Anda di halaman 1dari 2

MENYESAL SAYA

Di kawasan berhampiran hutan hidup sebuah keluarga yang aman dan


damai. Keluarga ini adalah keluarga Haziq seorang anak yang kaya dan
hidup mewah. Haziq mempunyai ibu, bapa dan adik perempuan yang hidup
bersama mereka. Haziq seorang budak yang bijak dan pandai dalam
pembelajaran tetapi mempunyai sikap kurang baik. Haziq suka bermain
permainan video sehingga lewat malam.

Pada keesokan harinya, Haziq disuruh ibunya untuk membuang


sampah yang selalu dilakukan adiknya tetapi kerana adiknya demam ibu
menyuruh Haziq untuk pergi membuang sampah. Setelah Haziq pergi untuk
membuang sampah itu dia mempunyai niat yang tidak baik untuk
membuangnya ke dalam sungai kerana ianya memudahkan kerja Haziq.
Tanpa berfikir panjang Haziq membuangnya ke dalam sungai dan dia pergi
tanpa ada orang melihatnya. “Buang sampah ke dalam sungai ini kan lebih
mudah kalau di tong sampah susah nak ikut jenis sampah pula. Lagi pula
bukan boleh mencemarkan sungai pun”. Kata Haziq tanpa rasa bersalah
dengan tindakannya dia lalu pergi ke kedai untuk membeli aiskrim yang dia
inginkan.

Berbeza dengan adik perempuan Haziq yang suka terhadap alam


sekitar. Adiknya selalu melakukan aktiviti yang akan dapat memberi
manfaat kepada orang lain. Nama adik Haziq ialah Siti. Siti amat suka
terhadap binatang dan tumbuhan, Siti memelihara dua ekor kucing dan suka
berkebun di kawasan rumah.

Pada suatu hari, Haziq ingin pergi bermain-main di taman bersama


kawannya. Siti ingin pergi ke taman juga untuk bermain bersama-sama
kawannya lalu dia memberitahu ibunya untuk mengikuti Haziq untuk pergi
ke taman. Setelah penat bermain, mereka berehat sebentar di taman lalu
pulang ke rumah masing-masing.
Ketika dalam perjalanan pulang Haziq dan Siti terlihat beberapa budak
yang nakal yang sedang mengacau sarang tebuan di pokok. Setelah hampir
di kawasan budak nakal itu lalu terjatuh sarang tebuan itu. Tebuan yang
tinggal dalam sarang itu lalu keluar dengan rasa marah dan mengejar Haziq
dan Siti. Haziq yang risau akan keselamatan Siti lalu membawa adiknya
melarikan diri dan terjun ke dalam sungai. Setelah lama menyelam di dalam
sungai Haziq dan adiknya bangun dari sungai dan memuntahkan air dari
sungai itu. Namun sebelum mereka terjun ke dalam sungai Haziq sempat
menutup mulut dan hidung adiknya dengan tuala kecil yang dimilikinya bagi
mengelakkan sesuatu di dalam sungai masuk ke dalam rongga mulut
dan hidung.

Pada waktu malam, Haziq merasakan perutnya mempunyai masalah


dan dia merasakan sakit kepala. Pada awalnya dia tidak peduli rasa sakitnya
itu tetapi lama kelamaan dia merasakan tubuhnya menjadi tidak enak dan
berpeluh. Siti yang melihat Haziq sedang sakit lalu memberitahu
kepada ibu. Ibu dengan cepat membawa Haziq ke hospital lalu Haziq di
bawa masuk ke wad kecemasan. Setelah beberapa hari Haziq di hospital
tanpa sedarkan diri lalu dia terbangun dari tidurnya. Ibunya memberitahu
bahawa Haziq perlu menerima rawatan untuk membuang kotoran dari
perutnya. Doktor mengatakan itu adalah sisa kotoran sampah yang masuk
ke perut. Setelah itu, Haziq teringat kembali kisah di mana dia membuang
sampah di sungai itu dan menyesalinya lalu memberitahu segala
perbuatannya kepada ibunya.

Anda mungkin juga menyukai