Anda di halaman 1dari 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
31150 HULU KINTA,
PERAK DARUL RIDZUAN

SJHK3223
SEJARAH LISAN DAN PENDOKUMENTASIAN
TUGASAN 2: PENGHASILAN DAN PERSEMBAHAN PRODUK

Nama No. K/P Angka Giliran


SYAFIQAH ANIS BINTI SHAIFUL HISHAM 030616-03-0046 2021242340512
WAN SYAHIDAH SAFIAH BINTI WAN 030306-10-2016 2021242340470
JALALUDDIN
LING JIUN PING 020818-13-0572 2021242340268

Program : PISMP
Ambilan : JUN 2022
Unit : XSJHK2
Nama Pensyarah : DR. MOHAMED JEFFERI BIN MAT LAZIM
Tarikh Hantar : 3 MAC 2023

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:Anis_____________ Tarikh : 3/3/2023

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar : Anis_____________Tarikh : _
1
ISI KANDUNGAN
1.0 Soalan Tugasan 3
2.0 Penghasilan Produk – e-Book 4
3.0 QR Code dan Pautan Rakaman Temu Ramah 5
4.0 Transkripsi 6-16

2
3
1.0 Ebook
Pautan: https://online.flippingbook.com/view/796071787/

QR Kod:

4
2.0 Rakaman Temu Ramah
Pautan & QR Kod:
Temu Ramah 1:
https://drive.google.com/file/d/1jjDHKqOCRDsHnUDWFtMHlDj4_M3622S1/view?usp=s
haring

https://drive.google.com/file/d/1jdclGBSEq0f08ffOf2GEtUiECcKbnj3x/view?usp=sharin
g

Temu Ramah 2:
https://drive.google.com/file/d/1ldjlXemHgbRr5jRW95MrTknrvxfd1Z3Y/view?usp=shari
ng

5
3.0 Transkripsi
Dialog bersama orang sumber proto pertama: Encik Amir Hamzah)

Kami: Boleh Pak Cik terangkan bahawa nama dan umur?

Encik Hamzah: Nama Pak Cik Amir Hamzah. Umur 64 tahun.

Kami: Pak Cik tinggal sini kah?

Encik Hamzah: Ya, Orang sini. Rumah saya depan dua.

Kami:Bolehkah Pakcik menceritakan asal usul masjid tersebut?

Encik Hamzah: Semasa Pak Cik pindah di sini, sini semua hutan. Dan juga ada babi.
Kecik.

Kami: Masjid ini dibina sebab apa?

Encik Hamzah: Sebab pelajar-pelajar di sini, politeknik. Kedua-dua ni ada kaitan. Di sini
semua ada kaitan dengan jabatan agama Islam. Sini ada pelajar jugak. Sekarang dia
orang cuti. Tapi biasa ramai.

Kami: Kenapa sebelum Masjid Azlan Shah itu, ada nama lain tak?

Encik Hamzah:Tak Ada

Kami: Kenapa ambil nama itu?

Encik Hamzah: Sebab kadang-kadang Sultan Azlan Shah ada datang sini.

Kami: Mula-mula masjid ini, macam mana masjid ini boleh berkembang? Macam mana
ada sekolah dan tempat kereta?

Encik Hamzah: Kerana banyak tanah dapat dari Jabatan Agama Islam
Kami: Adakah menghadapi apa-apa masalah semasa membina masjid ini? Konflik ke?
Apa-apa ke?

Encik Hamzah: Setahu Pak Cik sini tak ada. Semua berjalan lancar. Alhamdulillah.
Semua aktivitiviti terjamin.

Kami: Besar juga masjid ini.

Encik Hamzah: Kawasan masjid ini besar, dari belakang ke depan. Kena masuk dalam
baru tahu macam mana besar dia. Setahu Pak Cik masjid dalam ipoh, sinilah paling
besar. Bukan sahaja orang tempatan datang di sini, orang luar ada jugak. Meriah jugak.

Kami: Kalau ada ceramah buat kat mana? Tak ada di dewan kah?

Encik Hamzah: Ceramah semua dekat masjid atas. Ada jugak.

Kami: Ada apa-apa kursus kah?

Encik Hamzah: Ada. Dan juga ada majlis untuk bulan Ramadan.

Kami: Dekat Sini ada bazar-bazar ke?


6
Encik Hamzah: Mulai tahun ini baru ada.

Kami: Masjid ini ada beberapa jawatankuasa? Ada beberapa imam?

Encik Hamzah: Imam tu banyak dan ramai. Dan pelajar-pelajar sini juga ialah imam
muda. Imam masjid tu juga kena ambil dari sini. Pejabat Ketua Imam juga di belakang.

Kami: Ada beberapa Imam?

Encik Hamzah: Sini… Kalau nak kata, dan termasuk pelajar tu ada dalam…. lima Imam.
Pelajar-pelajar akan ganti imam jika imam besar tidak datang. Boleh harap.

Kami: Ramai tak orang datang masjid itu semasa waktu Jemaah?

Encik Hamzah: Ramai. Kerana ruang sini besar dan juga luas. Memang penuh.
Pelajar-pelajar yang bersekolah di sini juga ramai. Jumaat lagi penuh.

Kami: Sumbangan, Masjid ini ada apa-apa sumbangan tak? Dari Raja? Dari Sultan
sendiri ke?

Encik Hamzah:Ada. Sumbangan besar sangat. Kerana Sultan Azlan Shah sendiri dah
ambil alih. Baginda telah membesarkan dan buka satu jabatan.

Kami: Kenapa Sultan ambil alih masjid ini bukan masjid lain?

Encik Hamzah: Ada jugak masjid lain. Kalau di Ipoh, juga banyak masjid Sultan.

Kami:Orang kampung di sini ada buat apa-apa gotong-royong ke?

Encik Hamzah: Tak payah gotong royong. Datang solat saja.

Kami: Masjid ini peranannya mengurus untuk apa? Macam waktu Covid, masjid tu ada
bagi apa-apa kebajikan ke?

Encik Hamzah: Ada, mas Jumaat dan kadang-kadang hari lain pun ada, akan bagi
makanan yang bungkus siap.

Kami: Masjid ini pernah dapat apa-apa sumbangan tak? Mungkin dari kerajaan ke atau
swasta.

Encik Hamzah: Ada

Kami: Masa awal masjid ini dibina, apakah kejayaan yang didapat dan menjadi masjid ini
cantik dan besar?

Encik Hamzah: Emm.. Tak tahu

Kami: Kalau solat-solat biasa, orang ramai datang kah?

Encik Hamzah: Ramai jugak. Tapi orang yang ramai tu, orang dari luar.

Kami: Orang ramai puas hati dengan masjid ini tak?

Encik Hamzah: Cukup puas hati, makanan cukup dan aircon semua lah cukup
7
Kami: Pak Cik juga solat di sini kah?

Encik Hamzah: Ya, selalu

Kami: Pak Cik ada harapan tak tentang halaman masjid ini? Macam nak jadi lebih besar
ke? Atau lagi berjaya ke?

Encik Hamzah: Masa hadapan….mungkin ada ke…macam parkingkah apakah tak


cukup

Kami: Kalau masa bazar?

Encik Hamzah: Eh….bazar tu belum mula tak tahu la..haha

Kami: Komuniti di sini kuat kan?

Encik Hamzah: Ya.. saling menjaga..ye…

Kami: Apa perasaan Pak Cik tengok masjid ini sejak kecik-kecik dan menjadi besar

Encik Hamzah: Ya…gembira. Sebab nampak apa yang terjadi di kawasan kita.

Kami: Pak Cik tahu apa matlamat masjid ini yang ingin dicapai?

Encik Hamzah: Umhhh, ini Pak Cik tidak tahu

Kami: Kebersihan di sini ok tak?

Encik Hamzah: Kebersihan semua dijaga.

Kami: Ceramah untuk pelajar sekolah juga diadakan di masjid kah?

Encik Hamzah: Ah, ceramah diadakan di dewan

Kami: Kalau antara masjid negeri, mana satu lagi luas?

Encik Hamzah: Lagi luas sini. Sebab masjid negeri ada bawah saja.

Kami: Kat sini ada tadika kah?

Encik Hamzah: Ada tadika. Di belakang ada sekolah tadika. Tadika masjid. Ada buat
aktiviti jugak.

Kami: Masjid ini hari minggu ramai tak? Kat sini pelajar ramai tak?

Encik Hamzah: Hari kerja lebih ramai. Pelajar ramai jugak. Kebanyakan pelajar ialah
pelajar luar negeri.

Kami: Bank Islam ini ada lagi tak?

Encik Hamzah: Bank Islam ini baru saja. Dah lima tahun, tapi tak lama sangat.

Kami: Masa Pak Cik dulu, masjid ini ada aircond ke atau kipas tak, apa-apa?

8
Encik Hamzah: Kipas saja

Kami: Memang ukirannya ada apa-apa maksud kah atau apa?

Encik Hamzah: Memang ada tetapi kena tanya imam.

Kami: Setakat sini Pak Cik. Terima Kasih banyak-banyak.

Dialog bersama orang sumber proto kedua (Muadzin Masjid Sultan


Azlan Shah)

Kami : Dengan segala hormatnya temubual ini dimulakan. Boleh encik terangkan
mengenai latar belakang diri encik? Nama ke? Asal dari mana?

Muadzin : Bismillahirrahmanirrahim, nama saya Muhd Asrul bin Ramli. Umur saya 41
tahun. Jawatan saya sebagai pembantu hal ehwal islamlah di masjid ini. Saya juga
seorang muadzin di masjid ini. Saya tinggal di Batu Gajah. Saya bekerja di masjid Sultan
Azlan Shah baru 2 tahun disini. Selain daripada sebagai muadzin dan pembantu hal
ehwal islam, saya juga adalah kakitangan di bahagian pentadbiran masjid.

Kami : Kiranya encik masih baru disini tapi segala maklumat yang encik dapat adalah
melalui cerita-cerita ke macam mana?

Muadzin : Daripada cerita-cerita sahabatlah dan daripada dokumen yang saya telah
jumpai.

Kami : Maaf saya nak tanya, bagaimana proses pemilihan pembantu masjid? Adakah
melalui undian?

Muadzin : Ajk daripada cadangan ahli kariah untuk menjadi ajk masjid. Setiap 3 tahun
sekali akan ada pemilihan ajk baru untuk pentadbiran masjid. Tapi bagi msas
pengerusinya adalah pegawai kewangan negeri perak. Timbalan pengerusi adalah
pengarah jabatan agama islam negeri perak. Dan setiausaha nya adalah imam utama
sendiri.

Kami : Soalan yang kedua, encik boleh ceritakan sedikit tak mengenai asal usul masjid
ini? Bagaimana ianya boleh terbina dahulu?

Muadzin : Sebenarnya tapak untuk pembinaan masjid bukan disini tapi di tempat lain.
Disini asalnya adalah satu tanah lapang. Tapi atas dasar perbincangan, masjid telah
didirikan disinilah.

Muadzin : Tapi masa itu, cadangannya adalah untuk meletakkan masjid ini di
tengah-tengah institusi berdekatan dengan pembelajaran contoh macam universiti.
Cadangan awalnya untuk menjadikan kompleks tempat ini.

Kami : Kiranya macam untuk memudahkan pelajar sebab berdekatan dengan institusi.

Kami : boleh kami tahu apa visi dan misi masjid ini? Macam apa yang hendak dicapai?
9
Muadzin : bagi kami visi dan misi masjid ini adalah kami mahu memberikan ilmu kepada
masyarakat (menjadi pusat ilmu). Kita selain daripada ada pusat pengajian di sekeliling
kita seperti sekolah menengah, politeknik dengan maktab, kami juga setiap hari ada
pengajian yang disampaikan oleh guru-guru yang telah kami lantik untuk mengajar
masyarakat bagi pemahaman ilmu. Macam-macam tajuk ada seperti bina akidah dan
sirah serta sebagainya.

Kami : boleh kami tahu bila masjid dibina? Tahun berapa?

Muadzin : seingat saya ianya dirasmikan pada tahun 1995 oleh Tuanku Almarhum
Sultan Azlan Shah iaitu sultan perak ke 34.

Kami : sebelum masjid ini diperbesarkan, adakah masjid ini merupakan surau yang
kecil?

Muadzin : memang masjid ini merupakan masjid yang asal. Tanah ini sememangnya
khas untuk pembinaan masjid ini. Waktu pembinaan masjid ini memang kelilingnya
banyak surau dan tujuan pembinaannya adalah untuk menyatukan surau-surau yang
ada. Jadi kebiasaannya setiap hari jumaat kami semua akan berkumpul dalam satu
masjid untuk sama mendengar khutbah dan solat. Jadi sebab itulah pada hari jumaat
terdirinya masjid itu disini. Tetapi selepas beberapa tahun, surau-surau yang ada
dikeliling masjid ini sebahagiannya dinaik taraf dan ada juga yang telah menjadi masjid.

Kami : soalan yang seterusnya. Macam yang encik cakap tanah ini dibina khas untuk
masjid ini, jadi adakah tanah ini diwakafkan ataupun memang kerajaan yang bagi untuk
bina masjid ini?

Muadzin : biasanya masjid yang didirikan di sekitar perak ini diwakafkan oleh majlis
agama islam perak untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini atas nama
individu-individu tertentu. Kebiasannya tapak masjid akan dinamakan atas nama wakaf
iaitu majlis agama islam itu tersendiri iaitu institusi keagamaan di negeri kita inilah.

Kami : masjid ini pernah melakukan sebarang penambaikan atau tidak? Dari segi
kemudahan atau struktur bangunan?

muadzin : dari segi penambahan bangunannya tiada dan struktur asalnya memang
begini. Cuma dari segi penambaikan infrastruktur tu ada seperti tandas bagi keselesaan
jemaah.

Kami : jadi semasa mulanya terbina masjid, memang ada segala kemudahan seperti
penghawa dingin begitu?

muadzin : iya betul.

Kami : boleh kami tahu mimbar di masjid ini diperbuat dari kayu apa?

muadzin : maaf itu saya tidak pasti

10
Kami : pembinaan dekat masjid ada inspirasi daripada negara mana-mana ke kalau
encik tahu?

muadzin : buat orang pertama kali datang sini, akan fikir macam rupe masjid ini macam
kubah as sahra kan… itu yang kami nampaklah tapi minta maaf lah itu sahaja yang kami
tahu.

Kami : semasa pembinaan masjid ini ada apa-apa cabaran tak atau halangan?

muadzin : setakat saya dengan ini tiadalah. Maknanya kos semua kerajaan tanggung
sepenuhnya masa itu dengan kedutaan jugalah masa itu. Daripada kerajaan
pentadbiran pada masa itu. Maknanya masjid ini dikira sebagai masjid kerajaan negeri
perak lah.

Kami : semasa mula-mula masjid ini dibina, berapa ramai ajk atau pegawai pada masa
itu?

muadzin : awal-awalnya ajk tu seramai 15 orang ajk lah termasuk semua iaitu pengerusi,
timbalan pengerusi, bendahari apa semua.

Kami : semasa masjid ini mula-mula dibina, berapa ramai jemaah yang hadir?

muadzin : kalau ikutkan kapasiti masjid ini dalam 1000 ke 1200. Ini baru dewan solat
utama dengan solat wanita. Lebih kurang 1000 lebihlah orang boleh memuatkan tu.

Kami : kalau ikutkan berapa purata bilangan jemaah yang hadir ke masjid ini, tak kira
harian atau mingguan?

muadzin : kalau ikutkan kiraan itu, masjid ini dalam satu saf dalam lebih kurang boleh
memuatkan 50 orang untuk tempoh sekarang ini lah kalau tolak dengan waktu PKP,
jumlahnya memang tak ramai lah. Kalau ikutkan satu saf ada 50 orang dan kita ada 24
saf kesemuanya jadi boleh muatkan 1200 macam tu biasanya. Kebiasaan waktu solat
akan ramai pada waktu subuh, zohor, asar, maghrib, isyak ramai juga dalam paling
kurang 5 saf macamtu, ataupun 1 saf setengah itu paling kurang. Jemaah bukan ahli
kariah sahaja tapi tapi yang ada disekitar juga.

Kami : jadi kalau ada sambutan hari raya solat disini juga ke

muadzin : solat disini ada dan di surau kampung pun ada tapi alhamdulillah lah sini
penuh. Warga-warga yang luar pun solat sini juga.

Kami : soalan seterusnya, apa pandangan encik terhadap peranan masjid ini kepada
penduduk setempat? Maknanya dari segi sumbangan yang diberikan kepada penduduk
ke?

muadzin : macam saya maklumkan tadi mengenai sumbangan utama kamilah untuk
memahamkan masyarakat mengenai ilmu sebab tanpa ilmu masjid pun takkan ada

11
orang, orang takkan tahu apa kelebihan solat di masjid. Dan apa kelebihannya duduk
mendengar ilmu di masjid. Itu peranan kami. Selain daripada itu, kami juga bantu
mana-mana ahli kariah yang susah dan memerlukan bahan makanan kering macam tu
kan macam barang dapur, kami ada sediakan foodbank, setiap bulan dalam 30 set
foodbank kami sediakan untuk ahli kariah kami, ada juga yang kami berikan bantuan
dalam bentuk tunai untuk ada macam-macam alasan lah, seperti kesihatan,
pelajaran/pendidikan kami hulurkan bantuan juga. Dan ada juga kami bantu untuk
persediaan persekolahan. Dan mana ahli kariah kami dapat maklum dia sakit, kami akan
pergi menziarah.

Kami : aktiviti itu akan dilakukan oleh ajk yang bertugas?

muadzin : ajk mana yang adalah

Kami : aktiviti yang dilakukan ini adakah mempunyai jadualnya tersendiri?

muadzin : dia mengikut maklumat yang ada lah macam bantuan untuk ahli kariah tu,
kami akan terima berita daripada ahli kariah yang lain dan ada juga datang kesini untuk
memohon bantuan lah. Macam untuk foodbank itu dah ada dahh penerima-penerimanya
tersendiri. Kalau dulu semasa PKP, sebulan dua kali lah kami memberi bantuan
barangan foodbank itu yang mana terputusnya makanan, tapi sekarang kalau dia rasa
bulan-bulan itu dia tak dapat nak hidup dengan bekal makanan yang ada macam tak
cukup untuk bulan hadapannya, mereka akan datanglah. Bagi yang cukup, tak derlah
die datang.

Kami : untuk khuliah di masjid ini, berapa ramai penceramah yang dijemput?

muadzin : setiap hari kami ada kuliah sebenarnya, kalau ikutkan dalam 1 bulan tu ada
31 hari maknanya 31 penceramah lah yang mengajarlah berasingan. Penceramah pun
daripada masjid ini jugak. Macam subuh setiap sabtu dan ahad kami adakan kuliah
subuh, kalau kuliah maghrib pulak memang setiap harilah, khuliah dhuha setiap isnin
sampai jumaat, macam bacaan yasin setiap hari khamis minggu kedua atau minggu
ketiga, itu pun ada ahli kariah mohon untuk bacaan yasin dijalankan untuk ahli
keluarganya. Tapi jadual disini memang padat dengan pengajian lah setiap bulan.

Kami : boleh encik ceritakan tak apa fungsi dewan besar di luar tu?

muadzin : dewan besar itu dewan INTIM (institut tadbiran islam perak) sebenarnya.
INTIM ini dibina selepas masjid dibinalah. Selepas beberapa tahun INTIM ini dibina,
dewan ini dibina untuk pelajar-pelajar maahad tahfiz lah. Dewan itu untuk INTIM sewaan
lah bagi program jabatan atau program awam. Kami di masjid ini ada beberapa dewan
antaranya dewan kuliah utama ada di bawah tu, dewan kuliah kedua ada di tepi sana,
dewan kuliah ketiga kami asalnya dewan kuliah tapi kami berikannya kepada pihak
pengurusan tadika islam perak sebab kita ada tempat pendidikan bagi anak-anak tadika
berumur 4 ke 5 tahun jadi mereka gunakan dewan kuliah ketiga untuk jumlah pelajar
yang makin bertambah jadi kami kena berikan dewan itulah. Dewan itu jadikan sebagai
kelas tadikalah. Dan segala macam program seperti perkahwinan, kalau ada nak buat
kenduri kahwin atau program ihtifal atau apa sahaja program mereka akan buat sewaan
macam dewan di bawah ini untuk program jabatan macam-macam untuk orang awam
12
lah selain kita ada dewan utama di atas kan dewan solat. Kuliah subuh, maghrib buat di
dewan atas lah. Khuliah dhuha di dewan khuliah yang ada di bawah ini.

Kami : maaf nak tanya, kalau badan-badan lain nak buat taklimat dekat sini juga ada ke?

muadzin : ada macam NGO, Bank pon ada.

Kami : berapa kerap penggunaan dewan itu untuk aktiviti? Maknanya ramai tak orang
guna dewan itu untuk sewa?

muadzin : sekarang ni selepas PKP ni, hampir setiap minggu kami ada program.
Minggu lepas ada program sabtu dan ahad. Khuliah tu kalau kami tiada khuliah dhuha
akan ada jabatan lain buat program jabatan mereka seperti jabatan pendidikan memang
selalu buat program pendidikannya lah.

Kami : dewan itu boleh memuatkan berapa ramai orang?

muadzin : macam dewan besar ini boleh memuatkan maksimum 100 orang. Dewan
kecil itu pula dalam lebih kurang 70 orang.

Kami : dalam dewan itu juga ada kelengkapan seperti meja ya?

muadzin : ada, meja, kerusi macam bilik kuliah ada mikrofon, lcd, aircond semua adalah.
Semua lengkap. Jadi kalau nak sewa macam pihak NGO tu nak sewa kira dah ade
kelengkapan semua. Dan sewanya tak terlalu mahal seperti dewan hotel lah.

Kami : maaf nak tanya, masjid ini ada menerima bantuan daripada badan NGO tak?
Maknanya dari segi wang ke untuk penambahbaikan?

muadzin : takat ini bantuan NGO tu takdelah tapi kalau ada yang sudi menghulurkan
bentuk bantuan kami terima aja lah. Sebab ada macam awal tahun tu, ada pihak syarikat
dia tawarkan pada kami untuk buat petak parking ini kerana dah hilang line putih dia.
Dan dia datang dia tawarkan kepada kami jadi kami tiada masalah lah kalau dia nak
buat.

Kami : jadi projek itu boleh buatlah?

muadzin : yelah mengikut kesesuaian dengan masjid kalau die nak buat tu kami terima
kalau tak sesuai, mohon maaf jelah pada pihak berkenaan.

Kami : boleh kami tahu platform apa yang sering masjid ini gunakan untuk menarik
masyarakat untuk join aktiviti?

Muadzin : kami ni baru bermula sebenarnya sebab bende ni tercetusnya semasa PKP
lah dan kami belum mahir sangat lah, masih belajar lagi. Yang utamanya kalau untuk
mengwar-warkan program masjid melalui kami guna medium utama whatsapp lah. Kami
banyak kepada whatsapp sebenarnya. Kerana medium whatsapp tu lagi laju daripada
medium FB yang kami ada. Dan kadang-kadang ada buat kuliah live pon ada sekali

13
dibuat juga dalam youtube dan ada yang sudi membantu kami walaupun kami tak minta
tapi ada individu yang sanggup bantu kami untuk buat kuliah live kami terimalah asalkan
dia bagi manfaat pada ahli kariah. Takat ini kami cuba juga untuk wujudkan seperti tiktok
atau mana-mana yang sesuailah kan. Tapi kami masih bermula lagi.

Kami : ada tak aktiviti yang sedang dirancang sekarang yang akan dilakukan pada
masa-masa akan datang, kalau tak keberatan?

Muadzin : bulan ramadhan ini insyaAllah. Kebiasaan macam tahun-tahun sebelum ini
kami buat tadarus alquran tapi waktu pagilah dan kami akan buat setiap hari lah di
masjid ini. Dan insyaAllah, bulan ramadhan macam biasalah kita buka tawaran untuk
sesiapa yang nak berbuka puasa di masjid ini, kami jemput datanglah sepanjang 1
sampai 30 ramadhan. Dan pada tahun ini buat pertama kalinya, kami akan adakan bazar
ramadhan lah di masjid ini. Kami nak cuba bukak 20 tapak sebagai permulaan. Setakat
ini alhamdulillah, lebih 10 tapak yang dah dibooking yang dah ditempah. insyaAllah kami
akan cuba jadikan tahun bazar ramadhan di masjid sultan azlan shah inilah. Kami
sebenarnya khuatir juga kan sebab banyak tempat lain kan. Tapi kami cuba juga buat di
masjid sebab di masjid kita fikir juga kita sebagai pembeli kita fikir kita pegi bazar
ramadhan mana-mana kita nak parking susah nak pegi toilet susah lepastu ada yang
kena saman lah apa. Dari situ kami cuba nak buat di masjid sebab kami fikir sini parking
senang, luas dan siapa yang nak solat pon boleh, dan boleh gunakan kemudahan
tandas ke apa pon tiada masalah disini. Mana peniaga-peniaga bila dah sampai waktu
boleh terus solat je. Tiada alasan itulah yang kami cuba didik lah selain daripada kami
didik ahli kariah ini, kami juga boleh didik peniaga-peniaga itu dalam mengikut perintah
Allah.

Kami : okay, soalan seterusnya, apakah kejayaan pertama yang telah dicapai oleh
masjid ini semasa mula-mula dibina?

Muadzin : kami belum pasti bende tu je. tapi semasa mula menjawat jawatan di masjid
ini, di luar orang duk perkatakan tentang masjid inilah. Kami tidak tahu pun orang duk
kata yang baik-baik tentang masjid ini tapi alhamdulillah itu pun dapat sokongan
daripada ahli kariah, ajk yang ada dan pegawai-pegawai masjid yang sering membantu
kami di masjid ini.

Kami : maaf nak tanya, ahli kariah tu dipilih atau diminta untuk dimohon jadi ahli kariah
tu?

Muadzin : ahli kariah tu yang berada dalam lingkungan masjid inilah. Di setiap masjid ini
ada had sempadan ahli kariahnya.

Kami : kalau boleh kami nak tahu keistimewaan masjid ini yang dapat membezakan nya
dengan masjid-masjid yang lain, kalau encik tengok ada juga masjid lain macam masjid
sultan idris shah II (masjid negeri), kalau boleh kami nak tahu apa keistimewaan masjid
ini yang dapat dibandingkan dengan masjid-masjid disekitar ipoh ini?

Muadzin : ini peribadi sayalah, kalau pertama kali kita datang sini, kita nampak kubah
die macam dah biasa nampak macam kenal kann, yang kedua bila kita masuk dalam sini,
yang kita tak perasan nampak masjid ini macam luas jugak kann, tak nampak tiang
14
ditengah-tengah kan, nampak luas juga lah, itu je keistimewaan dia, dia takde tiang
ditengah-tengah yang dapat mengganggu para jemaah nak tengok mimbar ke nak
tengok hadapan, dia luas tanpa tiang di tengah. Selain daripada aircond kami sediakan,
takde kipas dimasjid ini, aircond je di ruang solat atas tu, yang ada dengan karpet yang
selesa untuk jemaah.

Kami : dari pandangan encik sendiri, dari segi objektif dan matlamat masjid ni adakah ia
tercapai setakat ini?

Muadzin : alhamdulillah, kami cuba ke arah objektif itu yang utama kami ingin ahli kariah
bersolat jemaah di masjid ini, kalau tak dapat setiap hari dapat setiap waktu pon, waktu
maghrib atau waktu isyak itu pun dikira sudah berjaya buat kami kan. Daripada ahli
kariah bila dia dah datang sorang pada permulaannya, kemudian dia dapat tarik kawan
dia lagi atau pon bawak anak dia, itu pun sudah bersyukur dah untuk menambah ahli
kariah.

Kami : dari segi penambahbaikan pembinaan masjid ini adakah ianya mencapai
kepuasan ramai?

Muadzin : setakat ini kami cuba jadikan masjid ini mesra kepada ahli kariah sebab
masjid ini, naik atas tu ada tangga kan, kami ada juga bercadang untuk membina lift
sebenarnya untuk memudahkan ahli kariah yang uzur, sakit lutut untuk naik solat di
tingkat atas sebab kebanyakkan pada hari jumaat, yang tak lalu jalan akan solat di
bawah lah, untuk naik di atas karang tak larat. Kami cuba pikirkan. Kami cuba nak
realisasikan untuk pun masih lagi dalam perancangan kami untuk menyediakannya.
Memang ada yang sudi membantu, ada ahli kariah yang sanggup mengeluarkan
sejumlah wang, ada ahli kariah yang pemurah dalam nak buat lift atau eskalator, tapi tu
masih dalam perancangan, untuk menarik semua ahli kariah.

Kami : pembinaan lift tu adalah dari sumbangan ahli kariah ke macam mana?

Muadzin : Cadangan kami adalah dari sumbangan dari ahli kariah la tapi terpulang pada
ahli AJK. Mungkin sumbangan ramai atau sumbangan negeri lah. Tapi kami belum
dapat realisasikan lagi la. Itu cuma cita-cita kami setakat ini.

Kami : dari segi kebersihan masjid ini, encik berpuas hati?

Muadzin : Alhamdulillah, setakat ini kami ada atau kami disediakan oleh “cleaner” yang
disediakan untuk menjaga masjid ini lah. Kami juga disediakan “Siak”, tetapi Siak
tersebut berperanan untuk menjaga taman. Kami ada cleaner, dua orang lelaki dan
seorang perempuan untuk menjaga kebersihan setiap hari. Yang penting, kami nak
bersih tandas yang utamanya dengan tempat wuduk. Masjid dah cantik tetapi tandas
kotor pun tak elok juga kan. Kadang tandas dah cantik tapi tempat lain tak elok pun ada
juga. Kadang tandas elok pun tapi tak jaga tak elok juga. Dia kena selari. Ruang solat
bersih, tandas bersih, semua kena bersihlah. Ahli kariah pun suka lah.

Kami : macam saya dah minta memula tu, ada sijil pencapaian tak? Ataupun encik
pernah jumpa sijil pencapaian masjid ini?
15
Muadzin : setakat ini tiada sijil pencapaian lah. Pencapaian yang kami dengar daripada
mulut-mulut orang masjid ini, ada reputasi yang baik. Alhamdulillah.

Kami : mohon maaf saya nak mencelah, kalau contoh solat hari raya, tuanku sendiri
turun ke macam mana?

Muadzin : ada sebelum ni ada, sebelum PKP pon ada. Kebanyakkan program peringkat
negeri macam maulidur rasul, maal hijrah yang memerlukan masjid yang selesa bagi
program kerajaan negeri perak akan diadakan di masjid ini. Sebab selepas PKP ada
juga tuanku turun. Maal hijrah pon tuanku ada turun sendiri. Dan setakat ni lepas PKP ini
takde lagi majlis berbuka puasa bersama dengan tuanku, sebelum-sebelum ni ada
tuanku buka puasa di sini. Dan masjid ini kadang-kadang setiap minggu, tuanku akan
turun sama ada tuanku sultan atau pun raja muda ataupun raja hilir yang kerap kali
datang solat di masjid ini lah. Kalau perasan yang berdepan Poli tu kami namakan laluan
tuanku. Sebab kalo tuanku datang di lalu ikut sana naik ke dewan solat ikut sana.

Kami : pada pandangan encik, ada tak cabaran untuk mengekalkan dan menjaga
reputasi masjid ini?

Muadzin : cabaran dan dugaan tu memang ada, cuma kami sesama kakitangan yang
ada, ahli kariah sesama bagi semangat lah. Sesiapa yang berasa “down’ atau tak
bersemangat tu kami sama-sama bagi semangat. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah,
aktiviti-aktiviti yang ada pun mendapat sambutan sebenarnya. Boleh rujuk kami punya
FB kan, kami punya whatsapp pun kan. Kami setiap minggu, kami akan mengadakan
aktiviti gerai jualan di dataran masjid ini. Bermula pada dua gerai je yang ada semasa
mula dulu, memang ujian yang kami terima, kami perit la masa tu. dengan dua gerai tu,
tambah lagi dengan cuaca yang tak sesuai. Sekarang ni Alhamdulillah kami ada lebih
10 gerai macam tu lah yang buat aktiviti ini. Jumaat dan sabtu dari pukul 5 sampai
malam la. Mana yang nak membeli bahan makanan ke apa, sambil lepas solat, boleh
singgah. Ada macam mana jualan dan kami ada sediakan di masjid ini gelanggang
badminton. Gelanggang tu kami buat sendiri tetapi kami tidak adalah kepakaran
apa-apa. Untuk minta kepakaran luar untuk membuat gelanggang tu memakan kos,
jadi kami membuat sendiri gelanggang tersebut. Dan Alhamdulillah, setiap petang ada
pelajar-pelajar dari sekolah menengah, dari kolej-kolej atau maahad tahfiz yang ada
berdekatan sini, datang beriadah di sini di samping kami ada membuat untuk permainan
pingpong. Itu sahaja lah yang ada kami sediakan. Kami Alhamdulillah, selain beriadah,
mereka juga tak tinggal solat kan. Fasiliti yang disediakan juga digunakan dengan
sepenuhnya. Dan masa PKP dulu kami juga ada bantu pelajar-pelajar yang
memerlukan talian internet untuk belajar. Pada ketika itu kan, memerlukan sangat
talian internet untuk belajar dan masa itu guna video kan. Kami ada bagi pada pelajar
yang nak guna tu dia datang dan boleh guna secara percuma.

Kami : Maaf saya nak tanya, jemaah dari sini terdiri daripada orang di sekeliling masjid
ini sahaja ataupun ada yang datang dari lain ke?

Muadzin : jemaah, yang utamanya kami nak yang tinggal tetap dan ahli kariah kami
lah. Tetapi ada juga yang datang dari luar, iaitu dari kariah lain, dari taman-taman lain
pun ada, ada yang jauh-jauh pun datang. Contohnya, daripada tambun untuk dengar
16
kuliah. Taman-taman yang berdekatan pun ada juga yang datang untuk sama-sama
dalam program kami lah.

Kami : pada pendapat encik ada matlamat baru tak masjid ini nak capai?

Muadzin : sebenarnya banyak matlamat kami yang nak capai, cuma yang utamanya
kami nak istiqamahnya ahli kariah hadir solat jemaah di masjid ini. Itu yang matlamat
kami yang utamanya lah. Selain nampak muka-muka lama yang hadirkan, kami nak juga
tengok muka-muka baru yang hadir ke masjid ini. Sebab tu masjid ini kami ada tagline
sendiri masjid ini “masjid Sultan Azlan Shah, masjid kome”. Sebab dulu orang ingat
masjid tu untuk AJK masjid sahaja, untuk orang-orang yang ada jawatan kan, ada
pangkat orang kaya kan. Tapi ni masjid terbuka bukan masjid kami dan bukan masjid
imam utama, untuk sesapa yang nak solat di masjid ini datang lah tiada masalah.

Kami : boleh kami tahu apa harapan encik terhadap kejayaan masjid ini?

Muadzin : harapan kami bergantung pada kekuatan yang diberikan kepada kami
lah. Sentiasa membuat sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan, ahli kariah
sentiasa istiqamah hadir solat jemaah untuk ilmu di sini, beraktiviti di sini, dan orang
ramai mengimarahkan masjid. Sebab dengan pengimarahan masjid ini, akan hidup
cahaya keimanan dan ketakwaan dari ahli kariah di sekeliling ini. Insya-Allah.

Kami : pada pandangan encik, apa perancangan masa akan datang yang akan
dilakukan?

Muadzin : perancangan tu bergantung kepada pegawai yang ada di sini lah. Sebab
kami ni, macam kami di sini, pegawai tetap, ada tiga orang sahaja. Yang lainnya adalah
lantikan masjid. Selagi mana kekuatan tu ada lagi pada pegawai-pegawai yang diundi
dan AJK-AJK yang diundi di sini, insya-Allah, segala program yang telah terlaksana
akan berterusan dan program yang akan dilaksanakan akan terus dilaksanakan.

Kami : itu sahaja daripada kami. Dengan ini tamatlah sesi temubual tugasan
SJHK3223, Sejarah Lisan dan Pendokumentasian bersama-sama dengan imam. Kami
mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian dan kerjasama yang diberikan oleh
imam dalam menjayakan dan menyempurnakan temubual ini. Sekian, terima kasih.

17

Anda mungkin juga menyukai