Anda di halaman 1dari 2

6.

0 REFLEKSI Kerja Kursus Projek Perniagaan dan Keusahawanan RBT 3110, diserahkan oleh pensyarah penasihat iaitu Encik Amran bin Pa kepada kami dan tempoh empat minggu diberikan untuk kami menyerahkan kembali tugasan yang telah lengkap disiapkan. Sebaik menerima tugasan, kolaborasi bersama pensyarah dilakukan untuk lebih memahami kehendak soalan. Setelah itu, perbincangan bersama rakan sepasukan dan pencarian maklumat dilaksanakan. Untuk memudahkan

perlaksanaan tugasan, kami menggunakan teknik pembahagian kerja. Tugasan ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama memerlukan kami membuat sebanyak mungkin rujukan dan mencari maklumat mengenai penyata kewangan. Kemudian kami perlu memilih penyata beberapa syarikat untuk di

analisis dan kami memilih beberapa syarikat insurans. Dan akhir sekali kami perlu membuat satu perisian komputer berkenaan penyata kewangan. Melalui tugasan ini, saya mampu untuk membaca dan memahami akan penyata kewangan sesebuah syarikat. Pencarian dan pembacaan saya mengenai analisis penyata kewangan memberikan input yang amat berguna kepada saya dalam memahami penyata kewangan. Kemudian tugasan kedua memerlukan saya memberikan sepenuh perhatian dan kesabaran yang tinggi dalam melakukan analisis serta laporan. Kesalahan digit yang kecil akan mempengaruhi nilai akhir penyata tersebut. Secara keseluruhannya, tugasan ini begitu menguji keupayaan saya dalam menganalisis penyata dan yang paling membanggakan saya mampu untuk menghasilkan satu perisian excel. Semoga pengetahuan ini dapat saya praktikkan untuk urusan di sekolah kelak.

MUHAMAD SHAFIQ BIN IRWAN

Sepanjang menyiapkan tugasan

RBT 3110, pelbagai input baru yang

diperolehi. Tugasan ini memberi peluang kepada saya untuk mengenalpasti dan membuat kajian mengenai penyata kewangan syarikat. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah banyak mencari maklumat di perpustakaan, laman sesawang, dan juga membuat perbincangan dengan rakan kelas yang lain.Sungguhpun begitu, saya bernasib baik kerana bidang ini adalah meluas dan maklumat yang dikehendaki mudah didapatkan. Selain itu, kerjasama antara saya dan rakan saya turut sama membantu memperlengkapkan tugasan ini. Walaupun berhadapan dengan cuti sekolah dan jadual kelas yang padat, namun kami masih mampu membuat perbincangan dari masa ke semasa untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Encik Amran Bin Pa kerana sudi memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Namun, terdapat beberapa kekangan dalam menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah terdapat tugasan lain yang diberikan oleh subjek lain dan kekangan masa dalam menyiapkan tugasan ini kerana terlibat dengan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) serta Bina Insan Guru (BIG) pada minggu yang sama. Selain itu,saya turut menghadapi masalah dalam membuat perkiraan nisbah yang melibatkan kewangan yang besar. Hal ini kerana kebanyakkan penyata kewangan bank menggunakan bahasa inggeris sebagai laporan tahunan. Namun saya bernasib baik kerana terdapat google translate yang membantu saya memahami sesuatu pernyataan tersebut. Bidang kewangan adalah meluas namun untuk mendapatkan kefahaman sepenuhnya adalah sukar kerana saya tidak mengambil major perakaunan ketika di sekolah. Kebanyakkan bahan yang digunakan adalah daripada buku pra-universiti perakuanan. Saya bernasib baik kerana penyarah pembimbing banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini.

MOHD FAIQ BIN MUHAMMAD AMIN

Anda mungkin juga menyukai