Anda di halaman 1dari 2

AFIF AKMAL BIN ARSHAD (026396)

IJAZAH PENGJIAN ISLAM DAKWAH (B)

Gerakan islam atau harakah islamiah merupakan satu jamaah yang berijtihad bagi menegakkan sistem hidup Islam (Nizomul Hayatul Islami). Harakah Islamiah syumuliah pula adalah sebuah jemaah yang bermalamat menegakkan sistem hidup islam yang lengkap (komprehensif), lengkap dari segi keahlian (ulamak,interlek, professional, petani, buruh, nelayan dan sebagainya). Gerakan islam juga ialah tindakan dan juga aksi yang sentiasa hidup dan bertenaga serta menghayati islam dalam setiap kehidupan individu, masyarakat dan negara sebagai sistem hidup yang menyeluruh diturunkan oleh Allah. Secara garis besar gerakan adalah sekelompok atau suatu kumpulan orang yang mempunyai suatu target tertentu, mereka berusaha bergerak serta berupaya untuk mencapainya. (Ayah hasan firdaus 1989:2, Mohd nakhaie 1981:5, fathi yakan 2002: ) Tujuan gerakan islam ini ialah untuk membina peribadi muslim dan mengembalikan keperibadian Islam setelah dihancurkan oleh peradaban asing, timur dan barat. Dengan itu, ia dapat membina keluarga Islam dan mengembalikan kerakteristiknya yang asli agar dapat melaksanakan tugasnya iaitu ikut berpatisipasi dalam mencipta manusia muslim yang sejati. Selain itu, ia juga dapat membina masyarakat Islam yang akan mencerminkan dakwah dan perilaku Islam agar manusia dapat melihat hakikat Islam yang hanif dalam suatu bentuk yang konkrit di permukaan bumi. Tujuan lain gerakan islam terbentuk kerana untuk mempersatukan umat Islam di seluruh penjuru dunia menjadi satu kekuatan dalam menghadapi kekafiran, kemusyrikan dan memunafikan sehingga umat ini didengar perkataannya dan ditakuti gerakanya.(Hussain Muhammad 1992:127) Ayat Al-Quran yang menyebut tentang seruan membentuk sebuah jemaah iaitu Allah berfirman: (Dan) Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada Al Khair (Islam), menyuruh kepada yang maruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan merekalah orang-orang yang beruntung. (Ali Imran 104). Tedapat dalil daripada hadis Rasullulah Hendaklah kamu berada dalam jamaah kerana sesungguhnya berjemaah itu rahmat sedang perpecahan itu adalah azab. Ayat yang mulia ini merupakan seruan yang sangat jelas kepada umat Islam untuk membentuk suatu jamaah, kelompok dawah atau sebuah partai politik Islam, sekaligus membatasi aktivitinya ke dalam dua kegiatan: pertama, berdawah kepada Islam terhadap pengikut agama lain dan kedua, melakukan amar maruf dan nahyi munkar di tengah-tengah kaum Muslimin. Memang benar bahwa keberadaan suatu jamaah, kelompok dawah atau partai Islam merupakan fardlu kifayah, yakni suatu kewajiban yang dibebankan atas seluruh kaum Muslimin. Sebab, perintah tersebut ditujukan kepada kaum Muslimin di setiap wilayah Islam, yaitu dengan firmanNya: ..Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat.. (Ali Imran 104). Ayat tersebut juga membatasi aktiviti jamaah dalam dua hal seperti yang telah disebut di muka. Dalam hal ini, syariat Islam tidak hanya membatasi pembahasannya tentang urusan penguasa ataupun individu, tetapi juga membahas pula masalah gerakan. Bahkan, syariat Islam mengharuskan adanya jamaah, kelompok dawah atau partai-partai Islam pada setiap masa secara terus menerus, khususnya pada saat daulah Islam masih ada. Kalaupun tidak ada daulah Islam untuk seluruh kaum Muslimin di dunia seperti keadaan saat ini.( Abdurrahman

Muhammad Khalid :1994).

Rujukan :

Mohd nakhaie e al. 1981.Bingkasan untuk pendukung Harakah Islamiyyah. Selangor : syarikat Nadwah Sdn Bhd. Ayah hasan firdaus 1989. Gerakan Islam satu sejarah Dan Pengalaman. Kuala Lumpur : syarika Nadhi Sdn Bhd. Fathi yakan 2002. Apa Erti saya menganut Islam. Selangor : Dewan Pustaka Fajar Hussain Muhammad. 1992. Menuju Jamaatul Muslim Analisis Sistem Jamaah dalam Gerakan Islam. Kuala Lumpur : Pustaka Syuhada.

Abdurrahman Muhammad Khalid, 1994. Soal-Jawab Seputar Gerakan Islam : Pustaka Thoriqul Izzah.
Syukri faisal, 1982. Harakah fathi al Islami fil Quran Al auwal .Beirut : Darul Ilmi.

Anda mungkin juga menyukai