Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENDAHULUAN

Perkahwinan dan perceraian bukanlah sesuatu yang luar daripada norma


masyarakat di seluruh dunia amnya dan begitu juga masyarakat di Malaysia
khasnya. Malaysia adalah sebuah negara Islam dan majoriti penduduknya
beragama Islam serta hampir semua institusi kekeluargaan di Malaysia juga
mengamalkan budaya hidup kekeluargaan islam. Namun setiap perkara yang
ditentukan oleh Allah di muka bumi ini ialah berpasangan termasuklah perkahwinan
yang berpasangankan perceraian. Di dalam agama Islam, perceraian merupakan
sesuatu yang dilaknat oleh Islam tetapi diharuskan dengan alasan dan sebab-sebab
tertentu. Perceraian boleh dilakukan dengan cara talak, fasakh dan khuluk atau
tebus talak.

Definisi talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak
pula, talak membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak
dan seumpamanya. Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir
sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup bersama.
Allah s.w.t berfirman :

{Al-Baqarah 2:229}

Maksudnya: Talak (yang dapat dirujuk) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan
cara yang ma'ruf atau menceraikan dengan cara yang baik. Tidak halal bagi kamu
mengambil kembali sesuatu dari yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali
kalau keduanya khuatir tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Jika kamu
khuatir bahwa keduanya (suami isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum

1
Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh
isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu
melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah
orang-orang yang zalim. Fasakh pula menurut bahasa ialah rosak atau putus.
Manakala menurut syarak ialah, pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat
yang dibenarkan syarak, misalnya, perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh
kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu memberi nafkah kepada isterinya. Di
samping itu, fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya. Sebagai contoh,
isteri hanya boleh menuntut fasakh sekiranya terdapat beberapa sebab atau
kecacatan yang terdapat pada pihak suaminya sendiri.

Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan
menggunakan lafaz talak atau khuluk. Pihak isteri boleh melepaskan dirinya
daripada ikatan perkahwinan mereka jika ia tidak berpuas hati atau lain-lain sebab.
Pihak isteri hendaklah membayar sejumlah wang atau harta yang dipersetujui
bersama dengan suaminya, maka suaminya hendaklah menceraikan isterinya
dengan jumlah atau harta yang ditentukan. Menurut bahasa, kata khuluk berasal
dari khala ats-tsauba idzaa azzalaba yang bermaksud melepaskan pakaian; kerana
isteri adalah pakaian suami dan suami adalah pakaian isteri. Allah SWT berfirman,
Mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun pakaian bagi mereka. (Al-
Baqarah:187). Para pakar fiqh memberi definisi bahwa khuluk ialah apabila
seorang suami menceraikan isterinya dengan imbalan mengambil sesuatu darinya.
Dan khulu disebut juga fidyah atau if fah (tebusan).

Menurut hukum Islam tahun 1991 mengatakan Khuluk adalah perceraian yang
terjadi atas permintaan isteri dengan memberikan tebusan atau iwadh kepada
suami atas persetujuan suaminya.Baik dalam fiqh mahupun dalam hukum Islam
menempatkan khuluk sebagai salah satu cara untuk melakukan perceraian dari
pihak isteri. Khuluk bukan sebagai alasan perceraian bagi isteri untuk membatalkan
ikatan perkahwinan, tetapi khuluk suatu jalan keluar yang ditetapkan syariat bagi
isteri sebagaimana syariat menetapkan talak bagi suami.

2
2.0 FAKTOR BERLAKUNYA PENCERAIAN

2.1 Ketagihan Arak Dan Judi

Ketagihan arak dan judi juga dapat menjejaskan kehidupan keharmonian


rumah tangga apabila wang perbelanjaan keluarga akan dihabiskan semata-mata
menuruti hawa nafsu untuk membeli arak dan berjudi . Pertelingkahan akan sering
terjadi di antara suami isteri dan seluruh keluarga yang terlibat. Suami yang mabuk
disebabkan arak ini sudah pasti tidak dapat lagi menjalankan tanggungjawab
sebagai seorang ketua dalam rumah tangga dengan baik seperti memberi nafkah
kepada isteri dan anak , ketagihan ini juga akan membuatkan anak-anak menjadi
mangsa kurangnya penjagaan, Pengawasan dan perhatian daripada ibu bapa.
Apabila keadaan sudah terjadi begini, anak-anak akan kurang didikan yang
sempurna dan mengakibatkan anak-anak akan tercicir dalam bidang pelajaran.
Oleh sebab itu timbul masalah-masalah gejala sampingan antaranya ponteng
sekolah, menjadi anak-anak nakal dan membuat perkara-perkara yang negatif .

Firman Allah : Wahai mereka yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan
korban untuk berhala dan menilik nasib dengan menggunakan anak panah adalah
perbuatan keji daripada amalan syaitan maka tinggalkan ia semoga kamu berjaya

( surah Al-Maidah ayat 90)

Justeru itu, aktiviti yang kurang sihat ini boleh berlakunya penderaan rumah tangga
akibat daripada permasalahan yang berlaku daripada aktiviti tersebut.

3
2.2 Ketidakfahaman Antara Suami Isteri

Ketidakfahaman antara suami isteri juga merupakan salah satu punca


penceraian. Masalah ini terjadi kerana pasangan suami isteri gagal untuk memahami
tanggungjawab dan tugas masing-masing. Pada hari ini, ramai isteri menguasai
bidang pekerjaan untuk membantu para suami dalam menstabilkan ekonomi keluarga
maka pendidikan rumah tangga semakin terhakis seterusnya mengakibatkan
pengurusan isi rumah tangga akan menyusut, ketika itulah peranan lelaki diperlukan
bagi meringankan tugas isteri tetapi malangnya apabila suami tidak membantu isteri
dalam pengurusan isi rumah tangga. Para suami beranggapan tugas-tugas seorang
suami hanyalah mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak semata-mata dengan
menyerahkan hal pengurusan rumah tangga kepada isteri . Hal ini akan menyebabkan
pergolakan berlaku dalam rumah tangga , isteri akan berasa sangat tertekan dan
marah dengan sikap yang ditunjukkan oleh suami kesannya keamanan dan
keharmonian dalam rumah tangga akan terus merundung.Seterusnya mereka
beranggapan cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah yang berlaku adalah
penceraian

2.3 Kurang Komitmen Antara Suami Dan Isteri

Setiap pasangan yang berkahwin pernah membuat janji antara satu sama
lain dengan harapan masjid yang akan dibina ini berkekalan hingga ke akhir
hayat . Oleh sebab itu mana perginya janji-janji mereka yang mereka lafazkan
sebelum berkahwin dan kenapa semakin hari semakin ramai pasangan yang
bercerai? . Hal ini berlaku disebabkan konflik yang berlaku dalam rumah tangga,
konflik ini berlaku disebabkan oleh kurang komitmen di antara suami isteri. Oleh
sebab itulah perancangan yang baik dan teliti di alam perkahwinan sangat
penting kerana ia berkait rapat dengan komitmen , semakin banyak janji semakin
tinggi komitmen dan semakin kurang janji semakin rendah komitmen .

4
Salah satu kunci komitmen yang harus dimiliki oleh suami dan isteri adalah
persediaan untuk saling melengkapi, agar kekurangan dan kelemahan akan dapat
diatasi dengan baik . Setiap pekerjaan dan kewajipan rumah tangga akan dapat
diselesaikan dengan baik apabila suami dan isteri selalu bersikap saling melengkapi
dan memberi sepenuh komitmen dalam melayari alam perkahwinan maka kesan
daripada itu istilah bercerai tidak akan wujud .

2.4 Kecurangan

Titik permulaan kecurangan berlaku adalah disebabkan oleh pasangan merasa


kosong dan tidak dihargai oleh pasangan mereka, lantas apabila bertemu dengan insan
yang boleh mengisi kekosongan hati dan boleh memberi lebih perhatian kepadanya
maka secara tidak langsung hati si pasangan sudah berjaya ditawan oleh orang lain
yang dianggap lebih memahami. Seterusnya asbab yang turut menjadi punca
berlakunya penceraian adalah masalah komunikasi antara suami-isteri. Situasi ini
biasanya dialami selepas pasangan suami isteri ini tinggal bersama-sama untuk suatu
tempoh masa. Apabila tinggal sebumbung pasangan mula menyedari mereka tidak
dapat berkomunikasi secara baik sehinggakan setiap kali bercakap ada saja yang tidak
kena yang seterusnya menimbulkan pergaduhan yang akhirnya menjadikan penceraian
sebagai jalan penyelesaian. Sering kali kita di saji dengan berita mengenai penderaan
yang berlaku antara suami isteri, sama ada penderaan secara fizikal, psikologi
mahupun emosi. Penderaan ini berlaku tanpa mengira pelakunya si suami mahupun si
isteri tetapi yang pasti penderaan yang berlaku adalah menyakitkan sama ada secara
fizikalnya mahupun mental. Kerana penderaan ini, perkahwinan yang pada mulanya
atas dasar cinta dan kasih sayang bertukar kepada kebencian dan kekerasan.

5
2.5 Masalah Kewangan

Soal kewangan juga merupakan punca penceraian yang semakin hangat pada
masa kini. Timbulnya masalah ini setelah pasangan mempunyai keluarga dan semakin
membesar serta perbelanjaan semakin bertambah, wang mula menjadi punca
perselisihan faham. Bagi yang tidak tabah menghadapi dugaan, pertengkaran adalah
lumrah. Apa tidaknya, perbelanjaan yang mewah sebelum ini terpaksa disekat akibat
kekangan wang yang dihadapi.

2.6 Sikap Pentingkan Diri

Pentingkan diri sendiri juga merupakan satu lagi punca penceraian. Sesetengah
pasangan lebih suka mementingkan diri berbanding keluarga. Suami dan isteri tidak
menghormati antara satu sama lain dengan mengambil sesuatu keputusan tanpa
berbincang antara dua pihak. Hal ini menyebabkan persefahaman sukar dicapai dalam
kehidupan berkeluarga. Seterusnya, sesetengah pasangan lebih mementingkan masa
bersama kawan berbanding keluarga. Perkara ini menyebabkan suami atau isteri
berasa diabaikan sehinggakan menyebabkan pasangan lebih suka melakukan hal
masing-masing tanpa menghiraukan pasangan.. Selain itu, tiada sikap tolong-menolong
dalam melakukan kerja rumah bersama-sama. Penjagaan anak diserahkan seratus
peratus kepada isteri sedangkan itu adalah tanggungjawab bersama. Apabila berlaku
jurang yang besar dalam pembahagian urusan rumah tangga isteri akan merasa
terbeban dengan kerjayanya dan rumah tangganya sendiri. Oleh itu, pasangan yang
berkahwin perlu memainkan peranan masing-masing dan perlulah berubah ke arah
yang lebih baik selepas berkahwin agar perkahwinan itu dapat berjalan dengan lancar.

6
3.0 Rumusan

Sesungguhnya dalam menjalani kehidupan berumah tangga sesiapapun tidak


dapat lari daripada kemungkinan menghadapi ujian atau konflik. Bak kata pepatah
sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan sesama suami isteri .Tetapi
pasangan yang sering kali menghadapi konflik dalam rumah tangga menunjukkan
bahawa kemungkinan mereka tidak pernah memikirkan secara serius berhubung
dengan perkembangan dan kehidupan normatif yang berlaku dalam rumah tangga
mereka sedangkan penilaian dalam kehidupan berumah tangga perlu selalu dilakukan.
Seperti yang kita lihat sememangnya banyak faktor-faktor yang menyebabkan
penceraian antara suami isteri, sama ada disebabkan hal yang kecil mahupun besar.
Perkahwinan dan perceraian amat sinonim apabila kita dengar pada hari ini.
Perkahwinan merupakan satu komitmen yang serius di antara lelaki dan perempuan
untuk hidup bersama sepanjang hayat. Tujuan berumah tangga ialah untuk mencari
ketenangan dan kedamaian di dalam hidup : (ar-Rum ayat 21 )

Hakikatnya kecekapan suami dan kebijaksanaan isteri amat diperlukan di mana dalam
setiap perkahwinan perlu mempunyai matlamat di mana seorang suami atau isteri wajib
menambah dan mendalami ilmu mengenai kekeluargaan di samping berusaha
menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan penuh amanah demi memelihara
keteguhan rumah tangganya di mana bagi seorang suami yang menjadi ketua keluarga
hendaklah lebih berhati-hati dalam membimbing isteri mereka kerana wanita itu dicipta
daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikap isteri yang
tidak elok, maka sikap itu akan kekal selama-lamanya. Lantaran itu dalam memberi
nasihat kepada isteri, hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang
bengkok akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang
bengkok itu akan mudah patah. Dengan lain perkataan jika lemah seorang pemimpin itu
maka lemahlah struktur kepimpinannya. Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:
Awas! Kamu semua adalah pemimpin, bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Ketua
negara adalah pemimpin, bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Lelaki adalah
pemimpin keluarganya, isteri adalah pemimpin di dalam rumah suaminya,

7
bertanggungjawab terhadap suami dan anaknya. Dan hamba adalah pengurus harta
tuannya, bertanggungjawab terhadap rakyat di bawah kepimpinannya masing-masing.
Kedua belah pihak mestilah sensitif dalam mengekalkan kerukunan rumah tangga, lebih
banyak bersabar dalam menelan pahit ranjau kehidupan, membesarkan anak-anak dan
dalam menghadapi kerenah pasangan yang tidak menyenangkan. Mereka mestilah
pandai mengambil hati antara satu sama lain supaya tidak wujud ketegangan yang
memungkinkan perceraian kerana perceraian merupakan satu padah yang amat
malang bagi sesebuah rumah tangga. Akibat daripada perceraian bukan sahaja
melibatkan pasangan suami isteri, tetapi melibatkan anak-anak dan hubungan antara
keluarga. Maka jelaslah disini bahawa penceraian merupakan jalan penyelesaian yang
terakhir dalam islam.

Antara dalil tentang cerai dari Ibnu Umar r.a dari Rasulullah S.A.W.

Riwayat Abu Daud dan Hakim ;

Maksudnya: Sesungguhnya perkara yang halal yang paling dibenci Allah dan dimurkai
Allah ialah Talak.

8
4.0 RUJUKAN

INTERNET
1. http://islamqa.info/ar/120761
2. http://siraplimau.com/faktor-punca-perceraian-di-Malaysia

BUKU
1. Nadzirah Othman.2002.Perceraian dan kesannya.Siti Syuhadah.Edisi
pertama.Bangi,Selangor:Telaga Biru
2. Dr Thariq Kamal An-Nu aimi.2000.Psikologi suami isteri.Otto Sukatno CR.Edisi
pertama.Jakarta,Indonesia:Darul Minhaj
3. Dr Ahmad Al-Haji Al-Kordi.2003.Wanita dalam fiqah islam.Edisi ke
2.Jakarta,Indonesia:Darul Minhaj
4. Amru Abdul Muni m Salim.2002.Panduan lengkap nikah.Edisi
pertama.Surabaya,Indonesia:Buana Ilmu Islami
5. Atiqah Hamid.2006.Sebab perceraian,salah dakukah?.Zahirah Ali.Edisi
pertama.Syah Alam,Selangor:Galeri Ilmu

Anda mungkin juga menyukai