Anda di halaman 1dari 1

Mohd Norhaffizie bin Durahim/ PISMP MT Sem. 6 Pengalaman praktikum kedua di Sk.

Sugud, Penampang merupakan

pengalaman kedua saya untuk mengaplikasi sesi pengajaran berdasarkan teori-teori yang telah saya pelajari sewaktu di dewan kuliah. Secara peribadi saya sememangnya sangat teruja untuk menjalani praktikum ini untuk mengetahui kualiti peribadi saya sebagai guru dan penambahbaikan yang boleh saya lakukan. Perasaan saya pada peringkat awal ini adalah sangat teruja, tetapi pada masa yang sama takut sekiranya gagal menyampaikan isi pengajaran yang dikehendaki kepada murid-murid. Pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan rancangan pengajaran yang telah dirancang. Pengalaman saya sebelum ini dalam melaksanakan praktikum pertama di Sk. St. Paul, Kolopis dan pengajaran mikro dan makro di dalam kelas sedikit sebanyak membantu saya melancarkan sesi pengajaran saya. Aspek penting yang saya akan ambil perhatian sewaktu menjalani praktikum ini adalah untuk belajar daripada pengalaman guru-guru sekolah terutamanya untuk menyediakan diri saya untuk menjadi seorang guru yang berkelayakan dari segi akademik dan pengurusan kelas. Pengalaman ini juga akan membantu saya untuk memantapkan lagi pengetahuan dan keyakinan saya untuk bergelar seorang guru. Selain daripada itu, saya juga berharap berpeluang untuk belajar mengenai iklim persekitaran sekolah dari segi budaya kerja sekolah dan aspek pentadbiran serta pengurusan sekolah. Pengetahuan yang saya pelajari sewaktu di bergelar seorang guru. Akhir sekali, harapan saya pada praktikum ini adalah untuk melakukan yang terbaik untuk diri, murid dan sekolah ini. Kekuatan dan kekurangan yang terdapat dalam diri saya untuk menjadi seorang guru perlu dikenalpasti untuk ditingkatkan untuk membuat sebarang penambahbaikan di masa akan datang melalui pengalaman saya menjalani praktikum fasa 2.

Anda mungkin juga menyukai