Anda di halaman 1dari 5

GARISPANDUAN TEKNIKAL YANG MESTI DIPATUHI SEMASA MENJALANKAN KERJA KERJA PEMASANGAN DAN

PENYELENGGARAAN LAMPU JALAN, TAMAN DAN HIASAN DI KAWASAN


MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
A. LAMPU
1. LAMPU YANG DIGUNAKAN MESTILAH DARI JENIS LED MENURUT SPESIFIKASI MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM DAN
BERDAFTAR DENGAN PIHAK SIRIM DAN EMAL JKR. JAMINAN LAMPU ADALAH SELAMA 5 TAHUN BAGI JANGKA HAYAT
50,000 JAM, SEKIRANYA LAMPU TIDAK BERFUNGSI DALAM TEMPOH TERSEBUT, PENGILANG/PENGELUAR PERLU
MENGGANTIKAN SET LAMPU YANG SAMA TANPA KOS.

2. OPTIKAL LEN MESTILAH DARI BAHAN ‘UV RESISTANT’ . JAMINAN MUTU PENCAHAYAAN ADALAH DALAM TEMPOH
TANGGUNGAN KECACATAN IAITU SELAMA 6 BULAN

3. LAMPU PERLU DIDATANGI DENGAN SATU UNIT PENGURUSAN HABA (HEAT SINK).

4. REFLECTOR DIPERBUAT DARI 99.8% BAHAN ASLI ALUMINIUM DENGAN KETEBALAN 1 MM, DARI PANCARAN CAHAYA
TERBIT GABUNGAN KIMIA DAN ANODIZE BAGI MEMBERI KESAN PEMBALIKAN YANG TINGGI.

5. OPTIKAL LEN PERLU DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG KEDUA IAITU ‘CLEAR TAMPARED GLASS’.

6. KUASA (WATTAGE) LAMPU YANG DIGUNAKAN HENDAKLAH SAMADA BERKADARAN DI ANTARA 30W - 200W ATAU
MENGIKUT KESESUAIAN DI TAPAK.

7. DRIVER LED TERDIRI DARI PAPAN ELEKTRONIK, CONVERTER, BUILT IN POWER FACTOR CORRECTION UNIT DAN
PERANTI PELINDUNG KILAT. OLEH KERANA DRIVER BERKEMUNGKINAN TERLEBIH VOLTAN MAKA IA PERLU ADA
SISTEM PENYEJUK TERSENDIRI. LED DAN DRIVER PERLU BERDEKATAN BAGI MENGURANG KESAN ELEKTROMAGNETIK.

8. KELUARAN DC DRIVER ADALAH 12V – 54V DAN IP (INGRESS PROTECTION INDEX) BAGI COMPARTMENT DRIVER
MINIMUM IP 65.
B. TIANG
1. Tiang yang digunakan hendaklah dari jenis ‘galvanized iron’ atau ’stainless steel’ atau ’aluminium’ atau setaraf dengannya seperti diarah oleh
pihak penguasa dan diluluskan oleh pihak SIRIM, berdaftar EMAL JKR.
2. Ketinggian tiang yang digunakan hendaklah samada berkadaran :-
i) 6 meter atau
ii) 8 meter atau
iii) 10 meter atau
iv) 12 atau 15 meter atau mengikut kesesuaian di tapak.
3. Tiang yang dipasang di jalan persiaran hendaklah dilengkapi dengan pemegang tiang bendera atau pemegang bunting.
4. Lelengan pada tiang hendaklah samada berkadaran :-
i) 1 meter atau
ii) 1.5 meter atau
iii) 2 meter atau
iv) 2.5 atau mengikut kesesuaian di tapak.
5. Pintu penyelenggaraan pada tiang hendaklah dari jenis bahan ‘fiber’ dan berengsel di atas. Sila pastikan pintu penyelenggaraan tiang sentiasa
bertutup. Jika didapati engsel telah patah/tertanggal, pastikan pintu tersebut diikat dengan ‘steel band’ dan bukan nya dari dawai besi.
6. Ukuran pintu penyelenggaraan pada tiang lampu adalah 40cm x 15cm.
7. Setiap tiang lampu kedudukannya hendaklah tidak kurang 1.5 m dari tepi jalan.
8. Setiap tiang lampu hendaklah dikonkritkan pada jarak 1 kaki persegi di kawasan bawah tapak bagi memudahkan kerja kerja pemotongan rumput
dan kekemasan kerja.
9. Susunan bagi peralatan dan perkakasan dalam tiang hendaklah mengikut piawaian MBSA.
10. Setiap tiang lampu, kabel di dalam pintu perkhidmatan hendaklah disambung menggunakan kotak tamatan yang diluluskan oleh pihak SIRIM,
berdaftar EMAL JKR.
11. Semua penamatan kabel pada tiang lampu hendaklah menggunakan ’cable gland’.
12. Tiang lampu jalan yang berada berhampiran atau di bawah talian penghantaran TNB hendaklah dianjakkan sejauh 10m dari talian penghantaran
tersebut.
13. Bagi tiang lampu di kawasan taman permainan, landskap atau di gelanggang yang ketinggian nya melebihi dari 5m, hendaklah mengunakan
tiang jenis berengsel (boleh dilaraskan).
14. Stiker nombor bagi identiti tiang hendaklah di lekatkan setinggi 2 m dari paras tanah.
C. KABEL

1. Setiap pemasangan kabel, kejatuhan/susut voltan hendaklah tidak melebihi 4% seperti yang disyaratkan oleh TNB dan IEE.

2. Laluan kabel hendaklah menurut sistem kabel 3 fasa (RYB) bagi setiap laluan, lorong atau jalan.

3. Setiap fasa hendaklah mempunyai kurang dari 15 tiang lampu.

4. Kabel mestilah dari jenis ’Copper’ dan saiz kabel yang digunakan adalah seperti berikut :-

i. Kabel dari pencawang ke peti 1 x 4C, 70mm² - 185mm²


pengagih PVC/SWA/PVC

ii. Kabel dari peti pengagih ke tiang 1 x 4C, 25mm²


lampu pertama PVC/SWA/PVC

Iii. Kabel dari tiang lampu ke tiang 1 x 4C, 16mm²


lampu PVC/SWA/PVC

iv. Kabel bagi lampu di taman 1 x 2C atau 3C, 16mm²


PVC/SWA/PVC

5. Laluan kabel yang melintangi jalan atau melintangi jalan masuk bangunan terutamanya kilang perusahaan hendaklah dilindungi oleh G.I.Pipe
bergarispusat 153 mm (6 ”g.p) dan di kambus dengan pepasir, ’crusher run’ dan ’premix’.

6. Laluan kabel di sepanjang bebahu jalan hendaklah dilindungi oleh ’Polythelene Pipe’ 2W bergarispusat 102mm (4”g.p) dan dikambus dengan
pepasir.

D. PETI PENGAGIH
1. Arus (ampere) peti pengagih yang digunakan hendaklah samada berkadaran seperti berikut :-

i. 30 amp satu kutub dan neutral Kawasan taman dan


240v atau landskap

ii. 30 amp tiga kutub dan neutral Kawasan taman dan


240v atau landskap

Iii. 60 amp tiga kutub dan neutral Kawasan perumahan lama,


240v/415v atau taman dan landskap

iv. 100 amp tiga kutub dan neutral Kawasan perumahan baru,
415v atau taman dan landskap,

v. 150 amp tiga kutub dan neutral Jalan Jalan Persiaran Utama
415v atau dan mengikut keperluan di
tapak
vi. 200 amp tiga kutub dan neutral Jalan Jalan Persiaran Utama
415v atau dan mengikut keperluan di
tapak

2. Setiap peti pengagih hendaklah dilengkapi dengan meter KWJ TNB.

3. Susunan bagi peralatan dan perkakasan peti pengagih hendaklah mengikut piawaian MBSA seperti rajah di lampiran.

4. Semua penamatan kabel pada peti pengagih hendaklah menggunakan ’cable gland’ dan ’cable lux’.

5. Semua kabel yang keluar dan masuk dari peti pengagih hendaklah ditanda kegunaannya (tagging).

6. Setiap peti pengagih hendaklah mempunyai tingkap yang berengsel diatas bagi memudahkan pihak TNB membuat pelarasan dan pembacaan meter.
7. Setiap peti pengagih hendaklah dilengkapi dengan lampu ’flourescent’ 1x20w dan ’switch socket outlet’ 13amp.

8. Setiap peti pengagih hendaklah dinaikkan tapak konkrit nya setinggi 1 kaki dari paras tanah dan terletak di luar kawasan pagar pencawang TNB.

9. Peti pengagih hendaklah dipasang dengan palang kunci berkotak seperti rajah di lampiran.

10. Rajah litar (circuit diagram) yang diliminate plastik hendaklah ditampal di sebelah dalam pintu peti pengagih.

11. Peti pengagih sediada dan telah lusuh perlu dinaiktaraf kepada yang baru atau dibaikpulih.

12. Setiap peti pengagih yang baru perlu dicat mengikut piawaian majlis dan dilapis dengan bahan anti lekat.

Anda mungkin juga menyukai