Anda di halaman 1dari 4

Asas Peraturan Bola Jaring

Bola jaring ini adalah sukan yang dimainkan boleh dua


pasukan yang setiap satu pasukan terdiri daripada tujuh.
Pengiraan mata sukan ini adalah dikira berdasarkan jumlah
jaringan bola yang paling banyak akan menang. Hanya posisi
pemain Penjaring Gol (GS) dan Penyerang Gol (GA) sahaja
yang boleh menjaringkan gol sepanjang perlawanan.

Undang-undang asas bola jaring

 Dilarang menghantar bola lebih dari kawasan tanpa


disentuh atau diambil oleh pemain
 Pemain tidak dibenarkan untuk mengheret atau
memusingkan tapak kaki apabila sedang memegang bola
 Jika bola keluar, hantaran kedalam diberikan kepada
pasukan lawan.
 Hantar tengah untuk memulakan permainan diambil
secara bergilir-gilir selepas jaringan gol
 Setiap perlawanan mempunyai 2 orang pengadil
 Pasukan akan menukar posisi gelanggang setiap kali
masuk suku perlawanan
 Kesalahan “off side” apabila pemain keluar daripada
kawasan yang dibenarkan
 Pemain mesti melakukan halangan minima 3 kaki dari
pemain yang memegang bola
 Pemain tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang
sentuhan ketika memegang bola samada sengaja atau
tidak.
Senarai posisi pemain bola jaring

 Goal Shooter (GS)


 Goal Attack (GA)
 Wing Attack (WA)
 Centre (C)
 Wing Defence (WD)
 Goal Defence (GD)
 Goal Keeper (GK)
Penalti
Di dalam cara bermain bola jaring, terdapat beberapa kesalah
yang boleh dikenakan penalti. Terdapat 2 jenis penalti bola
jaring iaitu:

Lontaran Percuma

Lontaran percuma ini diberikan apabila berlakunya kesalahan


kecil. Apabila pengadil melihat berlakunya kesalahan kecil
maka pasukan lawan akan diberikan lontaran percuma. Antara
kesalahannya adalah:

Memegang bola

Apabila seorang pemain memperoleh bola, pemain tersebut


hanya mempunyai masa 3 saat untuk melakukan hantaran ke
pemain seterusnya. Jika lebih dari 3 saat, pengadil akan
meniup wisel dan memberikan lontaran kepada pasukan lawan.

Gerakan kaki

Apabila seorang pemain memperoleh bola, pemain tersebut


hanya dibenarkan untuk membuat satu langkah sahaja. Jika
semasa mendapat bola kaki kiri menjejak gelanggang, maka
hanya satu langkah kaki kanan sahaja dibenarkan. Jika kedua-
dua kaki berada di atas gelanggang semasa memegang bola,
selangkah dibenarkan untuk mana-mana belah kaki.

Menerima bola

Seorang pemain hanya boleh memberikan/melantunkan bola


yang sedang dipegang kepada pemain lain sahaja. Pemain
tidak dibenarkan untuk mengambil semula bola yang
dilepaskan dari penggangan tangan. Jika berlaku, bola perlu
terlebih dahulu diambil oleh pemain lain barulah boleh
menerima semula bola tersebut.\
Kawasan bola

Bola yang dihantar lebih daripada satu pertiga dari kawasan


permainan tanpa disentuh oleh mana-mana pemain adalah
satu kesalahan, pengadil akan meniup wisel dan lontaran akan
diberikan kepada pasukan lawan.

Off side

Setiap pemain mempunyai posisi dan kawasan bergerak


masing-masing di dalam gelanggang. Pemain tidak dibenarkan
memasuki kawasan selain dari kawasan posisinya. Jika pemain
memasuki kawasan yang bukan sepatutnya, ini adalah satu
kesalahan dan lontaran akan diberikan kepada pasukan lawan.

Lontaran penalti

Lontaran penalti ini akan diberikan apabila berlakunya


kesalahan seperti bermain secara kasar, mengganggu pemain
lawan serta beberapa lagi yang dikenal pasti oleh pengadil.
Kesalahan ini boleh dilihat apabila pengadil akan mengarahkan
pemain untuk berdiri di sebelah pemain lawan yang
memperoleh lontaran penalti. Pemain yang melakukan
kesalahan ini hanya boleh bergerak apabila lontaran penalti
dilakukan. Antara kesalahn yang sering dilakukan adalah:

Melanggar

Dalam permainan bola jaring, setiap pemain dilarang


melanggar pemain lain samada sengaja ataupun tidak sengaja.
Pengadil akan melihat dan membuat keputusan samada untuk
memberikan lontaran penalti ataupun tidak.

Menghalang

Setiap pemain tidak dibenarkan untuk menyentuh ataupun


mengambil bola yang sedang dipegang boleh pemain lain.
Setiap pemain hanya boleh melakukan halangan minima jarak
3 kaki daripada pemain yang memegang bola.
Penalti gol

Jika kesalahan seperti melanggar atau menghalang dilakukan


di dalam bulatan gol, pasukan lawan akan diberikan lontaran
terus ke jaring gol. Lontaran ini dilakukan tanpa halangan
daripada pemain pasukan lawan.

Anda mungkin juga menyukai