Misi&Visi, PEO, PLO - Program DAI (Diploma Agro Industri)

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

Visi, misi dan matlamat PPT:

i. Menjadi institusi akademik yang unggul bagi melahirkan modal insan yang berilmu,
berkualiti dan kompeten.
ii. Mewujudkan peluang akademik, latihan serta kemahiran yang berkualiti dan berdaya
saing.
iii. Meningkatkan pendapatan isi rumah pekebun kecil melalui penawaran peluang
pendidikan kepada generasi kedua.

Objektif program:

i. Menjadi rujukan dalam aspek pembangunan kemahiran teknikal dan pengembangan


teknologi dan pengurusan dalam bidang Agro Industri tanaman.
ii. Menawarkan program berorientasikan teknikal dan vokasional bagi melahirkan
profesional dalam bidang teknologi dan pengurusan dalam bidang Agro Industri
tanaman
iii. Menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan Agro Industri tanaman melalui
penyelidikan dan penggunaan teknologi baharu.

Perkaitan objektif program dalam menyokong visi, misi dan matlamat PPT:

i. Visi
- Kolej Universiti Agrosains Malaysia adalah landasan untuk melahirkan graduan
berpengetahuan dan berkemahiran yang boleh memberi sumbangan kepada
kemajuan dan pembangunan industri pengeluaran ternakan Negara.

- Graduan yang dilahirkan mempunyai kualiti dan sifat daya saing bagi memenuhi
keperluan modal insan dalam bidang teknologi pengeluaran ternakan selaras
dengan keperluan Industri semasa.

ii. Misi
- UCAM mengambil peranan untuk menjadi sebuah gedung ilmu untuk
membangunkan manusia melalui penawaran program pengajian yang berkualiti,
lebih berdaya saing, lebih praktikal dan berkemahiran serta mampu meningkatkan
kebolehpasaran dalam dunia kerjaya.

- Melalui penawaran program ini, ia akan dapat melahirkan graduan profesional


dalam bidang berkaitan yang mampu menangani pelbagai isu dan cabaran yang
dihadapi dalam industri pengeluaran ternakan melalui penggunaan teknologi
moden.

iii. Matlamat
- UCAM merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi swasta yang
dibangunkan dengan matlamat untuk meningkatkan pendapatan isi rumah pekebun
kecil dan penduduk luar bandar melalui penawaran peluang pendidikan kepada
generasi keduanya.

- Persekitaran luar bandar yang sinonim dengan aktiviti pertanian dan penternakan
menjadikan penawaran program ini lebih signifikan di mana ia dapat memberi laluan
kepada mobiliti anak-anak luar bandar untuk mendapatkan peluang pendidikan
tinggi seterusnya memperoleh pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang
akhirnya boleh digunakan untuk menyumbang semula kepada kemajuan sektor luar
bandar itu sendiri khususnya dalam aktiviti pengeluaran ternakan.
- Pencapaian generasi kedua luar bandar dalam pendidikan tinggi bukan sahaja
dapat memastikan pertumbuhan modal insan yang seimbang antara masyarakat
bandar dan luar bandar malah dapat membantu memperkasa aktiviti pengeluaran
ternakan secara komprehensif dan dinamik untuk penghasilan output pertanian
bernilai tinggi seterusnya menjana pendapatan yang dapat mengubah taraf serta
meningkatkan kelestarian kualiti hidup masyarakat luar bandar secara keseluruhan.

Objektif Pendidikan Program (PEO):

Melahirkan tenaga kerja separa profesional dalam bidang pengurusan dan


teknologi Agro Industri yang mempunyai ciri-ciri berikut:

PEO1 Berkemahiran teknikal (PLO3), berpengetahuan (PLO1),


berinovasi (PLO2) dan mampu meneroka teknologi baru (PLO6)
dalam bidang Agro Industri
PEO2 Bersikap positif (PLO9), berintegriti tinggi (PLO11) dan bersedia
menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan (PLO8).
PEO3 Boleh berkomunikasi (PLO5) dan berinteraksi (PLO4) secara
berkesan ke arah melaksanakan inisiatif dan idea-idea baharu
(PLO10) di samping menunjukkan kecekapan mencari formula
penyelesaian masalah dalam pelbagai situasi. (PLO7)

Hasil Pembelajaran Program (PLO):

Di akhir program ini pelajar mampu:

PLO 1 Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman dalam bidang


pengurusan dan teknologi Agro Industri
(Pengetahuan dan Pemahaman)
PLO 2 Menggunakan pemikiran kreatif dan inovatif untuk
menyelesaikan isu-isu berkaitan pengurusan dan teknologi Agro
Industri. (Kemahiran Kognitif)
PLO 3 Mempraktis kemahiran teknikal dan psikomotor yang
komprehensif bagi meningkatkan kepakaran dalam penggunaan
teknologi Agro Industri.
(Kemahiran Praktikal)
PLO 4 Memberi dan menerima pandangan, idea atau kritikan membina
ke arah peningkatan produktiviti kerja.
(Kemahiran Interpersonal)
PLO 5 Menguasai kemahiran komunikasi secara berkesan bagi
menjayakan matlamat organisasi. (Kemahiran Komunikasi)
PLO 6 Mengaplikasi pelbagai teknologi untuk meningkatkan
kecekapan pengurusan maklumat berkaitan tugas atau
perkhidmatan. (Kemahiran Digital)
PLO 7 Menunjukkan kecekapan mengguna dan mengaplikasi formula
penyelesaian masalah dalam pelbagai situasi. (Kemahiran
Numerik)
PLO 8 Mengorganisasi kerja dengan baik melalui perundingan,
motivasi dan deligasi tugas secara sistematik.
(Kepimpinan, Autonomi dan Tanggungjawab)
PLO 9 Menunjukkan personaliti dan sahsiah diri yang baik ke arah
mewujudkan persekitaran kerja yang positif.
(Kemahiran Personal)
PLO10 Mengambil peluang daripada masalah dengan mencipta idea-
idea baru yang mampu meningkatkan kecekapan dalam aktiviti
pengeluaran tanaman Agro Industri. (Kemahiran
Keusahawanan)
PLO11 Mematuhi standard etika yang tinggi bersesuaian dengan kod
amalan dalam bidang teknologi Agro Industri
(Etika dan Profesionalisme)

Anda mungkin juga menyukai