Anda di halaman 1dari 4

CIRI JEMAAH ISLAM DAN TAADUD JAMAAH

Ciri-ciri Jemaah Islam

1. Bersifat Rabbaniyah
 Yang dimaksudkan dengan rabbaniyyah ialah ketuhanan dengan erti Jamaah
tersebut mestilah meletakkan dasarnya dengan dasar yang telah ditetapkan
oleh Allah iaitu Al-Qur'an dan Al-Sunnah.

2. Bersifat Syumuliyyah
 Jamaah tersebut mestilah memperjuangkan Islam dengan secara keseluruhan,
bukan hanya memperjuangkan sebahagian daripada Islam dan mengabaikan
aspek-aspek yang lain.
 Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam agama Islam
dengan keseluruhannya". (Al-Baqarah: 208)

3. Bersifat ‘Alamiyyah
 Jamaah ini mestilah bersifat universal dan tidak tertakluk pada batas-batas
negeri dan suku bangsa, kerana dakwah Islam adalah ditujukan kepada
sekalian alam
 Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Dan tidak kami utuskanmu (Muhammad) melainkan menjadi rahmat kepada
seluruh alam" (Al-Anbiya': 107)

4. Bersifat Inqilabiyyah
 Jamaah ini bersifat memperjuangkan Agama Islam dalam masa yang sama
meruntuhkan Jahiliyyah.

5. Bersifat Thabat wa murunah


 Jamaah yang bersifat Thabat (tetap) atas perkara dasar Islam dengan tiada
pertikaian atas perkara dasar tersebut dan Murunah (Anjal) dari segi
perlaksanaan atau strategi.

6. Bersifat waqi’iyyah
 Jamaah yang bersifat setempat dengan memahami keadaan semasa dan
situasi setempat

Taadud Jamaah
Ta’addud Jamaah bermaksud berbilang-bilang jamaah.

Menurut Al-Imam Asy Syafie di dalam kitabnya ‘ Ar-Risalah’ mengatakan bahawa : mengikut
fahaman saya terhadap Rasulullah saw:

“Wajiblah kamu bersama-sama Jamaah Islam dan kepimpinan mereka”

Bahawa gerakan Islam itu sepatutnya satu sahaja. Walaupun demikian sabda junjungan dan
pendapat para ulama’ yang muktabar tetapi realitinya tidak sedemikian khususnya di
Negara kita. Di Negara kita ini terdapat bermacam-macam jamaah yang menamakan
jamaah mereka dengan gerakan Islam.

Allah Ta’ala berfirman,

‫َو اْع َت ِص ُموا ِبَح ْب ِل ِهللا َج ِم يًعا َو َال َتَفَّر ُقوا َو اْذ ُك ُروا ِنْع َم َت ِهللا‬
‫َع َلْي ُك ْم ِإْذ ُك نُتْم َأْع َد آًء َفَأَّلَف َب ْي َن ُقُلوِبُك ْم َفَأْص َب ْح ُتم ِبِنْع َم ِتِه ِإْخ َو اًن ا‬
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-
berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-
musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah
orang-orang yang bersaudara. (QS Ali Imran:103)

Pendapat Ulama berkenaan Taadud Jamaah

Dr Fathi Yakan :-

- Mengharuskan taadud jemaah dengan bersyarat. Buktinya, Dr Fathi Yakan tidak


menolak jika jemaah baru itu membantu jemaah yang sudah sedia ada. Ini tertulis
dalam kitabnya Ihzaru Al-AIDS Haraki.
- Kata beliau "Kalau sahaja fenomena kepelbagaian ini bersih daripada fanastisme,
diiringi suasana penuh ukhwah, terjalin kerjasama dan saling memahami di antara
mereka, maka hal ini tidak memerlukan pembicaraan."
- Namun, pada pendapat beliau setelah puluhan tahun berkecimpung dalam dunia
gerakan Islam, pertelingkahan itu tidak mungkin dapat dielakkan. Katanya "Tetapi,
kenyataan yang terjadi sebaliknya".
- Katanya lagi, "Adapun kini, kepelbagaian yang ada di dunia Islam telah melahirkan
perbezaan dan perselisihan tanpa akhlak, tanpa ilmu, dan tanpa landasan syariat.
Mereka berlumba meraih pengaruh dan lari dari tanggungjawab. Mereka begitu
vokal mempromosikan nama dan panjinya, begitu enthusiast mendapatkan pengaruh
sekaligus begitu enggan mempersembahkan pengorbanan."
- Dengan ini beliau meletakkan fatwa bersifat jelas iaitu TIDAK BOLEH. Tambahnya lagi
"Dalam keadaan demikian, bagaimana mungkin sebuah taadud diterima dan disebut
fenomena wajar?"

Dr Yusuf Al-Qardhawi:-

- Ulama lain yang menyatakan keharusan bersyarat, ulama ini memberikan peluang
kepada umat Islam untuk membuat penilaian adakah taadud ini memecah-belahkan
ummat ataupun tidak. Jika taadud ini memecah-belahkan, mereka juga membenci
taadud ini. Inilah yang diucapkan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Kata beliau:
"Oleh itu, setiap perbezaan bukan sentiasa bermakna kejahatan. Tetapi, kita mesti
membezakan antara dua bentuk perbezaan: perbezaan (taadud) yang bersifat
tanawu' (‫ )تنوع‬dan perbezaan yang bersifat tudod (‫)تضاد‬. Yang pertama adalah baik
dan yang kedua adalah tercela."
- Kemudian, Dr Yusuf Al-Qardhawi menjelaskan, "Tumbuhnya pelbagai jemaah yang
bekerja untuk Islam merupakan sesuatu yang wajar. (......) Tetapi perbezaan itu
mestilah perbezaan dari segi tanawu' dan takhassus, bukannya perbezaan yang
bersifat penentangan dan perbalahan. Semua jemaah MESTI BERSATU PADU dalam
satu saf bagi menghadapi masalah-masalah semasa yang mengancam kewujudan
Islam, syariah Islam, aqidah Islam dan umat Islam".
- Kemudian Dr Yusuf Al-Qardhawi berkata, "Taadud dan Ikhtilaf tanawu' ini (yang saya
sebutkan di atas) tentunya tidak akan menghala kepada perpecahan".
- Daripada penjelasan diatas, sudah jelas bahawa taadud yang Dr Yusuf Al-Qardhawi
benarkan adalah yang tidak menimbulkan permusuhan, pertentangan dan
perbalahan. Dan Dr Yusuf Al-Qardhawi melarang taadud tudod (kepelbagaian yang
bertentangan). Jika dilihat dari sudut ini, pendapat beliau lebih kurang sama dengan
pendapat Dr Fathi Yakan. Semoga Allah merahmati mereka berdua.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA TA’ADDUD JAMAAH.

Banyak jamaah yang muncul dengan faktor-faktor (dakwaan) tersendiri, antaranya ialah:

1. Gerakan Islam sedia ada telah kehabisan matlamat dan tujuannya sedangkan matlamat
dan cita-cita Islam belum tercapai.

2. Gerakan Islam sedia ada tidak lengkap dan menyeluruh.


3. Gerakan Islam sedia ada mempunyai kekeliruan dan seribu satu persoalan. Justeru
mewujudkan Gerakan Islam baru dapat menyelamatkan mereka yang bekerja dalam
lapangan Islam daripada pelbagai tuduhan dan subahat serta persoalan yang pelbagai itu.

4. Gerakan Islam sedia ada banyak melakukan kesalahan.

NATIJAH BERBILANG JAMAAH

1. Tuduhan, cabaran dan kesalahan yang dijangka tidak mengenainya juga turut dihadapi.

2. Mereka tidak sedar bahawa yang ditentang ialah Islam sekalipun atas nama apa
jamaahnya.

3. Kecacatan yang mereka lihat ada pada orang lain hinggakan menubuhkan jamaah baru
sebenarnya telah berada pada mereka. Sedangkan apa yang mereka lakukan adalah
sebahagian pemecahan kepada umat Islam.

4. Jamaah baru itu hanya seperti gerakan dhirar yang mengelirukan orang ramai terhadap
kemampuan Islam menyelesaikan masalah ummah.

SOALAN PERBINCANGAN

1. Bincangkan jamaah-jamaah di sekitar kampus dan bezakan manhaj perjuangan (ideology)


setiap jamaah tersebut.

2. Huraikan penyelesaian terhadap ta’addud jamaah di dalam kampus.

3. Huraikan apakah kaedah terbaik di dalam melakukan amal jamaie

Anda mungkin juga menyukai