Anda di halaman 1dari 3

TEKS HARI MINI BAZAR

***NYANYIAN LAGU NEGARAKU(FARISYA)


Hadirin diminta berdiri untuk bersama- sama menyanyikan lagu negaraku dengan penuh
semangat.

(SETELAH SELESAI)

*Hadirin dipersilakan duduk.

***BACAAN DOA
Tetak buluh kajang sepuluh
Temenggung bertinting di Parit Sirat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat
Bagi memberkati majlis, marilah bersama-sama kita menadah tangan dengan penuh
ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh
AL FADHIL SAUDARA MOHD AMMAR HARITH BIN MOHD AZHAR

Dipersilakan.

*Amin amin yarobbal Alamin.Majlis merakamkan ucapan terima Kasih kepada


AL FADHIL SAUDARA MOHD AMMAR HARITH BIN MOHD AZHAR atas pimpinan
BACAAN doa itu TADI
......................................................................................................................................
*****UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS(SHAHID)
YANG BERUSAHA
EN YANG SHARKAWI BIN SHAHARUM
(Pengetua SKDWAR)

Yang BERUSAHA
TN HJ SULAIMAN BIN ABDUL GHANI
(Penolong Kanan Pentadbiran)

YANG BERUSAHA
Pn. HJH. NORHAYATI BINTI MOHAMED
(Penolong Kanan HEM)

YANG BERUSAHA
DR SUZYANA BINTI HASSIM
(Penolong Kanan KOKURIKULUM)

BARISAN GURU KANAN, barisan guru, BARISAN RAKAN SEPERJUANGAN yang


DIRAHMATI DAN DIKASIHI ALLAH SEKALIAN.
HADIRIN SEKALIAN,
Kreativiti dan inovatif adalah dua perkara yang sering kita ingin terapkan ke dalam diri semua murid
supaya dapat membentuk generasi yang berdaya saing dan akan memenuhi keperluan dan kehendak
negara pada masa akan datang.Pendidikan Teknik dan vokasional dihasratkan memberi peluang
kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam bidang kemahiran untuk memenuhi tenaga
kerja dalam bidang industri negara. Diharapkan melalui aktiviti BULAN Teknik dan Vokasioanal
yang akan berlangsung sedikit sebanyak akan menjadi sumber bagi merealisasikan harapan negara.

Sekolah juga turut mempunyai matlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang teknik dan vokasional. Murid diharapkan mampu untuk mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan
seharian.Usaha dan kerjasama semua pihak perlu diteruskan dan dipertingkatkan dalam penganjuran
BULAN TEKVO pada masa akan datang.

*****UCAPAN PERSMIAN PENGETUA (SHAHID)

Daun semulur di pekan sari


Batang Jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami

Hadirin sekalian,
Kini tibalah masanya untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan
oleh yang berusaha ENCIK YANG SHARKAWI BIN SHAHARUM, PENGETUA SMKDWAR

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan yang berusaha ENCIK
YANG SHARKAWI BIN SHAHARUM, PENGETUA SMKDWAR (FARISYA)

**SELEPAS PENGETUA BERUCAP

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yg berusaha encik yang sharkawi bin shaharum
pengetua smkdwar.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

*****GIMIK PELANCARAN PROGRAM MINGGU TEKVO

Mohon Tn Pengetua untuk terus berada di atas pentas untuk atur cara yang seterusnya.

Majlis seterusnya, menjemput YANG BERUSAHA PN ROZANA BT SO-OM, GURU KANAN TEKVO untuk
mengiringi YG BERUSAHA ENCIK YANG SHARKAWI BIN SHAHARUM ,Pengetua SMKDWAR untuk atur
cara seterusnya.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada TN PENGETUA KERANA SUDI MERASMIKAN HARI
PELANCARAN BULAN TEKVO PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2023.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
*****KUIZ TEKVO(SOALAN)- NURUL NADIA (SHAHID)

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput yang berusaha PN NURUL NADIAH BINTI KHAIRUDDIN,
Guru Media SMKDWAR untuk meneruskan atur cara seterusnya.

Dipersilakan.

.........................................................................................................................................................

*****MAJLIS BERSURAI

Berakhirnya kuiz itu tadi,maka berakhirlah majlis pelancaran bulan tekvo peringkat sekolah . Saya
mewakili jawatan kuasa pelaksana majlis pelancaran bulan TEKVO, ingin menyusun sepuluh jari
seandainya ada kekhilafan sepanjang mengendalikan majlis ini..sekian wbt.

Anda mungkin juga menyukai