Anda di halaman 1dari 4

SOALAN KUIZ MINGGU ANTI DADAH

PERINGKAT SEKOLAH RENDAH


SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI MAHMUD
31200 CHEMOR, PERAK DARUL RIDZUAN.

NAMA:___________________________ KELAS:____________

Soalan Kuiz Tahap 2 ( Tahun 4, 5 dan 6)

1. Paracetamol adalah sejenis _____

A. Racun
B. Inhalan
C. Ekstesi
D. Ubat

2. Pilih pernyataan yang salah mengenai punca merokok:

A. Pengaruh daripada kawan-kawan


B. Ingin mencuba
C. Galakan ibu bapa
D. Pengaruh iklan

3. Nyatakan cara melindungi diri daripada ancaman dadah.

A. berfikiran positif dan kekuatan moral serta displin


B. makan dan tidur
C. disko dan lepak
D. ponteng dan lari dari rumah

4. Pil ______ atau pil yaba juga tergolong dalam kategori dadah
A. rusa
B. harimau
C. kuda
D. keldai

5. Selain dari segi kesihatan, merokok juga memberi kesan dari


segi _____

A. ekonomi
B. suara
C. gaya
D. ingatan
6. Beri 3 tanda-tanda penagihan dadah.
7. Beri 3 akibat menagih najis dadah.
8. Beri 3 kawasan tumpuan penagih dadah.
9. Lengkapkan jenis-jenis dadah di bawah:
a) G___ ___ J___
b) KO___ ___ ___ N
c) H ___ ___ O ___ N
d) EC___ ___ ___S ___

SILA HANTAR KERTAS JAWAPAN ANDA KEPADA CIKGU


IDA NORINI SELEWAT-LEWATNYA
PADA HARI JUMAAT 14 FEBRUARI 2014.
SELAMAT MENCUBA!

DARI :Unit Bimbingan dan Kaunseling SKHMC

SOALAN KUIZ MINGGU ANTI DADAH


PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI MAHMUD


31200 CHEMOR, PERAK DARUL RIDZUAN.

NAMA:___________________________ KELAS:____________
BULAN ANTI DADAH

Skema Jawapan untuk Soalan Kuiz Tahap 2 ( Tahun 4, 5 dan 6)

4. Paracetamol adalah sejenis _____

A. Racun
B. Inhalan
C. Ekstesi
D. Ubat

5. Pilih pernyataan yang salah mengenai punca merokok:

A. Pengaruh daripada kawan-kawan


B. Ingin mencuba
C. Galakan ibu bapa
D. Pengaruh iklan

6. Nyatakan cara melindungi diri daripada ancaman dadah.

A. berfikiran positif dan kekuatan moral serta displin


B. makan dan tidur
C. disko dan lepak
D. ponteng dan lari dari rumah

4. Pil ______ atau pil yaba juga tergolong dalam kategori dadah

A. rusa
B. harimau
C. kuda
D. keldai

5. Selain dari segi kesihatan, merokok juga memberi kesan dari segi _____

A. ekonomi
B. suara
C. gaya
D. ingatan

10. Beri 3 tanda-tanda penagihan dadah.


 kemerosotan kehadiran ke sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin, dan hasil kerja
 meradang tidah tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya
 mengelakkan diri daripada tanggungjawab
 tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki
 hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu
 parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja
 berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah
 meminta wang yang berlebihan daripada keluarga
 suka meminjam wang daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual di rumah, sekolah,
tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga
 selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan
tujuan mengih dadah
11. Beri 3 akibat menagih najis dadah.

Kesan fizikal
Kesan fizikal jika ketagihan dadah ialah kadar penafasan menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar dengupan
jantung berkurangan dan tubuh penagih akan menggigil akibat penurunan kadar metabolisme. Selain itu,
keadaan mata penagih juga akan menjadi kemerah-merahan serta kuyu dan berat badan penagih juga akan
mengalami penurunan secara mendadak.
Kesan mental dan emosi
Juga dipanggil dengan kesan psikologi iaitu kesan pergunaan dadah terhadap otak manusia. Penagih yang
mengambil dadah akan mengalami rasa khayal dan seolah-olah mereka tidak berpijak di alam nyata. Perasaan
ini akan berterusan selagi terdapat dadah ada di dalam badan penagih namun kesan-kesan khayal ini akan
hilang dan ini menyebabkan penagih perlu mengambil mengambil dadah secara berterusan. Namun, jika
penagih dadah tidak mendapat bekalan dadah mereka akan mengalami ”gian” iaitu ketagihan dadah, hidung
berair, perut berasa sakit dan pedih. Jika perasaan ”gian” penagih tidak dapat diatasi, kemungkinan besar
penagih akan bertindak ganas dan hilang kawalan emosi seperti penagih sanggup mencuri, memukul ibu
bapanya semata-mata untuk mendapatkan duit untuk membeli dadah.
Kesan sosial
Kebanyakkan penagih yang terlibat dengan najis dadah tidak berminat dan tidak mempedulikan
tanggungjawab terhadap kerjaya, keluarga dan masyarakat. Ini akan menyebabkan prestasi di tempat kerja
akan merosot, kehancuran dalam keluarga.
12. Beri 3 kawasan tumpuan penagih dadah.

tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan mengih dadah

13. Lengkapkan jenis-jenis dadah di bawah:


e) ganja
f) kokain
g) heroin
h) ecstasy

Anda mungkin juga menyukai