Anda di halaman 1dari 1

JP/PADU/100-15/1/1 ( )

AKUAN PEMATUHAN KERAHSIAAN


Profil Individu Pangkalan Data Utama (PADU)

Saya………..............................................................................................................................................
. (HURUF BESAR)

Nombor Kad Pengenalan ……………..…………………………………. dari Kementerian/ Jabatan/


Agensi...............................................................................................adalah dengan sesungguhnya dan
(HURUF BESAR)
sebenarnya berjanji bahawa saya:
i. akan mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,
Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling, peraturan dan arahan lain yang
dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh
perkhidmatan saya dengan Kerajaan;
ii. telah membaca, memahami dan akur akan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam
Dasar Keselamatan ICT Jabatan;
iii. akan menggunakan profil peribadi individu hanya bagi tujuan pelaksanaan Pangkalan Data
Utama (PADU) sahaja;
iv. tidak mempunyai kepentingan peribadi terhadap profil peribadi individu;
v. tidak akan mendedahkan kepada mana-mana orang atau badan atau entiti, apa-apa maklumat
yang didedahkan kepadanya berkaitan profil peribadi individu tanpa mengira bentuk;
vi. akan menentukan dan melaksanakan langkah-langkah kawalan yang berkesan untuk menjaga
kerahsiaan profil peribadi individu daripada pihak yang tidak diberi kuasa, penggunaan, salinan
atau penyebaran;
vii. akan sentiasa melaksanakan tugas saya sebagai pegawai dengan cermat, bersungguh-
sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab;
viii. tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai bagi faedah diri saya sendiri;
ix. tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk
menyokong atau memajukan tuntutan saya atau tuntutan pegawai lain yang berhubungan
dengan perkhidmatan awam; dan
x. tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar
perintah.

Saya sesungguhnya akan mematuhi prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Akta Rahsia
Rasmi 1972; dan sekiranya saya didapati melanggar mana-mana klausa di bawah akuan ini, tindakan
undang-undang boleh diambil ke atas diri saya berdasarkan peruntukan undang-undang bertulis,
berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

Tandatangan Pegawai : …………………………………………………..


Jawatan Pegawai : …………………………………………………..
Tarikh : …………………………………………………..

Pengesahan Penyelaras Negeri

Tandatangan Penyelaras Negeri : …………………………………………………..


( )
b.p Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi
Tarikh : …………………………………………………..
Cop Rasmi Jabatan :

Anda mungkin juga menyukai