Anda di halaman 1dari 2

Berita Utama

29 kampung Melayu di Pulau Pinang ‘dihapuskan’


sepanjang sejarah
Sejauh mana aras kemajuan negara lihat status orang Melayu sebagai bangsa asal

 Siti Hafidah • November 26, 2021 0  1 minute read

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 21 Rabiulakhir 1443H, Jumaat – “Orang Melayu bukan menentang kemajuan, bukan
juga menentang pembandaran, kerana hakikatnya orang Melayu Pulau Pinang sudahpun
maju sebelum Francis Light datang.

“Tanjung Penaga sudahpun maju menjadi bandar sebelum Georgetown diwujudkan, jadi
konsep bandar dan orang Melayu tidak asing.

“Tetapi persoalannya sejauh mana aras kemajuan di negara ini melihat kembali kepada
status orang Melayu sebagai bangsa asal di negara ini, berkait rapat dengan aras
kemajuan.”

Artikel berkaitan

KBAT membentuk insan hebat atau mudarat?


 39 seconds ago

AS, Britain tak boleh lagi lalu Selat Bab el-Mandeb


 16 hours ago

Fokus kemiskinan tegar pastikan tiada negeri tercicir


 16 hours ago

Hanya orang penakut, bacul cadang RUU Kerajaan Sepenggal


 17 hours ago

Demikian kata Ketua Penyelidik IRIS, Iklan oleh Mohamad Noor dalam Dimensi di TV Pertiwi
Nur Hanis
bertajuk Pulau Pinang bakal Hentikan
jadi Singapura
iklan ini ke-2? malam
Mengapa iklan tadi.
ini?
Berdasarkan dapatan kajian, Hanis berkata, sekurang-kurangnya 29 buah kampung
Melayu sudah dihapuskan sepanjang sejarah sehingga kini.

Katanya, modem yang sama seperti di Singapura pada tahun 1995, Parti Tindakan Rakyat
(PAP) membina satu lembaga dinamakan Housing Development Board (HBD).

Menurutnya, polisi perumahan di Singapura tidak membenarkan mana-mana kaum


mendominasi satu kawasan.

“Kampung Melayu diambil tanahnya oleh kerajaan di bawah HDB dan diberikan tender
kepada pemaju-pemaju swasta. Kemudian apabila terbinanya flat atau kondominium,
tidak dibenarkan satu kaum apatah lagi orang Melayu untuk mendominasi satu kawasan.

“Jadi orang Melayu tiada satu komuniti yang mengamalkan kemasyarakatan Melayu dan
Islam.

“Dan di Pulau Pinang, kejadian yang sama juga, 29 buah kampung Melayu dihapuskan,
diambil alih dan dimajukan tetapi tidak membela pemilikan tanah orang Melayu,” katanya.

Essential Gear & Gifts for All


Storming Gravity

Katanya lagi, kajian data pada tahun 2003 menunjukkan tanah wakaf Islam di Georgetown
berukuran 398 ribu kaki persegi tetapi jika dibandingkan tanah gereja keluasannya dua
juta kaki persegi.

“Jadi di manakah hak pemilikan atau status pegangan orang Melayu di Pulau Pinang,
Singapura bahkan bandaraya-bandaraya lain di Malaysia ini disama ertikan dengan aras
kemajuan negara kita,” soalnya.

Pautan Dimensi:
https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/936433117284624/

Anda mungkin juga menyukai