Anda di halaman 1dari 10

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK ULU RANAN Kod Sekolah: YBB3320

DONNY ANAK TUAH


1. Nama Guru
Judul: Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif
Judul
Pengarang: Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Hj
2. /Pengarang/Bil.muka 3. Bidang: MOTIVASI
Muhammad Zakaria dan Husna Hassan
surat
Bil.muka surat: 104
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
Tempat
6.
Pembentangan
7. Sinopsis :
Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-anaknya menjadi
insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia dan akhirat.
Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-
harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”.
Ini menunjukkan faktor keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.
Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah datuk, nenek, ibu, bapa
atau masyarakat?
Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak positif. Ianya
bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian yang dinamakan “latih anak
kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran
bermasyarakat”.
Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan seperti
bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-anak perlu ditunjangi
dengan aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan dengan kemahiran
ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan,
public speaking, dan mencintai haiwan dan alam sekitar.
Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu masyarakat dan rakan sebaya,
semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa,
beraktiviti besama-sama keluarga dan menanamkan minat komitmen sosial yang baik.
Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan al
Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk
menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak
positif berjaya.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai positif
merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan
keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif boleh mencapai
kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh
minda. Di samping itu, manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan.
Allah amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya.

Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan anak-anak yang
cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana jiwa positif akan
memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu
kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
“Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada
Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat manusia
dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi
guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi
tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.
Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Pertamanya
anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan menghormati ibu bapa. Inilah kunci jiwa positif.
Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah pastinya akan mentaai semua perintah Allah dan makhluk-makhluk
ciptaanNya.
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah seperti menyediakan
makanan malam. Ianya proses berterusan yang memakan masa yang agak lama. Kadang-kadang hasilnya dapat
dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku persekolahannya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(DONNY ANAK TUAH ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK ULU RANAN Kod Sekolah: YBB3320

DONNY ANAK TUAH


1. Nama Guru
Judul: berfikir dalam bilik darjah
Judul
2. /Pengarang/Bil.muka Pengarang: Ainon Mohd & Abdullah Hassan 3. Bidang: pedagogi
surat
Bil.muka surat: 163
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
Tempat
6.
Pembentangan
7. Sinopsis :
Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar kanak-kanak berfikir.
Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak lembam” dan yang seumpamanya. Dapatan
pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai
“taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang
juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya
pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir.
Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah seperti
menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji murid, memberi
ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi diktaktor, toleransi pada ambiguiti,
berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan mempelbagai teknik menyoal.
Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan kaedah infusi iaitu
kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang dianjurkan disertakan contoh-contohnya
sekali supaya para guru dapat memahami dan menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya akan dapat
membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham tentang kepelbagaian kepintaran
pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik, kepintaran akademik, kepintaran
praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas.
Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat diketengahkan.
Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas. Guru kurang digalakkan
mengeluarkan arahan seperti :
“ Saya mahu..
“Kamu perlu...
Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan kreativiti pelajar. Para guru
digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minda seperti:
“ Bagaimana sekiranya..
“Apa yang perlu kita.....
“ Sekiranya.....
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk guru gunakan di dalam
bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik. Tugas guru berhadapan dengan pelajar
yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan
dapat membantu para guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu
pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini.
Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman mengajak anaknya turun ke
lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara mereka, Lukman menerangkan tentang sifat manusia
yang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain walau dalam apa jua situasinya..
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan perlu ditangani dengan
bersabar dan kreatif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( DONNY ANAK TUAH ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK ULU RANAN Kod Sekolah: YBB3320

DONNY ANAK TUAH


1. Nama Guru
Judul: Menangani Sifat Marah
Judul
Pengarang: Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah,
2. /Pengarang/Bil.muka 3. Bidang: Motivasi
Mumtazah Tumian dan Mahfuzah Omar
surat
Bil.muka surat: 104
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
Tempat
6.
Pembentangan
7. Sinopsis :
Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri. Sifat marah ini
ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa yang lepas bebas boleh
membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan garang. Ianya digelar raja binatang.
Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti singa sarkas. Ia juga
mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga kanak-kanak pun mampu terpikat
kepadanya,
Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang musibah. Marah harus
dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging mentah tetapi tidak menyerang sesuka hati
seperti singa di hutan ketika mencari makanan.
Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti yang terjadi kepada
Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga dia tetap singa. Malah singanya
Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah kuat serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh
mukmin sejati sehingga ke hari ini.
Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji, mencintai Allah dan
Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan harmonis.
Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang
menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan
sekeluarga.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran : Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah
yang tidak terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya. Marah
yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan, menjadikan diri dibenci,
mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat tua, sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan
kuman. Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti beristighfar,
kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain yang sedang marah, benarkan atau
iakan hujah orang yang sedang marah, segera mengingati diri bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera
ingat marah bukan tindakan manusia bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan
memandang muka orang yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di tempat sunyi dan segera
berwuduk dan bersembahyang sunat.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat
manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di
usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan
provokasi kepada guru. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani
dengan berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal akan
mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar batasan manusia. Guru-guru
merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi
tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik
kepada mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( Donny Anak Tuah ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK ULU RANAN Kod Sekolah: YBB3320

DONNY ANAK TUAH


1. Nama Guru
Judul: Mengurus Disiplin Pelajar
Judul
2. /Pengarang/Bil.muka Pengarang: Abdullah Sani Yahaya 3. Bidang: Kaunseling
surat
Bil.muka surat: 224
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
Tempat
6.
Pembentangan
7. Sinopsis :
Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya. Kandungannya merujuk
Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain
itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan
kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke era yang
lebih gemilang.
Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan budaya bangsa yang
dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak
berjaya dijaring dan dijala oleh generasi muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada
orang luar untuk menguasai minda anak watan kita.
Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah individu, kesan-kesan
sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai salah laku pelajar, cara pembangunan
generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi,
tingkah laku Devian, peranan bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin
pelajar.
Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi orang yang baik,
mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi sekolah sebagai tempat tahanan
dan kongkongan.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan di rumah, sikap
negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak membentuk perilaku pelajar,
sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan.
Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng sekolah, ponteng
kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus dengan baik, merokok dan dadah.
Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri, pengaruh rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa,
kurang kawalan pihak sekolah dan masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya
Di samping itu, terdapat saranan untuk membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam bilik darjah,
pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan, pemupukan nilai di sekolah dan membudayai
ilmu. Terdapat juga cadangan untuk memantapkan program Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya
yang lebih arif dan dekat dengan rakan mereka.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat
pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar yang banyak menimbulkan
karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh
itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta bijaksana.
Guru perlu mengawal disiplin dengan bijak supaya tidak akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti
melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk membimbing pelajar yang
bermasalah ini dan walau apapun tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di
sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya
supaya dapat mengamalkan nilai-nilai yang baik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( DONNY ANAK TUAH ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK ULU RANAN Kod Sekolah: YBB3320

DONNY ANAK TUAH


1. Nama Guru
Judul: Kejurulatihan dan Sains Sukan
Judul
2. /Pengarang/Bil.muka Pengarang: Haji Gapor Ahmad 3. Bidang: Pendidikan
surat
Bil.muka surat: 151
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
Tempat
6.
Pembentangan
7. Sinopsis :
Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun sains sukan. Ianya merangkumi
aspek teori, latihan fizikal dan mental serta pengaplikasiannya dalam mempertingkatkan prestasi sukan.
Antara lain, pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan melaksanakan latihan
untuk meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang
kejurulatihan. Manakala aspek lain pula dikhususkan untuk guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat
Sains Sukan dalam bidang pedagogi dan perancangan yang berkesan dalam sukan.
Permulaan buku ini memberi peluang kepada pembaca mengenali aspek yan berkaitan dengan asas
kejurulatihan sukan. Penulis cuba menonjolkan pendekatan saintifik dalam asas kejurulatihan. Di sampin itu, ianya
menjadi sumber rujukan yang baik kepada jurulatih yang giat melatih dan mencari ilmu kejurulatihan.
Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatiha sukan yang membahagikan latihan kepada empat bidan iaitu
fizikal dan fisiologikal, teknkal, psikolgikal dan taktikal. Bidang fizikal dan fisiologikal menyentuh aspek suaian
anatomi dan fisilogi asas, teori kecergasan serta prinsip dan kaedah latihan sukan. Semua aspek ini terdapat dalam
buku ini.
Bidang teknkal meliputi aspek kemahiran sukan seperti kemahiran asas, kemahiran lanjutan, kemahiran individu
dan berpasukan. Bidang mental atau psikologikal menyentuh aspek seperti motivasi, imej kendiri, penetapan
matlamat, ketenangan dan komunikasi dalam sukan. Manakala bidang taktikal pula meliputi aspek sistem
pertandingan, kekuatan dan kelemahan lawan, seta set-pieces.
Pengarang juga berniat untuk menyebarkan ilmu kejurulatihan dengan harapan ramai jurulatih baru muncul di
samping meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kecergasan fizikal dan kesihatan masyarakat.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan ilmu kejurulatihan sukan amat luas dan dalam skopnya. Oleh itu, pembelajaran dan kajian
secara sainstifik serta usaha-usaha yang lain perlu dilakukan untuk membantu jurulatih sukan memperkayakan ilmu
pengetahuan, memurnikan kaedah dan cara serta pedekatan dalam membimbing atlet untuk mencapai
kecemerlangan.
Buku ini jga memberi kefahaman tentang pengertian sukan dan menghuraikan konsep-konsep latihan sebagai
ilmu asas keperluan melatih. Beberapa huraian mengenai kejurulatihan dan siste tubuh badan manusia turut
membantu pembacanya mengenali aspek-aspek asas mengenai falsafah serta pembinaan fizikal manusia.
Menelusuri buku ini mengingatkan kita bahawa jurulatih sukan harus sentiasa menimba ilmu supaya kaedah,
pendekatan dan taktikal mereka sentiasa releva dan kemas kini.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk melatih atlet awal
remaja. Idea yang dikemukakan membantu guru mengenal bakat, mengembangkan bakat dan menajamkan bakat
pelajar di sekolah. Di samping itu, terdapat juga idea bagaimana untuk mengekalkan minat atlet terhadap sukan
yang mereka ceburi.
Asas yang penting ialah corak latihan yang baik untuk mengembangkan bakat seseorang atlet. Setiap atlet perlu
diasuh kemahiran asas kepada pemahiran spesifik. Atlet yang ramai perlu diorganisasikan secara baik. Aspek yang
sering dilupai ialah pemakanan atlet. Atlet perlukan pemakanan yang baik dan lengkap. Ilmu ini penting untuk guru
yang melatih pasukan sekolah untuk memacu pasukannya menempa kejayaan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( Donny Anak Tuah ) ( )

Anda mungkin juga menyukai