Anda di halaman 1dari 5

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS SARAWAK 2024

1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

KEJOHANAN ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia


( KOAM ), Peraturan - Peraturan AM Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM ) dan Peraturan Kejohanan Merentas Desa
Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM ) dan MSS Sarawak.

2.0 JENIS PERTANDINGAN / KATEGORI / JARAK LALUAN

2.1 Pertandingan akan dijalankan secara Individu dan Berpasukan

2.2 Kumpulan Umur dan Kategori adalah seperti berikut:

Kategori Peringkat Umur Jarak

BAWAH 18 TAHUN LELAKI


A 8 km
BAWAH 18 TAHUN PEREMPUAN
B 6 km
BAWAH 15 TAHUN LELAKI
C 6 km
BAWAH 15 TAHUN PEREMPUAM
D 6 km
BAWAH 12 TAHUN LELAKI
E 4 km
BAWAH 12 TAHUN PEREMPUAN
F 4 km

3.0 PENGESAHAN PESERTA - PESERTA / TURUTAN KEJOHANAN

3.1 HARI PERTAMA

3.1.1 Melaporkan diri

3.1.1.1 Hari pertama melapor diri

3.1.1.2 Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pengelola semasa melaporkan diri
dan dapatkan maklumat trek laluan untuk latihan pengenalan tre

3.2 HARI KEDUA

3.2.1 Pengenalan Trek - Semua Pasukan

3.2.1.1 Hari kedua sebelah pagi ( mana yang sesuai )

3.2.2 Mesyuarat Pengurus pasukan.


3.2.2.1 Pada sebelah pagi hari kedua.

3.2.2.2 Pengesahan Senarai Peseta dijalankan semasa mesyuarat.

3.2.2.3 Undian lorong pasukan mengikut kategori.

3.3 HARI KETIGA

3.3.1 Melapor diri

3.3.1.1 Semua peserta mesti melapor diri 45 minit sebelum masa pertandingan.

3.3.2 Pertandingan pada awal pagi

3.3.3 Majlis penutupan dan Penyampaian Hadiah

4.0 PENDAFTARAN PESERTA

4.1 Setiap pelajar yang didaftarkan hendaklah Warga Negara Malaysia dan Bukan Warganegara dengan 5 peserta bagi
tiap kategori.

4.2 Pendaftaran peserta hendaklah merujuk kepada Peraturan AM MSSM (Perkara 5).

4.3 Borang penyertaan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada pengelola pada atau sebelum 7 hari
kejohanan.

4.4 Semua peserta diwajibkan mengisi dan membawa surat Kebenaran Waris yang lengkap.

4.5 Semua peserta perlu mengisi Borang MO1 bagi peserta sekolah menengah dan Borang RO1 untuk peserta sekolah
rendah yang di isi dari sistem SMIS kemudian dicetak.. Borang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan beserta
gambar dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan sekolah asal peserta dan Setiausaha Agung
Majlis Sukan Sekolah Gabungan masing-masing.

4.6 Peserta-peserta Kategori 18 Tahun Ke Bawah dan 15 Tahun Ke Bawah WAJIB membawa Kad Pengenalan asal
atau setaraf dengannya sebagai Pengesahan Rasmi. Surat Akuan, Surat Sumpah dan sebagainya TIDAK AKAN
DITERIMA ( Rujuk Peraturan Am 4 MSSM ).Semua peserta Sekolah menengah perlu sediakan salinan fotostat kad
pengenalan yang disahkan oleh Pengetua/Penolong Kanan sekolah.

4.7 Peserta-peserta kategori 12 Tahun Ke Bawah perlu membawa salinan Sijil Lahir yang disahkan oleh Guru Besar
atau Penolong Kanan Sekolah Asal. Borang yang tidak lengkap dan tiada cop jawatan Guru Besar dan Penolong
Kanan tidak akan diterima.

4.8 Pasukan boleh mendaftarkan 1 orang peserta lelaki dan 1 orang peserta perempuan Pelajar tingkatan 6 atas dalam
kategori 18 tahun dengan syarat mematuhi peraturan Am ( Perkara 3 ) dan peraturan Am ( Perkara
5 ).Walaubagaimanapun, peserta ini tidak akan dipilih untuk mewakili MSS Sarawak ke peringkat kebangsaan.

Pendaftaran menggunakan sistem SMIS (kata laluan dan Password akan diedarkan
kemudian)

4.9 Tarikh Tutup Penyertaan: XXXXX 2024.

4.10 Semua borang pendaftaran perlu diemail ke pegawai di bawah;


4.10.1 Unit Sukan,
Pejabat Pendidikan Daerah Lubok Antu

5.0 PENETAPAN PUNGUTAN MATA BAGI ACARA BERPASUKAN

5.1 Daripada 5 peserta yang berlari, prestasi / pencapaian terbaik 4 orang peserta yang menamatkan larian akan diambil
kira untuk menentukan kedudukan pasukan. Pasukan yang mendaftar kurang daripada 4 orang peserta tidak lagi
untuk dipertimbangkan dalam acara berpasukan dan agreget keseluruhan. Walaubagaimanapun, semua peserta
layak untuk dikira bagi kategori individu.

5.2 Pasukan yang mendapat agreget terendah akan diisytiharkan sebagai pemenang.

5.3 Jika berlaku seri penamat yang kelima terbaik akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

6.0 PENENTUAN JUARA KESELURUHAN

6.1 Juara keseluruhan merentas desa adalah berdasarkan kepada jumlah agreget yang terendah dikumpulkan daripada
enam kategori

6.2 Jika berlaku seri, pasukan yang mendapat bilangan Johan berpasukan yang terbanyak akan dikira sebagai
pemenang.

6.3 Jika berlaku seri jua, tempat kedua dan berikutnya akan diambil kira sebagai pemenang.

7.0 HADIAH - HADIAH

7.1 Bagi acara Individu

7.1.1 Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga kedua belas bagi setiap kategori.

7.2 Bagi Acara Berpasukan

Piala Johan, Naib Johan dan Ketiga.

7.3 Piala pusingan akan diberikan kepada kontinjen yang menjadi Johan Keseluruhan dan piala iringan untuk Johan,
Naib Johan dan Ketiga

8.0 NOMBOR PESERTA

8.1 Setiap peserta hendaklah memakai nombor pengenalan di bahagian hadapan dan belakang badan dan hendaklah
disematkan pin pada keempat-empat sudut kain.

8.2 Setiap Pasukan dikehendaki menyediakan nombor peserta sendiri mengikut warna dan nombor yang ditetapkan
dalam 8.3

8.3 Penetapan nombor adalah seperti berikut:

Ketegori L18 P18 L15 P15 L12 P12


Warna PASUKAN HUR
Hitam Hitam Merah Merah Biru Biru
Tulisan UF
1 KUCHING K K001- K010 K011-K020 K021-K030 K031-K040 K041-K050 KO51-K060

2 SRI AMAN A A071-A080 A091-A100 A101-A110 A111-A120 A121-A130 A131-A140

3 SIBU S S141-S150 S151-160 S161-S170 S171-S180 S181-S190 S191-S200

4 MIRI M M201-M210 M211-M220 M221-M230 M231-M240 M241-M250 M251-M260

5 LIMBANG L L261-L270 L271-L280 L281-L290 L291-L300 L301-L310 L311-L320

6 SARIKEI R R321-R330 R331-R340 R341-R350 R351-R360 R361-R370 R371-R380

7 KAPIT P P381-P390 P391-P400 P401-P410 P411-P420 P421-P430 P431-P440

8 BINTULU T T441=T450 T451-T460 T461-T270 T471-T480 T481-T490 T491-T500


SAMARAH
9 AN
C C501-C510 C511-520 C521-T530 C531-C540 C541-C550 C551-T560

10 MUKAH H H561-H570 H571-H580 H581-H590 H591-H600 H601-H610 H611-H620

11 BETONG B B631-B640 B641-B650 B651-B660 B661-B670 B671-B680 B681-B690

12 SERIAN D D691-D700 D701-D710 D711-D720 D721-D730 D731-D740 D741-D750

Semua MSS Bahagian diminta untuk menyediakan nombor peserta dan pin sendiri mengikut agihan di atas untuk kelas,
jantina dan Gabungan. Nombor-nombor tersebut mestilah dicetak di atas kain putih yang berukuran 20cm X 14cm dengan
tulisan berwarna ( Mengikut agihan warna diatas) ‘Arial Narrow Bold’.

9.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA

9.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 45 minit sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan
berlangsung

9.2 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada
setiap penjuru di baju lari masing-masing

10.0 MEMANASKAN BADAN

Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan

11.0 PAKAIAN

11.1 Peserta hendaklah berpakain sesuai dan kemas serta berkasut sewaktu mengambil bahagian dan pada majlis
penyampaian hadiah

11.2 Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah dan tidak menjolok mata

12.0 BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOAM, kecuali perkara berikut :
18.1 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta yang tidak dapat diselesaikan dengan
memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan
( under protest ) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSSM kelak.

18.2 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan
dengan serta merta dan tidak lewat daripada

18.2.1 Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan

18.2.2 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang Pertaruhan sebanyak RM
200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja )

13.0 HAK - HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

13.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola
dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Olahraga MSS Sarawak, berhak meminda susunan acara
jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu.

13.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-Undang
Olahraga KOAM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSM atau Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan
Olahraga MSSM. Termasuk TIDAK MEMBENARKAN penglibatan pelajar warga asing dalam kejohanan ini

14.0 HAL - HAL LAIN

14.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan
DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.

14.2 Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK
SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN
PENGURUS KEJOHANAN.

14.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota
badan / harta benda / sebarang kecederaan lain berlaku :

14.3.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke tempat pertandingan.
14.3.2 Semasa kejohanan dijalankan
14.3.3 Di dalam dan di luar kawasan stadium/tempat pertandingan.
14.3.4 Di tempat-tempat penginapan

14.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi
memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.

Anda mungkin juga menyukai