Anda di halaman 1dari 60

1

Jika buku ini tersebar ke tangan


anda tanpa melalui borang kami.
Mohon segera hubungi team kami

010-8410687

Jangan risau ebook ini hanya


percuma untuk mereka yang
mementingkan kejujuran dan
keberkatan. Dapatkan ebook kami
dari sumber yang sah supaya ilmu
yang diperolehi berkat.
3
4

Pendahuluan
‫ميحرلا نمحرلا هللا مسب‬
Tujuan saya menulis ebook ini kerana terdapat
pelbagai persoalan dan luahan yang diajukan oleh
pengikut saya di media sosial berkaitan pencarian
jodoh. Setiap daripada kita perjalanan dan takdir
hidup berbeza.

Sesetengah orang dikurniakan jodoh awal pada usia


yang sangat muda, ada juga yang asyik bertemu
5

orang yang salah dan ada juga yang masih mencari


tetapi belum bertemu jodoh yang tepat.

Namun satu persoalan yang timbul, sepanjang


proses kita berusaha mendapatkan jodoh, sejauh
mana usaha tersebut dapat memberikan nilai
tambah dan perubahan dalam diri kita?

Bagi saya soal jodoh bukan sekadar sebuah


pencarian tetapi ianya adalah sebuah perjalanan
tarbiah seorang hamba dalam membina sebuah
rumah tangga.

Oleh itu ebook bertajuk 13 Sebab Jodoh Lari ini


ditulis sebagai hadiah kepada pengikut saya Ustazah
Asmak Husin untuk dijadikan refleksi dan muhasabah
diri mengapa selama ini usaha kita untuk mendirikan
rumah tangga asyik berakhir dengan kebuntuan dan
kekecewaan.
6
7
Konsep jodoh
8

Dalam Islam
Konsep jodoh dalam Islam.

‫اح َدةٍ َّو َخلَقَ ِم ْن َها‬ ِ ‫ي َخلَقَ ُك ْم ِم ْن نَّ ْف ٍس َّو‬ ْ ‫ذ‬


ِ َّ ‫ال‬ ‫م‬ ُ
‫ك‬
ُ َ ْ ُ َّ ‫ب‬‫ر‬ ‫ا‬ ‫و‬ ُ ‫ق‬َّ ‫ت‬ ‫ا‬ ‫اس‬ َّ ‫ن‬‫ال‬ ‫ا‬‫ه‬َ ‫ي‬
ُّ ‫ي‬َ ‫ا‬ٰٓ
‫ي‬
ْ ‫ذ‬
ِ َّ ‫ال‬ ‫ّٰللا‬
‫َه‬ ‫وا‬ ُ ‫ق‬َّ ‫ت‬‫ا‬ ‫و‬
َ ۚ ‫ء‬
‫ا‬ ۤ
‫ا‬ ‫س‬
َ ‫ن‬
ِ ‫و‬َّ ‫ا‬ ‫ْر‬
‫ا‬ ‫ي‬ ‫ث‬
ِ َ
‫ك‬ ‫ا‬
‫اًل‬ ‫ج‬
َ ‫ر‬ ِ ‫ا‬‫م‬ َ ‫ه‬
ُ ْ
‫ن‬ ‫م‬ِ َّ
‫ث‬ َ‫زَ ْو َج َها َوب‬
‫علَ ْي ُك ْم َرقِ ْيباا‬ َ ‫ان‬َ َ
‫ك‬ ‫ّٰللا‬
َ‫ه‬ َّ
‫ن‬ ِ ‫ا‬ ۗ ‫ام‬
َ َ ‫ح‬ ‫ر‬ ْ َ ْ
‫اًل‬ ‫و‬َ ِٖ ْ َ ‫س‬‫ه‬ ‫ب‬ ‫ن‬َ ‫و‬ ُ ‫ل‬ ‫ء‬‫ا‬ۤ َ َ‫ت‬

Wahai manusia! bertakwalah kepada Tuhanmu


yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu
(Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya
(Hawa) dari (diri)-nya; dan dari keduanya Allah
memperkembangbiakkan laki-laki dan
perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada
Allah yang dengan nama-Nya kamu saling
meminta, dan (peliharalah) hubungan
kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu
menjaga dan mengawasimu.(an-Nisa’:1).

“Jodoh adalah tanda kecintaan Allah kepada


hamba. Ayat di atas menerangkan kepada kita,
apabila hendak berbincang mengenai jodoh,
kita tidak boleh lari daripada ketakwaan,
memohon dan menjaga hubungan
kekeluargaan. Ketiga elemen ini tidak boleh
diambil ringan apabila berkaitan jodoh.”

9
Perlu ke ambil10

berat soal jodoh?

10
Saya pernah bertanya kepada pelajar di sebuah
universiti,

“kenapa kamu nak berkahwin?”

Jawabnya:
“Saya nak berkahwin untuk halalkan hubungan
dan elak berlakunya zina.”

“Bagi saya, kalau nak elak zina banyak


lagi cara lain, bukan sahaja dengan
berkahwin. Banyak kes saya terima
sudah berkahwin pun tetap berzina.”

Kes terbaru yang saya terima, isteri sarat


mengandung tetapi suami sudah berkali-berkali
melakukan hubungan intim bersama wanita lain.

Maka, jika tujuan awak nak berkahwin hanya


untuk halalkan hubungan ianya satu pemikiran
yang amat sempit.

11
“Perkahwinan sepatutnya dilihat
dalam kerangka yang lebih luas
dan besar.”
Apabila awak membuat keputusan untuk
berkahwin ianya bukan sekadar soal hubungan
yang haram sudah bertukar menjadi halal tetapi
ia melibatkan perkongsian hidup bersama dan
melibatkan keseriusan dalam memikul
tanggungjawab sebagai suami isteri.

Jika sekadar berkahwin untuk seronok-seronok,


saya tidak dapat jamin rumah tangga awak akan
kekal bahagia.

12
Salah faham 13

Soal jodoh
I. Perbetulkan salah faham tentang jodoh.

“Ustazah saya teringin nak berkahwin, tapi masih


tiada calon. Jadi saya hanya mampu berusaha
berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik.”

Saya tanya semula:

“Awak pasti berimpian untuk mendapatkan


pekerjaan yang baik kan?”

“Adakah awak hanya perlu berdoa tanpa perlu


berusaha mencari syarikat, menghantar resume
dan mengikuti temu bual?”

Dia pun menggeleng kepalanya sambil tersenyum


kelat.

“ Begitu juga dengan jodoh. Awak impikan


jodoh yang baik? Maka perlu berusaha
untuk mencari bukan hanya berdoa.
Kerana sunnah kehidupan jika kita
idamkan sesuatu dalam hidup perlu
kepada usaha dan doa.”

14
“Ingat ya, Allah melihat usaha
kita. Bukan hasilnya. Setiap
usaha yang sukar itu pasti
mempunyai ganjaran yang
besar di sisi Allah.

Tambahan pula, awak berusaha


untuk membina rumah tangga
demi kelangsungan dakwah
Rasulullah.

Pasti ganjarannya tidak ternilai.


Andai awak ditakdirkan tidak
berkahwin sekalipun, awak
tidak akan pernah rugi. Kerana
Allah itu tidak zalim. Setiap
usaha yang kita lakukan untuk
membina perkahwinan pasti
akan diberikan ganjaran yang
besar.”

15
II. Lelaki yang baik untuk perempuan yang
baik?

“Saya bukan perempuan yang baik, adakah


bermakna saya tidak layak untuk mendapatkan
jodoh yang baik?”

Jika awak nak dapatkan jodoh yang baik,


perkara pertama awak kena lakukan ialah
ubah diri awak.

Cuba tanya diri sendiri:

Jika awak selalu tinggal solat, adakah awak pun


mahu lelaki yang tidak solat?

Pasti tidak mahu kan?

Jadi ubah diri dulu agar awak mempunyai kriteria


idaman orang lain.

Tapi kena pastikan niat untuk berubah kerana Allah


bukan kerana dambakan cinta manusia.

16
Berusahalah untuk berubah menjadi wanita yang
baik dan solehah.

Allah sangat sayangkan wanita yang bersusah


payah untuk memperbaiki diri dan berubah.
Apabila Allah sayang, inshaaAllah akan dilorong
kebaikan buat awak.

Kemudian awak akan berasa bahagia dan tenang


kerana cinta Allah itu adalah rahmat yang indah
dan damai.

Apabila awak bahagia dan tenang, inshaaAllah ia


akan menjadi magnet jodoh yang baik buat awak.

17
Journey
Jodoh
Namun usaha untuk membina sebuah perkahwinan
bukan mudah. Pasti mempunyai pelbagai ujian dan
halangan.

Pasti ada yang akan terdetik di hatinya:

Kenapa banyak sangat dugaan untuk berkahwin?

“Kerana bagi saya sendiri, untuk


membina perkahwinan itu umpama
membangun sebuah ummah, pastinya
diiringi gangguan syaitan bagi
menghalang usaha murni ini. Pasti nya
juga ada rintangan dari ilahi untuk
mematangkan kita tentang sebuah
hubungan.”

19
Yakinlah setiap ujian dan halangan itu pasti
mempunyai 1001 hikmah yang luar biasa.

Hikmah ujian jodoh ini lah yang akan mendekatkan


diri kita dengan Allah. Hikmah yang akan
membuatkan kita lebih menyayangi dan
menghargai diri sendiri. Hikmah yang akan
menjadikan kita wanita yang matang dan rasional
di masa depan.

Oleh itu kepada mereka yang sedang runsing dan


tertekan mengenai jodoh, saya nasihatkan,
pandanglah ujian dan dugaan ini sebagai hikmah
yang Allah inginkan kita belajar dan memahami
tentang sesebuah hubungan dengan lebih baik.

Di sini saya akan kongsikan 13 sebab mengapa


jodoh lari yang akan membantu untuk kita lebih
memahami perjalanan jodoh yang sudah kita
tempuhi atau bakal tempuhi.

20
13 SEBAB JODOH LARI

Terlalu memilih
Saya sering bertemu dengan wanita yang masih
tidak berkahwin meskipun usia mereka sudah
lanjut. Jika diperhatikan dia seorang yang cantik
dan bekerjaya pasti ramai yang minat kan?

Rupa-rupanya ramai yang cuba untuk


mendekatinya tetapi semuanya ditolak kerana
mereka tidak memenuhi kriteria yang diingininya.

Katanya:
“Ustazah saya bukan nak berkahwin setahun dua,
saya nak berkahwin hingga ke akhir hayat dengan
dia, jadi kena lah pilih betul-betul”

“Saya rela tidak berkahwin daripada berkahwin


dengan lelaki yang akan merosakkan hidup saya”

Begitulah alasan yang diberikan wanita itu.

Saya hanya tersenyum.

Meskipun tidak berkahwin dia tetap membina


kebahagiaannya sendiri dan tidak membiarkan
kesedihan menguasai dirinya.

Itu lah definisi wanita yang kuat.

22
Namun dalam soal terlalu memilih ini ada beberapa
perkara yang ingin saya kongsikan agar kita
memahami sebaiknya konsep memilih pasangan
dengan betul.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam bersabda:

ْ ،‫س ِبها و َجما ِلها و ِل ِدينِها‬


ِ ‫فاظفَ ْر بذا‬
‫ت‬ ْ ُ ‫ت ُ ْن َك ُح ال َم ْرأَة‬
َ ‫ ِلما ِلها و ِل َح‬:ٍ‫ألربَع‬
‫داك‬
َ َ‫ت ي‬ ْ َ‫ ت َ ِرب‬،‫ين‬ِ ‫الد‬
ِ

Artinya: "Wanita biasanya dinikahi karena empat hal:


kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana rupa
parasnya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah
kamu pilih wanita yang bagus agamanya
(keislamannya). Kalau tidak demikian, nescaya kamu
akan merugi.“
(HR Bukhari Nomor 5090, Muslim 1466)

Antara panduan yang dapat digunakan dalam


memilih jodoh dengan lebih mendalam adalah
seperti berikut:

1. Letakkan kriteria minima calon


2. Senaraikan kelebihan dan kekurangan calon
3. Kemudian bandingkan. (Untuk teknik ini saya
akan kongsikan dalam seminar akan datang)
4. Kenali karakter calon adakah melengkapi diri kita.

23
13 SEBAB JODOH LARI

Circle kecil
“Saya tidak tahu nak cari jodoh
di mana”
“Saya tiada kawan lelaki”
“Saya tiada kawan-kawan baru”

Solusinya hanya satu iaitu:

LUASKAN CIRCLE.

1. Sertai program masyarakat atau


sertai apa-apa kelab atau NGO.

2. Aktif program di taman


perumahan atau surau.
3. Sertai perniagaan.

4. Mencari melalui media sosial.

5. Aktif dengan perkara bermanfaat


di media sosial.

25
13 SEBAB JODOH LARI

Insecure dengan
Fizikal diri
“Saya berasa tidak yakin dengan diri sendiri”

“Ada ke orang nak jadikan saya jodoh dia?”

“Saya malu untuk approach seseorang sebab


rasa diri ini tidak cantik”

“Saya rasa insecure sangat dengan diri sendiri”

Antara salah satu sebab seseorang susah untuk


memperoleh jodoh kerana ianya datang dari
faktor dalaman seseorang juga.

“Bagaimana seseorang nak tertarik


kepada awak jika awak sendiri pun tidak
bersyukur dan hargai diri sendiri.”

Kita rasa insecure sebab terlalu banyak fokus


kepada kekurangan.

Sedangkan Allah ciptakan hambanya dengan


pelbagai kelebihan.

Kenalpasti kelebihan diri dan gilap sebaiknya.

27
RAKAMAN KELAS BEFORE WE GOT MARRIED
13 SEBAB JODOH LARI

Niat tidak
betul
Pertama, betulkan niat tentang perkahwinan.

Cuba tanya diri sendiri,


Kenapa awak nak cari jodoh?
Kenapa awak nak berkahwin?

Adakah awak rasa nak berkahwin sebab tengok


ramai kawan awak sudah berkahwin?

Sebab itu sangat penting untuk kita perbetulkan


niat untuk berkahwin kerana Allah dan sunnah
Rasulullah.

Niatkan juga ingin berkahwin untuk menambah


ketakwaan kepada Allah.
13 SEBAB JODOH LARI

Penampilan
hati
Antara salah satu sebab jodoh tertolak kerana
berpunca daripada hati. Hati yang toksik dan
negatif akan membuatkan seseorang tidak tertarik
kepada kita.

Daripada Nu’man bin Basyir berkata, aku


mendengar Nabi SAW bersabda:

َ ‫صلَ َح ْال َج‬


‫ َو ِإ َذا‬،ُ‫س ُد ُكلُّه‬ َ ،‫ت‬ ْ ‫صلَ َح‬ َ ‫ ِإ َذا‬،‫ضغَةا‬ ْ ‫س ِد ُم‬َ ‫أ َ ًَل َو ِإ َّن ِفي ْال َج‬
ُ ‫ي ْالقَ ْل‬
ُ َ َ‫ه‬
ِ ‫و‬ َ
‫ًل‬ َ ‫أ‬ ،ُ ‫ه‬ ُّ ‫ل‬ ُ
‫ك‬ ُ
‫د‬ ‫س‬
َ ‫ج‬
َ ْ
‫ال‬ ‫س َد‬َ َ ‫ ف‬،‫ت‬ َ َ‫ف‬
ْ ‫س َد‬

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu


terdapat segumpal daging, jika ia baik maka
baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka
buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia
adalah hati (jantung).”
[Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim (1599)]

33
Doa khusus yang telah diajar oleh Rasulullah
SAW dalam memelihara hati ini daripada
terpesong.

Daripada Anas bin Malik RA berkata: Adapun


Nabi SAW banyak membaca:

َ ‫ت قَ ْل ِبي‬
‫علَى ِدينِ َك‬ ِ ‫ُ القُلُو‬
ْ ‫ُ ث َ ِب‬ َ ‫يَا ُمقَ ِل‬

Maksudnya: “Wahai Dzat yang membolak


balikkan hati, teguhkanlah hatiku agar ia berada
di atas agamamu.”

34
Apabila hati baik = orang akan lihat kita cantik.

Apabila hati baik = orang akan senang dengan kita.

Apabila hati baik = magnet jodoh lebih mudah


tertarik.

Apabila hati baik = aura positif akan terpancar pada diri kita.

Apabila hati baik = Allah sayang.

Apabila hati baik = kita akan sentiasa bahagia

35
13 SEBAB JODOH LARI
Bagi menjemput jodoh yang baik
ianya perlu dimulakan dengan
gaya hidup magnet jodoh.

Apa itu gaya hidup magnet


jodoh?

• Gaya hidup murah rezeki.


• Gaya hidup yang diberkati.
• Gaya hidup yang positif.
• Gaya hidup yang bersedia
untuk berkahwin.
• Gaya hidup yang bahagia.

37
1. Gaya hidup murah rezeki:

Mungkin jodoh lambat datang kerana terdapat gaya


hidup awak yang menyebabkan rezeki tersekat
seperti:

- Suka tidur selepas subuh.


- Banyak hutang tertangguh.
- Hidup tiada visi dan misi yang jelas.
- Banyakkan bersedekah dan membantu orang lain.

2. Gaya hidup diberkati:

Mungkin jodoh kita lambat kerana ada perbuatan


kita yang mengundang murka Allah seperti:

- Tidak berbakti kepada ibu bapa.


- Sering menyakiti hati ibu bapa.
- Tidak menjaga hubungan dengan Allah.

38
3. Gaya hidup positif:

Salah satu punca jodoh lambat kerana diri kita


dipenuhi dengan perkara negative seperti fikiran,
hati negatif dan sebagainya.

Apabila selalu negatif orang tidak akan selesa


dengan kita. Malah ramai yang tidak suka dengan
kita dalam diam.

Nak tahu tak?


Apabila ramai orang selesa dengan kita, pasti dia
akan mendoakan kita.

Mana tahu salah satu doa mereka Allah


makbulkan.

4. Gaya hidup bersedia untuk berkahwin:

Meskipun tiada calon, kita mesti sentiasa


melakukan persiapan diri. Caranya:
- Mesti tahu cara mengemas rumah.
- Belajar memasak.
- Ringan tulang bantu ibu bapa di rumah
- Pembersih dan bertanggungjwab.

39
5. Gaya hidup bahagia.

Wanita yang bahagia hidupnya akan tenang dan


Indah. Nak bahagia tidak semestinya dengan
berkahwin. Dalam menanti jodoh awak mesti
membahagiakan dan sayang diri awak dulu.

Macam mana seseorang nak sayang awak, jika


awak sendiri tidak sayang diri awak dahulu.

“Binalah kebahagiaan sendiri agar


hidup kita sangat bermakna.”

Nak bina bahagia ini tidak susah.

Pertama sekali awak perlu bersyukur.

Bersyukur dengan setiap kelebihan yang Allah


berikan.

Kedua bina bahagia melalui minat dan orang


terdekat. Seterusnya bina lah bahagia
bergantung pada pandangan diri sendiri
tentang apa itu bahagia.

40
13 SEBAB JODOH LARI

Tidak merancang
marketing
Mengapa perlu buat marketing jodoh?

1) Supaya di notice si dia.


2) Supaya dia berasa rugi reject awak.
3) Membentuk kepercayaan dan kesetiaan.
4) Menonjolkan kelebihan diri.

Cara-cara melakukan marketing jodoh secara umum:

1) Menjaga penampilan diri.


2) Sentiasa menjaga tutur percakapan.
3) Menjaga akhlak
4) Mengenal kelebihan dan kekurangan diri
5) Menjaga branding diri di media sosial

42
13 SEBAB JODOH LARI

Tidak mahu
berubah
Apabila usia sudah lanjut tapi belum direzekikan
untuk berkahwin?

Salah satu ikhtiar yang boleh dilakukan adalah


dengan sentiasa melakukan refleksi diri.

Kita perlu melakukan perubahan dalam diri


sebagai salah satu usaha untuk memudahkan
jodoh datang.

Apabila kita kerap muhasabhah diri, kita akan


menjumpai bahagian-bahagian yang perlu
dibaiki.

Jika sebelum ini kita pemarah, cuba berubah


untuk belajar mengawal marah.

Jika sebelum ini kita sentiasa berfikiran negatif,


cuba latih diri untuk sentiasa positif.

Jika sebelum ini kita selekeh, mula lah untuk


berubah menjaga penampilan.

44
REFLEKSI DAN UBAH DIRI

Selalu solat lambat Mula solat awal.

Selalu mengumpat Berhenti mengumpat.

Banyak mencarut Perbanyakkan berzikir.

Mudah kecewa Sentiasa bersemangat.

Selalu sedih Bina bahagia sendiri.

45
13 SEBAB JODOH LARI

Perkahwinan
Toksik
“Makin takut nak kahwin apabila dengar orang
bercerai-berai“

Saya membaca banyak komen tentang ramai


wanita yang takut untuk berkahwin sekarang ini.
Terutamanya apabila viral beberapa peceraian
melibatkan pasangan yang menjadi idola ramai
orang.

Nasihat saya:

1) Jangan kita terlalu dedahkan diri membaca


luahan rumah tangga di media sosial.
Kerana perjalanan perkahwinan setiap
orang tidak sama.

“Bagi sesetengah pasangan berpisah lebih


membahagiakan. Malah ada juga apabila
mempertahankan perkahwinan
membuatkan dia lebih bahagia.”

Ini kerana perjalanan bahagia setiap orang tidak


sama.

47
2) Jadikanlah pasangan yang sudah berkahwin
puluhan tahun bahagia hingga ke hari tua yang
pastinya lebih ramai sebagai teladan. Kita
cenderung untuk mengangkat cerita perceraian
berbanding kisah inspirasi pasangan yang berjaya
membina empayar keluarga yang berjaya.

3) Bagi yang belum berkahwin, banyakkan


berdoa dan berusaha untuk melakukan
persiapan sebaiknya agar perkahwinan kita yang
terbaik. Selebihnya kita serah pada Allah.

4) Dalam kehidupan kita kena berani membuat


keputusan. Dalam setiap keputusan kita buat
pasti akan ada risiko. Oleh yang luar biasa ialah
berjaya menghadapi risiko & menangani setiap
masalah yang menimpa.

5) Kita cenderung untuk ambil yang negatif dari


kisah perceraian orang. Walhal disebalik cerita
mereka terdapat lebih banyak hikmah & nilai
positif yang perlu kita belajar & ambil iktibar.

48
13 SEBAB JODOH LARI

Mudah kecewa
Saya sudah penat ustazah,
dah bermacam-macam usaha saya lakukan tapi
asyik kena reject sahaja.

Saya dah penat nak mencari jodoh. Saya rasa hidup


ini tidak adil.

Saya pun senyum.


Mungkin sebab perangai dan pemikiran sebeginilah
punca jodoh awak belum datang.

Awak membiarkan perasaan kecewa dan putus asa


menguasai diri awak hingga lupa pada Allah yang
mengatur hidup kita lebih mengetahui segala-
galanya.

Awak marah dengan takdir,


Awak kecewa dengan takdir,
Awak lah yang akan rugi.
Pemilik takdir tidak akan rugi sedikitpun.

50
13 SEBAB JODOH LARI

Malu
tidak bertempat
Dalam Islam kita mesti malu untuk melakukan
kemungkaran kepada Allah.

Kita mesti mempunyai rasa malu apabila tidak


melaksanakan suruhan Allah swt.

Tapi dalam soal jodoh ramai yang memilih untuk


mendiamkan diri atas alasan malu. Malu untuk
menyatakan hasrat dan malu untuk berusaha.

Di dalam pencarian jodoh tidak perlu malu, kerana


ianya adalah sebuah jalan yang mulia. Yang penting
mesti menjaga maruah dan adab sebagai seorang
wanita.

Contohilah Khadijah. Beliau meletakkan malu pada


tempatnya kerana dia tahu urusan jodoh ini sebuah
urusan yang penting untuk agama.

Jika malu nak bertanya secara langsung, gunakanlah


orang tengah yang boleh dipercayai.

52
13 SEBAB JODOH LARI

Pendam
“Saya minat sangat pada dia, ustazah.

Dia seorang lelaki yang berakhlak mulia,


menjaga agama dan menjaga penampilan.

Saya pula hanya biasa-biasa.


Biarlah namanya saya sebut dalam doa
sahaja.”

Tidak salah nak berdoa sahaja. Ada rezeki awak


mungkin dia akan approach awak dulu.

Tapi kalau dia pun macam awak juga.

Biarlah ku sebut nama mu dalam doa ku hingga


hujung nyawa.

Haa macam mana tu?

Kalau sudah ada yang kita berkenan, lebih baik


bina marketing elok-elok dan nyatakanlah
hasrat sebelum orang lain menyatakan dulu.

54
13 SEBAB JODOH LARI

Hikmah besar
Orang yang tidak rezekikan untuk
berkahwin atau ditakdrikan berkahwin lambat,
pasti ada perancangan dan hikmah lain dari
Allah yang terbaik untuknya.

Pandanglah setiap takdir itu dengan kaca mata


iman. Agar kita sentiasa berlapang dada dengan
takdir Allah.

Tiada yang lebih mendalam mengenali kita


berbanding Allah.

Hamba yang terbaik adalah hamba yang


sentiasa yakin dengan takdir Allah.

Jika awak masih belum berkahwin, cuba cari


hikmah apa yang Allah nak berikan kepada
awak melalui penantian jodoh

56
Program akan
datang.
JOM DAFTAR!!
WHATSSAPP: 010-8410687
TOPIK MENARIK DALAM WEBINAR CLOSE SALE JODOH
Penutup
Semoga sedikit perkongsian daripada saya
dapat membantu mereka di luar sana yang
masih berusaha untuk membina keluarga.

Pandanglah setiap takdir Allah dengan


kaca mata hikmah kita pasti akan merasai
kelazatan hidup meskipun diuji.

Asmak Husin.

60

Anda mungkin juga menyukai