Anda di halaman 1dari 2

ALFATIHAH

‫الرحِ ي ِْم‬ َّ ِ‫بِس ِْم هللا‬


َّ ‫الر ْح َم ِن‬

َ ‫س ْولِنا َ ُم َح َّم ٍد َوآ ِل ِه َو‬


‫صحْ بِ ِه‬ ُ ‫سالَ ُم على َر‬
َّ ‫صالَة ُ َوال‬
َّ ‫ َوال‬، َ‫ظالِمِ يْن‬ ُ َ‫ َوال‬، َ‫ َو ْالعَاقِبَةُ ل ِْل ُمت َّ ِقيْن‬، َ‫ب ْالعَالَمِ يْن‬
َّ ‫عد َْوانَ إِالَّ على ال‬ ِ ِّ ‫ْال َح ْم ُد هللِ َر‬
. َ‫أَجْ َم ِعيْن‬

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya Pada 27 Rejab yang mulia ini, kami
zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami
seluruhnya. Dan kami memohon keampunan terhadap dosa-dosa yang kami lakukan,

Justeru Ya Allah,kami berhimpun pada pagi ini bagi meraikan Majlis Sanjungan Budi
Lambaian Kasih Puan Norlizah binti Markom untuk menyatakan penghargaan dan
pengiktirafan kami, sebagai mengenang jasa bakti yang telah disumbangkan untuk
dunia Pendidikan khususnya di SMK Bandar Seri Putra ini

ِ ‫ي ْال َحا َجا‬


‫ت‬ ِ َ‫ت َوق‬
َ ‫اض‬ َ ‫اَللَّ ُه َّم يَا ُم ِجي‬
َ ‫ْب ال َّد‬
ِ ‫ع َوا‬

Sesungguhnya di tangan Engkau sahajalah kuasa penilai segala amalan. Engkau


jadikanlah segala bakti yang disumbangkannya, sepanjang tempoh perkhidmatan
beliau, sebagai ibadah yang Engkau redhoi seperti mana lafaz yang sama-sama kita
ungkapkan,qul inna solati wa nusuki wa mahyaya wamamati lillahirabbi alamin

Ya Allah terimalah segala usaha dan pengorbanan Puan Norlizah sebagai amal yang
soleh yang Engkau berkati..limpahkanlah segala keberkatan,kesihatan yang baik dan
ganjaran rahmat Mu...dalam kehidupan beliau serta keluarga yang tercinta, Iringilah
bersama detik-detik persaraan ini dengan keazaman dan komitmen untuk beliau terus
menabur budi dan bakti kepada agama, bangsa dan negara

Ya Allah., mudah mudahan segala khidmat bakti yang Puan Norlizah bin Markom
berikan, sedangkan kami menjadi saksi atas segala kebaikan dan ilmu yang beliau
curahkan ...akan menjadi sedekah jariah, yang ganjaran pahalanya berterusan dan
berkekalan... bagi generasi yang kemudian, menjadi ikutan dan kenangan, yang tidak
akan dilupakan. Masukkanlah beliau dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang
beriman, bertaqwa, beramal soleh serta dianugerahi Syurga Firdausi sebagai sebaik-
baik tempat tinggal dan kekal selama-lamanya.

َ‫ا‬

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami memohon restu dan rahmat–Mu sempena majlis ini,
Engkau memberi hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, perpaduan yang kukuh,
rezeki yang berkat lagi terjamin dan dikurniakan kekuatan serta semangat juang yang
tinggi.
ْ َ‫ي يَا قَي ُّْو ُم يَا ذ‬
‫اال َجالَ ِل َواْ ِإل ْك َر ِام‬ ُّ ‫اَللَّ ُه َّم يَا َح‬

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati
dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan
dilindungi. Permudahkanlah urusan kami dan sempurnakanlah semua pekerjaan kami
dengan segala kebaikan dan kesempurnaan.

Ya Allah, Ya Sami’un A’lim, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha


Mengetahui, maka terimalah dan perkenankanlah doa’ kami ini.

Anda mungkin juga menyukai