Anda di halaman 1dari 8

+LPSXQDQ +LPSXQDQ +LPSXQDQ +LPSXQDQ

5LVDODK 5LVDODK 5LVDODK 5LVDODK


SISTEM USRAH

SISTEM USRAH

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN
MAHA PENYAYANG
Segala puji bagi Allah serta salawat dan salam buat rasulNya dan mereka
yang menyembahNya.
Usrah
Islam mengambil berat soal pembentukan keluarga di kalangan sesama umat
Islam. Islam membimbing mereka ke arah kedudukan yang tinggi. Islam
mengeratkan ikatan dan hubungan sesama mereka. Islam juga meningkatkan tahap
persaudaraan mereka daripada hanya pada tahap teori ke tahap amali. Saudara,
berusahalah supaya anda menjadi sebahagian daripada batu-bata yang baik dalam
binaan Islam ini.
Sistem usrah ini mempunyai tiga rukun. Jagalah rukun-rukun ini. Cubalah
sedaya upaya untuk merealisasikannya supaya hubungan ini wujud bukan sekadar
kerana suatu arahan sebaliknya ada roh di sebalik pelaksanaannya.
1. Taaruf (kenal-mengenali)
Ini adalah rukun yang pertama. Kenal mengenalilah antara satu sama lain dan
wujudkanlah suasana kasih sayang sesama kamu dengan roh Allah. Hayatilah nilai
persaudaraan yang sebenar dan ideal sesama kamu. Berusahalah sedaya upaya
supaya kamu tidak melakukan sesuatu yang boleh mengeruhkan hubungan kamu.
Sentiasalah laksanakan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang mulia.
Sentiasalah renungi ayat-ayat dan hadis-hadis berikut Ingatlah firman Allah Taala:
!-5| DS`=%U- QS>| S>.! . cS> S.T < - DS+-,.
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. (Al-Hujurat: 10)
S-..sT #.> < !-k->
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam). (Aali
Imran: 103)
Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda:

Lelaki mukmin dengan lelaki mukmin yang lain ibarat bangunan yang saling
menguatkan antara satu sama lain.

Lelaki Islam adalah saudara lelaki Islam yang lain, dia tidak akan
menzaliminya dan tidak akan membiarkannya.

Kasih sayang, belas kasihan dan simpati sesama orang-orang yang beriman
ibarat satu tubuh.
Selepas berlalu zaman awal Islam, perintah Tuhan dan pedoman Muhammad
ini hanya menjadi buah mulut dan khayalan umat Islam sahaja. Hinggalah lahirnya
kamu wahai Ikhwan yang saling kenal mengenali. Kamu cuba laksanakan perintah
ini sesama kamu. Kamu mahu wujudkan semula sebuah umat yang saling berkasih
sayang dengan roh Allah. Kamu mahu hidupkan semula persaudaraan Islam.
Kehadiran kamu ini amat dialu-alukan jika kamu benar-benar jujur. Itulah yang
saya harapkan. Hanya Allah sahaja yang memberikan taufiq kepada kamu.
2. Tafahum (faham-memahami)
Inilah rukun kedua dalam sistem ini. Istiqamahlah di atas jalan yang benar.
Laksanakanlah segala perintah Allah dan jauhilah segala larangan Allah. Nilailah
diri kamu sehalus-halusnya. Adakah kamu orang yang taat atau orang yang
derhaka.
Setelah itu hendaklah kamu nasihatkan saudara kamu jika kamu lihat ada
kelemahan padanya. Hendaklah saudara menerima nasihat daripada saudara kamu
dengan gembira dan senang hati. Berterima kasihlah kepadanya kerana nasihatnya
itu. Janganlah saudara yang memberi nasihat itu berubah hati walaupun sebesar
kuman terhadap saudara yang dinasihatnya. Janganlah sehingga dia merasakan
saudaranya itu lebih rendah daripadanya atau dia merasakan dia lebih baik
daripada saudaranya itu.
Hendaklah dia sembunyikan kelemahan itu selama sebulan dan dia tidak
memberitahu apa yang diperhatikan itu kepada sesiapa kecuali kepada naqib usrah
sahaja. Itupun jika dia gagal untuk mengubahnya. Namun selepas itu dia hendaklah
mengekalkan semangat kasih sayang, rasa hormat dan kemesraannya dengan
saudaranya itu sehinggalah Allah menentukannya. Janganlah pula saudara yang
dinasihati bersikap ego dan degil. Janganlah hatinya berubah terhadap saudaranya
yang memberi nasihat walau sebesar kuman. Kedudukan kasih sayang yang dijalin
kerana Allah adalah kedudukan yang tertinggi. Selain nasihat itu sendiri adalah
rukun agama ini: Agama itu nasihat. Semoga Allah memperkukuhkan hubungan
sesama kamu dan Allah berikan kamu kekuatan untuk mentaatiNya. Semoga Allah
menjauhkan kita semua daripada angkara tipu daya syaitan.
3. Takaful (bantu-membantu)
Ini adalah rukun ketiga. Hendaklah kamu saling bantu-membantu, pikullah
tanggungjawab bersama-sama. Inilah tanda keimanan dan teras persaudaraan.
Hendaklah kamu berjanji untuk saling bertanya khabar dan membuat kebajikan.
Hendaklah kamu sentiasa bersedia membantu saudara kamu setiap kali diperlukan.
Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w.:

Jika salah seorang di antara kamu berjalan kerana mahu menunaikan


keperluan saudaranya itu adalah lebih baik daripada dia beriktikaf selama
sebulan di masjid saya ini.

Sesiapa yang membawa kegembiraan kepada sebuah keluarga muslim nescaya
Allah akan memperlihatkan kepadanya ganjaran yang tidak kurang daripada
syurga.
Allah menyatukan hati kamu dengan rohNya, Dia adalah sebaik-baik
pelindung dan sebaik-baik penolong.
Wahai Ikhwan, kewajipan-kewajipan yang ada di hadapan kamu itu jika kamu
peka dan amalan-amalan yang ada di hadapan kamu itu jika kamu ikuti sudah
cukup untuk merealisasikan kesemua rukun ini. Sentiasalah semak kewajipan
seorang akh (saudara) dalam aspek bekerjasama. Hendaklah setiap kamu menilai
diri sendiri sejauhmana dia telah melaksanakannya. Kemudian setiap seorang akh
mestilah berusaha menghadiri setiap perjumpaan yang ditetapkan walau apa
sekalipun alasan yang ada. Setelah itu hendaklah setiap kamu cuba membayar
kutipan yang perlu kamu bayar kepada tabung usrah supaya dengan ini kamu tidak
ketinggalan melaksanakan kewajipan kamu.
Jika semua kewajipan individu, kumpulan dan kewangan ini telah kamu
laksanakan ia bermakna semua rukun dalam sistem ini telah terlaksana. Jika kamu
abaikan kewajipan ini, sistem ini lemah dan akhirnya akan mati. Jika sistem ini
tidak berfungsi ia merupakan suatu kerugian besar kepada dakwah ini. Dakwah ini
adalah harapan Islam dan harapan umat Islam hari ini. Ramai yang bertanya,
apakah yang perlu mereka lakukan sepanjang perjumpaan mingguan supaya ia
bertindak sebagai sebuah keluarga. Perkara ini amat mudah, kita ada banyak
kewajipan tetapi masa kita sedikit. Hendaklah di sepanjang perjumpaan, usrah ini
bertindak seperti berikut:
1. Setiap seorang saudara akan mengemukakan masalah dan saudara-saudara
yang lain akan berkongsi bagi menyelesaikan masalah tersebut dalam suasana
persaudaraan yang jujur dan ikhlas mengharapkan keredaan Allah. Cara ini akan
memantapkan lagi kepercayaan dan mengukuhkan lagi hubungan, Seorang
mukmin adalah cermin kepada saudaranya.
Dengan ini kita akan dapat merealisasikan hadis Rasulullah s.a.w.:

Kasih sayang, belas kasihan dan simpati sesama orang-orang yang beriman
ibarat satu tubuh. Apabila satu anggota mengadu sakit seluruh tubuh akan
bersama dengannya berjaga malam dan merasa demam.
2. Berbincang mengenai soal-soal Islam, membaca risalah dan arahan yang
dinyatakan oleh pemimpin tertinggi kepada usrah-usrah. Dalam usrah tiada ruang
untuk berdebat atau berbahasa kasar atau bersuara tinggi. Semua itu adalah
dilarang dalam konteks usrah. Sebaliknya usrah adalah tempat untuk memberi
keterangan atau meminta penjelasan dalam suasana yang penuh sopan dan saling
hormat menghormati sesama ahli. Apabila sesuatu perkara telah diputuskan atau
sesuatu cadangan ingin dikemukakan atau ada yang ingin meminta sesuatu
penjelasan, ia hendaklah ditangguhkan oleh naqib sehingga dia merujuk kepada
pimpinan. Allah pernah mengecam sekumpulan manusia:

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau
kecemasan, mereka terus menghebahkannya. (Al-Nisa: 83)
Namun Allah kemudiannya mengajar mereka apa yang sepatutnya mereka
lakukan:

Padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan
kepada - Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal
itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan
mengenainya di antara mereka. (Al-Nisa: 83)
3. Membuat kajian mengenai isi kandungan beberapa buku yang bermutu.
Selepas itu, setiap Ikhwan perlu berusaha menerapkan nilai persaudaraan dalam
setiap pergaulan mereka sepertimana yang dihuraikan oleh banyak buku dan
panduan.
Sebahagian bentuk pergaulan ini dinyatakan oleh Nabi s.a.w. seperti
menziarahi orang sakit, membantu orang yang memerlukan walaupun dengan
memberi kata-kata perangsang, mencari orang yang hilang dan mengikat semula
hubungan yang terputus. Semua ini dapat mengukuhkan hubungan ukhuwwah dan
menambah perasaan kasih sayang.
Bagi mengukuhkan lagi hubungan sesama Ikhwan, mereka perlu melakukan
beberapa aktiviti berikut:
1. Mengadakan lawatan ilmiah seperti melawat tempat bersejarah, kilang dan
sebagainya.
2. Mengadakan rehlah riadah.
3. Mengadakan rehlah di sungai seperti berkayak.
4. Mengadakan rehlah ke gunung atau padang pasir atau ladang.
5. Mengadakan rehlah berbasikal.
6. Berpuasa sehari dalam seminggu atau dua minggu sekali.
7. Sembahyang Subuh berjamaah di masjid sekurang-kurangnya sekali dalam
seminggu.
8. Cuba sedaya upaya bermalam sesama Ikhwan sekali dalam seminggu atau dua
minggu.











+LPSXQDQ +LPSXQDQ +LPSXQDQ +LPSXQDQ
5LVDODK 5LVDODK 5LVDODK 5LVDODK
AKIDAH

AKIDAH

Anda mungkin juga menyukai