Anda di halaman 1dari 16

Risalah Amalan Bulan Rejab

 Risalah Amalan Bulan Rejab 

Muqaddimah

Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar,
tasbih, doa dan amalan-amalan lain, yang diambil dari beberapa kitab dan kutaib,
yang disusun untuk dimanfaatkan oleh diri Al-Faqir dan semua saudaraku seagama.
Sesungguhnya amalan-amalan ini seharusnya tidak ditinggalkan oleh Muslim
Mukmin dalam ubudiyyah dan perjalanannya kepada Allah  sepanjang bulan Rejab
yang penuh barokah dan mulia ini. Kepada para masyaikh dan pembaca yang
melihat kesalahan dan kekurangan yang ada padanya, mohon untuk
membetulkannya dan memberitahukannya kepada Al-Faqir dan diucapkan
Jazakumullahu khairal jaza’.

1
Risalah Amalan Bulan Rejab

 Ketika melihat anak bulan Rejab

 Apabila melihat anak bulan Rejab, bacalah:

(Sayyiduna Anas ibn Malik  mengatakan bahawa doa ini dibaca Nabi ketika
menjelang bulan Rejab. Riwayat Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab dan Ibn Abi ad-Dunya
dalam Mujab ad-Da’wah).

 Amalan malam awal Rejab (1 Rejab)

 Selepas sembahyang Maghrib dan selepas berwirid, bolehlah sembahyang


Sunat Mutlaq 10 rakaat. Pada setiap rakaat, dibaca selepas Surah Al-Fatihah,
Surah Al-Kafirun 1 kali dan Surah Al-Ikhlas 3 kali.

 Kemudian, bacalah Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar):

(Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membacanya dalam keadaan yakin pada


waktu petang, lalu meninggal dunia pada malamnya, maka dia akan dimasukkan ke
dalam syurga. Sesiapa yang membacanya dalam keadaan yakin ketika Subuh, lalu
meninggal dunia pada hari tersebut, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga.”
Riwayat Al-Bukhari)

2
Risalah Amalan Bulan Rejab

 Kemudian, bacalah doa Nabi Adam :

(Imam Al-Azraqi meriwayatkan dengan sanadnya, bahawa ketika diturunkan dari


syurga, Nabi Adam  telah melakukan tawaf 7 kali di sekeliling Ka’bah. Baginda 
kemudiannya bersembahyang 2 rakaat mengadap Ka’bah. Selepas itu, Baginda 
pergi ke Multazam dan berdoa dengan doa ini. Lalu Allah  mewahyukan kepada
Nabi Adam : “Wahai Adam, sesungguhnya engkau telah berdoa kepadaKu dengan
doa-doa dan Aku telah memperkenankannya. Tidaklah berdoa seseorang dari
kalangan anak cucumu dengannya, melainkan Aku hapuskan keresahan dan
kesusahannya. Aku tahan daripadanya barangnya yang hilang. Aku cabutkan
kefaqiran dari hatinya. Aku jadikan kekayaan di antara dua matanya. Aku kurniakan
kepadanya keuntungan setiap orang yang berniaga dan datang dunia kepadanya
dalam keadaan terpaksa, sekalipun dia tidak mahu kepada dunia tersebut.” Rujuk
Tarikh Makkah, Abu Walid al-Azraqi, 2/370 dan Fi Rihab al-Bait al-Haram, Al-
Muhaddith Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki, ms. 52. Sayyid Muhammad al-
Maliki mengatakan: “Sanad hadith ini baik.”)

 Kemudian, bacalah doa ini:

3
Risalah Amalan Bulan Rejab

(Sayyiduna Ali  meluangkan masanya untuk beribadah pada 4 malam dalam


setahun; malam awal bulan Rejab, malam ‘Aidul Fithri, malam ‘Aidul Adha dan
malam Nisfu Sya’ban dan ini adalah antara doa dibacanya pada malam tersebut.)

 Kemudian, bacalah doa ini:

(Sayyid al-Quthb ar-Rabbani, Syaikh Abdul Qadir al-Jilani berkata di dalam kitabnya
Al-Ghunyah li Tholib Thoriq al-Haqq, 1/236-237, bahawa doa ini dibaca pada awal
bulan Rejab. Rujuk juga Bada’i az-Zuhur, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain
al-Fathani, 2/65 dan Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan, Syaikh Ahmad bin
Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linggi, ms. 67-69)

4
Risalah Amalan Bulan Rejab

 Kemudian, bacalah istighfar ini:

5
Risalah Amalan Bulan Rejab

‫ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ‬

‫ﮢﮣﮤﮥﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪﮫﮬﮭ ﮮ‬

‫ﮯﮰ ﮱ﮲﮳﮴﮵﮶﮷ ﮸﮹﮺﮻‬

(Sayyid Hasan bin Abdullah al-Haddad ketika menghimpunkan istighfar ini,


menambah lagi:)

6
Risalah Amalan Bulan Rejab

‫ﮬﮭﮮﮯ ﮰ ﮱ ﮲﮳ ﮴ ﯗﯘ‬

‫ﯙ ﯚﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤﯥ ﯦ ﯧﯨ ﯩ‬

‫ﯪﯫ ﯬ ﯭ‬

(Lihat tambahan ini dalam Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan, Syaikh Ahmad bin
Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linggi, ms. 69-73 dan Amalan Bulan Rajab:
Manfaatkan Saat Mustajab, Majalah al-Kisah, Edisi 12/2009, ms. 16-18.

Diceritakan bahawa empunya istighfar ini ialah Abdullah ibn Asy-Syathori, seorang
yang terkenal fasiq, tetapi tidak pernah lupa membacanya setiap malam (waktu
akhir malam) di bulan Rejab, setelah sembahyang sunat 2 rakaat. Beliau akhirnya
dimuliakan jenazahnya oleh Allah . Oleh itu, Rasulullah meminta kepada
Sayyiduna Ali  untuk menulisnya. Rujuk Lum’ah al-Awrad, Syaikh Wan Ali ibn
Abdur Rahman al-Kelantani, ms. 54-62)

 Selepas Isya’, bacalah sebanyak 70 kali dengan mengangkat kedua tangan:

7
Risalah Amalan Bulan Rejab

(Syaikh Abdul Hamid al-Qudsi, seorang ulama yang mengajar di Masjidil Haram
dalam kitabnya, Kanzun Najah was Surur menjelaskan, bahawa Wahb bin
Munabbih berkata: “Aku telah membaca di dalam kitab-kitab Allah  yang
diturunkan menyatakan: Barang siapa membaca: Allahummaghfir li warhamni wa
tub’alayya”, (Ya Allah, ampunilah aku, sayangi aku dan terimalah taubatku) 70 kali
pagi dan petang, tubuhnya tidak akan tersentuh api neraka.” Rujuk juga Tuhfah al-
Awthon wa al-Ikhwan, Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-
Linggi, ms. 67)

 Khususnya pada malam ini, sangat dianjurkan memperbanyakkan istighfar.


Selain itu bersembahyang sunat, membaca Al-Quran, bersedekah, berzikir,
menghadiri majlis ilmu dan mana-mana amalan hasanat (kematian) yang
mentaqarrubkan diri kepada Allah .

 Amalan setiap hari dan malam di bulan Rejab sehingga hujung


bulan Rejab

 Membaca doa:

 Berpuasa sebanyak mana hari yang dimahu atau sepanjang bulan

(Berpuasa di bulan ini dan bulan-bulan haram (Al-Asyhur al-Hurum) mempunyai


fadhilat yang sangat besar. Terdapat hadith-hadith shahih tentang puasa pada bulan
Rejab antaranya riwayat Muslim, An-Nasa’i dan Abu Daud. Hadith-hadith lain
tentangnya termasuklah riwayat Al-Baihaqi dan Ibn Majah. Antara para ulama yang
membolehkan puasa pada bulan Rejab termasuklah Imam Izz ad-Din bin Abd as-
Salam (fatwa beliau tentangnya telah dinukilkan oleh Al-Imam al-Allamah Ibn Hajar
al-Haitami dalam kitabnya Al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah), Imam Nawawi
dalam Syarh An-Nawawi ala Shahih Muslim dan Al-Majmu’ dan juga ulama’ lain
yang ramai. Al-Imam al-Hafiz, Syaikh Ibn Rajab al-Hanbali pula menyebutkan di
dalam Latho’ifnya bahawa sebahagian daripada para Salaf, berpuasa sepenuh-
penuh bulan-bulan Haram di antara mereka Ibn Umar, Al-Hasan al-Bashri dan Abu
Ishaq as-Subaili. Sufyan ath-Tauri berkata: “Bulan-bulan haram, aku menyukai untuk
8
Risalah Amalan Bulan Rejab

berpuasa dalamnya.” (Rujuk Latho’if al-Ma’arif fi ma li Mawasim al-‘Am min al-


Wazha’if, ms. 120). Al-Fadhil, Tuan Guru Abdul Raof Bin Haji Nurin al-Bahanji al-‘Ali
telah mengupas dengan panjang lebar tentang puasa Rejab ini di dalam blog beliau:
http://pondoktampin.blogspot.com/. Rujuk juga perbahasan tentangnya di dalam
buku Al-Faqir, Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’, Selangor: Mawleed
Publishing, Cetakan Pertama, Januari 2011, ms. 511-516)

 Membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar) 3 kali pagi dan 3 kali


petang:

 Membaca doa Nabi Adam :

 Membaca istighfar sekali di antara Zohor dan Asar:

(Syaikh Shafwari menyebutkan bahawa diriwayatkan daripada Ibn Abbas, daripada


Nabi yang bersabda (mafhumnya), barang siapa membaca pada bulan Rejab,

9
Risalah Amalan Bulan Rejab

Sya’ban dan Ramadhan di antara Zuhur dan Asar kali bacaan di atas, Allah  akan
mewahyukan kepada dua Malaikat untuk membakarkan catatan kejahatannya dari
buku catitannya. Rujuk Bada’i az-Zuhur, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain
al-Fathani, 2/66-67)

 Membaca istighfar Abdullah ibn Asy-Syathori:

10
Risalah Amalan Bulan Rejab

‫ﮜﮝﮞﮟﮠﮡﮢﮣ‬

‫ﮤﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪﮫ ﮬﮭﮮ ﮯ‬

‫ﮰﮱ﮲﮳﮴﮵﮶ ﮷﮸﮹﮺﮻‬

(Sayyid Hasan bin Abdullah al-Haddad ketika menghimpunkan istighfar ini,


menambah lagi:)

11
Risalah Amalan Bulan Rejab

‫ﮬﮭﮮﮯ ﮰ ﮱ ﮲﮳ ﮴ ﯗﯘ‬

‫ﯙ ﯚﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤﯥ ﯦ ﯧﯨ ﯩ‬

‫ﯪﯫ ﯬ ﯭ‬

 Membaca sebanyak 70 kali pada waktu pagi dan 70 kali petang, dengan
mengangkat kedua tangan:

 Istighfar Shoghir (Istighfar Kecil) sebanyak 70 kali, terutamanya pada


waktu sahur.

 Bacalah Istighfar Kabir (Istighfar Besar) dinisbahkan kepada Sayyid Ahmad


ibn Idris, sebanyak 70 kali, terutamanya pada waktu sahur.

12
Risalah Amalan Bulan Rejab

 Membaca tasbih 100 kali:

 Membaca doa:

 Sepanjang bulan ini, siang dan malamnya, sangat dianjurkan


memperbanyakkan istighfar, selain semua amalan-amalan taqarrub kepada
13
Risalah Amalan Bulan Rejab

Allah ; membaca Al-Quran, bersedekah, berzikir, menghadiri majlis ilmu,


menziarahi orang-orang soleh, menyantuni fakir miskin dan anak-anak yatim
dan lain-lain.

 Amalan khusus mengikut hari

 Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari awal Rejab
hingga 10 Rejab:

 Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari 11 Rejab hingga
20 Rejab:

 Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari 21 Rejab hingga
30 Rejab:

(Fadhilat membaca tasbih-tasbih ini, mengikut hari 1-10, 11-20 dan 21-30 Rejab,
akan mendapat ganjaran pahala yang tidak terhingga. Rujuk Bada’i az-Zuhur,
Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, 2/65-66)

 Malam ke-27 Rejab:

 Sembahyang Mutlaq 2 rakaat. Setiap rakaat, selepas Surah Al-Fatihah


sekali, dibaca Surah Al-Ikhlas 20 kali.

 Selepas salam, bacalah Solawat ini sebanyak 10 kali:

14
Risalah Amalan Bulan Rejab

(Fadhilat: Sesiapa yang membaca doa ini pada malam ke-27 bulan Rejab, maka akan
diterima doanya, diangkat kedudukannya dan dihidupkan hatinya pada hari segala
hati menjadi mati. Rujuk Bada’i az-Zuhur, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain
al-Fathani, 2/66 dan Al-Bahjah al-Mardhiyyah, Muhammad bin Ismail Daudi al-
Fathoni, ms. 138-139)

 Bacaan ini dibaca sebanyak 35 kali pada hari Jumaat terakhir dalam bulan
Rejab, ketika khatib berada di atas mimbar:

(Syaikh Ali al-Ajhuri berkata: “Sesiapa membaca pada Jumaat terakhir dalam bulan
Rejab akan bacaan ini sebanyak 35 kali, maka tidak akan terputus rezekinya dari
dalam tangannya pada tahun itu.” Rujuk Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan, Syaikh
Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linggi, ms. 74)

15
Risalah Amalan Bulan Rejab

Rujukan:

Kitab Arab:
1. Latho’if al-Ma’arif fi ma li Mawasim al-‘Am min al-Wazha’if, Al-Imam Al-Hafiz Zain ad-
Din bin Rajab al-Hanbali, ta’liq Muhammad al-Iskandarani, Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi,
Cetakan Kedua, 1416H/ 1996M, ms. 120.

Kitab Jawi:
2. Majmu’ah Musammah bi Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan fi Zikr Badh al-Azkar wa al-
Awrad wa al-Ad’iyah allati tata’allaqu bi al-Awqat wa al-Azman, Al-Arif billah, Syaikh
Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linggi al-Malayuwi, Cetakan Kedua dengan
kebenaran Kerajaan Negeri Sembilan (N.S.1135/49), ms. 66-74.
3. Lum’ah al-Awrad, Syaikh Wan Ali ibn Abdur Rahman al-Kelantani, t.t, ms. 54-62.

Bahasa Melayu:
4. Bada’i az-Zuhur (Segugus Bunga Nan Indah), Al-Alim al-Allamah az-Zaki, Syeikh Wan
Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, dikumpul oleh Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd.
Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara &
Khazanah Fathaniyah, Jilid Kedua, 1997M, ms. 64-67.
5. Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Rejab dan Sya’ban (Bahagian Ketiga),
Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian
Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, 1425H/2004M, ms. 15-16.
6. Amalan Bulan Rajab: Manfaatkan Saat Mustajab, Majalah al-Kisah, Edisi 12/2009, ms. 5-
32.
7. Amalan Bulan Rejab, Ibnu Idris al-Ahmadi, Negeri Sembilan: Abnak Production, Cetakan
Kedua, Jamadil Akhir 1424H/Ogos 2003, ms. 1-45.

* dipersilakan untuk disebarkan dengan niat memanjangkan amalan dan menta’mimkan manfaat
dengan menyebut sumber rujukan demi keberkatan ilmu. Bacalah dahulu Surah Al-Fatihah sekali
untuk Rasulullah dan ahli baitih, para sahabat, tabi’in dan tabi’in, kepada seluruh Auliya’illah, para
ulama’, fuqaha’ dan muhaddithin, juga kepada semua pengarang kitab dan kutaib yang Al-Faqir
jadikan sebagai sumber ambilan dan rujukan dalam menyusun amalan ini, wa bil khushush kepada
para masyaikh yang mengajar ilmu dan amalan kepada kita…..AL-FATIHAH.

Disusun oleh:
Yang hina dan berdosa yang mengharapkan keampunan Allah  Yang Mulia
Muhadir bin Haji Joll
7.13 malam, 2 Rejab 1432H/ 3 Jun 2011M
khuwaidim_elilm@hotmail.com

http://xa.yimg.com/kq/groups/26385057/1708600223/name/Risalah+Amalan+Bulan+Rejab.pdf

16

Anda mungkin juga menyukai