Anda di halaman 1dari 23

Konsep Jamaah Dalam Dakwah

 Jamaah dalam dakwah – bermaksud mewujudkan


suatu organisasi/badan

 'Amal jama'i adalah - satu tuntutan harakah yang


panduannya disebut di dalam Al-Quran Surah
Al-Saff: 4

''Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang


berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan
yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah
bangunan yang tersusun kukuh.''
 Di dalam hadith, Rasulullah s.a.w. telah bersabda
yang bermaksud:

 ''Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yamani r.a.


katanya:
''Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah
bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku
takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya:
Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam
kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah
mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran),
adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula
kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya.
 Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula
kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah
menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat
kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya
apakah yang dimaksudkan dengan
kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah
menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum
yang tidak beramal dengan sunnahku dan
mengikut selain dari jalanku, di antara
mereka itu ada yang kamu kenali dan ada
yang kamu tidak mengenalinya.
 Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan
berlaku lagi selepas itu? Rasulullah
menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang
yang menyeru atau mengajak manusia ke
Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut
ajakan mereka, maka orang itu akan
dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku
berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan
mereka kepada kami. Rasulullah menjawab:
Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita
dan berbahasa seperti bahasa kita.
 Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah
pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika
itu? Rasullullah menjawab denga bersabda: Kamu
hendaklah bersama dengan jamaah Islam dan
pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana
sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai
jamaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin?
Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu
hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan
mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar
kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu
mati dalam keadaan yang demikian.''
 Saidina Umar al-Khattab juga ada menyebut yang
bermaksud:
''Tidak wujud Islam tanpa jamaah dan jamaah pula
tidak akan wujud tanpa kepimpinan dan tidak wujud
pula kepimpinan tanpa ketaatan.''

 Bersandarkan kepada nas-nas di atas - penglibatan


diri di dalam jamaah Islam yang berbentuk haraki
adalah merupakan satu tuntutan syara'.
Berbilang Jamaah

 Fenomena berbilang jamaah adalah sesuatu yang


lazim berlaku sekarang ini di dunia Islam.
 Apakah hukum berbilang jamaah di dalam Islam.
 Jika berbilang jamaah dibolehkan, apakah adab-adab
yang patut dimiliki oleh setiap ahli jamaah?
 Para ilmuan berbeza pandangan tentang hukum
berbilang jamaah di dalam Islam.
 Perbezaan mereka boleh disimpulkan kepada dua
pandangan:
 Tidak boleh berbilang jamaah di dalam Islam

kerana ia memecah-belahkan persatuan umat


Islam.
 Dalil: al-An’aam – ayah 159

“Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan


agama mereka dan mereka menjadi bergolongan-
golongan, tiadalah engkau (Wahai Muhammad)
terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka.
Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah
kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan
kepada mereka (pada Hari Kiamat kelak) apa yang
telah mereka lakukan (dan membalasnya).”
 Kita tidak boleh mengikuti golongan atau
jamaah yang lain kecuali apa yang dibawa oleh
Rasulullah SAW, iaitu golongan atau jamaah Ahl
al-Sunnah wa al-Jama’ah.
 Boleh berbilang jamaah
 merujuk kepada tindakan Rasulullah shallallahu

‘alaihi wasallam yang menghantar para sahabat


dalam jamaah-jamaah yang berasingan.
 setiap satu dengan misi tertentu seperti

dakwah, risikan, peperangan dan sebagainya.


 Perkara ini boleh dirujuk dalam kitab-kitab sirah

yang muktabar.
Adab berjamaah

 Sekalipun berbilang jamaah dibolehkan, terdapat


beberapa adab yang perlu diperhatikan oleh setiap
ahli jamaah
 Adab-adab yang dimaksudkan ialah:
1. Tidak Memiliki Dasar Agama Yang Tersendiri.
 Firman Allah: Al-An’am – ayat 153

 Kita umat Islam hendaklah berada atas satu

jalan agama, iaitu jalan Allah yang termaktub di


dalam al-Qur’an dan al-Sunnah
 Jalan yg merangkumi keseluruhan
ajaran Islam – bukan sekerat-sekerat.
 Firman Allah: Al-Baqarah – ayat 208
2. Tidak Berbangga-Bangga Dengan Jamaah
Sendiri.
 Firman Allah: Ar-Rum – ayat 31 – 32

 Setiap jamaah tidak boleh berbangga-bangga


dengan menganggap diri mereka sebagai yang
terbaik.
 Ini boleh melahirkan persaingan yang negatif
antara jamaah - saling berburuk sangka, saling
memfitnah dan saling bermusuhan.
 sikap ini akan melahirkan jamaah-jamaah yang
berpuak-puak dan bersuku-suku.
 Sikap yang benar ialah merasa rendah
diri lagi serba kekurangan.
 Sikap ini seterusnya akan melahirkan

budaya positif saling memahami, saling


bertukar pendapat dan saling bekerja
sama antara jamaah.
3. Hanya Berpegang Kepada Tali Allah.
 Firman Allah: Ali-Imran – ayat 103
 Iaitu menjadikan Allah sebagai satu-satunya
sumber ketaatan, arah tujuan, tempat
pergantungan, fokus kecintaan, curahan
kesetiaan, dasar pembelaan dan sebab
kemarahan.
 Maka dalam rangka berjamaah, tidak boleh
berpegang kepada tali jamaah.
 Justeru dalam rangka berjamaah, hendaklah
diperhatikan perkara-perkara berikut:
 Pemimpin jamaah (amir) tidak boleh

mengeluarkan syarat yang bertentangan


dengan perintah/larangan Allah.
 Jamaah tidak boleh mentaati syarat

pemimpin jamaah yang bertentangan


dengan perintah/larangan Allah, iaitu al-
Qur’an dan al-Sunnah.
 Sabda Rasulullah:
“Diwajibkan mendengar dan taat (kepada
pemimpin) ke atas setiap muslim sama ada
dalam hal yang dia suka atau benci selagi
mana dia tidak diperintah untuk melakukan
maksiat. Jika dia diperintah melakukan maksiat
maka tiada wajib mendengar dan tidak wajib
taat.”
 Perasaan gembira dan sedih, suka dan marah,
redha dan benci, Wala’ (kesetiaan) dan Bara’
(tidak setia) tidak boleh dibataskan kepada hal-
ehwal jamaah.
 Sebaliknya hendaklah didasari kepada hal-
ehwal agama dan umat.
4. Tidak Memesongkan Hadis-Hadis Berkaitan
Jamaah.
 Sebahagian jamaah ada yang memesongkan

hadis-hadis Rasulullah yang menyentuh perihal


jamaah. Antaranya:

“Sesungguhnya tangan Allah bersama al-Jamaah


dan sesungguhnya Syaitan berlari bersama
orang yang memecah-belahkan al-Jamaah.”
 Hadis di atas digunakan untuk
 menarik ahli-ahli baru,

 memaksa ahli-ahli tersebut agar tetap

setia dalam jamaah dan


 mendakwa jamaahnya sahajalah yang

benar.
 Pada hal maksud jamaah dlm Hadis
tersebut ialah keseluruhan umat Islam, iaitu
kewajipan bersatu dan berada di bawah
kepimpinan yg hak.
5. Membetulkan Tujuan Berjamaah.
 Jamaah hanya sbg wasilah – matlamat adalah
utk menegakkan agama Allah dan umahnya.
 Jangan matlamat bertukar hanya utk kebaikan
jamaah, bukan agama dan ummah.
 Tujuan berjamaah hendaklah sentiasa jelas dan
nyata kepada setiap ahli.
6. Saling Menasihati dan Menegur
 Firman Allah: Al-’Asr – 1 – 3

 Dalam konteks berjamaah, saling menasihati

dan menegur - berlaku dalam dua sudut:


 Dlm Jamaah – saling menasihati antara ahli
– di semua tingkatan. Tiada kasta dlm
jamaah.
 Antara Jamaah – tidak wujud tembok
pemisah antara jamaah sehingga masing-
masing dapat tegur menegur dan nasihat
menasihati.

Anda mungkin juga menyukai