Anda di halaman 1dari 11

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

PTJ: DEPOT BANTUAN BARAT

TAJUK SEBUT HARGA : PEMBEKALAN TUALA MANDI BIRU TLDM

NO. SEBUT HARGA : WNSD/KB3/SH/27/24/024

HARGA INDIKATIF JABATAN : RM375,000.00

TEMPOH SAH LAKU : 90 HARI

Nota:

Harga Indikatif Jabatan ini merupakan suatu anggaran sahaja dan amaun tersebut tidak
mengikat Kerajaan atau mana-mana pihak lain juga bagi maksud mengelakkan kekeliruan
yang mungkin berbangkit.

Pihak Kerajaan tidak menjamin bahawa syarikat akan dipilih atau boleh menyiapkan kerja
dengan bersandarkan Harga Indikatif Jabatan.

WNSD/KB3/SH/27/24/024 1
DEPOT BANTUAN BARAT
PANGKALAN TLDM LUMUT PERAK

DOKUMEN PEMBELIAN SEBUT HARGA

NO. SEBUT HARGA : WNSD/KB3/SH/27/24/024

TAJUK : PEMBEKALAN TUALA MANDI BIRU TLDM

TARIKH IKLAN :

TARIKH/
MASA TUTUP :

KOD BIDANG : 020802

02- PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN


DALAMAN DAN DOMESTIK
08- PAKAIAN DAN KELENGKAP
02- KELENGKAPAN PAKAIAN

WNSD/KB3/SH/27/24/024 2
1. CIRI – CIRI PENGGUNAAN

a. Ketahanan - Mempunyai ketahanan yang tinggi dan tidak mudah koyak


serta tidak luntur warna.
b. Keselesaan – Memberi keselesaan kepada pengguna semasa
menggunakan tuala tersebut.
c. Kualiti - Kualiti tinggi dan mempunyai daya serapan yang tinggi.
d. Warna - Berwarna biru muda dan tidak akan luntur selepas dibasuh.

2. Fizikal

a) Mendatori
1) Reka bentuk
a. Ukuran
b. Warna
c. Logo TLDM
d. Huruf TLDM
e. Penyangkut tuala
f. Kekemasan
b) Fabrik

3. Teknikal

a) Mendatori
1) Reka bentuk - Reka bentuk lengkap tuala mandi adalah seperti yang
yang disertakan dengan ukuran seperti berikut :
a. Ukuran
i. Panjang 150 cm ± 2 cm.
ii. Lebar 77 cm ± 2 cm.
iii. Berat 550 g ± 20 g.

b. Warna. Biru muda.

c. Logo TLDM
i. Panjang 42 cm ± 2 cm.
ii. Lebar 29 cm ± 2 cm.

d. Huruf TLDM
i. Panjang 5 cm ± 2 cm.
ii. Lebar 20 cm ± 2 cm.

WNSD/KB3/SH/27/24/024 3
e. Penyangkut Tuala
i. Tinggi 4 cm ± 1 cm.
ii. Lebar 1 cm ± 0.5 cm.

f. Kekemasan
i. Jahitan Hujung (hems): 1.5 cm ± 0.5 cm.
ii. Jahitan Tepi (selvedges): 0.5 cm ± 0.1 cm.

2) Fabrik. – Cotton dan spesifikasi teknikal adalah seperti yang disertakan.

WNSD/KB3/SH/27/24/024 4
WNSD/KB3/SH/27/24/024 5
WNSD/KB3/SH/27/24/024 6
SPESIFIKASI TUALA MANDI BIRU TLDM

WNSD/KB3/SH/27/24/024 7
WNSD/KB3/SH/27/24/024 8
FONT STYLE: ARIAL

NOTA :

SAMPEL TIDAK DIPAMERKAN DI PEJABAT SEBUT HARGA. PIHAK FIRMA BOLEH


MERUJUK SAMPEL DI PEJABAT KB3 ATAU BUTIK.

WNSD/KB3/SH/27/24/024 9
SYARAT-SYARAT KHAS DEPOT

1. Penyebut harga yang ingin menyertai sebut harga perlu berdaftar dengan pihak
Depot terlebih dahulu. Pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Sebut Harga Depot
Bantuan Barat, Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

2. Sampel barang adalah diperlukan dan perlu dihantar ke Depot sebelum tarikh
tutup sebutharga. Penilaian jawatankuasa sebutharga adalah berdasarkan harga dan
sampel barang yang dihantar oleh firma. Nyatakan Jangka Masa Tiba (JMT) dalam
sebut harga.

3. Barang hendaklah dihantar terus ke Bahagian Penerimaan Depot (Trafik) pada


Isnin hingga Khamis sahaja mulai jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

4. Barang yang dibekalkan hendaklah mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh


pihak Depot. Setiap barang yang dibekalkan perlu dibungkus secara standard dengan
nama pengenalan dan nombor paten dicetak di bahagian luar bungkusan tersebut.
Pakaian berjahit perlu di seterika dan dimasukkan ke dalam cover-cloth.

5. Kerajaan tidak terikat untuk menerima bekalan melainkan yang dipesan oleh
Depot Bantuan Barat sahaja. Tarikh penghantaran bekalan yang disebutkan dalam
Pesanan Rasmi adalah muktamad. Tindakan tatatertib/penggantungan akan
dikenakan ke atas firma yang gagal mematuhi Obligasi Kontrak/Pesanan
Kerajaan.

6. Sekiranya barang itu dibekalkan secara pukal, barang tersebut perlu


dimasukkan ke dalam kotak bersaiz standard dengan nama pengenalan, nombor
patern dan jumlah barang dicetak di satu pembuka kotak manakala butir-butir
pembekal seperti nama dan nombor telefon wakil syarikat yang boleh dihubungi di
satu pembuka kotak yang lain.

7. Syarikat juga dikehendaki memberitahu masa penghantaran kepada Depot


untuk pembekalan barangan berkaitan. Barang yang dihantar hendaklah disertakan
dengan dokumen lengkap bagi memastikan proses pembayaran dapat diuruskan
dengan lancar oleh Pejabat Kewangan Depot.

8. Penggantian bekalan yang ditolak hendaklah dibuat dalam masa 14 hari, jika
gagal Pesanan Kerajaan akan dibatalkan.

9. Sekiranya syarikat berjaya, sebanyak 10% dari kuantiti pesanan (atas budi
bicara) hendaklah dibekalkan ke Depot bagi tujuan pengesahan / kenalpasti / ujian
STRIDE sebelum dibenarkan membekal baki 90% item pesanan. (Untuk pembekalan
tertentu sahaja)

10. Sekiranya syarikat berjaya, bekalan yang dihantar perlulah dalam kuantiti yang
mencukupi dan disertakan salinan dokumen yang lengkap (Di cop logo rasmi Syarikat
serta ditandatangani bagi setiap helaian); Pesanan penghantaran (5 salinan); BAT L
97 (7 salinan); Delivery Order Syarikat (5 salinan); Invois Syarikat (5 salinan); Sijil
Kementerian Kewangan (1 salinan); Sijil Bumiputera (1 salinan - jika berkaitan); Sijil
Pendaftaran CBP - jika berkaitan (1 salinan); dan Penyata Bank yang aktif (Transaski
dalam tempoh 3 bulan ke belakang) (1 salinan). Manakala bagi barang yang
dibekalkan serta diimport dari luar negara perlu disertakan Bersama Resit
WNSD/KB3/SH/27/24/024 10
Pembelian/Packing List, Sijil Ketulenan/Certificate of Origin serta Borang
Kastam/Airway Bill.

11. Bekalan yang dibekalkan ke Depot hendaklah mendapat pengesahan Halal


oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mempunyai logo HALAL yang
diperakui oleh pihak JAKIM bagi bekalan tertentu yang menyentuh sensitiviti umat
islam.

12. Semua contoh (sampel) yang dihantar oleh penyebut harga ke Depot perlu
diambil segera dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penganugerahan sebut
harga. Kegagalan membuat demikian, segala kerugian adalah ditanggung oleh
penyebut harga.

13. Pihak Depot berhak menolak bekalan atau membatalkan pesanan sekiranya
salah satu daripada syarat-syarat yang ditetapkan di atas tidak dipatuhi;

14. Tindakan Penalti sebanyak 5% dari nilai pesanan tempatan akan dikenakan
ke atas individu, syarikat, firma perunding dan pertubuhan yang berdaftar dengan
Depot Bantuan Barat bagi kegagalan melaksanakan pembekalan pada Jangka Masa
Tiba (JMT) yang telah ditetapkan seperti dinyatakan dalam Pesanan Tempatan atau
barang yang dihantar tidak menepati spesifikasi.

15. 'Hak Kerajaan Malaysia' pada produk: (a) Dilabelkan √

(b) Tidak perlu dilabelkan

WNSD/KB3/SH/27/24/024 11

Anda mungkin juga menyukai