Anda di halaman 1dari 1

INOVASI DIGITAL DALAM PERKHIDMATAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PENGENALAN
Laman sesawang Klinik Kerjaya ini telah dibangunkan dengan menggunakan
aplikasi Wixsite yang dapat memudahkan pengguna mengakses laman
sesawang ini. Laman sesawang ini dibangunkan adalah bertujuan untuk
membantu pengguna meneroka personaliti dan potensi diri dalam merancang
kehidupan yang lebih baik.

PERNYATAAN MASALAH
Kecelaruan personaliti dan kekeliruan untuk memilih laluan kerjaya adalah antara
isu yang sering dialami oleh murid di sekolah. Mereka tidak didedahkan kepada
maklumat asas seperti jenis personaliti dan pekerjaan yang sesuai dengan
personaliti mereka. Oleh itu, laman sesawang ini diwujudkan bagi membantu
mereka mengetahui maklumat tersebut dan membuat pilihan laluan kerjaya.

KEPENTINGAN KAJIAN
Daripada kajian yang saya telah jalankan, saya dapat mengenal pasti punca-
punca utama mengapa pelajar sekolah menengah mengalami kesulitan dalam
memilih laluan kerjaya. Hal ini telah membantu saya dalam merancang inisiatif
terbaik dalam menyebarkan maklumat tentang Bimbingan dan Kaunseling
Kerjaya kepada pelajar sekolah menengah.

IMPAK KAJIAN
Laman sesawang Klinik Kerjaya ini dapat membantu pengguna dalam memilih
laluan kerjaya berdasarkan personaliti mereka. Klinik Kerjaya ini juga dapat
mengelakkan pengguna membuat pilihan tentang laluan kerjaya yang tidak
sesuai dengan personaliti mereka.

Maklumat lanjut, sila hubungi: KAMAL AIMAN BIN KHAIRUL AZRI [017-928 2013]

Anda mungkin juga menyukai