Anda di halaman 1dari 6

PERANCANGAN AKADEMIK

SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025 [JJ241]


PENGAJIAN SEPARUH MASA
PACE, UUM

SCCA1013
PENGANTAR KOMUNIKASI

Kumpulan C/K

AHAD
2:30 PM - 6:30 PM

Pensyarah:
.
XXXXXXXXX
--------------------------------------------
XXXXXX  xxxxx@
XXXXXXXXX,  019 XXXXXXX
Universiti XXXXXXXX
Waktu Rundingan:
Ahad: 3:00pm - 5:00pm;
Isnin: 11:00am - 1:00pm; 3.00pm-5.00pm

*Dengan temujanji selain waktu di atas


SCCA1013 Pengantar Komunikasi SemesterJan.
Sesi 2024/2025 (JJ241)

PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA & KOMUNIKASI


School of Multimedia Technology and Communication
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
____________________________________________________________________________

KOD KURSUS : SCCA1013


NAMA KURSUS : PENGANTAR KOMUNIKASI
JAM KREDIT :3

SINOPSIS

Sebagai pendedahan asas, kursus ini bertujuan menyediakan pelajar dengan latar belakang
disiplin ilmu komunikasi. Di samping itu, kursus ini akan mendedahkan para pelajar kepada
pelbagai konsep, model dan elemen penting dalam proses komunikasi. Sejajar dengan itu,
bentuk dan jenis komunikasi yang terlibat dalam proses komunikasi manusia akan dikupas
kepada pelajar melalui kursus ini. Selain itu, pelajar akan diperkenalkan dengan beberapa
bidang kajian komunikasi seperti komunikasi organisasi, komunikasi untuk perubahan social,
teknologi komunikasi dan beberapa bidang lain. Akhirnya, diharapkan pelajar akan dapat
memperoleh pengetahuan asas mengenai bidang komunikasi sebagai cabang sains sosial.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Di akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat:

i. Menghuraikan sejarah, perkembangan dan perspektif kajian komunikasi. (C1)


ii. Menerangkan konsep dan proses yang berkaitan dengan pelbagai bidang komunikasi.
(C2, A3)
iii. Menerangkan fenomena sosial atau keorganisasian yang rutin dari perspektif
komunikasi. (C5, A4)

KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri di mana pelajar akan dibekalkan dengan
modul kursus sebagai rujukan utama. Asasnya modul ini menyediakan nota-nota ilmu yang
difikirkan wajar digarap oleh pelajar. Di samping itu, modul ini turut disediakan soalan-soalan
latihan dan penilaian kendiri sebagai tambahan kepada nota. Bagi memperolehi pemahaman
yang berkesan, pelajar dinasihatkan untuk membaca rujukan lain. Pelajar juga dinasihatkan
untuk membuat nota ringkas bagi setiap pelajaran dan cuba mengaitkannya dengan
persekitaran kehidupan. Kaedah ini akan dapat membantu pelajar untuk memahami dengan
lebih jelas tentang sesuatu topik serta dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam
mengaplikasikan ilmu-ilmu berkaitan.

Di samping pembelajaran kendiri melalui modul kursus, PACE-UUM telah menjadualkan empat
sesi pertemuan akademik bersemuka sejumlah enam belas jam di antara pelajar dan
pensyarah. Lazimnya pertemuan ini disampaikan kuliah ringkas bagi membantu pemahaman
pelajar terhadap modul yang disediakan. Dalam setiap pertemuan akademik, pelajar perlu
melibatkan diri secara aktif dalam sesi perbincangan dan soal jawab. Sehubungan itu, pelajar
dinasihatkan membuat beberapa persediaan berikut sebelum hadir ke setiap sesi pertemuan:

i. Membaca terlebih dahulu topik-topik yang telah ditetapkan untuk setiap sesi pertemuan.
ii. Membuat rujukan tambahan topik berkaitan melalui buku-buku atau makalah ilmiah lain.
iii. Memberi kerjasama dan bersedia untuk melibatkan diri dalam setiap sesi perbincangan.

© 2024 MohdKhairieAhmad/SCCA1013/JJ241 1
SCCA1013 Pengantar Komunikasi SemesterJan.
Sesi 2024/2025 (JJ241)

Pelajar harus senantiasa menyemak maklumat dan pemakluman menerusi sistem pengurusan
pembelajaran PACE UUM yang dikenali sebagai PACE UUM Online Learning System (PACE-
UUMOL- https://learning-pace.uum.edu.my). Sebagai memantapkan lagi proses pengajaran-
pembelajaran, kaedah e-pembelajaran turut diterapkan sebagai pelengkap pengendalian
kursus ini. Bahan-bahan kuliah serta nota-nota tambahan boleh diakses melalui portal kursus
ini menerusi UUMOL kelas masing-masing. Jadual sesi pertemuan akademik disertakan di
bahagian seterusnya. Namun begitu, sebarang pindaan adalah tertakluk kepada pengumuman
oleh pihak PACE-UUM dan penyelia pusat pembelajaran.

KANDUNGAN KURSUS

Kuliah Topik Catatan


1. Sejarah Pengajian Bidang Komunikasi
Pertemuan 1 1.1 Pengenalan  Pelajar mendaftar
1.2 Komunikasi sebagai Bidang Sains Sosial ahli untuk Tugasan
21 1.3 Evolusi dan perkembangan pengajian komunikasi. Berkumpulan.
Jan. 1.4 Pengajian komunikasi di Malaysia.
2024
2. Pengenalan Kepada Komunikasi
2.1 Apa itu Komunikasi?
2.2 Takrifan Komunikasi
2.3 Konsep-konsep Komunikasi
2.4 Fungsi-Fungsi Komunikasi

3. Elemen Di Dalam Proses Komunikasi


3.1 Sumber
3.2 Mesej
3.3 Saluran
3.4 Penerima
3.5 Maklumbalas
3.6 Gangguan
3.7 Rangka Rujuk

Pertemuan 2 4. Model Komunikasi  Tugasan Individu


4.1 Pembentukan Model Komunikasi luput pada 17 Feb.
18 4.2 Model Klasik/Liner 2024.
Feb. 4.3 Model Interaktif
2024 4.4 Model Transaksional

5. Jenis Mesej Komunikasi


5.1 Mesej dan Makna
5.2 Komunikasi Lisan
5.3 Komunikasi Bukan Lisan

6. Jenis Komunikasi
6.1 Komunikasi Intrapersonal
6.2 Komunikasi Interpersonal
6.3 Komunikasi Kumpulan
6.4 Komunikasi Organisasi
6.5 Komunikasi Awam
6.6 Komunikasi Massa
6.7 Komunikasi Antara Budaya
6.8 Komunikasi Berantarakan Media

© 2024 MohdKhairieAhmad/SCCA1013/JJ241 2
SCCA1013 Pengantar Komunikasi SemesterJan.
Sesi 2024/2025 (JJ241)

Kuliah Topik Catatan

Pertemuan 3
7. Komunikasi Organisasi
7.1 Takrifan dan Sejarah
10
7.2 Komponen
Mac
7.3 Ciri-ciri
2024
7.4 Fungsi dan Proses

8. Komunikasi Untuk Perubahan Sosial


8.1 Takrifan dan Sejarah
8.2 Komponen
8.3 Ciri-ciri
8.4 Fungsi dan Proses

9. Teknologi Komunikasi
9.1 Takrifan dan Sejarah
9.2 Komponen
9.3 Ciri-ciri
9.4 Fungsi dan Proses

Pertemuan 4 10. Bidang-Bidang Lain Komunikasi  Tugasan Kumpulan


10.1 Perhubungan Awam luput pada 27 April
21 10.2 Kewartawanan 2024.
April 10.3 Periklanan
2024 10.4 Komunikasi Massa

11. Kemahiran Pemikiran Dalam Komunikasi


11.1 Pemikiran Kritikal
11.2 Pemikiran Kreatif
11.3 Pemikiran Saintifik
11.4 Perkaitan Di Antara Kemahiran Pemikiran Dan
Komunikasi

12. Rumusan
12.1 Komunikasi Sebagai Bidang Sains Sosial
12.2 Komunikasi Sebagai Satu Proses
12.3 Konteks dan Aplikasi Komunikasi
12.4 Manusia dan Kemahiran Komunikasi

PENTAKSIRAN KURSUS

Pentaksiran adalah berasaskan tugasan individu, tugasan kumpulan dan peperiksaan akhir.
Agihan peratusan pentaksiran adalah seperti dinyatakan berikut:

Tugasan Individu 20% (17 Feb. 2024)


Tugasan Kumpulan 40% (27 April 2024)
Peperiksaan Akhir 40% (24-29 Mei 2024*)
JUMLAH 100%
* Tertakluk kepada sebarang perubahan oleh PACE UUM

© 2024 MohdKhairieAhmad/SCCA1013/JJ241 3
SCCA1013 Pengantar Komunikasi SemesterJan.
Sesi 2024/2025 (JJ241)

TUGASAN INDIVIDU (20%)

Anda dikehendaki menghasilkan sebuah penulisan akademik berdasarkan salah SATU tajuk
berikut:

a) Bincangkan LIMA fungsi bidang komunikasi kepada seseorang ketua jabatan di agensi
kerajaan dan jelaskan kepentingan setiap fungsi tersebut.
ATAU
b) Huraikan LIMA peranan bidang komunikasi kepada seseorang usahawan dan jelaskan
bagaimana setiap fungsi tersebut penting kepada perniagaannya.

i. Panjang tugasan ini tidak lebih dari EMPAT (4) muka surat dengan jarak langkau baris ialah
1.5.
ii. Sila gunakan jenis fon sama ada Times New Roman atau Arial atau Calibri bersaiz 12
sahaja.
iii. Tugasan ini perlu disokong dengan sekurang-kurangnya TIGA rujukan akademik/ilmiah
(rujukan dari blog, laman web dan media sosial TIDAK diterima).
iv. Sila hasilkan penulisan ini dengan mematuhi gaya penulisan APA. Semak portal
pembelajaran dalam talian UUM anda tentang bagaimana untuk menulis rujukan mengikut
gaya penulisan APA.
v. Tugasan ini luput pada 17 Feb. 2024. Sila hantar tugasan ini secara memuat-naik menerusi
UUMOL. Sila masukkan ’Header’ berikut SCCA1013-TI-2XXXXX (kod kursus-ringkasan
tugasan ’TI’-nombor matrik anda). Manakala fail yang dimuat-naik dilabelkan dengan nama
yang sama (SCCA1013-TI-2XXXXX). Pastikan tugasan yang dihantar adalah dalam format
PDF sahaja.
vi. Tugasan akan dinilai berdasarkan 'Rubrik Tugasan Individu' (rujuk UUMOL).

TUGASAN KUMPULAN (40%)

Sebanyak 30% markah diperuntukkan untuk laporan bertulis dan 10% untuk
pembentangan. Anda perlu menggunakan pengetahuan yang diperoleh melalui kursus ini
dalam menghasilkan tugasan. Sila bentuk satu kumpulan yang terdiri daripada TIDAK LEBIH
TIGA (3) orang ahli. Kumpulan dikehendaki menghasilkan penulisan akademik dan bahan
pembentangan berdasarkan keadaan berikut:

“Pilih SATU bidang komunikasi (rujuk Topik 7 hingga 10), huraikan amalan bidang
komunikasi tersebut dalam sesebuah organisasi (swasta/kerajaan/badan bukan
kerajaan-NGO). Jelaskan juga impak amalan bidang komunikasi itu terhadap
pencapaian matlamat organisasi tersebut.”

Berikut adalah panduan dalam melaksanakan tugasan ini:

i. Untuk melaksanakan tugasan ini, anda perlu mendapatkan maklumat tentang amalan-
amalan bidang komunikasi yang dipilih. Ini boleh dilakukan dengan menemubual salah
seorang pihak atasan (pengurus/pegawai) organisasi terbabit untuk mendapatkan
maklumat berhubung amalan komunikasi berkaitan dan kesannya terhadap organisasi
terbabit.
ii. Hasilkan penulisan ilmiah berdasarkan temubual tersebut dengan disokong oleh
rujukan-rujukan ilmiah (sekurang-kurangnya LIMA rujukan).
iii. Berikut adalah cadangan format/struktur/komponen penulisan tugasan ini:
a) Pengenalan kepada organisasi
b) Huraian bidang komunikasi yang dipilih
c) Huraikan dengan terperinci amalan-amalan komunikasi tersebut
d) Kesan amalan komunikasi tersebut terhadap pencapaian matlamat organisasi
e) Bagaimana amalan komunikasi tersebut boleh ditingkatkan lagi untuk organisasi
tersebut
f) Kesimpulan/Ringkasan

© 2024 MohdKhairieAhmad/SCCA1013/JJ241 4
SCCA1013 Pengantar Komunikasi SemesterJan.
Sesi 2024/2025 (JJ241)

g) Senarai Rujukan

iv. Tugasan ini perlu ditaip dan tidak melebihi LIMA BELAS (15) muka surat dengan jarak
langkau 1.5 baris.
v. Sila gunakan jenis fon sama ada Times New Roman atau Arial atau Calibri bersaiz 12.
vi. Tugasan ini perlu disokong dengan sekurang-kurangnya LIMA rujukan akademik/ilmiah
(rujukan dari blog, laman web dan media sosial TIDAK diterima).
vii. Esei ini perlu mematuhi gaya penulisan APA. Semak portal UUMOL anda tentang
kaedah menulis rujukan mengikut gaya penulisan APA.
viii. Tarikh akhir penghantaran ialah pada 27 April 2024. Sila hantar tugasan ini secara
memuat-naik dalam UUMOL. Sila masukan ’Header’ berikut SCCA1013-TKA-2XXXXX-
2XXXXX-2XXXXX (kod kursus-ringkasan tugasan ’TKA’-nombor matrik setiap ahli
kumpulan). Manakala fail yang dimuat-naik dilabelkan dengan nama yang sama
(SCCA1013-TKA-2XXXXX-2XXXXX-2XXXXX).
ix. Esei akan dinilai berdasarkan 'Rubrik Tugasan Kumpulan'. Rujuk rubrik di UUMOL
anda.

Berdasarkan tugasan bertulis, hasilkan sebuah pembentangan bermedia. Pembentangan ini


boleh disediakan menggunakan PowerPoint Slides yang merakamkan audio/video
pembentangan anda. Anda juga boleh hasilkan pembentangan dengan menggunakan pelbagai
perisian atau aplikasi seperti ‘Powtoon’, ‘Videoscribe’ dan sebagainya. Berikut adalah garis
panduan pembentangan:

i. Masa yang diperuntukan bagi setiap kumpulan adalah tidak melebihi 5 minit.
ii. Pembentangan akan dinilai berdasarkan 'Rubrik Tugasan Kumpulan'.
iii. Tarikh akhir penghantaran ialah pada 27 April 2024. Sila hantar tugasan ini secara
memuat-naik ke UUMOL kelas. Sila labelkan fail pembentangan ini seperti berikut
SCCA1013-TKA-2XXXXX-2XXXXX-2XXXXX (kod kursus-ringkasan tugasan ’TKB’-
nombor matrik ahli kumpulan) sebelum memuat-naik ke UUMOL. Pastikan tugasan
yang dihantar adalah dalam format PDF sahaja.
iv. Sekiranya fail pembentangan anda lebih 500MB, sila muatnaik ke YouTube atau
Google Drive atau Simpanan Awan (Cloud Storage) dan kemukakan pautan kepada
saya dengan dinyatakan dibahagian akhir laporan tugasan bertulis.

PEPERIKSAAN AKHIR (40%)

Peperiksaan akhir dijadualkan pada 24-29 Mei 2024 secara bersemuka (fizikal). Format soalan
adalah dalam bentuk soalan berstruktur dan esei. Lazimnya masa peperiksaan ialah selama
150 minit. Soalan-soalan juga merangkumi semua bab dalam kursus ini. Maklumat lengkap dan
jadual peperiksaan muktamat akan dimaklumkan setelah PACE UUM memuktamatkannya.

RUJUKAN

Othman, M.B., Ahmad, M.K., Madon, M., Muda, S. & Hamid, Z.A. (2004). Modul SCCA1013
Pengantar Komunikasi PJJ UUM. PACE UUM.
Beebe, S.A., Beebe, S.J., & Ivy, D.K. (2016). Communication: Principles for a lifetime (8th ed).
Pearson.
Othman, M.B., Ahmad, M.K. (2003). Pengantar komunikasi. Penerbit UUM.
Rahim, s. (1998). Komunikasi asas. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Wood, J.T. (2018). Communication in our lives, 6th ed. Cengage Publishing.

© 2024 MohdKhairieAhmad/SCCA1013/JJ241 5

Anda mungkin juga menyukai