Anda di halaman 1dari 16

LATAR BELAKANG TEKNOLOGI NANO Perkembangan zaman yang sangat pesat menghasilkan teknologi yang semakin tinggi dan

para ahli sains berlumba- lumba untuk menciptakan teknologi yang semakin tinggi,cepat,mudah dan bebas pencemaran.Kemunculan teknologi nano tanpa disadari sudah berada didepan revolusi yang akan membawa pengaruh dalam segala aspek kehidupan manusia. Nanoscience adalah ilmu pengetahuan yang mempelajari segala sesuatu yang berkaitan dengan matematik yang berukuran 0.1 nm sampai 100 nm. Sedangkan nano teknologi merupakan teknologi yang berusaha mengembangkan dan memanfaatkan semua yang sudah dipelajari dalam nano science. Nano teknologi dapat mengubah suatu bahan yang tidak berguna dengan menyusun kembali susunan unsusr-unsurnya. Mengingat dasyatnya dampak yang akan dihasilkan oleh teknologi nano pada masa mendatang maka perlu untuk mengetahui apa sebenarnya nanoteknologi, kebaikan dan keburukan serta aplikasi Teknologi nano itu sendiri. Setelah dibahas tentang nanoteknologi diharapkan dapat mengetahui apa sebenarnya nano teknologi dan dapat mengetahui perkembangan yang ada,supaya mempersiapkan diri pada revolusi teknologi yang baru.

TEKNOLOGI NANO Teknologi nano diiktiraf sebagai suatu penemuan paling maju pada abad ini. Penggunaan teknologi nano terbukti memberikan manfaat kepada manusia, khususnya dalam bidang perubatan, elektronik, kawalan alam sekitar dan bioteknologi. Teknologi nano juga membantu bagi pengenalpastian bahan pencemar melalui penggunaannya sebagai sensor elektronik dan sekali gus membangunkan teknologi pemulihan terhadap segmen alam sekitar. Partikel nano boleh ditakrifkan sebagai partikel atau zarah pada skala nano, iaitu 10-9 m atau lebih dikenali sebagai nanometer (nm). Kebanyakan partikel nano adalah dalam lingkungan partikel yang bersaiz 1 hingga 100 nm. Perbandingan fizikal bahan bersaiz nano adalah seperti diameter rambut manusia, iaitu 70 000 nm, sel darah merah, iaitu pada lebar 5000 nm dan molekul organik ringkas pada julat 0.5 hingga 5 nm. Saiznya yang teramat kecil dan mempunyai jumlah luas permukaan yang besar adalah suatu ciri yang unik. Ini menjadikan partikel nano mempunyai ciri-ciri yang khas untuk digunakan dalam bidang tertentu. Partikel nano boleh terhasil melalui tiga cara; pertama penghasilan khusus bagi tujuan penghasilan teknologi nano. Misalnya, penghasilan bahan seperti titanium dioksida, silikon, fuleren dan tiub karbon nano. Kedua, penghasilan secara tidak disengajakan melalui proses industri dan ekzos kenderaan. Sebagai contoh pelepasan partikel nano melalui kerja kimpalan, sisa partikel penyaduran logam, penyembur plasma, industri penghasilan serbuk detergen, serpihan zarah daripada juzukan senjata kimia dan juga pelepasan partikel enjin kenderaan diesel. Manakala cara yang ketiga, melalui pelepasan secara semula jadi menerusi letusan gunung berapi dan kebakaran hutan yang menghasilkan partikel di dalam udara bebas. Saiz jisim partikel nano yang teramat kecil menyebabkan ia mudah diangkut di dalam udara dan boleh disebarkan pada jarak yang jauh.

Ciri khas lain bagi partikel nano ialah sifat ketoksikan yang sangat berkait rapat dengan permukaannya. la merupakan perbezaan utama berbanding dengan unsur utamanya pada saiz yang besar, iaitu lebih banyak bergantung pada jisimnya. Partikel nano amat kecil (dihuraikan dalam bentuk jisim), tetapi mempunyai impak toksik yang besar, ini disebabkan luas permukaan yang besar. Kajian mendapati kesan toksik yang lebih tinggi bagi partikel nano dibandingkan bagi bahan yang sama pada saiz yang lebih besar. Pengenalpastian partikel nano agak rumit dan kompleks dan memerlukan alat yang khusus untuk mengukur kehadiran bahan partikel nano pada persekitaran.Sistem yang dikenali sebagai Scanning Mobility Particle Size bagi mengukur aerosol, misalnya boleh digunakan bagi mengukur partikel nano dalam fasa gas. Terdapat juga teknik bagi mengukur partikel nano dalam fasa cecair, seperti chromophore counting, resonant light scattering, Raman scattering techniques dan juga High Resolution Transmission Electron Microscopy (HRTEM). Memandangkan partikel nano mempunyai potensi yang boleh memudaratkan manusia, kajian penilaian risiko terhadap bahan partikel nano perlu diadakan sebelum boleh digunakan secara meluas. Kajian penilaian risiko boleh dibangunkan dengan mengenal pasti bahaya yang dihadirkan daripada bahan berskala nano. Kajian toksikologi dalam penilaian risiko, misalnya dapat membantu sedikit sebanyak mengenai impak ketoksikan bahan berskala nano kepada manusia. Hasil kajian yang didapati boleh dikumpulkan bagi membentuk pangkalan data mengenai sifat ketoksikan bahan partikel nano. Maklumat yang ada, boleh membantu saintis untuk merancang langkah berjaga-jaga dan menyusun prosedur keselamatan bagi menggunakan bahan partikel nano. Dalam konteks kejuruteraan pula, maklumat ini dapat membantu bagi para jurutera untuk mereka bentuk sistem dan peralatan yang boleh mengawal penghasilan partikel nano dan kaedah pengenalpastiannya dalam persekitaran.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KEBAIKAN Penggunaan teknologi nano dalam bidang semikonduktor, tenaga, kesihatan dan instrumentasi telah mewujudkan pasaran sebanyak $499 juta dolar pada tahun 2003. la juga dijangka berkembang sehingga mencecah pasaran berjumlah satu trilion dolar menjelang tahun 2015. Walau bagaimanapun sejak akhir ini tercetus kebimbangan baharu di sebalik penggunaan meluas partikel berskala nano. MATAHARI merupakan sumber tenaga yang paling utama dalam kehidupan.Dunia kini berhadapan dengan krisis tenaga.Sains dan teknologi menawarkan penyelesaian untuk menghadapi krisis yang semakin genting ini.Saintis telah pun mengemukakan pelbagai jawapan dan kaedah untuk menghadapi krisis tenaga bahan api. Antara yang paling terkenal ialah tenaga boleh baharu menggantikan sumber tenaga tradisional seperti sumber tenaga fosil yang menghasilkan bahan api yang tidak boleh diperbaharui.Selain itu, sumber bahan api fosil mempunyai kelemahan seperti kehabisan sumber, pencemaran, hujan asid dan pemanasan global. Salah satu tenaga boleh baharu yang paling popular dewasa ini ialah sel suria atau juga dikenali dengan nama sel solar.Sel suria sebenarnya diperbuat daripada bahan semikonduktor seperti Silikon dan Galium Arsenik (GaAs). Apabila ia terdedah kepada cahaya matahari, elektron di dalam bahan semikonduktor tersebut akan teruja dan bergerak melalui bahan tersebut menghasilkan arus elektrik. Menurut sejarah, sel suria telah lama dibangunkan semenjak tahun 1883 oleh Charles Fritts. Sel suria moden pula telah dibangunkan oleh saintis di Bell Laboratories pada tahun 1954. Kemudian pada tahun 1970, tenaga ini pertama kali digunakan secara komersil dalam kalkulator dan jam tangan digital.

Perkembangan penggunaannya sangat perlahan sehinggalah ia dapat menembusi pasaran pada awal tahun 1990-an. Ini disebabkan harga yang relatifnya agak mahal di samping kecekapannya yang rendah pada waktu itu. Walau bagaimanapun,perkembangan teknologi sel suria semakin rancak sejak akhir-akhir ini, terutamanya pada penghujung abad ke-20. Pengeluarannya secara besar-besaran telah dilakukan oleh syarikat teknologi terkenal dunia. Kemajuan teknologi nano pada masa ini telah meningkatkan lagi penggunaan dan keupayaan teknologi sel suria dalam proses pengumpulan tenaga solar daripada matahari untuk ditukarkan kepada tenaga elektrik yang boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi dan perindustrian. Di Imperial College of London misalnya, nanoteknologi digunakan oleh Keith Barnham, seorang penyelidik di institusi tersebut dalam usaha meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos pengeluaran sel solar.Sebuah syarikat ditubuhkan hasil daripada penyelidikan yang dijalankan di Imperial College of London yang dikenali sebagai Quantasol.

Penyelidikan ini diketuai oleh Barnham sendiri yang telah menghasilkan sel suria menggunakan lapisan bahan GaAs sebagai filem nipis berbanding dengan silikon yang digunakan sebelum ini. Setiap lapisan akan menghasilkan warna atau gelombang cahaya yang berbeza apabila terdedah pada cahaya matahari. Syarikat tersebut mendakwa keseluruhan tenaga yang dihasilkan di dalam sel yang menggunakan bahan GaAs melebihi sekali ganda daripada kecekapan sel suria yang dihasilkan menggunakan bahan silikon sebelum ini.

Sebuah lagi syarikat yang mengasaskan sel suria menggunakan nanoteknologi ialah G241 di United Kingdom. Syarikat ini telah mengeluarkan bahan untuk sel fotovolta yang berupaya menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik walaupun mempunyai kadar serapan cahaya yang rendah. Sel suria atau sel fotovolta dihasilkan berdasarkan formulasi Graetzel yang dicipta oleh Michael Graetzel pada tahun 1991, yang mendapat inspirasi daripada proses fotosintesis tumbuhan. Menurut pengarah urusan Syarikat G241 yang menghasilkan bahan nanoteknologi sel suria ini, kelebihan menggunakan kaedah sel Graetzel kerana lebih mudah untuk difabrikasi, mengurangkan kos dan menjimatkan masa serta tenaga untuk menghasilkannya. G241 telah pun menjalankan pengeluaran besar-besaran produk sel solar ini di kilang pengeluaran mereka dan menyasarkan jualannya untuk negaranegara membangun. Dalam bidang penyelidikan pula, satu penemuan baharu bahan saduran antipantulan yang boleh digunakan dalam penghasilan sel suria berasaskan silikon yang bertujuan untuk meningkatkan penghantaran cahaya matahari ke dalam sel. Dalam jurnal optik terkenal, Optics Letters, penyelidikan yang diketuai oleh Shawn-Yu Lin melaporkan penemuan bahan saduran antipantulan yang dapat meningkatkan kadar serapan cahaya matahari oleh panel sel solar dan seterusnya membenarkannya menyerap keseluruhan spektrum cahaya dari segenap sudut. Penemuan ini berjaya meningkatkan lagi keupayaan dan kecekapan sel solar dalam usaha untuk memaksimumkan kadar serapan cahaya ke atas panel sel solar.

KEBURUKAN Yang menjadi kebimbangan besar dalam kalangan para penyelidik ialah potensi partikel nano yang boleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar. Meskipun begitu pengetahuan mengenai impak, kesemua bahan partikel nano terhadap manusia dan alam sekitar masih terhad. Pada tahun 2004, Inisiatif Nanoteknologi Kebangsaan Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 20 ribu pekerja di seluruh dunia bekerja dalam sektor teknologi nano dan dijangka akan meningkat sehingga dua juta orang pada tahun 2015. Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2008 telah mengeluarkan laporan yang dinamakan sebagaiRisiko Global 2008. Laporan tersebut menyatakan impak pendedahan partikel nano (cat, kosmetik dan produk kesihatan) yang boleh menyebabkan gangguan terhadap kesihatan manusia. Antara karya penyelidikan lain yang membicarakan impak kesihatan daripada bahan partikel nano ialah sebuah laporan mengenai Kesan-kesan Partikel Nano yang dikeluarkan oleh Institut de Recherche Robert-Sauveen Santeet en Securite du Travail (IRSST), organisasi penyelidikan saintifik berpusat di Montreal, Kanada. Laporan ini memuatkan beberapa jenis bahan partikel nano yang boleh memberikan kesan mudarat kepada manusia. Antara bahan partikel nano tersebut ialah fuleren, tiub karbon nano, partikel nano tak organik, partikel nano organik dan dot kuantum. Laluan partikel nano ke badan manusia boleh berlaku semasa pernafasan dan juga pengambilan makanan yang telah terdedah kepada partikel nano. Partikel nano yang disedut boleh termendap di dalam salur darah selepas menembusi kesemua mekanisme perlindungan pernafasan. la kemudian diagihkan ke dalam pelbagai organ dan berkumpul di tapak yang khusus. la boleh bergerak sepanjang saraf penghiduan dan menembusi secara langsung ke saraf otak.

Kaedah rawatan Botox merupakan kosmetik merawat wajah supaya kelihatan muda dan cantik Namun begitu pengunaan partikel nano yang berlebihan boleh menyebabkan kematian .Apabila tisu muka dan kulit merosakkan, sistem sara, mata dan daya tahan yang lemah akan memberi kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang. kesan berpanjangan memelukan rawatan yang akan meninggalkan parut dan merosakkan lapisanmuka serta membantu mempercepatkan risiko jangkitan Kajian sedia ada menunjukkan beberapa kesan terhadap haiwan, bergantung pada jenis partikel nano. Kesan kenefrotoksikan, dalam reproduksi dan kesan genotoksik telah dikenal pasti. Sesetengah partikel menyebabkan tindak balas granulomas, fibrosis dan tumor pada paru-paru. Kesan bahan seperti titanium dioksida. bahan yang diiktiraf sebagai kurang bertoksik, menunjukkan sifat toksik yang tinggi di dalam saluran pernafasan pada skala nano. Dalam konteks negara ini, industri minyak dan gas, pembuatan detergen dan aktiviti penyaduran logam adalah antara aktiviti yang mungkin berpotensi bagi pelepasan bahan partikel berskala nano. Yang menjadi persoalan utama adakah perundangan sedia ada memadai untuk mengawal penghasilan bahan partikel nano.

Oleh itu, kawalan dalam bentuk dasar dan perundangan perlu dikaji bagi memastikan penggunaan bahan partikel nano yang mempunyai risiko tinggi terhadap manusia dapat dikawal dan dipantau. Kajian yang mendalam perlu diteruskan bagi memastikan pembangunan teknologi nano dapat memberikan manfaat yang banyak di samping impaknya terhadap kesihatan manusia dapat dikawal dengan baik.

APLIKASI NANO TEKNOLOGI Nanoteknologi ialah bidang sains yang menerokai aplikasi bahan bersaiz kecil pada skala nanometer (ran) iaitu 1- 100 nm atau 1 bilion lebih kecil daripada saiz 1 meter.Nanoteknologi ialah bidang Sains dan Teknologi yang menerokai aplikasi partikel bersaiz atom atau molekul halus utuk tujuan pelbagai tujuan.Nanoteknologi telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang.Aplikasi nanoteknologi dalam bidang perubatan telah mendatangkan pelbagai faedah kepada pesakit. Menjelang era teknologi yang baru, Teknologi Nano luas diaplikasikan dalam pelbagai industri seperti perubatan, maklumat teknologi sehingga ke bidang komestik. Ini turut membuktikan bahawa penggunaan Teknologi Nano bukan sahaja meningkatkan kualiti produk, malahan ia menambahkan kapasiti dan kebaikannya serta dapat mengurangkan pembaziran Perubatan 1. Pengimejan perubatan MRI Teknologi pengimejan perubatan MRI dihasilkan menggunakan teknologi nanoteknologi. MRI merujuk kepada kaedah penghasilan imej organ dalaman organisma hidup seperti manusia melalui penggunaan partikel nano dan daya magnet yang kuat mengelilingi badan. Imej yang dihasilkan dapat memberi gambaran 1000 kali lebih jelas berbanding dengan bahan kontras (pewarna). Selain itu, imej tersebut dapat diambil daripada pelbagai dimensi ataupun sudut. MRI tidak mendedahkan pesakit kepada radiasi. MRI membantu doktor melakukan kerja-kerja diagnostik penyakil dengan lebih mudah, cepat, jelas dan tepat. Penyakit dapat dikesan, dikenalpasti dan kaedah rawatan yang bersesuaian dapat diberikan

2. Pembaikian dan regeneratif gen penyakit genetik Nancteknologi digunakan dalam rawatan penyakit genetik. Gen rosak diganti dengan gen normal. Gen normal dimasukkan ke dalam nukleus sel rosak dengan partikel nano. Proses regeneratif mula ambil tempat. Gen rosak dibaiki dan gen normal dijana. Pesakit akan sembuh daripada penyakit genetik yang berpunca daripada pewarisan genetik gen yang rosak. Banyak penyakit disebabkan faktor genetik dapat dielakkan.Misalnya sakit jiwa, kanser dan jantung. 3. Rawatan anti-inflamasi Khinzir diguna sebagai spesimen klinikal. Kesan inflamasi akibat infeksi bakteria pada lapisan kulit haiwan tersebut dapat dikurangkan. Partikel nano kristal perak yang mempunyai aktiviti anti-inflamasi diguna. Aktiviti anti-inflamasi partikel nano kristal perak mampu membunuh bakteria dan membantu proses pemulihan masalah kulit. Partikel nano perak, zink oksida dan emas pula diguna untuk membunuh bakteria streptococcus mutans yang dikaitkan dengan masalah inflamasi oral manusia Aplikasi nanoteknologi penting dalam rawatan dermatologi untuk memulihkan penyakit kulit.

4. Penyampaian ubat dalam rawatan onkologi kemoterapi Partikel halus nanoteknologi telah dimanfaatkan untuk proses penyampaian ubat dalam bidang farmaseutikal. Partikel nano seperti tiub karbon nano(CNT) (dalam rawatan onkologi kemoterapi). CNT, ubat dimasukkan ke dalam partikel nano lain yang dikenali sebagai oleoyl-chitosan (OCH) CNT bawa ubat anti kanser dalam saiz yang halus. Ubat halus itu terus disampaikan ke bahagian sel-sel kanser sahaja. Ubat bunuh sel kanser tanpa jejaskan sel normal lain. Ini dapat merawat penyakit dangan berkesan. Kesan sampingan juga dapat dikurangkan Dalam rawatan onkologi kemoterapi, partikel nano telah menjadi ejen membawa ubat pembunuh sel kanser untuk membunuh sel-sel kanser. Aplikasi nanoteknologi dalam proses penyampaian ubat telah meningkatkan keberkesanan rawatan onkologi kemoterapi terhadap pesakit kanser. Elektrik dan elektronik Tenaga Nano teknologi diaplikasikan untuk pemyimpanan, penjanaan, penjimatan tenaga melalui Insulasi termal.Bulb seperti light-emitting diodes (LEDs) or quantum caged atoms (QCAs) mengurangkan tenaga.Sel solar lebih berkesan menerap cahaya matahari dengan struktur nano bandgaps.Pelbagai bahan ataupun alatan telah direka dengan mengunakan teknologi nano ini.Sebagai contohnya, sekeping disk bernano mampu menyimpan jumlah maklumat sehingga 10,000,000 kali ganda berbanding disk yang biasa

1. Penting dalam teknologi maklumat. Nanoteknologi diguna untuk mencipta cip kamputer dan peranti elektronik lain bersaiz nano. Cip dan peranti papan litar ini mengawal proses dan operasi komputer atau alat elektronik. PC atau alat elektronik bersaiz kecil dan berkuasa tinggi terhasil. Komputer dapat beroperasi pada frekuensi yang lebih tinggi, dengan dimensi yang linear, kebolehharapan yang tinggi dan perlepasan haba yang rendah. Memorinya juga ditingkatkan. Maka proses pemprosesan data lebih cepat dan lancar. 2 Penyelidikan saintifik Nanoteknologi diguna untuk hasilkan mikroskop generasi 4 iaitu Mikroskop Prob Imbasan (SPM) Alat ini mempunyai resolusi tinggi untuk lihat spesimen kajian bersaiz nano. Ini meningkatkan pemahaman saintis terhadap subjek eksperimental. Dengan bekerja pada saiz yang paling terkecil, teknologi nano akan membenarkan pengecilan dan prestasi yang tertinggi. Dengan bermula dengan molekul, dan pemprosesan dengan mesin yang berfrekuensi tinggi dan produktif, ia akan menjadikan produk lebih murah.

Pertanian Terdapat banyak produk berasaskan nanoteknologi berkaitan dengan pertanian dan industri asas tani sedang dibangunkan dan ada di antaranya telah memasuki pasaran. 'Baja pelepasan perlahan' yang berkecekapan tinggi telah digunakan secara meluas dalam bidang pertanian di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Taiwan. Beberapa syarikat perladangan besar di Malaysia juga telah mula berminat dalam penggunaan baja jenis ini. Baja jenis ini dikatakan dapat meningkatkan hasil pertanian yang memberangsangkan di samping menjimatkan perbelanjaan. Bahan 'pengaktif-nano' atau 'perangsang-nano' yang berfungsi sebagai perangsang penghasilan buah juga merupakan di antara produk nanoteknologi yang telah dipasarkan dan mendapat permintaan tinggi dalam pertanian moden. Ia dikatakan dapat meningkatkan hasil pertanian dari 20 peratus sehingga 50 peratus. Optics Nano teknologi menghasilkan polimer ultranipis dan pelindung kaca mata.Kompositnano Kaca tidak mudah dikalis. Ketepatan pembedahan pupil mata. Tekstil fibernano kalis air dan kesan kotaran, tidak berkeluk. Tak perlu selalu dibersihkan. Technologi nano mengintegrasikan zarah membran zarah karbon kecil yang elakkan caj elektrostatistik Kosmetik Partikel nano sebagai pengantar bahan aktif, mampu memaksimalkan penyerapan bahan kosmetik ke dalam kulit. Partikel nano ini menyalurkan secara lebih merata bahan kosmetik yang berfungsi melindungi kulit daripada cahaya UV tanpa kesan pemutihan kulit kerana zarahnya yang begitu kecil.

REPLIKASI SENDIRI

Keperluan untuk mengurangkan kos mencipta minat dalam sistem pembuatan yang boleh mengreplikasi sendiri seperti yang telah dikaji oleh Von Neumann dalam 1940an. Sistem ini boleh mereplikasi diri sendiri dan membentuk produk yang berguna. Konsep ini telah diinspirasikan dari pemerhatian bagaimana tumbuhan dapat mereplikasi diri sendiri pada paras sel. Sebagai contoh, ubi kentang adalah mudah untuk replikasi semula. Tanamkan dan ianya menghasilkan lebih banyak ubi kentang.

Walau bagaimanapun, tujuan yang ingin dicapai adalah dari segi robotik. Bayangkan di mana robot-robot bersaiz nano iaitu amat kecil, yang dapat mereplikasi semula dan berfungsi seperti kilang. Senario yang baik ialah dalam pembangunan robotik.

Replikasi semula merupakan jalan yang efektif bagi pembuatan berkos rendah. Walaupun ianya diinspirasi oleh tumbuhan dan organisma di sekeliling, adalah ditekankan bahawa agen replikasi semula ini adalah hampir serupa seperti robot. Sama ada dengan kawalan kepintaran buatan mahupun dengan kawalan manusia, replikasi semula masih dalam peringkat teori.

KESIMPULAN Nanoteknologi atau nanosains adalah ilmu pengetahuan dan teknologi pada skala nanometer, atau sepermilyar meter dengan ukuran inilah atom dan molekul dapat dimanipulasi disusun kembali sehingga menghasilakan sifat-sifat yang sesuai dengan keinginan. Didominasi oleh amerika dan japan menyusul negara eropa barat dengan jumlah total 434 juta USD. Investasi tersebut dialokasikan pada bidang-bidang: manufaktur memproduksi, elektronik, perubatan,petanian dan industri. Beberapa contoh di atas merupakan hasil kajian dan potensi besar gabungan teknologi nano yang semakin mendapat perhatian dunia dalam menangani krisis tenaga yang semakin membimbangkan. Sains dan teknologi tidak putus-putus menawarkan penyelesaian terbaik dalam menangani krisis yang berlarutan akibat kerakusan manusia dan juga perubahan alam selari dengan usianya yang semakin meningkat. Oleh hal yang demikian, ilmu pengetahuan sains dan teknologi perlu digunakan secara berkesan dalam menghadapi situasi mencabar pada masa ini dan masa akan datang.

NAMA:

NUR AINNA BINTI ABDUL RAHIM (B071110035) IELIYANARUS SHAHTZNAS BINTI MOHD NASIR (B071110036)

TAJUK :

TEKNOLOGI NANO

PENSYARAH: ENCIK HASSAN BIN ADNAN

Anda mungkin juga menyukai