Anda di halaman 1dari 1

Muhammad Syakir Bin Mohd Khairil Azhar,

F19,Kampung Seberang Pendang,

06700,Pendang,Kedah

Puan Aisyah Binti Abdullah,

Pengetua,

Maktab Mahmud Pokok Sena,

06500,Langgar,Kedah 9 NOVEMBER 2022

Puan,

Permohonan Untuk Tinggal Di Asrama Sekolah

Dimaklumkan bahawa saya Muhammad Syakir Bin Mohd Khairil Azhar daripada tingkatan 5 Adil
ingin memohon untuk tinggal di asrama sekolah

2.Antara sebab-sebab yang mendorong saya untuk tinggal di asrama termasuklah lokasi tempat
tinggal saya yang berjauhan dengan sekolah.Akibatnya,saya tidak dapat menghadiri tuisyen pada
waktu malam kerana kesusahan untuk berulang-alik.Hal ini juga mungkin dapat memberikan kesan
buruk kepada pembelajaran saya di sekolah.

3.Selain itu,tahun ini merupakan tahun yang sangat penting bagi saya kerana sebagai pelajar tingkatan
lima yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia(SPM),saya harus membaik pulih prestasi saya
dan alternatif yang sesuai untuk tujuan tersebut adalah tinggal di asrama.

4.Tambahan pula,apabila saya tinggal di asrama saya dapat melatih diri saya untuk lebih berdikari
sekaligus dapat bekerjasama dengan rakan yang lain dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
guru.Saya juga dapat mengulang kaji pelajaran bersama mereka memandangkan banyak subjek yang
masih kurang difahami jika belajar berseorangan.Oleh itu.kerjasama dan pertimbangan pihak puan
amat saya perlukan dan saya dahului dengan ucapan terima kasih

Sekian,terima kasih,

Yang Benar

…………………..

(MUHAMMAD SYAKIR BIN MOHD KHAIRIL AZHAR)

Anda mungkin juga menyukai