Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan berikut.

Cari dan senaraikan 15 pelbagai jenis kata ganda daripada

petikan tersebut.

Pada minggu lepas, kampung saya, Kampung Bukit Aman telah mengadakan gotong-

royong untuk membersihkan kawasan kampung dan mencuci longkang-longkang bagi

memastikan tiada jejentik yang menjadi punca demam denggi di kampung saya

Awal-awal pagi lagi, saya pun berbasikal menuju ke balai raya.Saya

menunggang dengan laju. Jalan dari rumah saya ke balai raya itu bersimpang-siur.

Tiba-tiba, saya terjatuh kerana mengelak seekor kekura yang sedang melintas

jalan. Saya bangun dan mendapati basikal saya rosak. Saya terpaksa berjalan ke

balai raya walaupun dalam keadaaan terhincut-hincut.

Saya terus berjalan. Di satu simpang, ada satu sarang lebah yang agak besar

di atas pokok tualang. Di sepanjang jalan itu, terdapat pepohon yang merimbun

seperti pokok rambutan dan pokok durian.

Saya lapar. Saya mengambil beberapa ketul batu lalu membaling ke arah

buah-buah rambutan yang masak ranum. Balingan saya tersasar lalu terkena sarang

lebah. Lebah-lebah itu mengamuk lalu menyerang saya. Saya lari lintang-pukang

dan terus terjun ke dalam parit untuk menyelamatkan diri. Badan saya basah

kuyup.

Saya meneruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan terdapat banyak sarang

labah-labah. Setelah satu jam berjalan, saya pun tiba di balai raya tetapi tiada

seorang pun penduduk kampung. Yang tinggal hanyalah bekas kuih-muih. Rupa-

rupanya, aktiviti gotong-royong sudah pun berakhir.

Saya berasa amat kecewa lalu pulang mengikut jalan pintas. Saya terpaksa

melalui sebuah tanah perkuburan. Kubur-kubur di situ sudah wujud sejak berpuluh-

puluh tahun yang lalu. Saya ternampak kelibat seorang laki-laki seperti Tok Adi.

Saya berasa sungguh takut lalu berlari hingga sampai ke tangga rumah.
Isnin 28 Jun 2021

Kata Ganda

Penuh Separa berentak

gotong-royong

Anda mungkin juga menyukai