Anda di halaman 1dari 8

Rukun Baiah (Ukhuwah dan Thiqah)

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Tajuk : Arkanul Baiah

Ukhuwwah

Thiqah

1.1 - MUQADDIMAH

Ta’rif Arkanul Baiah : Salah satu asas (otot) dalam penbentukan pejuang , bertujuan untuk membina
kekuatan dalaman dalam menangkis serangan sifat mazmumah , rangka asas bagi perangcangan
program dan strategi dalam tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah atau pembentukan Harakah Islamiyyah .

Asal usul : Asy – Syahid Al – Imam Hassan Al – Banna .

Tujuan : Menjadi salah satu agenda atau maddah tarbiyyah untuk mengerakkan/mengkaderkan anggota
jemaah dan melengkapkan anggota jemaah sebagai Ansarullah ( Tentera Allah swt)

Struktur : Terdiri daripada 10 rukun yang yang sabit dengan nas , hadis Rasulullah saw , ucapan – ucapan
para sahabat ra dan dijelaskan secara mendalam melalui Asy – Syahid Al – Imam Hassan Al – Banna ,
dipaparkan melalui gerakan Ikhwanul Muslimin serta para pendokongnya .

1.2 – Rukun Kesembilan : Ukhuwwah

Ta’rif : Hati dan jiwa terikat dengan ikatan aqidah , ikatan aqidah yang kukuh dan bernilai . Ukhuwwah
adalah saudara kepada iman , manakala perpecahan adalah saudara kufur .Kekuatan ukhuwwah wujud
daripada perpaduan dan tiada perpaduan tanpa kasih sayang . Anugerah Allah swt yang diberikan
kepada hamba – hamba Nya yang ikhlas dan penolong – penolong Nya serta tertera – tentera Nya yang
membersihkan jiwa mereka untuk Allah swt

Penjelasan : sabit melalui nas dan hadis , dan ditonjolkan oleh Rasulullah saw dalam sirahnya juga
ditonjolkan oleh para sahabat .
Firman Allah S.W.T :

......Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang
beriman. Dan (Dialah) yang menyatupadukan diantara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau
belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di
antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia
Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.

(Al-Anfal : 62-63)

Tiada ukhuwwah tanpa iman, dan tiada keimanan yang sempurna tanpa ukhuwwah, sepertimana tidak
ada persahabatan tanpa taqwa, dan tiada ketaqwaan tanpa persahabatan.

Firman Allah S.W.T :

Sesungguhnya orang mu’min itu bersaudara ... (Al-Hujurat: 10)

Firman Allah lagi :

Pada hari itu sahabat-sahabat karib : sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang
lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh) (Al-Zukhruf :
67)

Rasulullah S.A.W telah bersabda ;

Ada tiga jenis manusia yang merasai kemanisan iman ; Allah dan Rasul adalah lebih dikasihi berbanding
selainnya, mengasihi seseorang kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kufur sepertimana ia
benci dihumbankan ke dalam api neraka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jika disorot daripada Seerah Rasulullah, pertautan ukhuwwah antara Ansar dan Muhajirin dalm kisah
Hijraturrasul boleh dijadikan contoh yang terbaik. Sehinggakan ada dikalangan mereka dari golongan
Muhajirin yang sanggup untuk menghadiahkan salah seorang isterinya kepada golongan Ansar, yang
menunjukkan kekuatan ukhuuwah antara mereka.

3 ciri penting ukhuwwah dalam kisah Muhajirin dan Ansar ini ialah:

i. memberikan perlindungan

ii. memberikan pertolongan

iii. mengutamakan orang lain daripada diri sendir

Kepentingan : Mempertautkan ikatan hati-hati dan ruh-ruh ahli sekalian dengan ikatan akidah , dalam
setiap gerak kerja dan perancangan dalam mewujudkan penyatuan amal dan penyatuan fikiran . Agar
perjalanan dakwah dan tarbiyyah berjalan dengan lancar dan teratur tanpa sebarang masalah khususnya
komunikasi .

1.2.1 – Objektif

1.2.1 – Menyemaikan rasa kepentingan ukhuwwah dalam kehidupan ahli sama ada sesama ahli ataupun
dengan masyarakat sekeliling ( mad’u , roommate , housemate etc)

1.2.2 – Menerapkan rasa persaudaraan dan ikatan aqidah yang kukuh dengan mengambil usrah sebagai
batu asas dalam pembentukkan usrah sehingga keperingkat mengutamakan orang lain ( ahli ) dari diri
sendiri

1.2.3 – Memupuk sikap suka tegur – menegur sesama ahli dan sikap berlapang dada serta bersangka
baik apabila ditegur , dengan menggunakan kaedah yang sesuai seperti bermuhasah , teguran secara
sendirian , teguran umum dari pemimpin dan teguran ahli kepada pemimpin atau kaedah – kaedah lain .

1.2.2 – Pengisian dan Kandungan


1.2.2.1 – Ta’rif ( Syara’ & Bahasa )

Ukhuwwah

Saudara Islam

Persaudaraan Islam

Ikatan aqidah

Berlapang dada dan bersangka baik

1.2.2.2 – Kedudukan ukhuwah dalam kehidupan dan kewajipannya

Qiadah dengan Qiadah

Ahli-ahli Qiadah mestilah orang yang paling terkedepan dalam mengamalkan ukhuwwah. Mesti
diamalkan jauh lebih teguh dikalangan ahli qiyadah sendiri jika menyuruh ahli-ahli lain mengamalkan
ukhuwwah.

Firman Allah:

“ Apakah kamu menyuruh orang berbuat baik dan melupakan diri kamu sendiri, sedangkan kamu
membaca kitab. Tidakkah kamu berakal “ (Al-Baqarah : 44)

Hubungan antara qiyadah bukanlah semata-mata hubungan dari segi kerana tugas-tugas dan hal-hal
pentadbiran sahaja bahkan mestilah diasaskan dengan ikatan hati dan mahabbah yang kuat antara ahli-
ahli qiyadah. Ini adalah kerana ahli-ahli qiyadah bukan sahaja berhadapan dengan masalah-masalah
yang memerlukan kekuatan aqal dan pemikiran, tetapi mereka juga akan berhadapan dengan masalah
yang memerlukan kekuatan roh.

Ahli-ahli qiyadah hendaklah memperbaiki hubungan anatar sesama sendiri melalui usrah dan ta-aruf
yang lebih mendalam. Ulama ada menggariskan 5 perkara dalam merapatkan ukhuwwah :
Biasa makan bersama-sama di rumah saudaranya.

Biasa membuang air kecil atau air besar di rumah saudaranya.

Biasa solat di rumah saudaranya.

Biasa tidur di rumah saudaranya.

Datang membawa isterinya kerumah saudaranya.

Ahli dengan Ahli secara keseluruhannya

Ukhuwwah Isalmiyyah mestilah dihidupkan di kalangan ahli-ahli sebagai menghayati firman Allah S.W.T :

“ Bahawa sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara “

(Al-Hujurat : 10)

Sabda Rasulullah S.A.W :

“ Seorang Muslim adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Tidak boleh ia menganiaya dan tidak
boleh ia mengabaikannya. Barangsiapa yang memenuhi satu hajat saudaranya nescaya Allah akan
memenuhi hajatnya dan barangsiapa melegakan kesempitan dan kesusahan seorang Muslim nescaya
Allah akan melegakan kesusahannya di hari kiamat dan barangsiapa yang melindungi keaiban seorang
Muslim, nescaya akan dilindungi Allah akan keaibannya di akhirat. ” (Bukhari dan Muslim)

“Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah ia mencintai saudaranya sepertimana ia mencintai
dirinya sendiri ” (Bukhari dan Muslim)

Ahli-ahli perlu mencapai tingkat yang paling tinggi dalam amalan ukhuwwah iaitu dengan mendahulukan
hajat dan keperluan saudaranya di atas keperluannya sendiri.
Berkata Maimun bin Muhran:

“ Barangsiapa yang suka berkawan tetapi tidak suka melebihkan kawan atas diri sendiri, maka lebih baik
ia berkawan dengan ahli kubur.”

Dalam amalan mengutamakan sahabat lain dalam jamaah, ia perlu dilihat dalam bentuk yang lebih
menyeluruh, sama ada mengutamakannya dalam hal-hal harian dan peribadi ataupun dalam hal-hal
berkaitan dengan tanggungjawab dalam tanzim.Jika sahabat kita menghadapi masalah kewangan, maka
hendaklah dibantu dengan bantuan kewangan, dan jika mereka memerlukan sokongan jiwa, hendaklah
bantuan yang sedemikian diberikan kepada mereka .

Ali bin Abi Talib berkata :

“ Dengan hanya dua puluh dirham yang dapat aku berikan kepada saudaraku kerana Allah adalah
kucintai daripada dapat bersedekah dengan seratus dirham ke atas orang miskin”

Daripada sokongan jiwa pula, ahli-ahli hendaklah sentiasa memberi semangat utk sahabat-sahabat lain
bersungguh-sungguh dalam perjuangan.

Pemimpin dengan ahli

Ia bukanlah semata-mata seperti hubungan panglima tentera dengan para tenteranya atau pemerintah
dengan yang diperintah. Ia dapat di bina melalui pergaulan dengan qiyadah, pengalaman praktik dan
pendirian harian.

Rasulullah selalu bergaul dengan para sahabat dimana pergaulan itulah bnyk perkara dapat dipelajari
oleh para sahabat. Ia juga meningkatkan rasa mahabbah dan seterusnya peningkatan iman dan amal.
Pergaulan antara Rasulullah dan para sahabat amat meluas sekali yg meliputi rihlah, riadah dengan
berenang dengan sahabat-sahabatnya di dalam wadi, menjenguk sahabat2 yang sakit, mengajak sahabat
utk tidur di rumahnya dan seterusnya.
Ahli-ahli qiyadah hendaklah mempunyai sikap yang betul terhadap peranannya sebagai pembimbing
ahli-ahli jemaahnya. Ahli-ahli qiyadah hendaklah meluangkan masa utk memerhatikan kebajikan ahli-ahli
melalui ziarah, melihat keperluan-keperluan mereka dan seterusnya.

Ahli-ahli pula hendaklah cuba mengenali qiyadah mereka dengan lebih mendalam menegtahui latar
belakang mereka, cara kehidupan mereka dan lebih penting lagi ialah untuk mengetahui permasalahan
ahli-ahli qiyadah dalam memimpin jemaah.

1.2.2.3 – Kepentingan usrah dan ziarah dalam pembinaan usrah

Rukun – rukun usrah

Program luar daripada usrah

Ziarah

Ahli

Umum

Gerak kerja bersama ( ie betukar – tukar pendapat , perbincangan umum )

1.2.2.4 – Kekuatan ukhuwwah dan kelemahan yang wujud apabila tiadanya ukhuwwah

1.2.2.5 – Langkah – langkah meningkatkan ukhuwwah

Persaudaraan

Memberikan dorongan utk mengekalkan iltizam ahli jemaah

Membantu menyelesaikan kerja ahli lain apabila tugasan sendiri telah selesai

Mendoakan ahli-ahli yang lain terutama tanpa pengetahuannya

Kasih –sayang

Pimpinan “ turun padang” dan bersama dengan ahli


Simpati

Bermaaf- maafan

Berlapang dada bila ditegur & bersangka baik

Aktiviti luaran

Muhasabah

1.2.2.6 – Penutup

Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah
menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah

Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-
keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut

Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan

Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas

Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu

Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia

1.2.3 – Kesimpulan

Apa yang dikehendaki daripada Ukhuwwah di sini adalah ikatan hati dan jiwa sesama petugas Amal
Islami dengan ikatan Aqidah. Sesungguhnya ikatan Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan . Ukhuwwah
atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan
sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani - ikatan yang diikuti di atas dasar
ketaatan kepada Allah - yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan
mereka kepada Allah s.w.t. Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh

Anda mungkin juga menyukai