Anda di halaman 1dari 1

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PANDUAN RINGKAS BAGAIMANA MENULIS ULASAN BUKU


Langkah-langkah penting

 Mulakan dengan memberikan satu ringkasan (ringkas dan padat) tentang buku/artikel
yang anda pilih (tumpu kepada isi kandungan tulisan ini tentang apa?)
 Pilih aspek/isu yang paling menonjol dalam buku ini
 Beri ulasan kritis tentang isu yang ditonjolkan itu. Perbincangan akan berlegar
kepada aspek kekuatan dan kelemahan yang anda dapat kesan dalam
perbincangan pengarang tentang isu tersebut: Kekuatan dan kelemahan ini boleh
disorot dari aspek-aspek ini, contohnya,
o Adakah sumber yang digunakan untuk menyampaikan isu itu kukuh dan
menyeluruh
o Adakah penafsiran itu kukuh yakni telah merujuk kepada pelbagai sumber dan
dengan membandingkan dengan tulisan-tulisan lain tentang isu itu
o Memasukkan argumen anda tentang isu yang dikaji berdasarkan pembacaan
anda sendiri.
 Cari buku-buku/artikel yang serupa sebagai perbandingan pandangan
 Buat kesimpulan yang dapat merumuskan pandangan anda terhadap buku/artikel itu,
contoh:
o Sebuah tulisan yang baik dan penting kepada pemahaman tentang isu yang
dikaji
o Sebuah tulisan yang baik dan penting kepada pemahaman tentang isu yang
dikaji namun mempunyai kelemahan dari segi…. Walaupun demikian, kajian
ini tetap penting sebagai rujukan….
 Berikan penilaian akhir: rating: contohnya, “ a must read” book
 Masukkan bibliografi
*Catatan: notakaki tidak perlu dimasukkan. Memadai dengan memasukkan bibliografi
sahaja (sumber: buku dan artikel yang anda rujuk untuk menulis ulasan ini).

Disediakan oleh tenaga pengajar HSM 216


25 Mac 2023

Anda mungkin juga menyukai