Anda di halaman 1dari 9

KOD ETIKA

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

19 DISEMBER 2003
PEJABAT PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
KOD ETIKA
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

1. LATAR BELAKANG

Menghayati janji Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 110;

‫ۗ ُكْنُتْم َخ ْيَر ُاَّمٍة ُاْخ ِرَج ْت ِللَّناِس َتْأُم ُرْو َن ِباْلَم ْع ُرْو ِف َو َتْنَهْو َن َع ِن اْلُم ْنَك ِر َو ُتْؤ ِم ُنْو َن ِباِهّٰلل‬

Bermaksud: “Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
(karena kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar,
dan beriman kepada Allah”

JAIS sebagai jabatan yang diamanahkan untuk melihat keselesaan hidup dan beragama
umat islam di Negeri Selangor, maka diwujudkan Kod Etika di bawah sebagai
pembimbing warga JAIS kea rah pencapaian ‘Khairu Ummah” di atas.

2. ETIKA PERIBADI SEORANG MUSLIM

Dalam kehidupan seorang muslim itu dikehendaki supaya mempunyai etika yang luhur
atau akhlak yang baik sebagai tingkahlaku yang menjadi pegangan hidup. Sebagaimana
perakuan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W tentang akhlak baginda;

‫َوِاَّنَك َلَع ٰل ى ُخ ُلٍق َع ِظ ْيٍم‬


Maksudnya;“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) adalah
mempunyai akhlak yang sangat mulia’. (al Qalam:4)

Dalam hadith Rasulullah SAW bersabda;

‫ِإَّنَم ا ُبِع ْثُت ُألَتِّم َم َم َك اِر َم اَألْخ الِق‬

Maksudnya; “Sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan akhlak”.


(HR Al-Baihaqi dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu)

Berdasarkan kepada dalil di atas adalah wajar kepada kakitangan JAIS


melaksanakannya dan menjadi contoh kepada manusia-manusia lain.

3. MELAHIRKAN MANUSIA CONTOH

1 | abma
Kita harus meloihat peribadi muslim ini kepada manusia contoh iaitu Nabi Muhammad
SAW yang memliki contoh tauladan yanag terbaik dan ia diperlihatkan dengan firman
Allah SWT yang berbunyi;
‫َلَقْد َك اَن َلُك ْم ِفْي َرُسْو ِل ِهّٰللا ُاْس َو ٌة َحَس َنٌة ِّلَم ْن َك اَن َيْر ُجوا َهّٰللا َو اْلَيْو َم اٰاْل ِخ َر َو َذ َك َر َهّٰللا َك ِثْيًر ۗا‬

Maksudnya; “Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri


teladan yang baik” (al Ahzab:21)

Sifat-sifat yang ada pada diri Rasulullah SAW:-

a. Siddiq - Yang Benar


b. Amanah - Yang Dipercayai
c. Tabligh - Yang Menyampaikan
d. Fatonah - Yang Cerdik

Dengan sifat ini RAsulullah SAW dapat memberi keyakinan kepada para sahabat
dan umat Islam bahawa beliau adalah manusia yang layak dicontohi hingga hari ini dan
dimasa akan datang.

Amalan positif yang perlu diamalkan bagi menzahirkan manusia contoh:

- Sentiasa berkelakuan baik


- Bermoral dan berakhlak tinggi
- Tertib dan beradab sepanjang masa
- Rajin dan kuat bekerja
- Dipercayai
- Jujur dan Ikhlas
- Mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri
- Aamanah dan bertanggungjawab
- Berhemah dan bijaksana
- Bersih hati dan fikiran

Amalan negatif yang mengekang kewujudan manusia contoh dan perlu dihindari:

- Buruk perangai dan tingkahlaku


- Jahil dan tidak suka mencari ilmu
- Hasad dengki / buruk sangka
- Kedekut
- Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab
- Suka mengumpat / mengadu domba
- Terlalu sensitif

2 | abma
4. KEPERIBADIAN BERKUALITI DAN CEMERLANG

Ia bererti mencapai tahap kepuasan, bermutu, terbaik dan terkehadapan.


Budaya sakhsiah peribadi ini haruslah sampai ke tahap kesempurnaan. Peribadi
cemerlang mengikut Islam bererti roh dalaman dilakukan dengan cara paling
memuaskan.

Firman Allah;

‫َو اَل َتِهُنْو ا َو اَل َتْح َز ُنْو ا َو َاْنُتُم اَاْلْعَلْو َن ِاْن ُكْنُتْم ُّم ْؤ ِمِنْيَن‬

“Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, kerana kamu
adalah orang-orang paling tinggi (cemerlang), jika kamu orang beriman”. (Ali Imran: 139)

5. KETINGGIAN PERIBADI

Dalam hal ini saya bersetuju merujuk orang yang tinggi keperibadiannya kepada ayat
yang berbunyi:

‫َو اْعَلُم ْٓو ا َاَّن َهّٰللا َم َع اْلُم َّتِقْيَن‬

“Dan ketahuilah bahwa Allah beserta orang yang bertakwa’.;(at Taubah:123)

Amalan positif dari ayat tersebut:

- Teguh beriman dan bertaqwa dalam setiap tindakan


- Menyempurnakan tugas dengan amanah
- Bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab
- Bersyukur dan Qanaah
- Berilmu dan berpengetahuan luas
- Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan
- Sedia berkorban
- Bersifat penyayang
- Bertimbangrasa
- Taatsetia dan patuh kepada arahan
- Bersyukur dan menghargai kebaikan
- Tertib dan baik budi bicara
- Cekal menghadapi cabaran

3 | abma
6. SIFAT BAIK HATI

Rasulullah SAW dalam hadisnya ada menyebutkan yang

‫َع ْن َأِبي ُهَر ْيَر َة َع ْن الَّنِبِّي َص َّلى ُهَّللا َع َلْيِه َو َس َّلَم َقاَل َلْيَس اْلِغ َنى َع ْن َك ْثَرِة اْلَعَر ِض َو َلِكَّن اْلِغ َنى ِغ َنى الَّنْفِس‬
Bermaksud: “Tidak dihitung kaya orang yang banyak harta tetapi kaya sebenar ialah
kaya hati”; (HR Bukhari No: 5965) Status: Hadis Sahih.

Kita merasa senang dan selesa dengan orang yang baik hati. Kita tidak merasa
gentar, takut atau resah apabila bersama-sama dengan dia kerana segala sifat-sifat
yang disukai manusia dihayati oleh orang yang baik hati seperti melakukan amalan
positif yang berikut:

- Bersopan santun setiap masa


- Pemaaf dan berhemah tinggi
- Simpati kepada kesususahan orang lain
- Ikhlas dan bertimbang rasa
- Merendah diri
- Berbudi mulia
- Boleh menerima teguran
- Sedia menerima cadangan

Manakala amalan negatif yang perlu dihindari dari hadis di atas:

- Kasar dan kurang sopan


- Berdendam
- Tidak bertimbangrasa
- Mementingkan diri sendiri
- Bermuka-muka
- Cepat menghukum tanpa siasatan
- Cepat menuduh tanpa siasatan
- Suka mencaci
- Suka menghina
- Tidak boleh menerima kritikan

7. KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS

Allah SWT berfirman :


‫ٰٓيَاُّيَها اَّلِذ ْيَن ٰا َم ُنْٓو ا َاِط ْيُعوا َهّٰللا َو َاِط ْيُعوا الَّرُسْو َل َو ُاوِلى اَاْلْم ِر ِم ْنُك ْۚم‬

4 | abma
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulul Amri (orang-orang yang berkuasa) dari
kalangan kamu” (an Nisa’:59)

Tugas adalah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dan ia mesti


disempurnakan dengan cekap, berkesan dan berkualiti. Sebarang proses yang tidak
menepati kriteria tersebut hasilnya akan menjadi rosak, lambat, tidak berguna dan
membazir, seterusnya mendatangkan kerugian dari segi wang, tenaga, masa dan
peralatan.

Oleh yang demikian Islam menuntut supaya pengurusan yang baik dan berkesan
mencapai matlamat dapat dihasilkan dengan perlakuan amalan positif seperti berikut:

- Menepati waktu
- Sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan
- Tekun dan sabar menjalankan tugas
- Mempunyai inisiatif sendiri
- Boleh diharap menjalankan tugas
- Cergas dan pantas bekerja
- Sentiasa belajar dari kesalahan
- Bersikap profesioanal dan cekap

Manakala amalan negatif yang perlu dihindari agar dapat menjalankan tugas dengan
sempurna adalah seperti berikut:

- Salahguna kuasa
- Tidak boleh diharap
- Penipuan
- Suka membangkang atau berdalih
- Tidak taat kepada arahan
- Rasuah
- Tidak bersungguh-sungguh
- Suka bertangguh
- Mengelak dari tanggungjawab
- Tidak peka kepada kualiti
- Menggunakan harta kerajaan seperti harta sendiri
- Sambil lewa
- Tidak ikut peraturan
- Tidak suka membantu rakan sejawat
- Berniaga pada waku pejabat

5 | abma
8. KEUTAMAAN KESABARAN

Firman Allah:

‫ٰٓيَاُّيَها اَّلِذ ْيَن ٰا َم ُنوا اْسَتِع ْيُنْو ا ِبالَّصْبِر َو الَّص ٰل وِةۗ ِاَّن َهّٰللا َم َع الّٰص ِبِرْيَن‬

Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah)


dengan sabar dan salat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar” ;(al Baqarah:
153)

Kesabaran itu ialah sifat yang dipuji oleh semua agama dan diakui kebaikannya
oleh semua manusia. Orang yang sabar menerima segala cabaran dengan tenang dan
tidak berputus asa.

Semangat ketabahan yang ada pada seseorang itu menunjukkan


kewibawaannya dalam menjalankan tugas dan keberaniannya menghadapi dugaan
adalah matlamat yang akan dicapai.

Amalan positif yang berkait rapat dengan kesabaran adalah seperti berikut:-

- Tenang menghadapi masalah rumit


- Mempunyai perhitungan dan pertimbangan yang jauh
- Tahan menerima cabaran
- Tidak mudah putus asa
- Sanggup menerima cemuhan

Amalan negative yang perlu dihindari:-

- Tidak sanggup berkorban


- Takut cabaran
- Cepat mengalah
- Tidak tahan menghadapi kesusahan
- Tidak mahu mengalah

9. PENINGKATAN BAKAT DAN KEBOLEHAN

Semua manusia mempunyai bakat yang tersendiri dan yang membezakannya


hanyalah banyak atau sedikit di antara setiap individu. Walau bagaimanapun bakat
yang dipunyai dalam apa jua bidang sekalipun perlu ditingkatkan supaya hasilnya dapat
dimanfaatkan secara optimum.

6 | abma
Amalan positif yang berkait rapat dengan bakat dan kebolehan dapat dicapai dengan
malan positif berikut:

- Memberi dorongan terhadap kreativiti


- Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha yang dicapai
- Memberi galakan kepada pemikiran baru
- Berani mencuba idea-idea baru
- Mengenal bakat-bakat yang ada
- Menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kreatif

Amalan negative yang perlu dihindari:

- Menyekat pemikiran baru


- Tidak menggalakkan percubaan
- Takut mencuba sesuatu yang baru
- Tidak menghargai bakat yang ada
- Memperkecilkan bakat orang lain
- Berpuashati dengan tahap bakat yang ada

10. PAKAIAN BERKERJA

Islam telah menetapkan aurat yang wajib kepada setiap muslim yang beriman
iaitu menutup aurat. Bagi lelaki sekurang-kurangnya antara pusat dan lutut dan bagi
perempuan seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Walaubagaimanapun,
pakaian berkerja bagi memenuhi kehendak adat, budaya dan peraturan dan tatasusila
yang bersesuaian dengan islam hendaklah digunakan.

Amalan positif dalam berpakaian:

- Bersih /suci
- Kemas
- Pakaian yang cantic
- Yang sederhana

Amalan negatif:

- Kotor/ tidak bersih


- Tidak kemas
- Tidak kelihatan cantic / selekeh
- Terlalu ketat
- Mendedahkan aurat

7 | abma
11. PENUTUP

Adalah diharapkan warga kerja JAIS dapat memahami, menghayati dan


mengamalkan Kod Etika yang kita cipta bersama di atas.

Pejabat Pengarah,
Jabatan Agama Islam Selangor
19 Disember 2003

8 | abma

Anda mungkin juga menyukai