Anda di halaman 1dari 16

KOLEJ VOKASIONAL BINTULU

PORTFOLIO (BUKU SKRAP)

TAJUK : PENYEBARAN BERITA PALSU

NAMA PELAJAR: (-)

NO KAD PENGENALAN:(-)

PROGRAM: MTK 1SEM 1

SEMESTER: 1
KOD & NAMA KURSUS: A07100 & PENDIDIKAN MORAL

NAMA PENSYARAH: CIKGU DAYANGKU NORIZAN BINTI AWANG SAHARI

SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN

1.0 PENGENALAN: TAKRIFAN BERITA PALSU

2.0 KAJIAN KES BERITA PALSU

2.1 BERITA PALSU 1

2.2 BERITA PALSU 2

2.3 BERITA PALSU 3

2.4 BERITA PALSU 4

2.5 BERITA PALSU 5

3.0 KEPENTINGAN PENGGUNAAN MAKLUMAT YANG SAHIH

4.0 NILAI UNIVERSAL PENGGUNAAN MAKLUMAT YANG SAHIH

5.0 RUMUSAN

6.0 BIBLIOGRAFI
PENGHARGAAN.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Pendidikan Moral saya , CIKGU DAYANGKU
NORIZAN BINTI AWANG SAHARI kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk
menyiapkan projek kajian Pendidikan Moral ini . Saya juga ingin mengucapkan terima kasih untuk Ketua
Pensyarah ENCIK SAHIBI BIN SALLEH yang telah memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan
kajian ini selepas waktu sekolah .

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ayah dan ibu saya , CHRISTOPHER ANAK JELIAN dan
CAROLINE LANDAN ANAK GEORGE BATI yang memberi sokongan dan semangat untuk saya
menyelesaikan tugasan ini .

Terima kasih juga kepada rakan seperjuang atas kerjasama dan semangat yang diberikan.

1.0PENGENALAN: TAKRIFAN BERITA PALSU

Kita sering mendengar "Berita Palsu" . Apa itu Berita Palsu ? . Berita Palsu merupakan sejenis
kewartawanan kuning atau propaganda yang terdiri daripada penyebaran maklumat salah satu atau olok-olok
secara sengaja melalui media akhbar tradisional , media penyiaran mahupun media sosial dalam talian.

Terdapat banyak kesan negatif mengenai penyalahgunaan maklumat palsu ini.Pertama, syarikat
pengeluaran akan jatuh miskin.Ini kerana,Microsoft Corporation menurun berikutan aktiviti cetak
rompak.Kedua,sumber pendapatan negera akan berkurangan ia mempengaruhi cukai yang sepatutnya
dikenakan kepda syarikat tersebut.Oleh demikian syarikat tersebut tidak dapat dilakukan kerana pendapatan
syarikat tersebut merosot.Ketiga,kerja-kerja yang lain juga akan ikit terjejas yang dipercayai diakibatkan
maklumat dan data yang rosak akibat diserang virus komputer.

Hampir setiap hari kita mendengar berita di televisyen,telefon pintar atau di media massa , tetapi apakah
kita tahu ia maklumat yang sahih,benar dan tepat atau palsu dan tidak benar ? Sesuatu berita yang "viral" atau
popular tidak semestinya betul jadi,kita harus sentiasa memeriksa kesahihan maklumat itu lebih dari satu
kali.Kedua,kita juga mesti memastikan sumber maklumat berikut dari pihak yang benar atau tidak.Langkah
yang terakhir,bertanya kepada orang yang lebih layak contohnya pihak berkuasa .

2.0KAJIAN KES BERITA PALSU

2.1BERITA PALSU 1 : BANTUAN AWAL RAMADAN 2024


 

PERENGGAN 2 :

PERENGGAN 1 : Berdasarkan tajuk keretan akhbar ini, berita yang


dinyatakan adalah palsu.Berita yang sebenarnya
Keratan akhbar ini mengatakan, Terdapat
adalah,menurut kenyataan Kementerian Kewangan
Bantuan Awal Ramadhan 2024
(MOF) menegaskan bahawa maklumat Bantuan
Ramadan 2024 adalah PALSU.MOF juga
berpesan kepada orang ramai agar berhati-hati
dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang
berita sebegini di media sosial.
2.2BERITA PALSU 2 : PEMBAYARAN STR FASA 2 MASIH KEKAL PADA BULAN APRIL 2024
 

PERENGGAN 2 :
PERENGGAN 1 :
Berdasarkan tajuk keratan akhbar ini , berita yang
Keratan akhbar ini mengatakan, Pembayaran dinyatakan adalah palsu.Berita yang sebenarnya
Sumbangan Tunai Rahmah(STR) fasa 2 akan adalah Kementerian Kewangan menegaskan
diawalkan pada hujung bulan Mac pada tahun bahawa tiada pengumuman rasmi dibuat bahawa
2024 pembayaran Sumbang tunai Rahmah(STR) Fasa 2
akan diawalkan pada hujung bulan Mac
2024.Kementerian kewangan juga mengatakan
bahawa tiada sebrng perawalan pembayaran
Sumbangan Rahmah (STR) pada bulan Mac yang
disahkan oleh mereka.
2.3BERITA PALSU 3 : PANGGILAN YANG MENYAMAR SEBAGAI PEGAWAI CYBERSECURITY
MALAYSIA
 

PERENGGAN 2 :

Berdasarkan tajuk keratan akhbar ini , berita


PERENGGAN 1 : yang dinyatakan adalah palsu.Berita yang
sebenarnya adalah CyberSecurity Malaysia
Keratan akhbar ini mengatakan,sebuah panggilan mengesa orang ramai supaya lebih berhati-hati
yang menyamar sebagai Pegawai CyberSecurity dengan penyamaran yang dibuat melalui
Malaysia panggilan telefon sebagai CyberSecurity
Malaysia.Untuk maklumat, CyberSecurity
Malaysia tidak membuat sebarang panggilan
telefon, seperti yang didakwa malah tidak
menghantar mesej pesanan ringkas melalui
SMS, Whatsapp atau mana-mana platform
media social dan juga e-mel
2.4BERITA PALSU 4 : WARGA ASING MENGGUNAKAN SURAT DAN LOGO MAJLIS KESELAMATAN
NEGARA KESELAMATAN NEGARA(MKN)UNTUK MEMINTA WANG
 

PERENGGAN 2 :

Berdasarkan keratan tajuk keratan akhbar ini berita


yang dinyatakan adalah palsu.Berita yang
PERENGGAN 1 :
sebenarnya adalah Majlis Keselamatan
Keratan akhbar ini mengatakan,warga asing yang Negara(MKN), Jabatan Perdana Menteri
menyalah gunakan surat dan logo Majlis (MKN.JPM) menerima aduan mengenai seorang
Keselamatan Negara (MKN)untuk meminta duit individu warga asing yang menggunakan nama dan
logo MKN , JPM untuk meminta dan menerima
wang dari orang perseorangan atau organisasi bagi
tujuan tertentu. MKN , JPM menafikan sebarang
lantikan wakil dan individu asing dalam menjalankan
apa-apa kegiatan terutamanya melibatkan kutipan
wang.
2.5BERITA PALSU 5 : SISTEM PANGKALAN DATA UTAMA(PADU) TELAH PUN DIGODAM
 

PERENGGAN 2 :
PERENGGAN 1 :
Berdasarkan keratan tajuk keratan akhbar ini berita
Keratan akhbar ini mengatakan, pangkalan data yang dinyatakan adalah palsu.Berita yang
utama telah digodam sebenarnya adalah,dari kenyataan Pangkalan Data
Utama(PADU) telah menasihatkan orang ramai agar
menghentikan penyebaran maklumat yang tidak
sahih tersebut.PADU tidak akan kompromi
keselamatan data rakyat.

3.0KEPENTINGAN PENGGUNAAN MAKLUMAT YANG SAHIH

Penggunaan maklumat yang sahih mempunyai kepentingan yang tersendiri terutamanya untuk
kesejahteraan, keselamatan dan keharmonian negara.Kepentingan penggunaan maklumat yang sahih yang
pertama ialah mampu memperluaskan ilmu pengetahuan untuk diri, masyarakat,dan juga negara.Hal ini
demikian kerana mampu membuka akal fikiran masyarakat atau warga untuk berfikir akan kesan yang akan
berlaku.

Selain itu,dapat membantu diri dan pihak lain menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.Tidak
dinafikan bahawa, masyarakat yang saling mengambil berat diantara satu sama lain tidak akan membiarkan
masalah mereka semakin menjadi-jadi, contohnya ketika ada pergaduhan di rumah panjang "Tuai Rumah"
tidak akan membiarkan pergaduhan begitu sahaja kerana dalam dirinya ada terpupuk sikap baik hati,
bertanggungjawab , dan risau . Begitu juga dengan masyarakat yang akan saling membantu untuk
menyelesaikan masalah untuk kebaikan bersama.

Seterusnya, penggunaan maklumat yang sahih dipercayai mewujudkan masyarakat yang harmoni dan
saling mempercayai satu sama lain.Hal ini kerana,kerana tidak ada terwujud penyebaran palsu yang mampu
membuat kepercayaan orang musnah terhadap dirinya.Sebagai contoh "Mak cik Bawang" yang sering
membawa berita palsu dan dipercayai tidak disuka orang ramai kerana mulut mereka.Bak kata peribahasa
"Kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa" bukan sahaja merugikan diri malah dibenci orang
ramai.

Di samping itu, kepentingan penggunaan maklumat yang sahih dapat mengembangkan budaya ilmu yang
tepat,benar,betul,sahih, berfakta dan mutakhir.Penyebaran yang sahih mendatangkan kebaikan yang
banyak.Sebagai contohnya, masyarakat akan mengetahui info yang benar dan boleh berkongsi maklumat
kepada orang lain dengan benar dan tidak menghiraukan lagi ia palsu atau bukan.

Akhir kata, Kepentingan Penggunaan Maklumat Yang Sahih akan menimbulkan banyak kebaikan dalam
diri, masyarakat, dan rakyat.Bahkan mengelakkan buruk sangka dan merapatkan hubungan antara anggota
keluarga,rakan dan masyarakat serta membantu diri dan pihak lain menyelesaikan masalah salam kehidupan
seharian.

4.0NILAI UNIVERSAL PENGGUNAAN MAKLUMAT YANG SAHIH

Nilai moral yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian bagi mengelakkan perbuatan menyampaikan
maklumat yang salah yang pertama adalah nilai Kepercayaan Kepada Tuhan.Nilai kepercayaan ini bermaksud
keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan
agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.Sebagai contoh, seseorang itu akan berfikir
kesan dari setiap perbuatan yang dia lakukan sama ada memberi kesan baik mahupun buruk , kerena ajaran
agama dan kepercayaan agama telah terpupuk dalam diri nya.

Nilai moral yang kedua adalah "Bertanggungjawab".Nilai bertanggungjawab bermaksud kesanggupan


untuk melakukan atau melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.Sebagai contoh , seseorang itu
harus mempunyai sikap bertanggungjawab dalam dirinya.Ini kerana bahawa jika terpupuk sikap ini dalam
dirinya akan terwujud rasa untuk melakukan kerja yang mendatangkan kebaikan semua.

Nilai moral yang ketiga adalah kejujuran.Nilai Kejujuran bermaksud bercakap benar , bersikap amanah ,
dan ikhlas dalam setiap perlakuan . Sebagai contohnya bersikap jujur dalam menyampaikan sebarang
maklumat kepada orang lain dan bercakap benar berdasarkan apa yang berlaku.Hal ini demikian agar orang
lain juga tidak mendapat berita palsu dan menyebarkan kepada orang lain dan orang lain juga berasa senang
bersama kita.

5.0RUMUSAN

Saya berharap agar penyalahgunaan maklumat dan penyebaran Berita Palsu tidak semakin berleluasa untuk
kebaikan semua.Ketahuilah ia tidak membawa sebarang kebaikan bahkan membawa kemalangan serta
keburukan kepada diri kita dan orang lain.Saya juga ingin berpesan kepada orang lain agar tidak mudah
terpedaya dengan apa yang tidak pasti ingatlah "Tidak Pasti Jangan Kongsi".

Saya juga ingin berpesan kepada orang ramai agar tidak mudah mempercayai sebarang berita jika tidak
tahu mengetahuinya lebih dalam.Orang ramai jugak boleh bertanya kepada pihak berkuasa jika ingin
mendapat kepastian yang lebih sahih.Sekiranya mendapat berita palsu boleh laporkan berita tersebut kepada
pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan yang patut.

Jadi akhir kata,saya meminta kerjasama orang ramai agar berfikir jauh jika ingin melakukan kerja yang
tidak mendatangkan sebarang kebaikan iaitu menyebarkan berita palsu.Ini sama sekali tidak memberi
kebaikan.Marilah kita bersama-sama membendung masalah penyebaran maklumat palsu untuk kebaikan dan
keamanan negara.

6.0BIBLIOGRAFI

Internet
upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/22/

image.slidesharecdn.com/etkapenyalahgunaan-150225..

https://id.scribd.com

sebernya.my

Anda mungkin juga menyukai