Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN

KHIDMAT KOMUNITI MPU 2412

TAJUK:

PELAKSANAAN KHIDMAT KOMUNITI (KHIDMAT SOSIAL) :


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PANGKALAN TENTERA LAUT
DIRAJA MALAYSIA, LUMUT, PERAK

TARIKH
21 FEBRUARI 2024

TEMPAT
PANGKALAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

ANJURAN
UNIT TERAS UMUM
KOLEJ VOKASIONAL TAIPING

NAMA : MUHAMMAD SHAHREZZA BIN MAT ROSLI

NO. KAD PENGENALAN : 050320-10-0971

NAMA PROGRAM : DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK

NAMA PENSYARAH : ABDULLAH BIN JUNOH


LAPORAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PANGKALAN TENTERA LAUT


DIRAJA MALAYSIA, LUMUT, PERAK

1.0 TUJUAN

Kertas kerja in dirangka bertujuan untuk memenuhi kehendak modul Kursus Khidmat
Komuniti) MPU 2412. Ia juga merupakan sebagai satu motivasi kepada para pelajar dan
pensyarah. Seterusnya, tujuan khidmat sosial ini diadakan adalah untuk melatih pelajar dalam
meningkatkan kemahiran mengurus program di luar kolej. Di samping itu, para pensyarah
dapat menilai sendiri gerak kerja pelajar sebelum, semasa dan selepas program ini.

2.0 PENDAHULUAN

Berpegang kepada pepatah “jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman”,


maka Unit Teras Umum, Kolej Vokasional Taiping bercadang untuk mengadakan lawatan
sambil belajar ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut. Selain memenuhi
keperluan kursus MPU 2412 Khidmat Komuniti, ia juga merupakan satu program yang amat
baik untuk mendedahkan para pelajar kepada dunia ketenteraan. Melalui program ini juga,
diharapkan para pelajar dapat menanam impian dan menghargai jasa dan pengorbanan setiap
pejuang yang cuba mempertahankan negara kita daripada ancaman musuh.

3.0 OBJEKTIF

 Memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi dan berinteraksi bersama


orang luar.
 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui bidang kerjaya mengikut kursus
masing-masing.
 Meningkatkan kecergasan minda dengan seimbang dari aspek moral, spiritual, emosi,
jasmani dan mental.
 Pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran dalam menguruskan majlis dan acara.
 Pelajar dapat mempelajari tentang aset – aset kapal yang telah digunakan serta fungsi
aset ketika lawatan dijalankan.

4.0 ANJURAN

Tenaga Pengajar Kursus Khidmat Komuniti dengan kerjasama Pegawai Tentera TLDM
5.0 TARIKH DAN MASA
TARIKH : 21 Februari 2024
MASA : 7:00 pagi – 5:00 petang

6.0 TEMPAT
- Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut

7.0 KUMPULAN SASARAN

- 140 orang pelajar 1 DVM dan 10 orang guru pengiring

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk Lampiran 1

9.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 2

10.0 PERBELANJAAN
BIL PENDAPATAN JUMLAH
(RM)
1. Pengangkutan ( KWA) RM 4050.00
- Sewa bas luar
JUMLAH PENDAPATAN RM 4050.00

11.0 SUMBER PERUNTUKAN


BIL PERKARA JUMLAH
1. Pengangkutan (KWA) RM 4050.00
- Sewa bas luar
JUMLAH PERBELANJAAN RM 4050.00

12.0 REFLEKSI PROGRAM

SEBELUM

Pada pukul 7:30 pagi semua pelajar telah berkumpul di dewan serbaguna Kolej
Vokasional Taiping untuk mengambil kehadiran. Selain itu, ajk makanan telah
mengagihkan roti dan air mineral kepada semua pelajar mengikut kelas. Para
pelajar dan guru pengiring bergerak pada pukul 8:00 pagi dan menaiki sebanyak
3 buah bas.
SEMASA

Setelah tiba di Pangkalan TLDM, Lumut , para pelajar membuat kumpulan


mengikut kelas. Program Pengurusan Perniagaan telah melawat ke pasaraya
PERNAMA. Kemudian, para pelajar berkumpul semula untuk bergerak ke
pelabuhan TLDM, Lumut. Para pelajar dibahagikan kumpulan untuk menaiki dan
melawat kapal yang ditetapkan. Seterusnya, Kapten kapal tersebut memberi
taklimat ringkas mengenai keselamatan di atas kapal.

SELEPAS

Akhir sekali, setelah selesai lawatan, para pelajar diberi makan tengah hari dan air
mineral. Pada pukul 3:00 petang, para pelajar dan guru pengiring bergerak pulang
dan tiba di Kolej Vokasional Taiping pada pukul 5:00.

13.0 KEKANGAN PROGRAM

- Bas bergerak ke Pangkalan TLDM, Lumut tidak mengikut masa yang ditetapkan
- Terpaksa mempercepatkan lawatan untuk mengejar masa mengikut tentatif

14.0 CARA MENGATASI REFLEKSI PROGRAM

- Bergerak lebih awal daripada masa yang ditetapkan

15.0 PENUTUP

Pihak kami amat berharap kertas kerja ini mendapat kelulusan daripada pihak tuan. Diharap
dengan adanya program sebegini dapat memberi manfaat kepada para pelajar mendepani
cabaran masa hadapan sekaligus menjadikan pelajar kolej vokasional yang unggul.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

.......................................... .....................................
(MUHAMMAD SHAHREZZA ( ABDULLAH BIN
BIN MAT ROSLI) JUNOH )
Setiausaha Penyelaras
Program Khidmat Komuniti Khidmat Komuniti
16.0 LAMPIRAN
LAMPIRAN BERGAMBAR – SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS

Bergerak ke Pangkalan Tentera Laut Diraja


Malaysia (TLDM), Lumut

Pembahagian kumpulan untuk meneroka Taklimat diberikan oleh Kapten Kapal


kapal mengikut kumpulan yang ditetapkan

Melawat dalam kapal Sesi bergambar di Pangkalan Tentera Laut


Diraja Malaysia (TLDM), Lumut
LAMPIRAN 1

STRUKTUR ORGANISASI

PENYELARAS : ABDULLAH BIN JUNOH


PENGARAH PROJEK : MUHAMMAD ADAM HAKIMI BIN ROSLI
NAIB PENGERUSI : MOHAMAD ALI BIN MOHD NASRAN
SETIAUSAHA : NUR AYUNI HASYA BINTI HENRI
BENDAHARI : JUNI QHARIRA BINTI ZULKIFLI

AHLI JAWATANKUASA

AJK KESELAMATAN : 1)
2)

AJK FOTOGRAFI : 1)
2)

AJK DOKUMENTASI : 1)
2)

AJK MAKANAN : 1)
2)

AJK PENGANGKUTAN & : 1


AJK TEMPAT 2)

AJK KEBERSIHAN : 1)
2)

AJK PERALATAN : 1)
2)
LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti
6:40 pagi Berkumpul Di Dataran Prime
7:00 pagi Bertolak ke Pangkalan TLDM, Lumut
9:00 pagi Tiba di Pangkalan TLDM
9:10 pagi Taklimat disampaikan oleh Pegawai TLDM yang terlibat
9:30 pagi Aktiviti bersama Pegawai TLDM
- Ice Breaking
- Bergerak mengikut Kumpulan (10 kumpulan)
- Melakukan tugasan yang telah ditentukan

12:30 tengahari - Berkumpul semula


- Berehat untuk makan tengah hari dan solat zuhur

3:00 petang Bergerak balik

5:00 petang Tiba Di Kolej Vokasional Taiping

Anda mungkin juga menyukai