Anda di halaman 1dari 2

MENYESAL SAYA

Di Kawasan berhampiran hutan hidup sebuah keluarga yang aman dan damai. Keluarga ini adalah
keluarga Afiq seorang anak yang kaya dan hidup mewah. Afiq mempunyai ibu, bapa dan adik
perempuan yang hidup bersama mereka. Afiq seorang budak yang bijak dan pandai dalam
pembelajaran tetapi mempunyai sikap kurang baik.

Afiq selalu dimarahi ibunya kerana bermain permainan video sehingga lewat mala. “Afiq kenapa
kamu masih bermain permainan video lagi pada waktu ini, sudah berapa kali ibu pesan kepada kamu
untuk berhenti bermain dan pergi tidur sekarang Afiq.” Kata ibu Afiq. “ Ya ibu, nanti Afiq berhentilah
main permainan video ini, Afiq perlu habiskan misi permainan ini dulu ibu”. Balas Afiq kepada
ibunya.

Pada keesokan harinya, Afiq disuruh ibunya untuk membuang sampah yang selalu dilakukan adiknya
tetapi kerana adiknya demam ibu menyuruh Afiq untuk pergi membuang sampah. “Afiq nanti tolong
ibu untuk buangkan sampah itu di tong sampah besar” suruh ibu Afiq. Lalu Afiq menjawab “Kenapa
tidak adik saja membuang sampah itu, selalunya adik yang rajin buat kerjani.” Ibu Afiq membalasnya
“Adik kamu itu demam takkan nak suruh adik yang buat kerja inu, lagipun sampah itu banyak,
kekuatan adik tidak mampu untuk mengangkatnya”. Dengan rasa bersalah Afiq lalu pergi untuk
membuang sampah.

Setelag Afiq pergi untuk mebuang sampah itu dia mempunyai niat yang tidak baik untuk
membuangnya ke dalam sungai kerana ianya memudahkan kerja Afiq. Tanpa berfikir Panjang Afiq
membuangnya ke dalam sungai dan dia pergi tanpa ada orang melihatnya. “Buang sampah ke dalam
sungai in ikan lebih mudah kalua di tong sampah susah nak ikut jenis sampah pula. Lagi pula bukan
boleh mencemarkan sungai pun”. Kata Afiq tanpa rasa berslaah dengan tindakannya dia lalu pergi ke
kedai untuk membeli aiskrim yang dia inginkan.

Berbeza dengan adik perempuan Afiq yang suka terhadap alam sekitar. Adiknya selalu melakukan
aktiviti yang akan dapat memberi manfaat kepada orang lain. Nama dik Afiq ialah Siti Afiqah. “ Hai
nama saya Siti Afiqah, nama panggilan saya adalah Siti.” Siti amat suka terhadap Binatang dan
tumbuhan, banyak haiwan yang dipelihara saya dan banyak tumbuhan yang saya tanam di Kawasan
rumah.

Siti seorang budak yang suka menanam pokok dan membela haiwan. “Hai semua, ini adalah pokok
Golden Photos, ini Chinese Evergreen, dan ini Peace Lily. “Semua pokok ini menjadikan suasana
rumah cantik dan menarik serta udara yang segar masuk ke rumah saya”. Apabila ayah Siti pulang
dari kerja dia merasakan tenang dan ceria kerana suasana yang cantik dan meriah yang dihiasi pokok-
pokok yang ditanam oleh Siti.

Siti juga sangat saying terhadap haiwan. Siti mempunyai dua ekor kucing namanya Mikey dan Mimey
seekor Jantan dan betina. Mikey dan Mimey selalu bermain dengan Siti apabila Siti bosan. Siti juga
minat membela ikan di dalam kolam. Terdapat banyak haiwan yang dibela oleh Siti di Kawasan
rumahnya. “Jom kita pergi melihat haiwan peliharaan Siti”.
Pada suatu hari, Afiq ingin pergi bermain-main di taman bersama kawannya. Lalu Siti mengetahui
bahawa Afiq ingin pergi ke taman untuk bermain. Siti memberitahu abangnya bahawa dia juga ikut
abangnya bermain di taman. “Abang, Siti mahu ikut abang untuk pergi bermain ke taman.” Namun
hasrat Siti ditolah oleh abangnya kerana adiknya perempuan manakala kawan abangnya lelaki yang
bermian di taman itu. “Siti tidak boleh ikut abang pergi ke taman sebab adik nanti tiada kawan untuk
bermain”. Kata Afiq kpeada adiknya. Namun Siti tetap ingin pergi ke taman untuk bermain lalu dia
membaritahu ibunya untuk mengikuti abangnya untuk pergi ke taman. “Ibu, Siti mahu ikut abang Lalu
ibu menyuruh Afiq untuk membawa Siti untuk pergi bermain ke taman. “Afiq nanti bawa Siti juga
untuk pergi bermain ke taman dan jaga adik kamu baik-baik”. Kata ibu.

Ketika perjalanan ke taman Afiq memberitahu kepada adiknya “Siti, sampai di taman nanti Siti tak
boleh bermain bola kerana ini permainan lelaki”. “OK, tapi Siti dah ada kawan yang bermain di
taman nanti”. Sebelum pergi ke taman Siti telah memberitahu kawannya melalui “WhatsApp” iaitu
Nadrah untuk bermain di taman pada waktu petang nanti. Afiq dan Siti bersama kawan-kawannya
berasa seronok bermain di taman pada waktu itu.

Setelah penat bermain, mereka berehat sebentar di taman lalu pulang ke rumah masing-masing. Afiq
dan Siti Ketika perjalanan pulang terlihat beberapa budak yang nakal yang sedang mengacau sarang
tebuan di pokok. Lalu Siti bertanya kepada Afiq “Abang apa yang dia buat tu?” Setelah hamper di
Kawasan budak nakal itu lalu terjatuh sarang tebuan itu. Tebuan yang tinggal dalam sarang itu lalu
keluar dengan rasa marah dan mengejar Afiq dan Siti. Afiq yang khuatir keselamatan Siti lalu
membawa adiknya terjun ke dalam sungai.” Siti bahaya! Cepat larikan diri dan terjun ke dalam
sungai”. Setelah menyelam di dalam sungai Afiq dan adiknya bangun dari sungai dan memuntahkan
air dari dalam sungai itu. Namun sebelum mereka terjun ke dalam sungai Afiq sempat menutup mulut
dan hidung adiknya dengab tuala kecil yang dimilikinya bagi mengelakkan sesuatu di dalam sungai
masuk ke dalam rongga mulut dan hidung.

Pada waktu malam, Afiq merasakan perutnya mempunyai masalah dan dia merasakan sakit kepala.
Pada awalnya dia tidak peduli rasa sakitnya itu tetapi lama kelamaan dia merasakan tubuhnya menjadi
tidak enak dan berpeluh. Siti yang melihat Afiq sedang sakit lalu memberitahu kepada ibu. Ibu dengan
cepat membawa Afiq ke hospital lalu Afiq dibawa masuk ke wad kecemasan. Setelah beberapa hari
Afiq di hospital tanpa sedarkan diri lalu dia terbangun dari tidurnya. “Apa yang dah jadi ini kenapa
Afiq di hospital? Tanya Afiq kepada ibunya. “Kamu di hospital kerana kamu telah pengsan dua hari
dan perlu menerima rawatan untuk membuang kotoran dalam perut kamu itu. “Jadi batullah ada
sesuatu di dalam perut Afiq ni ibu? “Ya, doctor mengatakan itu adalah sisa kotoran sampah yang
masuk ke perut”. Setelah itu, Afiq teringat Kembali kisah di mana dia membuang sampah di sungai itu
dan menyesalinya lalu memberitahu segala perbuatannya kepada ibunya.

Pengajaran :
 Janganlah kita mengambil sikap mudah bagi kepentingan diri sendiri dalam melakukan sesuatu
perkara yang boleh mendatangkan keburukan pada orang lain atau diri kita sendiri.
 Kita juga dituntut untuk menjaga kebersihan dan menjaga alam sekitar yang dikurniakan Allah
SWT dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai