Anda di halaman 1dari 7

PDSB SmartTag and Touch N

Go Guide
PARADIGM DISCOVERY SDN BHD
(773163-M)
12-1 Jalan 3, Taman Seri Merdeka
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-4287 8846 Fax: 03-4296 8846
Penyediaan SmartTag dan kad Touch N’ Go sebelum
memandu
▪ SmartTag dan TouchNGo harus disimpan di dalam storan yang selamat dan mudah diakses.

▪ SmartTag dan TouchNGo harus diletakkan di dalam pendakapnya atau di papan pemuka kereta jika lorong
SmartTag digunakan.

▪ Sekiranya tol tidak terdiri daripada lorong SmartTag, perlahankan/berhentikan kenderaan dan keluarkan kad
TouchNGo sebelum meneruskan ke lorong TouchNGo. Jangan melakukannya semasa kenderaan bergerak
(Sebaiknya, perlahankan kenderaan, gunakan isyarat kereta, berhenti di bahu jalan dan teruskan
melakukannya).

▪ Jika terdapat SmartTag atau Kad Touch N’ Go terjatuh di dalam kereta, sila:
I. Perlahankan kenderaan
II. Menggunakan signal dan berhenti di bahu jalan dengan selamat
III. Sebaik sahaja kenderaan berhenti, kutip barang yang terjatuh (tidak dibenarkan mengutip apa-apa barang
yang terjatuh jika kenderaan masih berjalan)
IV. Meneruskan perjalan anda dengan selamat

▪ Untuk mengelakkan segala kesulitan dan memastikan perjalanan lancar untuk pemandu dan
penumpang , sediakan perjalanan anda terlebih dahulu. Ketahui tol mana yang terdiri daripada lorong
SmartTag dan yang mana tidak.
Penyimpanan SmartTag
▪ Semasa SmartTag tidak digunakan, SmartTag harus disimpan di tempat yang selamat di dalam kenderaan, jauh dari
pandangan untuk mengelakkan kemungkinan berlaku kecurian.

▪ SmartTag tidak boleh dibiarkan dalam keadaan panas.

▪ SmartTag harus disimpan di ruangan yang mudah dicapai oleh pemandu.

▪ Diserlahkan dengan warna biru adalah lokasi penyimpanan SmartTag yang dicadangkan.

▪ Sila simpan SmartTag selepas perjalanan berakhir. (bukan semasa memandu).

Petak rehat tangan Storan tengah kereta ‘Glove Compartment’ Storan Bawah Aircon Storan Bawah
Stereng Kereta
Posisi meletakkan SmartTag
Sekiranya pendakap SmartTag
tidak disediakan, letakkan di
permukaan rata dan mudah
dikesan oleh lorong SmartTag.

Letakkan SmartTag
pada pendakap
cermin depan jika
pendakap
disediakan.
Keselamatan untuk pemanduan umum / tips
semasa melalui tol
▪ Kurangkan kelajuan kenderaan anda dan jaga jarak yang
selamat dari kenderaan depan ketika melalui lorong.

▪ Sila gunakan interkom untuk mendapatkan bantuan


daripada kakitangan plaza tol.
▪ Pastikan Baki Kad yang mencukupi.
▪ Sila lihat skrin Petunjuk Harga Tol, untuk memeriksa baki
kad anda semasa memandu melalui Lorong SmartTAG.

▪ Periksa Tahap Bateri SmartTAG.


▪ Bateri Rendah akan menyebabkan gagal digunakan. Oleh
itu, ganti bateri anda apabila anda mendengar bunyi "bip“
yang berterusan.
Penambahbaikan dan Aksesori Keselamatan yang akan dipasang oleh
PDSB dalam jangka masa yang akan datang

▪ Alternatif yang dijamin lebih selamat dan mudah untuk


SmartTag yang digunakan sekarang.
Penambahbaikan dan Aksesori Keselamatan yang akan dipasang oleh
PDSB dalam jangka masa yang akan datang

▪ Reka bentuk dashcam ramping baru dan lebih baik/kemas/wayar


dinyorok dengan kemas.

Anda mungkin juga menyukai