berwarna
➢ Mewajibkan purdah ke atas wanita /
mengharamkan wanita membuka wajah
SEBAB-SEBAB EKSTRIMISME
5) Keliru • Tidak membezakan konsep iman dan
dalam Islam, kufur dan syirik, nifaq dan
memahami jahiliyyah
bahasa / • Mencampur-adukkan di antara lafaz
istilah hakikat dan majaz/kiasan
dalam nas- • Iman vs kesempurnaan iman, syirik vs
nas syarak syirik kecil, jahiliyah aqidah vs jahiliyyah
akhlak
• Makna berhukum dengan hukum Allah
SEBAB-SEBAB EKSTRIMISME
6) • Ilmu drpd membaca kitab /
Mengambil
ilmu drpd
buku
bukan ahli • Berguru melalui media
online
• Memilih seorang guru / guru
sealiran sahaja utk belajar
• ‫ال تأخذ العلم من صحفي وال القرآن‬
‫من مصحفي‬
SEBAB-SEBAB EKSTRIMISME
7) • Isi-isi kitab ‘dimuntahkan’ sahaja tanpa
Lemahnya melihat fakta sejarah / realiti
maklumat • Tidak mengkaji seerah Rasulullah SAW
tentang dlm tadarruj
sejarah, • Tidak mendalami sejarah khilafah-
realiti, khilafah Islam selepas zaman al-
hukum Khulafaa al-Rasyidin
alam &
kehidupan • Menyangka masalah umat selesai dgn
melakukan satu perkara:
Melaksanakan hukum Allah (hudud)
Langkah-langkah
mengarusperdanakan

KESEDERHANAAN
1) Peranan Masyarakat
Masyarakat hendaklah menolak pemikiran yang
melampau sama ada daripada penceramah atau
admin grup media sosial
2) Peranan Pemerintah
Memantau aliran ekstrim yang cuba mempengaruhi
masyarakat melalui ceramah, penulisan, media sosial
3) Duduk berdialog bersama Ekstrimist
Membuka pentas wacana, dialog, soal jawab,
mendengar.
4) Jangan melampau melabel pelampau
Kerajaan dan masyarakat tidak harus melampau
dalam menggambarkan fenomena ekstrim. Studi
faktor dan backgroundnya dahulu.
5) Bukalah tingkap agar angin kebebasan bertiup masuk
Kerajaan perlu menghapuskan undang2 yang
mengekang kebebasan rakyat utk memilih pilihan
yang patut.
Sebahagian besar kandungan slide ini dipetik daripada kitab Al-Sohwah
al-Islamiyyah Bayna al-Juhud wa al-Tatorruf oleh Syeikh Dr. Yusuf
Abdullah al-Qaradhawiy

SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai