Teater Muzikal Mutiara Naga Kinabalu Kar

Karya: Wiramanja
1
Teater Muzikal “Mutiara Naga Kinabalu” dipentaskan di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, sekitar
bulan Mac 2000.. Mereka yang terlibat adalah daripada kumpulan2 pelajar yang mengikuti Kursus Ko-
Kurikulum membabitkan kurang lebih 340 pelajar tanpa pembiayaan (zero budget).
TEATER MUSIKAL : MUTIARA NAGA KINABALU
PENDUKUNG WATAK
1. RAJA MARAWI
2. WONG SUNG PENG
3. KHADAM
4. NAGA
5. ATONG
6. LANYAU
7. KASNAN
8. RIMONG
9. SUNIT
10. SEMANG
11. PENGIKUT I
12. PENGIKUT II
13. PENGIKUT III
14. PENGIKUT IV
PELAKUN TAMBAHAN
Teater Muzikal “Mutiara Naga Kinabalu” dipentaskan di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, sekitar
bulan Mac 2000.. Mereka yang terlibat adalah daripada kumpulan2 pelajar yang mengikuti Kursus Ko-
Kurikulum membabitkan kurang lebih 340 pelajar tanpa pembiayaan (zero budget).
TEATER MUSIKAL : MUTIARA NAGA KINABALU
SINOPSIS
S
atu ketika dahulu ada seorang raja bernama Raja Marawi berketurunan Bajau kononnya
datang dari negeri Johar belayar bersama Wong Sung Peng iaitu anak raja China yang
menuju ke Gunung Kinabalu dengan sebuah kapal layar. Mereka belayar bertujuan
mendapatkan sebuah gemala sakti yang dimiliki oleh seekor naga besar yang bertapa di
puncak Gunung Kinabalu. Apabila mereka tiba di Gunung Kinabalu, maka ternampak sang
naga sedang tidur. Pelbagai usaha dilakukan untuk memperolehi gemala itu. Raja Marawi
menghantar kumpulan pertama, malangnya kumpulan itu gagal. Ramai pengikutnya
terbunuh akibat terkena bakaran api semburan daripada mulut naga itu. Kumpulan kedua
menyusul namun, menemui kegagalan. Justeru, Raja Marawi bertekad untuk mengambilnya
sendiri yang dibantu oleh Wong Sung Peng serta pengikutnya. Mereka mendaki gunung
Kinabalu sambil membawa beberapa buah tong besar. Setelah tiba di puncak gunung
tersebut didapati si naga sedang nyenyak tidur. Raja Marawi mengarahkan pengikutnya
memukul tong-tong tersebut dengan kuat. Bunyi yang kuat telah mengejutkan si naga dan
pada ketika itu juga Wong Sung Peng menembak sejenis bola api ke udara. Naga yang
terperangjat itu segera menelan bola api itu yang disangkakan batu gemalanya dan terus
menyorok ke dalam lubang di puncak gunung itu. Melihat keadaan itu, Raja Marawi dengan
segera mengarahkan pengikutnya mengambil batu gemala itu dan segera turun ke kaki
gunung. Si naga yang menyedari dirinya tertipu telah menjadi marah lalu keluar mencari
batu gemalanya. Ketika itu, Raja Marawi dan lain-lain telah menaiki kapalnya dan segera
belayar. Naga yang marah itu terus menyerang kapal Raja Marawi dan anak-anak kapalnya
sekali. Raja Marawi mengarahkan pengikutnya membedil naga tersebut. Naga tersebut
dengan marahnya telah menelan beberapa buah kapal pengikut Raja Marawi. Akibat
daripada terlalu banyak kapal yang ditelannya, maka naga tersebut telah menjadi tidak
berdaya untuk terbang dan jatuh ke dalam laut dan tenggelam. Mereka menyambut
kemenangan itu dengan gembira, namun kapal Raja Marawi mengalami kerosakan teruk lalu
mendarat di sebuah perkampungan. Mereka mendarat di perkampungan suku kaum Murut
yang kelihatan mereka sedang berpesta dan bersukaria. Tiba-tiba salah seorang daripada
penduduk membawa berita bahawa serombongan orang-orang yang tidak dikenali sedang
menuju perkampungan mereka. Para teruna dan kepala suku kaum Murut bersiap sedia
menghadapi peperangan. Mereka terkejut apabila melihat batu gemala yang mereka puja
selama ini telah dicuri oleh rombongan tersebut. Maka terjadilah peperangan antara kedua
belah pihak. Wong Sung Peng telah mengambil kesempatan daripada suasana peperangan itu
untuk mencuri dan membawa lari gemala itu pulang ke China. Kehilangan gemala itu telah
disedari dan Raja Marawi berhenti berperang dan menyedari kebodohan dan kelalaiannya.
Lalu kedua belah pihak iaitu pengikut Raja Marawi dan kaum Murut bersepakat berdamai
dan mereka mengadakan satu pesta perdamaian. Sementara itu, batu gemala yang dicuri telah
disimpan dalam Istana Maharaja China dan apabila malam menjelang batu gemala itu
menerangi seluruh dunia di sebelah timur. Namun, dalam pementasan ini banyak cerita
sana-sini.
tersebut diolah menjadi satu bentuk komedi yang mana jalan ceritanya ada tokok-tambah di
Teater Muzikal “Mutiara Naga Kinabalu” dipentaskan di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, sekitar
bulan Mac 2000.. Mereka yang terlibat adalah daripada kumpulan2 pelajar yang mengikuti Kursus Ko-
Kurikulum membabitkan kurang lebih 340 pelajar tanpa pembiayaan (zero budget).
TEATER MUSIKAL : MUTIARA NAGA KINABALU
BABAK 1
ATONG: (NADA MENINGKING) Hei…budak-budak ni! Tak tau nak diam ke?
Atuk ni… tua bukan kerana umur Atuk, tapi kerana selalu tengok
kamu orang bergaduh…siang, malam. (MEMANDANG KIRI DAN
KANAN) Emak bapak kamu asyik siang malam pulak cari duit.
(MENGELENGKAN KEPALA DAN TERUS DUDUK DI ATAS
BANGKU YANG TERSEDIA DI ATAS PENTAS MENGADAP
AUDIENS)
ATONG: (NADA KESAL) Patutnya, macam aku ni… bila dah pencen, duduk
seronok-seronok di rumah baca suratkhabar, tengok video, main
karaoke… ini tidak. Jaga cucu… Cucu pulak tu…macam
pelesit…ganas.
Teater Muzikal “Mutiara Naga Kinabalu” dipentaskan di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, sekitar
bulan Mac 2000.. Mereka yang terlibat adalah daripada kumpulan2 pelajar yang mengikuti Kursus Ko-
Kurikulum membabitkan kurang lebih 340 pelajar tanpa pembiayaan (zero budget).
TEATER MUSIKAL : MUTIARA NAGA KINABALU
ATONG: (NADA KERAS) Hoi… diam le…! Kamu orang ni tak penat
bergaduh ke? (TUKAR NADA) Bila aku tengok kamu ni berebut
bola… teringat aku kisah Mutiara Naga…
RIMONG: (NADA HAIRAN) Eh… buat apa Atuk dengan komik saya ni?
LANYAU: (INGIN TAHU) Eh… Atuk jugak suka baca komik Mutiara Naga?
ATONG: (BERSAHAJA) Kan Atuk kata tadi… bila kamu orang bergaduh..
teringat Atuk kisah mutiara naga Kinabalu.
KASNAN: (CUBA BERGURAU) Hiss… Atuk ni, nak buat kelakar pulak. Mana
ada cerita Mutiara Naga Kinabalu.. Cerita sebenarnya…inilah dia.
(SAMBIL MENGAMBIL KOMIK DARIPADA TANGAN
RIMONG)
ATONG: Kalau kamu semua nak dengar ceritanya, atuk boleh bagitau. Sebab
sejarahnya, Atuk tahu… dari mula sampai habis macamana mutiara
naga itu wujud. (TUKAR TAJUK) Pada kamu bergaduh, bertengkar…
biar dengar cerita atuk, lagi best…
Teater Muzikal “Mutiara Naga Kinabalu” dipentaskan di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, sekitar
bulan Mac 2000.. Mereka yang terlibat adalah daripada kumpulan2 pelajar yang mengikuti Kursus Ko-
Kurikulum membabitkan kurang lebih 340 pelajar tanpa pembiayaan (zero budget).
TEATER MUSIKAL : MUTIARA NAGA KINABALU
BABAK 2
KHADAM: (NADA LUCU) Kalau macam ini gayanya… berdayun pakai tangan
bila agaknya kita nak sampai, Tuanku?
RAJA MARAWI: (BERTENANG) Apa nak buat… semua kayu pendayung kita dah
dimakan oleh ikan jerung masa di perairan Selat Melaka.. Mau tak
mau kita kena usaha jugak sampai ke Gunung Kinabalu…
Teater Muzikal “Mutiara Naga Kinabalu” dipentaskan di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, sekitar
bulan Mac 2000.. Mereka yang terlibat adalah daripada kumpulan2 pelajar yang mengikuti Kursus Ko-
Kurikulum membabitkan kurang lebih 340 pelajar tanpa pembiayaan (zero budget).
TEATER MUSIKAL : MUTIARA NAGA KINABALU
WONG S.PENG: (SOKONG) Lagipun Tuanku, Gunung Kinabalu dah tak jauh dari
sini… (MENUNJUK KE ARAH REPLIKA GUNUNG KINABALU
DI SUDUT PENTAS.
PENGIKUT 1: (NADA LUCU) Rasa dah tak larat sangat saya mendayun pakai tangan
saya ni… Penat sangat rasanya….
RAJA MARAWI: (NADA TEGAS) Apa pendapat kamu..Wong Sung Peng? Kita berihat
dulu ke.. atau teruskan perjalanan?
WONG S. PENG: Patik rasa…elok kita teruskan. Yang penat mendayung pakai tangan,
suruh mereka pakai kaki pulak… Kalau letih…tukar pakai tangan
pulak.
RAJA MARAWI: (KETAWA) Hmm, bagus jugak kepala otak kamu ni…iya. Tak sia-sia
aku bawak kamu kemari. Beta langsung tak ingat macam itu.
(MENOLEH KE ARAH PENGIKUT-PENGIKUTNYA) Hmm, kamu
yang penat berdayun pakai tangan boleh rehat….
Teater Muzikal “Mutiara Naga Kinabalu” dipentaskan di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, sekitar
bulan Mac 2000.. Mereka yang terlibat adalah daripada kumpulan2 pelajar yang mengikuti Kursus Ko-
Kurikulum membabitkan kurang lebih 340 pelajar tanpa pembiayaan (zero budget).
TEATER MUSIKAL : MUTIARA NAGA KINABALU
KHADAM: (NADA PANIK) Hmm, nampak tu… ikan jaws dah mengelilingi
bahtera kita, Tuanku.
RAJA MARAWI: (TEGAS) Wong! Kita tak ada pilihan. Nampaknya, kita kena
bermalam di pulau berhampiran sementara menunggu hari siang.
Teater Muzikal “Mutiara Naga Kinabalu” dipentaskan di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, sekitar
bulan Mac 2000.. Mereka yang terlibat adalah daripada kumpulan2 pelajar yang mengikuti Kursus Ko-
Kurikulum membabitkan kurang lebih 340 pelajar tanpa pembiayaan (zero budget).
TEATER MUSIKAL : MUTIARA NAGA KINABALU
BABAK 3
RAJA MARAWI: (MEMEKIK) Hoi… hari dah siang. Ini bukan tempat nak membuta
macam di rumah.
Teater Muzikal “Mutiara Naga Kinabalu” dipentaskan di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, sekitar
bulan Mac 2000.. Mereka yang terlibat adalah daripada kumpulan2 pelajar yang mengikuti Kursus Ko-
Kurikulum membabitkan kurang lebih 340 pelajar tanpa pembiayaan (zero budget).
TEATER MUSIKAL : MUTIARA NAGA KINABALU
KHADAM: (LUCU) Lawa sungguh bidadari menari di depan patik. Oh! kalaulah
jadi isteri…alangkah bahagianya.
RAJA MARAWI: (TEGAS) Sudahlah…jangan nak bergaduh. Kerja kita belum selesai
lagi. (TUKAR TAJUK) Sekarang beta musykil, macamana kita boleh
berada di atas gunung. (MEMERHATI SEKELILINGNYA DAN
TERUS MEMANDANG KE ARAH PENGIKUTNYA) Barangkali
betul kata si bahalol tu.. . kita dibawa oleh Jins ke sini.
RAJA MARAWI: (PERLI) Iyalah… kamu ingat di atas pulau lagi. (MEMANDANG KE
ARAH AUDIENS) Tak nampak ke di sana tu, sayup-sayup pokok-
pokok balak negeri Sabah yang boleh ditebang… Nampak tak?
RAJA MARAWI: (NADA PERLI) Mana ada pokok durian di tengah-tengah hutan ni.
Kalau adapun pokok durian yang nenek kamu tanam.
10
Teater Muzikal “Mutiara Naga Kinabalu” dipentaskan di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, sekitar
bulan Mac 2000.. Mereka yang terlibat adalah daripada kumpulan2 pelajar yang mengikuti Kursus Ko-
Kurikulum membabitkan kurang lebih 340 pelajar tanpa pembiayaan (zero budget).
TEATER MUSIKAL : MUTIARA NAGA KINABALU
RAJA MARAWI: (SERIUS) Sudah…jangan terlalu banyak ketawa… nanti kita kena
menangis sekuat hati pulak.. (TUKAR TAJUK) Jom…kita bergerak
sekarang.
KHADAM: (MUSYKIL) Tuanku, kita nak bergerak kemana…? Kita tak ada
kompas…
RAJA MARAWI: (NADA KESAL TAPI LUCU) Tak guna punya pembantu. Satu
apapun tak tahu. (MEMANDANG KE ARAH KHADAM) Ada
khadam pun bingai…bebal pulak tu.
WONG S. PENG: Patik ada rasa….mesti dia duduk itu gua punya dalam. Sebab sana
sejuk… sini panas.
RAJA MARAWI: Betul jugak cakap kamu tu. (MEMUJI) Otak boleh tahan…geliga.
Yang nak cari ni pun geliga naga…
RAJA MARAWI: (TAK MENGERTI) Kau nak mencelah kemana pulak? Dalam ketiak
aku ke?
KHADAM: (TERSENGIH) Begini, Tuanku. Apa kata kalau kita buat bising.
Kalau naga terdengar…tentu dia datang ke sini. Dan tak payah kita
cari dia.
11
Teater Muzikal “Mutiara Naga Kinabalu” dipentaskan di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, sekitar
bulan Mac 2000.. Mereka yang terlibat adalah daripada kumpulan2 pelajar yang mengikuti Kursus Ko-
Kurikulum membabitkan kurang lebih 340 pelajar tanpa pembiayaan (zero budget).
TEATER MUSIKAL : MUTIARA NAGA KINABALU
RAJA MARAWI: Eh…boleh tahan jugak kepala otak kamu ni iya.. Boleh pakai idea kau
tu sekali-sekala. Tapi, kita nak buat bising macamana… memekik,
menjerit atau melolong.
KHADAM: Bukan begitu, Tuanku. Tapi, kita pukul tudung periuk, dan segala
pekakas sudip belanga kita… Bunyinya tentulah gamat dan
menakutkan.
RAJA MARAWI: (TERSENYUM) Canggih jugak idea kamu ni, Khadam. Bagus,
bagus… (MENOLEH KE ARAH PENGIKUTNYA) Sekarang…
kamu boleh pukul… apa saja… periuk, belangga, ataupun apa saja..
Asalkan boleh bunyi bising…menyengat.
NAGA: (KERAS) Oi… kau orang nak apa…hah? Panggil aku tengah sedap
tidur… orang tengah tangkap lentur lagi…meleleh tau.
NAGA: (BERSAHAJA) Habis, ingat kau aje boleh cakap Melayu. Binatang
tak boleh? Kau tak tahu ke…inikan zaman binatang boleh bercakap
cuma tak boleh membaca aje. Kalau tidak dah lama aku belajar di
Universiti Malaysia Sabah. (MEMANDANG KE ARAH AUDIENS)
Tak sekolah punya raja…bendul. (TUKAR TOPIK) Apa yang kamu
mau…hah?
12
Teater Muzikal “Mutiara Naga Kinabalu” dipentaskan di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, sekitar
bulan Mac 2000.. Mereka yang terlibat adalah daripada kumpulan2 pelajar yang mengikuti Kursus Ko-
Kurikulum membabitkan kurang lebih 340 pelajar tanpa pembiayaan (zero budget).
TEATER MUSIKAL : MUTIARA NAGA KINABALU
NAGA: (BANGGA) Hah… macam itulah nak panggil nama aku. Ini tak ada
adat punya raja. Dia suruh orang hormat dia, tapi orang lain dia tak
hormat.
RAJA MARAWI: (KESAL) Maafkan hamba, Maharaja Naga… kerana terkasar bahasa
dan tingkahlaku tadi.
NAGA: Kan aku dah kata tadi… ini naga educated punya…
NAGA: Kau nak buat apa mutiara tu? Nak jual ke?
NAGA: (MEMOTONG) Betulkan ayat kamu itu sikit… akan turuti ke atau
mesti turuti?
13
Teater Muzikal “Mutiara Naga Kinabalu” dipentaskan di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, sekitar
bulan Mac 2000.. Mereka yang terlibat adalah daripada kumpulan2 pelajar yang mengikuti Kursus Ko-
Kurikulum membabitkan kurang lebih 340 pelajar tanpa pembiayaan (zero budget).
TEATER MUSIKAL : MUTIARA NAGA KINABALU
NAGA: Boleh….no hal punya…. Aku boleh bagi, tapi dengan satu syarat.
NAGA: Syaratnya… senang aje. Mutiara itu adalah dalam gua di bawah sana.
Tapi kau orang kena ke sana dengan berjalan mengundur dan tak boleh
tengok belakang langsung.
NAGA: Iya… aku tak sampai hati nak sembur kau orang dengan api… Aku
sekarang tak zalim lagi, sebab naga yang hidup sekarang, cuma aku
sorang saja. (MENEPAK DADANYA) Ini aje naga yang tinggal di
Pulau Borneo ini.. Tapi, di China dan Jepun banyak lagi… itu semua
rakan-rakan se kolej aku dulu… (TUKAR TAJUK) Jadi…bagaimana
keputusan kamu, wahai manusia yang berjiwa raja?
14
Teater Muzikal “Mutiara Naga Kinabalu” dipentaskan di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, sekitar
bulan Mac 2000.. Mereka yang terlibat adalah daripada kumpulan2 pelajar yang mengikuti Kursus Ko-
Kurikulum membabitkan kurang lebih 340 pelajar tanpa pembiayaan (zero budget).
TEATER MUSIKAL : MUTIARA NAGA KINABALU
BABAK 4
MUTIARA NAGA
15

CHORUS
BABAK 5
16

ATONG: (BERGURAU) Ahh… Tekak Atuk ni dah haus… pergi kamu ambil
kopi lagi..
ATONG: Khadam tu, pemalas dan penakut pulak. Bukan senang berjalan
berundur turun dari gunung itu.
ATONG: (PINTAS) Sebab dia tu ada sakti tersendiri… Kunonnya, raja-raja dulu
sememang kuat ilmu batinnya.
SEMUA: Oh…begitu…
17
Teater Muzikal “Mutiara Naga Kinabalu” dipentaskan di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, sekitar
bulan Mac 2000.. Mereka yang terlibat adalah daripada kumpulan2 pelajar yang mengikuti Kursus Ko-
Kurikulum membabitkan kurang lebih 340 pelajar tanpa pembiayaan (zero budget).
TEATER MUSIKAL : MUTIARA NAGA KINABALU
ATONG: Apabila selesai kerjanya, Raja Marawi dan pengikutnya terus belayar
pulang. Nak memendekkan cerita, mereka tersesat dan menuju ke satu
pulau Kaum Murut…
BABAK 6
SEMANG: (CEMAS DAN TERCUGAP) Ketua… ada orang luar mahu serang
kita..
18
Teater Muzikal “Mutiara Naga Kinabalu” dipentaskan di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, sekitar
bulan Mac 2000.. Mereka yang terlibat adalah daripada kumpulan2 pelajar yang mengikuti Kursus Ko-
Kurikulum membabitkan kurang lebih 340 pelajar tanpa pembiayaan (zero budget).
TEATER MUSIKAL : MUTIARA NAGA KINABALU
SUNIT: (KERAS) Engkau bukan raja baik…tapi jahat.. Kami mesti perang
sama kamu… (MEMANDANG KE ARAH ORANG-ORANGNYA)
Kamu semua boleh serang mereka…cepat!
Teater Muzikal “Mutiara Naga Kinabalu” dipentaskan di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, sekitar
bulan Mac 2000.. Mereka yang terlibat adalah daripada kumpulan2 pelajar yang mengikuti Kursus Ko-
Kurikulum membabitkan kurang lebih 340 pelajar tanpa pembiayaan (zero budget).
TEATER MUSIKAL : MUTIARA NAGA KINABALU
RAJA MARAWI: Kalau kamu mau mutiara naga ambillah…tapi jangan berbunuh
bermatian begini… kita semua yang rugi.
RAJA MARAWI: Bertenang…. mutiara naga itu dah dikebas dan dibawa lari oleh Wong
Sung Peng…
RAJA MARAWI: Dia pengikut beta… tak bukan rakyat beta. (TIBA-TIBA MARAH)
Chiss…. bedebah.
KHADAM: (MENCELAH) Sudah tentu dia bawak lari mutiara naga itu ke China,
Tuanku.
Teater Muzikal “Mutiara Naga Kinabalu” dipentaskan di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, sekitar
bulan Mac 2000.. Mereka yang terlibat adalah daripada kumpulan2 pelajar yang mengikuti Kursus Ko-
Kurikulum membabitkan kurang lebih 340 pelajar tanpa pembiayaan (zero budget).
TEATER MUSIKAL : MUTIARA NAGA KINABALU
BABAK 7
ATONG: Nampaknya…. kopi atuk pun dah habis… maka, ceritanya pun
habislah jugak.
LANYAU: Hai..pendeknya..
21
Teater Muzikal “Mutiara Naga Kinabalu” dipentaskan di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, sekitar
bulan Mac 2000.. Mereka yang terlibat adalah daripada kumpulan2 pelajar yang mengikuti Kursus Ko-
Kurikulum membabitkan kurang lebih 340 pelajar tanpa pembiayaan (zero budget).
TEATER MUSIKAL : MUTIARA NAGA KINABALU
ATONG: Hah… inilah cerita mutiara naga… yang sebenar kisahnya berlaku di
Sabah…. (SAMBIL TERSENYUM) Apa macam.. bagus tak cerita
daripada atuk itu?
LAGU KOIR
mutiara kinabalu
kegemerlapan indah cahayamu
telah mashyur segenap duniaku
di sinilah hasrat menjadi satu
untuk menggapai cahaya kegemilanganmu
mutiara naga
cahayamu bersinar mengaburi mata
menjadi idaman setiap jiwa
jiwa dan raga diserah jua
sekalipun maut di depan mata
mutiara kinabalu
akhirnya namamu terkubur di situ
tanpa sepatah kata restu
hati yang memuja menjadi pilu
dendam kesumat terpalu-palu
mutiara kinabalu
biarlah namamu tercipta di situ
asal namamu kinabalu
di sini cahayamu tetap ku temu
setiap malamku, mutiara kinabalu.
22
Teater Muzikal “Mutiara Naga Kinabalu” dipentaskan di Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah, sekitar
bulan Mac 2000.. Mereka yang terlibat adalah daripada kumpulan2 pelajar yang mengikuti Kursus Ko-
Kurikulum membabitkan kurang lebih 340 pelajar tanpa pembiayaan (zero budget).
TEATER MUSIKAL : MUTIARA NAGA KINABALU
TAMAT
23