Anda di halaman 1dari 3

SYARAHAN PERPADUAN

JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Yang dihormati… Tuan Pengerusi Majlis, barisan… panel hakim yang adil
lagi bijaksana…, dif – dif kehormat serta… para hadirin sekalian. Selamat
sejahtera dan salam penuh per…paduan.

Pada pagi Ahad, Siti, Ah Chong dan Muthu bertembung di kopitiam.


Mereka akan menyertai aktiviti gotong-royong yang dijalankan di
kampung mereka.

“ Selamat pagi Ah Chong dan Muthu. Apa khabar?” tanya Siti kepada Ah
Chong dan Muthu.
“Selamat pagi Siti. Kami baik” kata Ah Chong dan Muthu.
“Adakah kamu semua menyertai aktiviti gotong-royong yang akan
dijalankan nanti?” tanya Muthu.
“Ya, betul! Kita semua amat mengambil berat tentang kebersihan
kampong kita. Apabila kebersihan tempat tinggal kita terjaga, barulah
kita dapat hidup dengan selesa.” kata Siti.
“Betul cakap Siti! Kesihatan kita juga terjamin kerana tempat pembiakan
nyamuk Aedes dapat dihapuskan semasa aktiviti bergotong-royong. Maka,
kes demam denggi dapat dielakkan.” kata Ah Chong.
“Betul, betul, betul bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada
mengubati,” kata Muthu.
“Ayuh kita pergi ke Dewan Orang Ramai Kampung Muhibah!” ajak Ah
Chong.
Sebaik sahaja mereka tiba di Dewan Orang Ramai Kampung
Muhibah, ramai penduduk kampung sudah berkumpul di sana. Selepas
penghulu kampung memberi sepatah dua kata, ahli jawatan kuasa pun
mengagihkan tugasan kepada penduduk. Antara tugasan yang diagihkan
ialah membersihkan longkang, menanam pokok, memotong rumput dan
sebagainya. Ada juga penduduk yang bertanggungjawab untuk
membersihkan taman permainan kanak-kanak. Siti, Ah Chong dan Muthu
pula ditugaskan untuk mengutip sampah di sekeliling kampung.

“Wah! Saya amat kagum melihat penduduk Kampung Muhibah


berganding bahu membersihkan kawasan di sekitar kampung.” ujar Siti
dengan kagum.

“Penduduk Kampung Muhibah bekerjasama bagai aur dengan tebing


semasa menjalankan aktiviti gotong-royong tanpa mengira warna kulit,
agama dan jantina,” hairan Ah Chong.

“Kawan, terharu sangat melihat situasi ini! Situasi ini sudah pastinya amat
menambat hati pelancong asing yang melawat kampung kita,” kata
Muthu.

“Saya amat besar hati menjadi penduduk Kampung Muhibah kerana


penduduk saling membantu dan mengambil berat antara satu sama lain
tidak kira sama ada dalam aktiviti gotong-royong ini ataupun dalam
kehidupan harian,” katanya dengan besar hati kepada Siti.

“Saya juga……saya juga.” kata Muthu sambil mengangkuk kepala.

“Itulah semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan penduduk


Kampung Muhibah,” katanya Ah Chong dengan bangganya.

Secara tidak sengaja, Muthu terlihat sampah bertaburan di satu kawasan


yang agak sempit.

“Kawan-kawan, ayuh kita mengutip sampah yang bertaburan di kawasan


sekangkang kera itu!” kata Muthu.

“Baik, Muthu! Jom kita buat.” kata Ah Chong.

Pada pukul 12 tengah hari, kawasan Kampung Muhibah kelihatan begitu


bersih dan ceria. Walaupun berasa letih, penduduk kampung tetap berasa
gembira kerana kampung mereka kini telah Berjaya mengeratkan tali
silaturahim penduduk kampung.

Anda mungkin juga menyukai